Wednesday, March 31, 2010

Ali Zaidan pula cabar Tulang Besi..

26 Mac lepas, kawan kita, blogger Batu-Api ada buat satu cabaran kepada Tulang Besi. Dia cabar Tulang Besi supaya buat report Polis dalam tempoh 3 hari selepas TB berura-ura nak buat report polis dalam blog dia.

Nampaknya KaptShiqaqi betul. TB memang tak buat report sampai hari ini.

Begitu resam TB. Dia cabar orang tak apa. Bila orang cabar dia, dia tak buat pulak!!

Jadi aku bagi satu lagi peluang kepada Rahman Talib untuk penuhi cabaran aku pula. Kurang-kurang dari dipanggil takdak telur, dapat jugak nanti gelaran 'telur separuh'!

Ingat, cabaran ini bukan aku yang mulakan, tapi bertitik tolak daripada sebaran berita yang entah-betul-entah-tidak dari TB sendiri. Lihat gambar di bawah.



Link untuk komen tersebut ada di sini.

Berdasarkan komen TB, ada beberapa pertuduhan kepada aku.

1. Nama aku Meor

2. Aku bekas Mahasiswa UIAM

3. Aku nak jadi PA Dr Zul. Tapi tak dapat.

4. Maka aku jadi PA Us Nasha

Aku tak peduli maklumat ini dari siapa, hantu raya ke, orang bunian ke, sebab TB memang sudah terkenal dengan kemampuannya menulis artikel daripada sumber sampah. Tetapi, TB perlu bertanggungjawab atas tuduhan ini.

Aku nak Tulang Besi bersumpah laknat membenarkan maklumat yang dia sendiri bawa ke dalam laman blog aku. Macam Saiful Bukhari bersumpah tu.

Kalau tak, Rahman Talib lebih bacul dari Saiful Bukhari.

3 hari. Itu tempoh masa yang aku bagi.

Selepas TB bersumpah, baru aku akan bagitahu hal sebenar. Sama ada benar atau tidak.

Semua orang mesti nak tahu kan? Haha

Dan esok, inshaAllah, satu lagi kejahatan TB kepada jemaah Islam akan aku tulis. InshaAllah.

Monday, March 29, 2010

Rahman Talib, Telanlah ludah sendiri!

Hari ini sah lah menurut keputusan jamaah bahawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz dikekalkan untuk jawatan Mursyidul Am PAS. Secara peribadi, aku yang dah 14 tahun bersama dalam jemaah ini (sekarang faham kenapa aku kata umur aku 14 tahun? haha) gembira dan mengharapkan sentiasa ada perubahan positif hasil keputusan ini.

Aku juga mengulangi saranan yang aku buat tahun lepas, agar seboleh-bolehnya Mesyuarat MSU dibuat di Pulau Melaka bagi memberikan keringanan kepada TGNA sendiri.

Perlantikan semula ini juga sekaligus menafikan khabar angin TGNA akan digugurkan dan menafikan teori bodoh "Khabar angin biasanya lebih benar dari khabar rasmi". Kepada Rahman Talib; pencipta teori bodoh ini, silalah telan ludah sendiri. Sedap ke?

Ingin juga aku jelaskan fitnah-fitnah lain bahawa Us Ahmad Awang tidak terpilih kononnya kerana dia 'tidak searus' dengan kepimpinan lain.

Mesti diingat, TGHH sendiri pernah menawarkan Us Ahmad untuk menyambung perkhidmatan sebagai Pesuruhjaya Perak. Dia sendiri menolak. Dia juga menolak untuk bertanding jawatan Naib Presiden walaupun Us Ahmad ada peluang cerah untuk menang masa tu.

Jika sekiranya penyingkiran Us Ahmad mahu dibuat, untuk apa TGHH menawarkan sambungan jawatan Pesuruhjaya?

Otak lembap memang tak boleh fikir benda ini.

Isu Us Ahmad bersedia menyambung tugas sebagai Ahli Majlis Syura juga tidak relevan. Us Abdul Ghani Shamsudeen juga bersedia, tetapi tak pula dia dilantik.

Ada juga nama-nama lain yang gugur, antaranya Us Daud Iraqi dan Dr Sanusi Daeng Mariok. Us Daud contohnya pernah kena 'bedal' dengan Rahman Talib sendiri semasa pra pemilihan Muktamar tahun lepas. Kenapa yang ini tak bising pula?

Kena ingat, PAS tak pernah tandus ulama'. Kalau tandus adab dan ilmu tu, Rahman Taliblah!

Seterusnya isu kewajaran TG Harun Din dipilih semula. Kiranya si Rahman ni (Yuran tahun ni dah bayar belum?) mempersoalkan kewajaran TGHD dipilih kerana langgar disiplin parti.

Ini masalah orang tak faham khilaf ulama. Pendapat TGHD diutarakan sebelum keputusan TG Presiden. Dan ia telah pun selesai selepas pertemuan dan penjelasan yang berlaku antara ulama. Maknanya selepas perjumpaan sesama pimpinan, TGHD tidak lagi membangkitkan isu tersebut.

Ia bukan satu kesalahan sebab TGHD tak pernah langgar disiplin. PAS meraikan perbezaan pendapat.

Yang langgar disiplin apabila dia pergi merepek dalam akhbar online dan buat press statement kecam Presiden dalam isu ini (selepas keputusan dibuat) . Ada dia buat benda tu?

Tak ada.

Mungkin ada orang persoal, kenapa Khalid Samad dihukum sebab berbeza pendapat?

Jawapannya dia bukan dihukum sebab berbeza pendapat. Dia kena hukum pasal gi bocor rahsia. Ni kena faham beza.

Seterusnya aku nak tanya Rahman, perlukah TGHD disingkir hanya sebab tidak sependapat? Cadangan Rahman Talib itu lebih kurang sama dengan golongan Muktazilah yang hukum Imam Ahmad sebab tak sependapat dengan mereka. Sebab Imam Ahmad tak mahu mengaku Quran itu makhluk! Nauzubillah. (Lafaz Quran itu Qadim, naskhah Quran itu makhluk)

Tapi sekurang-kurangnya Muktazilah ni hukum Imam Ahmad sebab isu akidah (Walaupun tindakan mereka salah!). Rahman Talib ni pula minta TGHD dihukum sebab hal fiqah.

Nampak gaya dari sudut ini, Rahman Talib lagi teruk dari Muktazilah!

#Update 1: Kenyataan rasmi Tuan Guru Nik Abdul Aziz

#Update 2: Perlantikan ahli MSU: Kalau tak tahu lebih baik diam- Misbahul Munir

#Update 3: Us Azizan Abdul Razak (ahli baru), Us Hashim Jasin dan Us Hasan Shukri ialah ahli yang dilantik. Bukan digugur. Selain Us Abdul Ghani dan Us Ahmad Awang, yang tidak dilantik semula ialah Us Daud Iraqi (Beliau pernah dkritik TB) dan Dr Sanusi Daeng Mariok. Minta maaf sebab timbulkan kekeliruan. Saya ubah perenggan tersebut.

Jangan cepat melatah dengan laporan media musuh

Ahli-ahli PAS diminta tidak cepat melatah dengan isu-isu yang dibangkitkan media milik Umno tetapi sebaliknya mereka mestilah merujuk kepada media rasmi parti.

"Sebarang masalah yang boleh memecah belahkan parti kita hendaklah dijauhi. Sekarang media berusaha memecah belahkan kita dan Pakatan Rakyat. Kita hendaklah berhati-hati dengan media yang berusaha memecah belahkan parti kita dan Pakatan Rakyat, kita kena tahu sepak terajang mereka. Kita kena rujuk media rasmi parti kita,” kata Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Nuridah Salleh.

Beliau berkata demikian ketika berucap ketika berucap di majlis penutup Mesyuarat Agung PAS Kawasan Temerloh, kali Ke 23 di Markaz PAS Sungai Gau, dekat sini.

Beliau dipercayai mengulas usaha yang dibuat oleh media Umno yang sedang melagakan para pemimpin PAS dengan pelbagai isu. Usaha ini juga dibuat oleh sesetengah media baru yang pada asasnya dimiliki oleh mereka yang mengaku sebagai ahli PAS juga.

Bagi menghadapi situasi ini, ahli PAS di gesa meningkatkan komitmen perjuangan bagi memastikan PAS dan Pakatan Rakyat memperolehi kejayaan dalam pilihanraya umum akan datang.

Kata Nuridah, setiap ahli terutamanya muslimat perlu meningkatkan kualiti keimanan bagi persiapan menghadapi perjuangan yang lebih mencabar.

Nuridah berkata setiap ahli tidak boleh hadir ke program parti hanya sekadar memenuhi aktiviti program semata-mata tetapi hendaklah melaksanakannya atas kesedaran dan rasa amanah kepada Allah.

“Hadir program parti bukan sekadar memenuhi kegiatan parti sahaja tetapi sebenarnyakita kena sedar ia amanah atau tanggungjawab kepada Allah. Amanah ini akan dipersoalkan pada hari akhirat kelak.

“Apa lagi dalam suasana gejala social yang melanda dalam negara sekarang begitu buruk maka perjuangan menegakkan Islam adalah suatu tuntutan yang amat penting. Kita bimbang kemelut sosial dalam negara telah masuk ke dalam rumah kita, kita tidak berjuang menegakkan Islam kita akan dipersoalkan, ” katanya

Dalam usaha memperkukuhkan perjuangan Nuridah mahukan setiap muslimat PAS meningkatkan kualiti keimanan kepada Allah disamping berusaha meningkatkan juga kuantiti keahlian.

“Kita perlu meningkatkan kualiti keimanan kepada Allah dan dalam masa yang sama kita menggandakan kuantiti keahlian,” katanya.

Rasmi dari HarakahDaily

Friday, March 26, 2010

Rahman Talib, Percayalah Neraka itu Warnanya Hitam!

Ayat yang paling bodoh aku dengar hari ini ialah khabar angin biasanya lebih benar dari khabar rasmi. Hujahnya ialah khabar angin Rahim Nor pukul Anwar terbukti benar. (Bagaimana pula khabar angin yg disebar puak kamu bhw Us Abu Bakar Chik sergah TGNA?? Bukankah dibuktikan palsu?!!)

Atas hujah itulah seorang blogger memainkan peranan aktif menyebarkan segala macam khabar angin yang entah betul entah tidak demi untuk membuktikan 'kebenaran' pandangannya. Tak kisahlah maklumat itu daripada Papagomo kawan baik saiful Bukhari pun!

Itulah Rahman Talib. Siapa tak kenal boleh tanya Batu-api. Mereka berdua pernah bercinta dulu. Tetapi putus di tengah jalan.

Ya, itu ialah khabar angin. Tapi disebabkan khabar angin biasanya lebih benar dari khabar rasmi, maka semua pembaca wajib telan fakta bahawa Rahman Talib bercinta dengan Batu-api. (Tolong faham sindiran!!)

Aiyyaaa... ntah mana punya mengaji daa mamat ni. Cikgu tadika mana pulak yang ajar boleh main sebar berita yang belum tahu benar atau tidak?

Sedangkan Allah dah bagi amaran yang cukup jelas dalam Quran tentang azab untuk mereka-mereka yang menyebarkan khabar angin; tuduhan buruk tanpa bukti terutama kepada orang yang beriman.

Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya orang yang suka menghebahkan tuduhan buruk di kalangan orang beriman, mereka akan beroleh azab seksa tidak terperi sakitnya di dunia dan akhirat. Ingatlah Allah lebih mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahuinya." (An-Nur, ayat 19)

Si Tulang Besi ni menulis tajuk "Ahmad Awang dipecat dari Syura?" Aduh la. Apa ke belitnya tajuk ini!!

Bukan dipecat la mangkuk! Tidak dipilih semula. Macammana nak pecat kalau sesi dah berakhir? Dipecat dan tidak dipilih semula tu lain! Itu pun tak boleh nak beza?. Macammana nak jadi CEO?

Kemudian menulis pulak bahawa UG masih hidup dan kerjanya sekarang antaranya ialah 'menjatuhkan dan membersihkan Ahmad Awang'. Kiranya sebab Us Ahmad dedahkan isu proposal kerajaan Pas-UMno di Perak dahulu (Nanti kita boleh cerita lagi pasal ni!)

Wa Nauzubillah. Tak habis-habis dengan cetusan-cetusan fitnah yang dibuat.

Maafkan aku kalau tersalah, tapi setahu aku Us Abu Bakar Chik; yang dibagi label UG pun tidak tersenarai kembali sebagai ahli majlis syura (Berdasarkan laporan Harakah). Kenapa ini tidak dibesarkan pula?

Setahu aku juga, Us Abd Ghani Shamsudeen ialah Setiausaha Majlis Syura sesi lepas. Namanya juga tidak timbul dalam senarai ahli syura oleh Harakah. Kenapa ini juga tidak ditimbulkan? ( Berita harakah ttg mesyuarat pemilihan ahli syura dah jadi macam berita paparazi. Siapa wartawan Harakah yang tulis artikel tu?)

Jangan lah buat PAS ni tandus ulamak. Mesti pilih 'orang ini orang itu' saja sepanjang masa. Ulamak tak pernah putus dalam jemaah Islam!

Mesti difaham, bahawa tuan punya badan (Us Ahmad Awang) sendiri tidak tahu menahu sama ada dia dipilih atau tidak. Malahan khabar rasmi pun belum ada. Mengapa tidak sabar2 menyebar berita? Pemilihan ahli majlis syura pun belum habis lagi.

Dah gatal sangat tangan tak ada benda lain nak menulis, khabar angin pun jadilaaaahh..

Puak Pas Recond tak ambil iktibar ke daripada sikap mereka yang terburu2 menyebar berita tentang sebab apa YB Khalid digantung dulu? Sehingga YB Khalid sendiri bagi penjelasan dan buktikan tuduhan kamu semua itu bohong dan palsu?

Atau tuduhan palsu ke atas Us Abu Bakar Chik yang dijawab oleh Misbahul Munir?

Nak buat lagi?

Kamu semua ni nak kena jentik dengan api neraka dulu baru nak sedar ke?

Dalam satu hadis , disebutkan bahawa neraka itu dipanaskan selama seribu tahun, maka ia menjadi merah. Dipanaskan lagi seribu tahun, maka ia menjadi putih. Dipanaskan lagi seribu tahun, maka ia menjadi hitam. Hitam gelap pekat.

Ulamak semasa cerita bagaimana hitamnya api neraka ni, dia sebut kal laillil mughlim; macam malam yang gelap yang takdak cahaya bulan bintang tu.

Ha... kira2 begitu la warna api neraka.

Amacam?.. sedap? Try la.. Aku tak nak try. Kulit aku lembut. Yang duk rasa kulit dia tebal macam kulit biawak, silalah.

Tapi jangan meraung la lepas kena!

Al Bakistani pula yang terlondeh?

Pagi-pagi buta, aku buang tabiat dengan buka laman Al-Bakistani. Tajuk artikel dia yang latest ialah Tiada Gabung Dengan kerajaan Diktator - Dr Yusuf Al Qardhawi

Kemudian ada satu statement yang best dari Wan Ji. Kiranya Qardhawi itu ulama dunia yang paling dia respek dan kagumi di abad ini. (Semua pun respek. Yang tak respek mungkin cybertrooper Umno saja!!)

Tapi walaupun respek, dia tak boleh relatekan maksud sebenar Dr Yusuf Qardhawi dengan isu yang dia cuba kiaskan. Bab ini aku cukup kasihan. Sikit punya lama belajar agama, masih tak mampu nak letakkan fatwa kepada isu yang betul. Kata Dr Hashim A. Hellyer, orang macam ini, korup ilmunya.

Dirumuskan oleh Bakistani bahawa:

Dr Yusuf Al-Qaradhawi membenarkan pergabungan dan penubuhan kerajaan campuran yang tidak mempunyai unsur dictator (kezaliman).

Kemudian dipersoalkan oleh dia sekali lagi:

Persoalannya, Apakah UMNO sudah menjadi adil? Bagaimana ISA? Bagaimana sistem kehakiman, mahkamah, SPR dan media?

Inilah masalah puak Pas Recond yang sudah aku perjelaskan dalam artikel sebelumnya.

Untuk pengetahuan Wan Ji, idea gagasan UG ni bersyarat. Bukan duk main gabung lebih kurang macam tu sahaja. Yang mana, sebelum nak buat, kena ada pembersihan kehakiman, pembersihan SPR dan perubahan dalam polisi media. Kemudian di sebutkan lagi oleh TGHH bahawa UG ini hanya boleh berlaku bilamana adanya 'demokrasi ekonomi dan pendidikan'. Contoh, non bumi (eg India estet) yang miskin tidak di anaktirikan.

Makanya bolehlah dibuat UG. Sebab pembentukan UG tidak mempunyai unsur kezaliman sebab sistem keadilan sudah dibersihkan sebelum pembentukannya. Sila tonton video penjelasan yang aku letak di sebelah blog.

Jadi, apa masalahnya dengan fatwa Qardhawi ini? Fatwa Qardhawi ini membenarkan lagi tindakan TGHH menggagaskan idea UG dan menempelak golongan Pas Recond yang tak reti-reti nak faham isu.

Senjata makan tuan? Haha

Nah, ambil tisu ni Wan Ji. Kesat air ludah hang yang kena kat muka tu.

Thursday, March 25, 2010

Pemilihan Parti Berasaskan Syura: TB Terlondeh Lagi!

Artikel menarik dari Wan Ziarahsufi

1. Hahaha.. Rasa nak terkentut dengan kenyataan pakar perlembagaan PAS, saudara TB berkaitan keabsahan pemilihan pimpinan PAS Terengganu. PAS Terengganu lagi.. satu komen sarat dengan dendam dan dengki.

2. Katanya sistem gugusan. Pertama kali saya baca. sistem gugusan yang seperti saudara TB tulis seumpama sistem pemilihan Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya tahun1970an dimana ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa dipilih oleh para mahasiswa, kemudian MPM akan melantik kabinet PMUM. Saya rasa sistem lebih baik daripada sistem pertandingan ala MCA dan UMNO sekarang. Presiden terlalu berkuasa dan keberangkalian untuk berpecah adalah besar.

3. PMIUM telah mengamalkan sistem syura dimana calon-calon disaring dan dipilih-undian oleh majlis dalaman. Kemudian nama calon diabsahkan dalam muktamar. Ustaz zainulfaqar dan ustaz nazree Gerak lebih tahu. Sistem ini bagus, sistem syura. Berlaku penyaringan pimpinan, agar fikrah Islam dan wadah gerakan Islam terus utuh. Sebaik sistem ini pun terlahir juga Presiden PMIUM seumpama Ustaz Nazree GERAK dan Dato Ahmad Shabery Cheek. Tak lupa Timbalan Presiden PMIUM, Samin Ongkili.

4. Sistem Syura dalam PAS bukan menghalang pertandingan. Ia proses tolak ansur yang begitu tinggi nilainya. Dan proses ini pernah gagal. Contoh apabila Cikgu PA vs Ustaz Hasan Shukri. Ketika itu TG Haron Din tarik diri. kata TG Haron Din, baginya kepimpinan adalah dengan cara meletak. Cikgu PA nak lawan, pertandingan diadakan. Kata ustaz Din Tantawi, 'setelah disyurakan'. Makna persetujuan bersama, baru pemimpin dilantik. Pertandingan bagus tetapi jika kerap bertanding, suasana parti tidak tenang.

5. Akhirnya, cuba saudara TB tanya BOS, adakah IRC dan Suara Islam adakan pertandingan. Demokrasi-pemilihan-pertandingan bukanlah segalanya. DEMOKRASI bukanlah tuhan yang disembah. jangan taksub pada demokrasi.

Tuesday, March 23, 2010

Kerja bodoh apakah ini?

Dalam 1-2 tahun dulu, kawan aku yang kerja dekat Sarawak ada cerita, bagaimana dia dapat satu pamplet yang 'Islamik'. Dalam pamplet itu diceritakan tentang keajaiban Nabi Isa a.s. Bagaimana dia dilahirkan dengan ajaib; tanpa bapa dan bagaimana kemuliaan yang Allah bagi kat mak dia, Maryam, sehingga satu surah dalam quran dibagi nama Maryam.

Sekali pandang macam best..

Tapi dia jadi start tak best, bilamana tukang tulis dia berusaha untuk membanding-bandingkan keutamaan antara Nabi Isa dan Nabi Muhammad.

Nabi Muhammad tak special, sebab lahir cara normal. Nabi Isa lagi special, sebab lahirnya secara ajaib.

Nabi Isa special, mak dia disebut 34 kali dalam Quran. Siap ada surah khas nama dia (mamat ni tak sedar agaknya ada Surah Muhammad dalam Quran!!). Nabi Muhammad tak special. tak usahkan nama surah, nama 'Aminah' pun tak ada dalam Quran.

Nabi Isa baik. Buat dakwah dengan aman. Rom bantai dia pun dia tak berperang. Nabi Muhammad pulak banyak kali keluar berperang.

Last sekali tukang tulis tu tanya, siapa lagi rendah diri?

Aku nak tanya, apa motif tukang tulis ni duk banding2kan keistimewaan dua Rasul ulul azmi ni? Padahal semua tahu keadaan dua Nabi berbeza. Maka approach mereka tentulah takkan 100% sama.

Mustahillah sebab dia sayang nabi Isa. Orang yang sayang Nabi isa takkan kutuk Nabi Muhammad. Takkan orang yang sayang Nabi Isa perleceh Nabi Muhammad.

Sebab Nabi isa dilaporkan ada sebut dalam Gospel of Barnabas chapter 163:

The disciples answered, "O Master, who shall that man be of whom you speak, who shall come into the world?" Jesus answered with joy of heart: 'He is Muhammad;, Messenger of God, and when he comes into the world, even as the rain makes the earth to bear fruit when for a long time it has not rained, even so shall he be occasion of good works among men, through the abundant mercy which he shall bring. For he is a white cloud full of the mercy of God, which mercy God shall sprinkle upon the faithful like rain.'

Maksud dia (Aku terjemah bebas): Para pengikut bertanya," Tuan, Siapakah orang yang tuan cakapkan itu, akan datang ke duniakah dia?". Jesus menjawab dengan hati yang gembira, "Dialah Muhammad, utusan Allah. Bilamana dia datang ke dunia, hujan akan turun dan bumi akan menuaikan hasil walaupun sebelumnya kemarau panjang. Dia akan membawa rahmat yang melimpah, dan memberi peluang untuk pekerjaan yang baik di kalangan manusia. Dialah awan putih yang penuh dengan rahmat, dan Allah akan menurunkan rahmat seperti hujankepada mereka yang beriman.

Gospel of Barnabas ini dikatakan Gospel asal yang belum tercemar. Dan memang ada usaha pihak Kristian menuduh Injil Barnabas dicipta oleh Orang islam sendiri. Sedangkan kitab ini dijumpai di atas dada Barnabas, dengan tulisan tangannya, di dalam kubur dia. Dan semuanya itu berlaku sebelum lahirnya Nabi Muhammad. Aku tak mahu cerita lebih2 kat sini, (Perang Portugis-Belanda yg berlaku disebabkan perbezaan mazhab Kristian pun ramai yang tak tahu!). Kalau cerita nanti, melalut ke lain pulak. Ada masa, aku cuba buat entri khas.

Kalau tak sayang Nabi Isa, maka apa pointnya?

Mudah, jawapannya tukang tulis tu benci kedua-duanya; Muhammad dan Isa. Dia nak memecah belah dan meragukan umat islam dengan kerasulan kedua-duanya. Kita yang sayang Nabi Muhammad akan attack dan mungkin sampai satu tahap berusaha merendah-rendahkan martabat Nabi isa demi membuktikan taraf Nabi Muhammad lebih tinggi. Nauzubillah.

Taktik lapok. Tapi ada jugak yang termakan!

Aku tak nak kata ini dakyah siapa. Korang fikir sendiri. Semua dah habis sekolah. Aku je yang tahun depan baru nak ambik PMR. Keh keh keh.

Dah buat apa kau cerita semua ni Ali?

Mudah. Aku nak cerita bahawa taktik lapok ini pun ada dipakai oleh satu dua ekor anai-anai untuk meragukan jemaah dengan kepimpinan ulamak.

Dan ya, ada jugak yang termakan!

Mereka banding-bandingkan kepimpinan TGHH dan Almarhum Ustaz fadzil. Atau membandingkan peribadi TGHH dan TGNA.

Sedangkan semua tahu situasi antara musim kepimpinan ini berbeza. Zaman TGNA baru naik menjadi Mursyidul am menggantikan Almarhum TG Yusuf rawa pun, ada yg merendah-rendah kebolehan dia. Memang benar berbeza, tapi zaman TGNA dan TGYR kan lain?

Begitu jugak nak membandingkan zaman TGHH dan us fadzil. mesti tengok zaman dan masalah yg berbeza.

Ingat dahulu masa us Fadzil terima jemputan Che Det untuk buat ucapan bersama pasal Palestin live dekat TV (Aku rasa masa tu baru lepas PRU 10). Ingat? Takkan lupa masa tu bagaimana Che Det yg bercakap selepas Us fadzil menyindir sinis +-"Nak suruh umat islam bersatu, kita kat sini bersatu dululah".

Cuba bawa situasi itu pada hari ini, dan yang bercakap itu Najib dan TGHH, dah tentu dikatanya TGHH bodoh masuk perangkap musuh.

Tapi masa tu Alhamdulillah, anai-anai kurang lagi, kita spray sikit dah mati. Jadi tiang seri rumah jemaah kita tak jejas.

Sekarang lain, anai-anai membiak. Tak makan Baygon puak-puak ni. Dah immune. Buat penat spray je.

Bagi aku, yang membandingkan ini lebih kurang sama saja dengan yang 'puji Nabi isa, kutuk Nabi Muhammad' tu. Mustahil orang yang hina Us Nasha dan puji Us Fadzil tu sayang Us Fadzil dengan betul2. Tipu.

Sebab us Fadzil sendiri yang angkat Us nasha sampai ke tahap ini. Bukan kita tak tahu, us Nasha baru saja menang AJK Pemuda, terus Us Fadzil angkat jadi SU Agung. Su Agung bukan muktamar angkat. Itu kuasa Presiden.

Bagi aku, menghina kebolehan Us Nasha sama saja dengan merendahkan kebolehan membuat keputusan Us fadzil. Senang.

Bukan kita tak tahu, kerja membanding2kan kepimpinan ini tak lain kerja nak menjahanamkan jemaah.

Eh, lupa pulak. Ni bukan aku samakan ulamak kita dengan Nabi. Sebab ada jugak anai2 yang tak berapa ada akal ni, bila aku pakai dalil kisah nabi, dia kata aku nak jadi Nabi!

Brain Freeze!

Monday, March 22, 2010

Rahman Talib, Percayalah neraka tak best!

Artikel 1

Tak pernah terbayang dalam kepala otak aku yang kiut ini, ada orang yang mengaku konon sayang jemaah islam sanggup pakai maklumat orang fasik untuk belasah jemaah islam. Tapi tu la yang dibuat oleh Tulang Besi @ Rahman talib. Boleh klik sini untuk bacaan.

Aku rasa umum dah tahu bahawa Papagomo ni boleh dikategorikan cybertrooper Umno ( mungkin lagi tepat cybertrooper che det?) yang buat pakatan dengan saiful Bukhari azlan hari tu. Rasanya boleh rujuk dekat blog Milo Suam.

Jadi jelas Papagomo ini ialah musuh kepada jemaah dalam sudut politik. Dan bukan sikit benda mengarut yang papagomo ni duk merepek dalam blog dia. Maka kenapa pulak nak pakai hujah dia secara buta tuli?

Bukankah Allah sebut, "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. " (Al Hujurat: 6)

Begitu jelas Allah bagi ingat, kenapa boleh tak nampak?

Tapi ya lah, Allah kata Ya ayyuhal mukminun. Wahai org2 beriman. Kalau rasa diri tu munafik mufasik, maka tak apalah. Tak payah ikutlah.

Tapi tahanlah azab neraka nanti.

Artikel 2

Yang ini pula aku nak rujuk kepada satu lagi artikel dia. Boleh klik sini. Kononnya kegagalan 16 September ialah kerana Presiden dan pimpinan Pas buat bantahan yang tidak berasas. Menurut Rahman lagi:

Namun, apabila dibantah oleh Presiden dan beberapa kepimpinan PAS Pusat atas alasan "Melayu tidak Majoriti", maka Anwar telah mengubah perancangan beliau.

Aku tanya dengan jelas kepada Rahman 2 soalan.

1. Adakah meminta pemerintahan yang dikuasai oleh orang Islam demi menjaga Islam itu tidak berasas?

2. Sejak bila Presiden menyebut 'Melayu mesti majoriti'?. Yang disebut Presiden ialah islam mesti majoriti. Dalam satu interview, Presiden menyebut "Melayu Muslim mesti majoriti"

Sampai sekarang tak mampu jawab.

Kenapa dihilangkan atau digantikan perkataan Islam dan Muslim itu? Apakah ada niat jahat dan sikap tidak amanah dalam menulis?

Bukankah dengan mengubah dan memanipulasi kenyataan Presiden itu telah memberi gambaran bahawa Presiden seorang perkauman dan racist?

Betul Melayu mesti Islam dalam Perlembagaan. Tetapi bodoh dan 'tidak cerdik' juga mempunyai makna yang sama. Tetapi mempunyai kesan yang berbeza bila diguna.

Ini membuktikan sikap sebahagian Pas Recond yang telah aku buktikan dalam artikel sebelum ini, iaitu tidak amanah dalam ilmu. Sila klik.

Seronok sangat ke buat?

Percayalah rahman, neraka tu tak best. Tak sedap pun duduk dalam dia.

Artikel 3

Entah ke berapa kali ntah aku duk bertekak dengan Rahman Talib (Tulang Besi) dalam blog dia. Sehinggalah seorang pengomen anti TB menasihatkan agar aku agar tidak meraikan tulisan TB dalam blog dia. Meraikan bermakna menambah popular. Biarlah popular dengan cara yang mazmumah pun.

Aku akui kebenaran tu. Aku masih ingat bagaimana aku pernah attack Aduka Taruna di dalam blog dia. Tetapi aku perasan lepas itu AT semakin popular. Walaupun popular dengan cara yang hina. Satu lagi dalam blog 'Anak Pak Wahab'. Daripada lebih kurang 20 orang follower, selepas 'diraikan' oleh pihak aswj, sekarang dah ada lebih 200 follower.

Siapa blog 'anak Pak wahab' tu, pandai2 la cari. Malas nak bagi tau. Keh keh keh.

Sunday, March 21, 2010

Lagi Blogger Buat Kerja Celaka!

Artikel menarik dari Warkah Daily:

19 Mac baru yang lepas, PAS Bachok, kawasan parlimen yang diwakili oleh YB ustaz Nasaruddin Mat Isa telah mengadakan satu program Majlis Makan Malam Amal yang diadakan nun jauh di Putrajaya bagi mengumpul Dana Komplek Pendidika Islam (KPI) Bachok bersama tiga pimpinan tertinggi PAS iaitu Mursyidul Am, Timbalan Mursyidul Am dan Presiden PAS.

Program yang diadakan di Hotel Marriot Putrajaya itu dibuat berkemungkinan kerana ingin mencapai sasaran derma daripada ramai dermawan kaya-raya yang mendiami Putrajaya dan kawasan sekitar walaupun Bachok berada jauh di Kelantan.

Program itu diselia sendiri oleh Timbalan Presiden PAS, YB ustaz Nasaruddin Mat Isa selaku ahli Parlimen Bachok sebagai Pengarah Program.

Menurut laporan http://ydppasputrajaya.blogspot.com, kehadiran lebih 1000 tetamu ke majlis itu, telah mencapai objektif program bagi mengumpul dana untuk menyiapkan baki 30% pembinaan kompleks yang telah dimulakan pembinaannya pada tahun 2007. Projek yang rasmikan oleh tuan Guru Nik Abd Aziz pada tahun 2007 itu telah diasaskan oleh 3 pimpinan utama PAS kawasan iaitu YB Dato hj Omar Mohamad YB Ustaz Hassan Mahmud serta Almarhum Ustaz Buni Amin Yaakob bakal mengubah lanskap pendidikan di Bachok apabila ia bakal disiapkan kelak dengan perbelanjaan 3.7 juta lagi.

Yang menjadi persoalan WarkahDaily, bukan berita yang disiarkan laman tersebut atau program yang telah diadakan itu. Tetapi ingin memberi sedikit komen ke atas satu persepsi jahat yang cuba dibangkitkan laman-laman tertentu (blogger celaka) yang tidak senang dengan beberapa pemimpin PAS dengan menimbulkan pelbagai cerita dan ulasan yang secara sengaja mencari point untuk menunjukkan kebencian mereka terhadap beberapa pemimpin yang mereka sendiri kelaskan dengan UG walaupun isu UG telah diumumkan tidak berbangkit lagi.

Tetapi, perasaan dendam kesumat, hati yang lebih keras dari pedal ayam, golongan ini masih lagi mencari seribu satu alasan dan cerita agar isu itu boleh dibangkitkan lagi bagi meracuni pemikiran pembaca dan penyokong PAS.

“Menurut sumber-sumber yang dipercayai sewaktu Murshidul Am Pas berucap dalam ucaputama majlis tersebut tidak menyebut langsung nama Ustaz Nasa dalam muqaddimah ucapannya sedangkan nama-nama lain Tok Guru sebut.Hadirin di barisan hadapan majlis merasa terkejut dan masing-masing memandang antara satu sama lain.Mereka 'sut sit sut sit' antara satu sama lain.”, tulis misai merah dalam blognya.


Berdasarkan firasat WarkahDaily, kebarangkalian misai merah adalah seorang yang berpengaruh mungkin. Manakan tidak, tanpa pergi ke majlis berkenaan, hanya bersumberkan ‘sumber-sumber yang dipercayai’ sahaja beliau sudah berani menyiarkan khabar daripada ‘sumber-sumber’ itu. Bermakna, bukan calang-calang sumber yang beliau perolehi, katanya.

Melalui pemahaman WarkahDaily melalui pembacaan di blog misai merah, sengaja atau tidak, beliau ingin menimbulkan satu persepsi buruk terhadap Ustaz Nasaruddin Mat Isa.

“Mungkinkah Tok Guru terlupa? Mungkin juga Tok Guru nak cepat habiskan ucapan jadi tak sempat nak sebut nama Ustaz Nasa atau mungkin juga Tok Guru dah ...hang pa pikiaq sendiri la..sendiri mau ingat”, tulis misai merah lagi.


Kemudian diulas pula oleh pakar propaganda blog, bakaq a.k.a. ~penarik beca dengan tajuk ‘Barangkali Mursyidul Am terlupa’ dalam blognya sambil meletakkan satu ‘berita berkaitan’ yang dilinkkan sumbernya daripada Utusan Malaysia. Dimana kaitannya tidak ketahui tapi mungkin ingin kaitkan dengan ‘isu perpaduan’.

Misai merah dan ~penarik beca telah menimbulkan satu cerita bodoh konon Tok Guru Nik tidak menyebut nama Ustaz Nasaruddin Mat Isa dalam ucapannya di majlis berkenaan walaupun belum dapat dipastikan akan kebenaran khabar yang dipostkan diblog mereka ini.

Bagi mereka, pengisian dan berjayanya majlis berkenaan tidak menjadi ukuran atau dijadikan tajuk berita, tetapi satu benda yang orang tidak ambil ‘pusing’ (tidak ambil peduli) mereka perbesarkan dengan motif, dapat memburukkan Ustaz Nasaruddin. Bagi mereka, menimbulkan persepsi terhadap pemimpin lebih penting daripada menjayakan agenda jamaah.

Dengan hanya berpaksikan ‘sumber-sumber yang dipercayai’ kononnya, mereka coretkan persepsi. Asyik-asyik ‘sumber-sumber yang dipercayai’. Bila mahu menimbulkan persepsi, mesti ‘sumber-sumber yang dipercayai’ digunakan seperti yang mereka dakwa. Namun keabsahan ‘sumber-sumber yang dipercayai’ yang mereka dakwa itu belum dapat dipastikan betul atau tidak.

Bagi Warkahdaily senang sahaja, jika mereka ingin membicara juga benda yang tidak memberi kudis kusta terhadap jamaah itu, WarkahDaily ingin bertanya kembali kepada mereka, kenapa Tok Guru Nik Aziz boleh datang ke program Majlis Makan Malam Amal yang diadakan di Putarajaya itu. Sedangkan program itu dihandle (dikepalai) Ustaz Nasaruddin selaku ahli parlimen kawasan Bachok.

Jika misai merah dan ~penarik beca yang sengaja melaga-lagakan pemimpin PAS, kononnya Tok Guru membenci Ustaz Nasaruddin sehinggakan tidak menyebut nama Ustaz Nasaruddin dalam ucapannya, kenapa pula Tok Guru Nik Aziz sanggup hadir ke majlis berkenaan? Padahal majlis itu, ustaz Nasaruddin Mat Isa merupakan pengarah program. Jika marah, bukan ke lebih elok tak datang terus.

Tapi Tok Guru Nik Aziz bukan seperti yang korang sangkakan. Beliau boleh datang ke majlis itu dan sempat memberi ucapan utama lagi. Bahkan program itu selesai dengan tercapainya objektif program dan dihadiri 1,000 hadirin.

Namun, bagi blogger seperti misai merah, ~penarik beca dan seangkatan dengannya mungkin tidak senang dengan kejayaan program yang dikepalai Ustaz Nasaruddin dan dihadiri pula Tok Guru Nik Aziz. Mereka akan cari apa cara sekali pun bagi menampakkan Tok Guru Nik Aziz dengan Ustaz Nasaruddin tidak sehaluan.

Memang celaka blogger-blogger celaka. Mereka hanya ingin melaga-lagakan pemimpin PAS dengan kata lain ingin mencipta kumpulan-kumpulan tertentu dalam PAS agar PAS dapat ‘dipecah-pecahkan’. Maka senanglah PAS dirobohkan bila usaha jahat mereka ini berjaya.

Apakah mereka ini merupakan ‘perosak-perosak’ dalam PAS yang menyamar ahli PAS dan penyokong PAS agar dapat meruntuhkan PAS dari dalam? Mungkin ini cara terakhir Umno-BN untuk melemahkan PAS dalam menghadapi PRU 13.

Apa yang kita perlu fikir, persepsi yang sengaja ditimbulkan ini diungkit atau timbul selepas Umno-BN kalah teruk dalam PRU 12. Mungkin Umno-BN telah terjaga daripada tidur lena mereka dengan cuba menyerang Pakatan Rakyat secara dalaman.

Modus operandi yahudi ingin menghancurkan Islam dengan memasuki masyarakat dan negara umat Islam dengan penyebaran anasir-anasir jahat melalui ‘budak suruhan’ mereka (program hiburan, permainan online kanak-kanak, filem-filem porno dan sebagainya) dengan harapan dapat melemahkan ikatan umat Islam dengan penciptanya, Allah SWT. Maka Islam menjadi lemah dan tidak kuat lagi.

Bagi yahudi, serangan terhadap umat Islam secara fizikal tidak lagi rasional walaupun masih lagi diperlukan, namun serangan paling hebat yang perlu boleh meruntuh kekuatan umat Islam ialah ‘serangan dalaman’. Sebar anasir buruk dengan menjajah minda anak-anak umat Islam. Maka lama-kelamaan, Islam tidak lagi menjadi kuat. Bukti, sekarang pelbagai gejala-gejala negatif yang berlaku di bumi umat Islam kerana terpengaruh dengan budaya-budaya yang dicelup daripada acuan yahudi.


Artikel berkaitan:

Mengulas artikel Barangkali Mursyidul Am terlupa

Friday, March 19, 2010

Kerahsiaan dan Adab Jemaah

Marah betul seorang kawan aku, orang lama di Unit Amal Selangor baru-baru ni. Merungut rungut dia. Marah dia tu tertuju kepada seorang figur ulama dalam PAS, Ustaz Ahmad Awang. Ada la beberapa kata dia yang kurang sedap teliga nak dengar yang malas aku nak ingat dan cerita kat sini. Nak buat macammana, orang tengah emosi. Aku nak ikat dia kat pokok rambutan, dia lagi besar dari aku. Cari penyakit aiih..

Kira-kiranya bagi dia, tak manis (aku pakai perkataan elok sikit) untuk figur ulama mempersoalkan satu keputusan syura oleh JK Disiplin Pas. Dalam blog pula tu.

Kes amende ni?

Kes Khalid samad kena gantung hari tu la..


Aik, takkan atas angin lagi cerita ni?
Aku ingat dunia dah aman bahagia.

Aku pun mulalah buka blog Ustaz Ahmad. Dan inilah link dia. Moh le kita pakat2 baca.

Kisahnya, Ustaz Ahmad berdalilkan kisah Hatib bin Abi Balta‘ah yang merupakan seorang anggota pasukan Islam dalam Perang Badar yang cuba memecahkan rahsia peperangan yang dirancang Rasulullah. Niat si Hatib ni baik, iaitu bagi menjaga nyawa orang2 musyrik Makkah yang menjadi kawan rapatnya. 'Jenayah' Hatib ini dimaafkan Rasulullah selepas mengambil kira statusnya sebagai 'ahli Badar'. Kira besar la jasa dia ni.

Jadi atas dasar yang sama, Us Ahmad mempersoalkan apakah tidak boleh Khalid Samad yang mendedahkan rahsia jemaah ini dimaafkan selepas mengambil kira jasanya yang besar kepada PAS. Lagi pulak, yang didedahkan YB Khalid ni tidaklah besar mana kalau nak dibanding Hatib.

Aku sebenarnya malas nak buat komen. Satu, artikel ni dah sebulan lebih kot. Ntah2 Us Ahmad dah pun ditegur oleh ulama yg lain. Bab tegur sesama ulama ni biasanya depa buat dalam mesyuarat. Bukan duk memekak dalam Malaysiakini.

Yang kedua, dia ni ulama. Masa dia baru nak naik dulu, barangkali aku tengah bogel panjat pokok rambutan jiran sebelah lagi. Kalau aku jawab, macam biadab pun ada. Tak memasal aku sorang jahat, orang tasawuf pakat kena belaka.

Jadi aku rasa, aku nak lebihkan kepada soalan saja.

1. Hatib TIDAK sempat mendedahkan rahsia tersebut kepada musuh. Utusannya sempat di halang di tengah jalan dan pihak Muslim TIDAK menerima sebarang kerosakan dan pihak musuh TIDAK menerima sebarang manfaat kesan daripada cubaan 'belot' itu.

Sedangkan Khalid Samad TELAH mendedahkan rahsia jemaah di dalam blog, TELAH dan boleh dibaca oleh musuh dan rakan, musuh TELAH menerima manfaat dan PAS TELAH menerima kerosakan (imej) kesan pendedahan tersebut.

Jadi adakah dengan PERBEZAAN ini, maka dalil Hatib terpakai dalam kes Khalid Samad?

2. Sekiranya Hatib BERJAYA menyampaikan rahsia itu kepada musuh dan umat Islam mengalami kerosakan dan kesusahan dalam Fathul Makkah kesan kebocoran rahsia tersebut, apakah Rasulullah masih AKAN MEMAAFKAN Hatib?

3. Kalau sekiranya kita nak memaafkan ahli jemaah yang mendedahkan rahsia atas sebab jasanya besar, maka apakah ada equation atau persamaan kuadratik atau polinomial dalam hal ini?.

Contoh, kalau dia ahli PAS seumur hidup, apa tahap rahsia maksimum yang dia boleh dedah dan masih boleh di maafkan. Kalau dia Ketua Cawangan, apa tahap rahsia yang dia boleh dedah. Kalau Presiden? Mursyidul Am?

4. Kalau kita berterusan memaafkan ahli jemaah yang membocorkan rahsia atas sebab jasa, maka apakah ada jaminan bahawa semua rahsia pimpinan tidak akan di dedahkan pada masa hadapan? Dengan kata lain, bagaimanakah kerahsiaan jemaah boleh dikawal selepas ini?

4 soalan dulu. Aku cuba post di ruangan komen Us Ahmad. Nanti kalau ada respon, kita tanya lagi.

Okeh!!

Thursday, March 18, 2010

Ali Zaidan ialah Songkok Putih..

Aku agak terkejut bilamana artikel aku iaitu TG Nik Aziz ialah Bahlol Malaysia di siarkan di Laman Tranungkite . Cepat pulak tu. Ini ialah bukti jelas bahawa Ali Zaidan ialah Songkok Putih. Keh keh..

Jadi aku nak respon sikitlah berkenaan komentar2 yang diberi oleh Songkok Putih dan respon para pembaca di sana. Aku rasa bertanggungjawab sebab aku tak mahu SP dianggap sebagai 'cincai' masa ambil artikel (Satu lagi bukti bahawa aku ialah Songkok Putih. Keh keh)

Kebanyakan komen (Aku rasa semua) duk pakat maki aku. Siap ada yang kata artikel aku tu 'pundek'. Apa benda pundek ni? Kalau 'pundak' aku tau la. Eh, tak reti la aku bahasa orang zaman sekarang. Aku rasa aku muda lagi. Baru 'tingkatan 2'. lalala~

Tak apa lah. Sebab aku memang benarkan maki bila habis baca. Paham ke tidak tu bukan aku yang bagi.

So, komen kepada SP:

Pertama sekali, aku bukan ustaz. Ambik engineering kot dulu. Cuma aku anggap satu pujian lah bila SP kata 'aku mungkin ustaz'. Serba salah pulak bila dipuji begitu. Sebab rasanya aku yang lebih sekular berbanding SP yang dapat tarbiyah Pas dari awal.

Semasa di universiti dahulu aku terlibat dalam Tabligh sebelum terjun ke dunia tasawuf. Tapi ramai orang yang pandang serong kepada tasawuf dan tabligh ni. Nak-nak golongan 'Anak Pak Wahab'. Keh keh

Dan terima kasih di atas doa. Semoga Allah terus bagi kekuatan kepada semua pencinta kepimpinan ulamak.

Seterusnya, aku nak komen kepada satu kritikan seorang kawan kita yang bernama gergasie. Kritikan dia agak baik, jadi aku perturunkan kat sini:

aku rasa penulis tajuk ni pandai tapi tak cerdik, bahlol digunakan oleh orang shiah bagi merendahkan martabat khalifah harun Ar Rashid dan ulamak sunnah,

Harun ar Rashid adalah khalifah yang menjadi mangsa tohmahan sejarahwan, dikatakan peminum arak dan suka berpoya-poya. Padahal ia malamnya dikatakan tidak tidur melainkan solat sunnat 100 rakaat.

Bahlol dalam kisah-kisahnya digarap untuk merendah-rendahkan ulama sunnah contohnya Imam abu hanifah.


Dahulu, memang ada kisah yang tidak benar antara Bahlol Dana dan Imam Abu Hanifah yang aku dengar. Iaitu apabila Imam Abi Hanifah dikatakan mempersoalkan kewibawaan Imam Jaafar Sadiq dalam persoalan tauhid [seperti soalan bagaimana api (neraka) boleh menyakiti api (syaitan)?]. Mustahil benarlah Imam Abu Hanifah sebodoh itu sampai nak tanya soalan seremeh ini. Padahal dia terkenal pada zaman mudanya menewaskan pendeta agama yang telah mengalahkan hampir semua ulama pada zamannya dalam debat.

Dan aku percaya bahawa ia direka oleh golongan Syiah ghulat untuk menjatuhkan martabat Imam Sunnah ini. Well, Imam Jaafar Sadiq kan dianggap sebagai antara Imam 12 Syiah dan dikata pengasas Syiah Jaafari.

Aku bukan tak nak cerita ini semua, tapi agak-agaklah, apakah kisah ini relevan dengan kisah 'Bahlol Dana mintak hujan' tu.

Tapi, menjadikan hujah sebagai dasar bahawa watak Bahlol Dana ialah rekaan Syiah, bagi aku tak tepat.

Syiah (ghulat sahaja) memang terkenal dengan kemampuan mereka mengubah sirah. Sampai kisah2 yang dipesongkan dan mempunyai riwayat yg lemah pun dah termasuk dalam silibus anak-anak kita kat sekolah. Contoh, Aishah kahwin dengan Nabi ketika berusia 6 tahun (sebenarnya pendapat yg lebih kuat ialah 16 tahun), Muawiyah ahli politik licik (Ingat cerita Khalid Samad masa muktamar tahun lepas) atau para pemanah meninggalkan bukit Uhud kerana dikaburi dengan harta ghanimah (Sebenarnya sahabat tersilap mentakwil arahan Nabi).

Tetapi walaupun kisah tokoh2 ini dipesongkan, adakah ia bermakna watak mereka tidak pernah wujud dalam zaman? Tak munasabahlah kalau kita nak kata Muawiyah dan Aisyah ialah watak rekaan syiah hanya kerana ada kisah mereka yg diputarbelit golongan ghulat! Atau jangan pakai kisah mereka sebagai hujah sebab kisah mereka ada yg diputar belit golongan jahat!

Maaflah, kalau itu hujahnya aku tak setuju.

Lagi satu, aku tak fikir kisah Bahlol Dana membuat rumah tanah liat atau kisah nya memohon hujan menjatuhkan maruah Harun Ar Rashid sebagai khalifah Abbasiyah yg paling berjaya pada zamannya. Memang aku tak nampak di mana 'rompongnya' (pakai perkataan wan Ziarahsufi) kisah itu.

Kisah dan keilmuan Bahlol Dana memang merupakan antara hujah yang suka disebut oleh tokoh-tokoh tasawuf sampai sekarang. Yang kerap memakai kisah Bahlol Dana ialah Syeikh Zulfiqar Ahmad. Kalau hampa rajin, buleh la google dia. Satu lagi yang suka pakai ialah Syeikh Fuad Kamaludin Al-Maliki. La ni dia ialah ahli Majlis fatwa Negeri Sembilan. Toksah nak kata depa dua orang ni Syiah la. Aku ikat korang kat pokok rambutan, simbah dengan kerengga nanti! Keh keh..

Cuma kita rasa canggung, tak selesa, sebab 'bahlol' ini telah di sinonimkan dengan perkataan bodoh dan bebal. Maka apabila aku cuba 'mendefinisikan' kembali perkataan itu dan meletakkannya kepada figur semulia TG Ayah Zik, kita rasa tercabar sebab ia 'menceroboh' kefahaman kita yang lama.

Jadi aku boleh faham bila mana ada yang tak boleh tangkap maksud aku. Sebab ramai yang lebih terarah kepada tajuk yg kontroversi. Keh keh.

Lagipula, cerita-cerita ini bergantung kepada perspektif. We dont see things as they are, we see things as we are.

Ha, apa ingat orang tasawuf tak belajar psikologi ke? keh keh..

Yang lain tu tak payah komenlah kot. Pasal aku tak berapa nak paham. Eh, serius ni, 'pundek' tu apa?

Walaubagaimanapun, aku terima nasihat kawan2 yang minta lebih beradab dlm tulisan. Walaupun aku tak nampak yang mana tak beradabnya. Sebab kadang-kadang orang tak boleh paham mana adab mana bergurau, mana bohong mana menyindir.

Barangkali semua kena pakat tengok ceramah Ustaz Azhar Idrus dulu kot! Keh keh

Wednesday, March 17, 2010

TG Nik Aziz ialah Bahlol Malaysia

Kalau nak maki, tolong baca sampai habis dulu, baru maki. Terima kasih.

Zaman baru belum bersunat dahulu (2 bulan lepas), selalu sangat aku dan kawan-kawan duk bermain dan bergurau. Main guli, panjat pokok. Kemudian bergaduh. Tengah sedap bergaduh, keluar lah perkataan 'bangang, bodoh, bahlol dan seumpamanya' (Korang pun tahu yang selebihnya. Macam tak pernah buat kecik2 dulu. Elehhh..)

Tapi masa tu, ada 'abang besar' yang marah benar kalau kami sebut bahlol. Katanya tak baik. Eh, masa cakap 'bodoh' dia tak marah pulak. Siap join sekaki.

Tapi sebab tengah 'kecik' masa tu, tak berani la nak melawan. Taqlid buta je lah. Kang kalau tak taqlid, makan penerajang pulak. Budak besar2 ni bukan boleh buat kira.

Sampailah aku dewasa dan masuk universiti, reti bukak kitab, baru lah aku faham bebenar pasal apa jangan sebut bahlol.

Bahlol ialah nama seorang ulama yang hidup pada zaman pemerintahan Khalifah Harun Ar Rashid. Hebatnya Bahlol (Nama sebenarnya ialah Bahlol Dana r.a) ni sampaikan Imam Abu Hanifah (pengasas Mazhab Hanafi) pun mengiktiraf beliau sebagai gurunya. Ada pengkaji mengatakan Bahlol ini ialah saudara lelaki (tak tahu lah tiri atau kandung) dan penasihat kepada Khalifah sendiri. Bahlol dikenali sebagai Madjzub iaitu golongan yang menyembunyikan kepintaran mereka dengan perbuatan2 yg tak masuk akal. Sesetengah orang sahaja yang mampu kenal siapa madjzub ni.

Satu kisah yang menarik ialah, ketika Harun Ar Rashid duk jalan2 ngan bini dia (Zubaidah), mereka ternampak lah Bahlol ni tengah buat rumah dari tanah liat. Zubaidah ni pun tanya la:

"Wat apa tu Bahlol?"

"Wat rumah. Rumah ni untuk syurga punya"

"Nak beli boleh? Rega berapa inggit?"

"Kasik 10 dinar la. Kasi cincai punya harga".

Selamba badak, Zubaidah bawak keluar duit 10 dinar dari beg Gucci dia, bagi kat Bahlol. Dan selamba badak jugak, Bahlol buang duit tu dalam sungai.

"Haa.. balik lah, kau dah ada rumah dah kat syurga Zubaidah".

Gelak-gelak Harun masa tu. "Sayang dah kena main dah ngan Bahlol tu. Kah kah kah".

Malam tu, Harun Ar Rashid mimpi, dia mimpi masuk syurga. Di hadapan dia masa tu ada sebuah istana, yg tertera nama bini dia. Harun pun cuba masuk, tapi dihalang oleh malaikat.

"Eh apsal halang2 ni? Ni rumah bini aku"

"Rumah bini kau kat dunia boleh la kau masuk. Kat akhirat sendiri sendiri"

Bangun Harun Ar Rashid, peluh2. Di kejut bini dia dan pagi itu jugak, depa dua orang ni duk cari Bahlol. Jumpa la Bahlol tepi sungai, tengah buat rumah tanah liat.

"Bahlol, aku datang nak beli rumah ni"

"Buleh. Tarak hal punya"

"Berapa harga?"

"Harga kengkawan, 10 000 dinar."

"Jadah apa naik sampai 10 000? Aku tak buat GST pun lagi kau dah penaik rega ke?"

"Haa.. sebab semalam bini kau 'membeli tanpa melihat' "

Haha.. so, soalan aku, apa benda maksud tersirat Bahlol bila dia kata Zubaidah 'membeli tanpa melihat' sampaikan Zubaidah dapat harga runtuh?

Itu yg kita panggil 'tahap kepercayaan'. Ada orang kena tengok dulu nikmat, kena tengok dulu azab, baru nak buat amal. Ada orang, bila dengar saja, depa patuh dan taat.

Ada orang bila pimpinan buat sesuatu, maka banyak pulak buat spekulasi. Nak masuk Umno la hapa la. Sana sini mintak bukti. Banyak buruk sangka dari baik sangka. Itu penanda tahap thiqah yg rendah.

Haaa.. kan kena lagi Pas Recond dengan aku.. Keh keh..

Kemudian, masa zaman aku duduk universiti dulu (aku rasa time tu aku tengah2 nak grad kot), ada lah aku ikut satu pengajian oleh seorang ahli Majlis Fatwa sebuah negeri (Apa nama dia aku dah tak berapa nak ingat).

Dia cerita, masa zaman Bahlol tu, berlaku satu kemarau yg sangat dahsyat. Kira2 ganda2 la panas dari kita yg duk Malaysia hari ni. Habis khalifah suruh para ulama solat minta hujan. Turunlah ulamak, solat beramai-ramai... tapi tak ada hujan yang turun pun. Pening weh khalifah masa tu. Dipanggil la menteri dia mengadap.

"Hah, habis ulamak dah kita suruh solat mintak hujan ni. Tak setitik pun turun. Pabenda yg kita nak buat lagi ni?"

"Eh tuanku, ada sorang lagi yang kita tak panggil"

"Sapa?"

"Bahlol"

"Bahlol pun Bahlol la, arah dia buat solat mintak hujan"

Bahlol pun pergi la ke masjid. Masa tu ramai dah yg ikut berkumpul. Ya la, nak solat mintak hujan kan. Tak best la kalau sembahyang sorang2 ni.

Tiba-tiba, Bahlol naik atas mimbar, ditunjukkan jarinya ke langit dan dia mintak "Ya Allah, turunkan lah hujan". Tak ada solat apa pun.

Time tu jugak, hujan turun dengan lebat... Cepat sungguh Allah jawab permintaan wali-Nya.

Aku teringat kisah Bahlol ini bila aku baca laporan dari Malaysian Insider berkenaan solat sunat Istisqa' yg di imamkan Tuan Guru Nik Aziz yg terus dijawab oleh Allah ketika tengah solat lagi.

Hujan dilaporkan mula turun start masa Tok Guru baca Fatihah lagi.

Oleh itu, pada hemat aku, TGNA memang banyak mempunyai ciri-ciri Waliyullah seperti Bahlol Dana r.a. Ada karamahnya dan tinggi bahasanya. Sepertimana isu-isu 'Tuhan samseng', 'Allah mencarut' yang memang payah nak difaham oleh orang2 yang mempunyai pemikiran lurus macam tiang letrik.

Semoga Allah terus memelihara kepimpinan ulamak daripada serangan dan fitnah dari luar dan dalam.

Amin..

Tuesday, March 16, 2010

TGHH berimamkan Nakhaei

Kehadiran dua pemimpin tertinggi PAS dalam majlis yang dianjurkan oleh pihak kerajaan mengundang isu baru atau lebih tepat "memanaskan" kembali isu Kerajaan Perpaduan.

Pertamanya, kehadiran Presiden PAS ke majlis Maal Hijrah 1431. Kehadiran beliau dalam majlis tersebut mendapat tepukan gemuruh apabila nama beliau diumumkan oleh pengacara majlis.

Dua isu yang diperkatakan iaitu mengapa Presiden PAS hadir dalam majlis yang tidak pernah PAS hadiri zaman berzaman. Hujah TGAH kehadiran beliau adalah untuk meraikan kedatangan Dr. Yusof Qardawi yang dinobatkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai Tokoh Maal Hijrah.

Umum mengetahui hubungan TGAH dengan Dr Yusof Qardawi begitu rapat. Dr. Yusof Qardawi adalah antara pimpinan Ikhwan Muslimin.

Isu kedua apabila TGAH menjawab soalan media. Beliau mengatakan menjadi hasrat PAS untuk menjalinkan hubungan dengan sesiapa sahaja termasuk UMNO atas dasar perpaduan Islam.

Inilah yang "memanaskan" kembali isu hasil kebijaksanaan media "mengumpan" isu untuk lariskan akhbar dan memporak peranda PAS !

Isu terkini, kehadiran Timbalan Presiden PAS dan Ketua Penerangan PAS dalam majlis perlancaran buku Natrah hasil karangan Fatini Yaakob. Majlis yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yasin.

Lagu yang sama dimainkan. Lagu Perpaduan. Dalam majlis tersebut "lagu perpaduan" dinyanyikan secara berduet oleh Muhyiddin dan Fatini. Kemudian "disambung" oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasha.

Yang pasti fakta sejarah Natrah telah dipesongkan sepertimana fakta kemerdekaan negara dipesongkan oleh UMNO. Bijaknya Muhyiddin ambil peluang untuk menonjolkan peranan UMNO. Kononnya UMNO dan PAS bersatu dalam isu Natrah.

Sebenarnya dalam 2 "kejadian besar" ini, kita perhatikan media barua UMNO begitu bijak untuk memerangkap pemimpin PAS.

Pertamanya, tetamu yang diundang. Mereka menjemput pemimpin PAS yang pro UG (walaupun pemimpinnya telah menutup buku) tentang UG. Tujuannya supaya berlaku persepsi ahli PAS bahawa masih berlaku "rundingan rahsia" untuk wujudkan UG.

Akibatnya terhasil bibit-bibit keraguan dan perpecahan sesama pemimpin. Lihat bagaimana Khalid Samad mengulas isu ini.

Keduanya, soalan-soalan media barua untuk dijawab pemimpin tertinggi PAS. Semuanya soalan untuk "memerangkap". Kemudian di"sonsangkan" untuk siaran akhbar.

Selepas ini , UMNO mungkin "pasang perangkap" lebih hebat lagi. Antaranya anjurkan majlis untuk dihadiri pemimpin tertinggi PAS kemudian adakan solat. Yang akan mengimamkannya adalah Datuk Nakhaei ataupun Datuk Firdaus Al Hafiz ( imam tendang tong undi). Yang jadi makmum mungkin TGAH ataupun Ustaz Nasha.

Tujuannya untuk memperlekehkan ulamak PAS.

Selepas solat, media akan bertanya soalan cepu emas iaitu, "Apakah hukum mengikut imam UMNO " ?. Esoknya tersiarlah berita dalam akhbar, "Haji Hadi batalkan Fatwa Amanat Haji Hadi ".

Selepas ini, pimpinan PAS mestilah berhati-hati dengan perangkap UMNO dan media baruanya. Jika ada lagi jemputan, sila hantar TGHH bersama TGNA. Ataupun Ustaz Nasha bersama Haji Muhammad Sabu.

Lebih cantik lagi PAS hantar Dato Hasan Ali bersama Khalid Samad ! Mesti terduduk UMNO weeh!

Tok pepijat

Komen aku:

Isu Us Nasha ni tak sepatutnya dipanaskan oleh Khalid Samad. Sampai mintak Us Nasha bg penjelasan melalui media. Alahai... Karang kalau aku kata desperate for attention, fanatik dia duk maki aku pulak.

Padahal, takkanlah kau tak ada no hp dia Khalid. Kau MP dia pun MP. Kontek dia. Tanya, "awat hang pi Ustaz?". Us Nasha tu bukannya kedekut kredit. Dengan aku yang tak terkenal ni pun dia boleh main2 mesej. Kemudian, kau pulak explain kat media songsang bernama Malaysiakini tu ttg kewajaran Us Nasha dan Us Idris pergi majlis akademik tu.

Sebenarnya tak payah kontek pun. Majlis tu kan majlis akademik. Bukan majlis Umno. Lainlah kalau majlis sambutan ulang tahun Umno, barulah munasabah kena explain dalam media. Dah orang jemput, maka tanggungjawab kita memenuhi jemputan. Seingat aku pemimpin PKR pun dijemput, tapi depa tak hadir. Jadi apabenda masalah sebenarnya?

Makin tua dunia, makin ramai orang bengap.

Monday, March 15, 2010

Firaun Kecil dan Little Napoleons

oleh Wong Shu Qi

Ahli parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong menyelar "Little Napoleons" dalam DAP dan PKR yang menyebarkan desas-desus bahawa beliau antara wakil rakyat Pakatan Rakyat yang bakal "keluar parti".

"Alamak! What rumour? Rumours created by the little napoleons? (Apa khabar angin? Khabar angin yang direka-cipta little napoleons?)" Demikianlah reaksi pertama dalam sms ketika ditanya oleh MerdekaReview, yang menghubunginya melalui perkhidmatan pesanan ringkas, semalam.

Apabila dijelaskan bahawa desas-desus itu berkisar pada masalah individu beliau, yang bakal menjurus kepada "keluar parti", beliau membalas, "All from the DAP and PKR little napoleons! Faceless little napoleons."

Wee Choo Keong (gambar kiri), 57, pernah menjadi ahli parlimen Bukit Bintang pada tahun 1990, kemudian terjerat ke dalam kes MBF yang berakhir dengan pelucutan kelayakannya sebagai ahli parlimen pada tahun 1995. Kes perbicaraan yang sarat dengan pertikaian ini merupakan punca nama Wee Choo Keong menjelma semula pada tahun 2007, dalam skandal "Lingam tape".

Wee CK dipecat oleh DAP pada tahun 1998, atas tuduhan terlibat dalam konspirasi "Kick Off Kit Siang" (KOKS) ketika itu. Beliau telah menubuhkan Parti Demokratik Malaysia (Malaysian Democratic Party, MDP) pada tahun 2 Mei 1999, namun kecundang di semua kawasan yang dipertandingkan dalam PRU ke-10 dan ke-11. Dalam PRU ke-12, Wee CK bertanding di Wangsa Maju dengan menyarung jersi PKR tanpa MDP dibubarkan.

Punca desas-desus

Wee CK menjadi antara wakil rakyat yang tersenarai dalam kumpulan "risiko tinggi", dikhabarkan bakal "keluar parti" mengikut jejak Zahrain Hashim, Tan Tee Beng dan Mohsin Fadzli Samsuri. Desas-desus ini semakin kencang apabila Wee CK tidak menurunkan tandatangan ketika 12 ahli Dewan Rakyat tanpa jawatan parti mengisytiharkan kesetiaan mereka terhadap PKR pada 3 Mac lalu.

Malah, Wee CK pernah menyifatkan rakan seperjuangannya dalam PKR mahupun PR sebagai "Little Napoleon" dalam blognya, di samping menyeru agar "serangan peribadi" terhadap bekas Setiausaha Agung PKR, Salehuddin Hashim dihentikan. Baru-baru ini, Wee CK pula menjadikan Pengerusi DAP, Karpal Singh sebagai sasaran, apabila mengungkit peristiwa gesaan "Harimau Jelutong" agar Anwar Ibrahim meletak jawatan.

Pada masa yang sama, khabar tersebar bahawa jejak Wee CK gagal dikesan setelah beliau melawat ke Amerika Syarikat dua minggu yang lalu. Beliau menghadiri satu seminar berjudul "Urustadbir dan Keluhuran Undang-Undang di Malaysia", anjuran sebuah badan pemikir terkemuka - Pusat bagi Strategi dan Pengajian Antarabangsa (CSIS) pada 25 Februari. Menteri Jabatan Perdana Menteri, Abdul Nazri Aziz merupakan satu-satunya wakil kerajaan Malaysia ke seminar tersebut. Kebetulannya, ahli parlimen Bayan Baru Zahrain Hashim turut muncul di seminar itu.

Pusat perkhidmatan berjalan seperti biasa

Walau bagaimanapun, ketika wartawan MerdekaReview menjenguk ke pusat perkhidmatan Wee Choo Keong di Wangsa Maju pada Khamis lalu (11 Mac), didapati segalanya berjalan seperti biasa. Bendara PKR masih berkibar di pusat perkhidmatannya, malah pembantunya Yaacob Hamid masih berada di situ untuk melayan pengundinya.

Ketika ditemuramah MerdekaReview, Yaacob Hamid berkata dirinya tidak mengesan sebarang "kelainan" yang ditunjukkan Wee CK, bahkan tiada masalah kewangan atau individu yang membelenggunya. Malah, Yaacob menyangkal khabar Wee CK "hilang", kerana beliau masih berjumpa dengan Wee CK untuk menguruskan hal kawasan pengundiannya.

Apabila ditanya sama ada pemimpin BN atau proksi BN mengatur sebarang pertemuan dengan Wee CK, Yaacob terus menafikannya, tetapi menambah, "Kalaulah menghubunginya (Wee CK) secara terus, itu saya tidak tahu. Masih ada persahabatan antara wakil rakyat, tidak aneh kalau saling menghubungi."

Sebulan yang lalu, tiga orang ahli parlimen PKR telah mengisytihar untuk keluar parti, ditambah pula dengan Zulkifli Noordin yang dipecat, bilangan ahli dewan rakyat PR telah jatuh ke paras 78. Daripada 7 orang ahli parlimen bebas, SAPP telah mengisytiharkan bahawa ahli parlimennya, Eric Majimbun and Chua Soon Bui akan bersama PR untuk menggulingkan BN.

Dengan kata lain, seandainya kesemua lima ahli parlimen bebas yang lain menyokong BN, maka BN akan berada dalam kedudukan 137+5 (142), berbanding PR 78+2 (80). Ringkasnya, BN masih memerlukan 6 orang ahli dewan rakyat daripada PR untuk mencecah majoriti dua pertiga.

Saturday, March 13, 2010

Attack Khalid Samad sikit... (Part 2)

Masuk siri 2. Saja aku pakai tajuk lama. Malas aku nak fikir tajuk. Nak baca siri satu, sila klik sini.

Entri ni khas aku tulis bagi menjawab artikel Khalid samad berjudul Bukti Kejujuran dan Keikhlasan Terhadap Pakatan Rakyat. Yang mana Khalid memuji PKR sebab pecat YB Zulkifli Nordin demi menjaga keharmonian hubungan Pakatan Rakyat.

Jawapan aku:

1. Hubungan PAS-PKR tak pernah terjejas bilamana YB Zul buat report polis kat kau. Yang terjejas ialah imej kau di mata rakyat dan meninggikan imej dia kepada pengundi atas pagar. Sejak bila pulak wujudnya caci mencaci, maki memaki antara penyokong PKR dan PAS sebab YB Zul buat report kepada kau?

Ini lebih kepada soal pendirian dia dan kau. Kalau kau berani perlekeh enakmen undang2 Islam Selangor, pandai2lah jawab!. Tak ada kaitan dengan PAS pun!

2. Artikel ini mempunyai serampang banyak mata. Salah satu mata jahat serampang ini ialah (sepertimana yang aku faham) bagaikan nak memperli JKD PAS yang hanya bagi amaran kepada YB Dr Hasan. Buktinya ialah kenyataan Khalid iaitu: " Mungkin dengan amaran keras secara bertulis akan dianggap sudah memadai." YB Dr Hasan yg dikatakan merosakkan hubungan PR kan hanya diberi amaran? Even kalau Khalid berniat lain, bukan nak perli JKD, persepsi rakyat melhat sebegitu. Kan Pas recond ni suka sangat main persepsi?

Move on la Khalid! Orang suruh merayu tak mahu. Naik benci aku dengan kau ni.

3. YB Khalid kata tindakan YB Zul itu mencari publisiti murahan.

Aku jawab:

Kau pun sama saja dengan Zul tu. Adik beradik. Kau ni tak ada ilmu agama yang cukup. Tapi dalam bab agama, kau tetap nak menyibuk. Ini ialah tanda2 korup ilmu. Rosaknya agama bila urusannya diserahkan kpd bukan ahli. Kamu bukan ahli. Serahkan kepada ulama yang menyelesaikannya. Biarkan Dewan Ulamak PAS bermuzakarah dgn Majlis fatwa Kebangsaan dlm isu kalimah. Kamu jangan nak menyibuk.

Macam aku pernah kata. Kau dan Zul ni 'adik beradik'. Nampak macam desperate for attention. Hakikatnya, kamu berdua ni dua-dua takdak adab jemaah. Banyak menyusahkan dari menyenang.

4. YB Khalid pertikai laporan Polis YB Zul. Katanya : Sudah lebih 60 NGO UMNO buat laporan, tambah 1 lagi apa bezanya? Lagipun apa yang hendak sibuk-sibuk buat laporan Polis.

Aku jawab:

Ni lah masalah kau Khalid. NGO buat report polis kat kau pasal apa? Pasal sokongan kau kpd penggunaan kalimah allah kpd orang Kristian kan? Zul report Polis pasal kau sebab apa? Sebab kau perlekeh enakmen undang2 Islam. Kan lain tu? JADI MESTILAH ADA BEZA!!

Tak bermakna aku sokong dia report polis kat kau. Nanti ada puak PAS Recond yg payah nak faham pulak.

5. YB Khalid jugak kata YB Zul diam semasa di rumah DSAI dlm perbincangan isu kalimah Allah.

Jawab aku:

Bagusla kalau dia diam. Dalam pertemuan antara NGO dengan DSAI tu, kau ingat sikit ke ilmuan Islam? Ada Cikgu azmi, Dr Farid etc. Tak silap aku Prof Kamal Hassan pun ada. Bila ada 'ahli' dalam perbincangan, buat apa yang 'bukan ahli' nak menggatal tunjuk pandai???

Kau ingat aku tak tahu cerita ke Khalid? Kau ingat aku tak tahu masa mula2 pertemuan tu berlangsung, Anwar dah psiko awal2, macam nak suruh semua orang setuju dengan dia. Kalau tak sebab Cikgu Azmi sound, dah tentu ada kenyataan bersama yg sokong penggunaan kalimah dibuat. Aku masih tak mau cerita konklusi Anwar malam tu. Kalau aku cerita agaknya habis undi muslim kena tarik dr PKR!

6. YB Khalid jugak ada sebut: Walaupun telah diketahui akan diserang UMNO secara bertubi-tubi dan berkemungkinan pula kehilangan undi ‘Melayu yang tidak membaca’, namun Alhamdulillah PAS tetap tegas dengan pendiriannya.

Jawab aku:

Ni masalah kau paling besar. Tiada adab! Aku nak tanya kau, Syeikh Fattah Allam (Ulama' Al Azhar), Prof Naquib Al Attas tu Melayu yang tidak membaca kah? Kalaupun ada golongan tidak sepandangan dengan kau dlm isu kalimah, kenapa dilabelkan golongan2 yang tidak sependapat dengan gelaran sebegitu? Mana adabul ikhtilaf kau Khalid?

Hormatla . Mereka jauh lebih berautoriti. Biarkan ahli yang berbincang. Kau masa berhujah hari tu pun main pakai saja ayat Quran. Padahal konteks ayat tu lain!

Kau kena ingat, keputusan Presiden dlm isu kalimah ialah berdasarkan tiada dalil thawabit yang mengharamkan. Bukan sebab ada dalil yang menghalal dan membenarkan. TIDAK ADA LANGSUNG DALIL THAWABIT YANG MEMBENARKAN KALIMAH ALLAH DIGUNAKAN BUKAN KEPADA TEMPATNYA.

7. Last sekali aku nak komen, Khalid ada sebut: Hakikatnya, ungkapan “meletakkan PR diparas bahu dan parti sendiri diparas kepala” menggambarkan sikap dan pemikiran yang amat meleset.

Sebenarnya kenyataan kau tu yang meleset Khalid. Kita kena pentingkan jemaah kita dahulu. Aqidah umat dahulu. Kesatuan jemaah kita dulu. Bukan pakatan politik dengan kawan kita nu. Buat apa Pakatan rakyat kuat tapi PAS melukut kat tepi gantang? Buat apa PR tubuh kerajaan kalau ISLAM TIDAK DOMINON??

Boleh tegak ke Islam dalam PR kalau PAS sbg satu2nya parti yang nak buat Islam ni pecah belah?

Pakai falsafah politik sesat kau ni, masa DAP sokong Pope time Pope buat statement kurang ajar kepada Islam dulu, kita kena sokong DAP la kan? Maklum la, persahabatan dengan DAP ni kita kena letak atas kepala. Kalau tak sokong DAP nanti, hubungan dalam PR terjejas. Mampus la kan ahli PAS fikir apa pun.

Bapak sesat falsafah politik ni!

Friday, March 12, 2010

Ali Zaidan perangkap PAS Recond

Dalam banyak2 tukang komen dalam blog Ali Zaidan, ada seorang manusia yang begitu setia memberikan komen 'membina' dalam hampir setiap artikel; terutama artikel yang menampar PAS Recond. Nama blogger ini ialah Qurtubyy. Nak tahu siapa Qurtubyy ni, kena tanya Batu-Api. Dahulu dia ni suka sangat duduk dalam blog Batu Api, lepas Batu Api bogelkan 'identiti' dia, terus payah nak nampak bayang dia dalam blog tu. Kalian buat demo depan rumah Batu Api la, desak dia bagi tau sapa Qurtubyy, nanti dia bagi.

Dulu Qurtubyy pernah bersumpah (demi Allah) bahawa Batu Api ialah Songkok Putih. Kemudian seorang blogger cacai iaitu Tulang Besi telah menggunakan hujah ini dalam satu artikel dia.

Tapi tu bukan yang aku nak cerita. Yang aku nak cerita ni ialah bilamana aku tulis satu artikel yg pakai heading controversi berjudul "TGNA sokong Kerajaan Campuran PAS-UMNO? ". Matlamat sebenar artikel ini ialah nak test akhlak dan ilmu pengetahuan Pas recond.

Ujian satu:

Si Qurtubyy yang diiktiraf Tulang Besi ini memberikan komentar pertama:

TGNA setuju dengan UG?
anda gila bila percaya kepada mufti UMNO.


Di sini jelas kelemahan minda wakil Pas Recond ini bila masih gagal membezakan antara UG dan Kerajaan Campuran. Ini ialah masalah pertama. Corruption of knowledge. Tak tahu isu tapi masih nak bercakap. Patutlah isu UG ini tak boleh selesai sebab bila kita sebut UG, mereka kata nak berpeluk dengan UMNO.

Yang kedua. Ada seorang blogger nama mindarakyat atau dalam blog Greenboc biasanya dia pakai nama sb dehlawi. Dia tulis:

KATA ALI ZAIDAN LAGI, tindakan ust ahmad awang tidak menafikan kenyataan itu seolah-olah mengiakan kenyataan harussani.

Pertama sekali tak pernah sepatah haram pun aku sebut tentang hal ini. Itu sebenarnya ialah pemahaman dia tentang artikel aku. Sedangkan maksud sebenar aku, apabila Us Ahmad tak menafikan atau menyentuh hal tersebut (TGNA mengatakan 'bagus' kepada idea Harussani) maka sepatutnya kenyataan dia tak perlu di ambil kira (dalam isu 'bagus' sahaja). Yang perlu kita lihat untuk validate isu ini ialah kenyataan rasmi TGNA yg mana TGNA tak menafikan bahawa dia ada mengatakan 'idea Harussani itu bagus'. Sebaliknya TGNA serahkan kepada pembaca untuk menilai.

Ini ialah masalah kedua Pas Recond. Iaitu tak amanah dalam menaqalkan kata2 orang. Faham ayat orang ikut akal yang terhad, kemudian mengatakan apa yang difahami itu sebagai kata2 dr mulut orang itu.

Orang cakap lain, dia faham kut lain. Sama lah macam UG. Orang kata ada syaratnya, orang kata mesti libatkan semua parti, dia duk kata nak berpeluk dengan UMNO. Moga Allah tingkatkan kecerdasan otak mereka.

Yang ketiga. Aku diamkan dahulu semasa SB Dehlawi kata macam tu. Aku nak lihat apa tindakan seterusnya PAS Recond. Kemudiannya muncul Qurtubyy. Dia kemudiannya menggunakan ayat SB Dehlawi yang tidak amanah itu, dan mengkritik aku atas apa yang tidak aku kata:

alizaidan said: "tindakan ust ahmad awang tidak menafikan kenyataan itu seolah-olah mengiakan kenyataan harussani.".

Anda dah bertanya kpd Ustadz Ahmad Awang sendiri? Jika tidak usah buat persangkaan "seolah2 mengiakan kenyataan harussani. Itu satu dosa


Apabila aku cuba tanya bila masa aku kata begitu, barulah mula nak rujuk balik kepada Sb Dehlawi. Kononnya, kalau tak betul kenapa aku tak nafikan dari awal?

Maka aku jawab:

Sebab sengaja aku nak lihat kamu semua amanah atau tidak kepada maklumat.

Jelas kamu semua ni mengambil sumber sekunder bukan primer dalam membuat hukuman.

Kamu tidak menyelidik semasa membuat kenyataan.

Kamu tergesa-gesa apabila melihat sesuatu yang kamu anggap boleh dipakai untuk menjatuhkan maruah orang yang kamu benci dan hasad.

Begitulah yang kamu buat kepada TGHH, Dr Hasan, Us Nasha. Kamu tidak ambil apa yang mereka cakap. Sebilangan golongan kamu tidak dengar hujah2 dia yang sebenar daripada mulut mereka. Tidak hadir majlis penjelasan mereka.

Tetapi kamu bergantung kepada maklumat pihak sekunder yakni wartawan. Jika wartawan tu tersilap petik atau main agak2 seperti mindarakyat, kamu terus percaya. Tanpa mengira fikrah wartawan itu sendiri sama ada liberalis, sekularis, pluralis atau munafik. Kalau tulisan mereka munafik, maka munafiklah juga pandangan kamu. Kalau liberalis, maka liberalis juga pandangan kamu. Penjelasan pemimpin kamu bakulsampahkan.

Sikap kamu yang sebegini sebenarnya merosakkan para jemaah.

Itulah 3 masalah PAS Recond.

1. Korup ilmu.

2. Tidak amanah dengan ilmu.

3. Buta tuli kepada sumber sekunder dan bukan primer.

Kalau mahu sumber primer kepada isu UG, di bawah ialah anatara contohnya:



Semoga Allah ampunkan dosa aku, Qurtubyy, sb Dehlawi dan seluruh umat Islam. Semoga Allah terus pelihara jemaah ini daripada kerosakan tangan-tangan jahat. Ameen

Krisis kepimpinan sengaja dicipta untuk melemahkan PAS

Lagi satu artikel yg baik dr Warkah Daily. Tahniah!

WarkahDaily merasakan, selagi PRU 13 tidak berlaku, selagi itulah Umno-BN ini akan berusaha sedaya upaya melemahkan PAS-PR. Serangan secara terangan tidak mudah menembusi pemimpin dan ahli-ahli PAS, maka satu strategi berani golongan ini ialah menyelinap dalam PAS.

Seperti Israel ingin melemahkan kumpulan pejuang Islam Palestin, mereka menghantar perisik Mosad untuk menyelinap dalam ‘keluarga’ jamaah Islam Palestin seperti Hamas. Maka dengan senang, mereka dapat membunuh pemimpin Hamas dengan memberi dadah secara diam-diam agar moral kekentalan pejuang Islam Hamas akan dapat ‘dibunuh’.

Sekarang ini, PAS mengalami perkara yang sama. PAS tidak dapat dinafikan mendapat perhatian daripada musuh kerana perjuangannya semakin diterima dan mendapat sokongan termasuk bukan Islam.

Jadi, satu usaha dilakukan bagi menghalang perkembangan terus berlaku. Mereka merancang untuk menghancurkan PAS dari dalam dengan menghantar ‘perisik-perisik’ atau pun ‘ejen-ejen’ ala-ala Mosad, CIA untuk menyamar sebagai ahli PAS dan penyokong PAS.

Jika melihat kepada modus operandi mereka ini, seolah-olah mereka ini sudah lama terlatih bagi merosakkan PAS sedikit demi sedikit secara dalaman.

Kekentalan pejuang-pejuang PAS tidak mudah dileraikan. Lebih-lebih lagi melalui kepimpinan ulamak yang menjadi tonggak kepimpinan yang bersih dan amanah.
Di sini, mereka tahu orang PAS begitu menghormati kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz (TGNA), lalu mereka cuba memberi sokongan palsu terhadap TGNA dengan mencipta kumpulan-kumpulan dalam PAS.

Dalam PAS, Terengganu dan Kelantan dilihat sebagai sumber kekuatan PAS. Jadi bagi mereka ini, PAS kedua-dua negeri ini harus dipisahkan dengan perbalahan. Mereka pun mula mencipta team Terengganu (Presiden PAS) dan team Kelantan (TGNA).
Maka mulalah mereka mencari isu yang boleh dimanipulasikan. Antaranya WarkahDaily mengambil satu isu kontroversi iaitu ‘kerajaan perpaduan’ (UG).

Tidak dinafikan, Presiden PAS telah menyuarakan idea UG. Namun belum sempat dihurai secara ilmiah, puak-puak ‘Mosad’ ini cuba mencucuk jarum, meracuni penyokong-penyokong PAS yang berdarah panas dengan dakwaan tidak berasas.

Mereka menuduh kononnya Tuan Guru Haji Hadi (TGHH) ingin membawa PAS masuk Umno. Mereka pun mula mengaku sebagai ahli PAS dan penyokong PAS yang kononnya risau dengan perkembangan itu. Konon sayangkan jamaah, maka mereka mendakwa ingin membongkarkan isu berkaitan UG. Padahal UG hanyalah idea sahaja dan belum lagi diperincikan bentuk-bentuknya, cuma andaian yang direka-reka demi menolak idea presiden.

Maka diapi-apikan kononnya TGHH dan timbalannya ingin membawa PAS menyertai Umno. Api-api fitnah mula marak, hingga sampai ke pengetahuan TGNA, maka atas kapasiti Mursyidul Am PAS, TGNA pun cuba meleraikan kekusutan itu dengan memanggil mesyuarat tergempar untuk membincang perkara itu. Selepas sesi penerangan selesai, TGNA telah pun mendapat penerangan dan bersetuju untuk mengadakan seminar dan bukannya mesyuarat tergempar.

Maka puak-puak pengadu domba ini pun menubuh kumpulan yang memberi sokongan kepada TGNA untuk mendesak PAS mengadakan EGM. Mereka mendakwa bersama-sama TGNA. Padahal, TGNA dapat menerima EGM tidak diadakan. Kenapa mereka ini lebih-lebih pulak.

Dalam seminar, TGHH telah menegaskan UG tidak berbangkit lagi selepas ianya dimanipulasi dan diputar belit oleh media pro Umno untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, PKR dan DAP.

PAS sekali lagi menegaskan pendiriannya dalam konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama di Selangor tahun lepas, bahawa akan memperkukuhkan Pakatan dan PAS akan terus bersama-sama dengan PR untuk meruntuhkan kerajaan zalim, BN.

Maka sejak itu, isu UG telah hilang, cuma ada suara yang hidup segan mati tak mahu cuba menghidupkan kembali isu ini. Isu itu dilihat sudah tidak relevan lagi selepas PAS dengan bersungguh-sungguh berusaha untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat.

Tetapi dalam diam-diam, rupa-rupanya ada sejenis manusia yang tidak senang dengan perubahan itu. Mereka merasakan ‘projek’ melemahkan PAS akan berkubur begitu sahaja jika keadaan ini berterusan.

Maka pelbagai usaha, antaranya memprovokasi pemimpin PAS dalam sidang media, menghidupkan kembali isu UG yang telah pun ‘dimatikan’.

Namun, isu lompat parti telah menenggelamkan ‘projek’ pencacai untuk melemahkan kepimpinan PAS. PAS dituduh merosakkan PR tiba-tiba orang lain yang melompat (khianat).

Walaupun hari ini isu lompat parti masih lagi hangat, namun puak-puak pencacai ini masih lagi tidak mengalah. Ada sahaja isu yang berkaitan perpaduan diperbesarkan, seolah-olah UG masih lagi ‘hidup’.

Puak-puak ini tak akan berhenti mencerca, menfitnah kepimpinan PAS. Padahal keadaan dah mula reda, tetapi elok nak, mereka bangkitkan semula. Seolah-olah sengaja menjadikan keadaan semakin hangat. Maka mudahlah bagi mereka untuk melemahkan PAS.
Apa motif mereka, hanya Umno yg tahu, sebabnya mereka adalah upahan Umno utk hancurkan PAS secara diam-diam.

Mereka cuba hancurkan PAS dengan mencipta krisis kepimpinan. Mereka target agar ahli-ahli PAS tidak lagi percaya kepada pemimpinnya sendiri.

Yang sedihnya, ada juga yang terpengaruh dgn rentak permainan pencacai ini walaupun bergelar pemimpin PAS, tidak kira peringkat, boleh dikatakan terpengaruh dengan permainan mereka ini.

Sedaya upaya golongan ini mencari isu agar boleh memberi persepsi buruk terhadap pemimpin atasan PAS. Mereka merancang, Allah juga merancang, sebaik-baik perancangan ialah perancangan Allah. Maka tanpa mereka sedar atau memang mereka sengaja, menyerlahkan mereka adalah pencacai Umno, mereka menjadikan berita pro Umno yang selalu dilaung-laungkan perkataan boikot.

Dengan hanya bersandarkan berita yang tiada ketahuan dari mana sumbernya, apakah berita itu betul-betul ikhlas penyampaiannya dan apakah olahannya bertepatan dengan apa yang diucapkan pemimpin PAS yang sengaja diputar belit atau tidak, mereka sewenang-wenangnya menjadikan sumber itu sebagai bukti untuk cerita fitnah mereka.

Bagi pencacai, mereka akan tetap serang kepimpinan PAS sehingga PRU 13. Jika kembali reda, mereka akan bangkit lagi dengan pelbagai cerita bohong. Asalkan krisis kepimpinan yg mereka cipta itu bakal melemahkan PAS dan menyebabkan PRU 13 ini, Umno dilihat masih lagi relevan kerana masyarakat menganggap PAS-PR dibelenggu kepimpinan yang serius. Padahal ianya merupa persepsi yang sengaja bagi tujaun dan niat yang jahat.

Jika diforum web dan blog, mereka sengaja melaga-lagakan penyokong Pakatan dan mengapi-apikan ahli-ahli PAS. Mereka memcipta pelbagai watak dalam forum padahal watak-watak itu semua merupakan dari kumpulan pencacai juga.

Isu dicipta mereka dengan fitnah, maka pasukan mereka ini akan membentuk pasukan pro dan kontra. Konon ada pergaduhan dan perbalahan. Padahal semua mereka semua satu pasukan. Ada segelintir kita yang terperangkap dengan sentimen fitnah pemimpin itu dan termakan sama untuk kutuk mengutuk sesama sendiri. Sehingga keluarlah bahasa-bahasa yang tidak sepatutnya keluar dari mulut atau tulisan seorang pejuang jamaah Islam.

WarkahDaily menganggap, isu ini tidak akan berhenti begitu sahaja dan akan berterusan sehingga PRU 13. Sedikit sebanyak, PAS dilihat terpaksa menerima kesan dari isu terbabit. Maka ketika itu, melompatlah golongan pencacai kerana dapat pertahankan Umno secara diam-diam.

Wednesday, March 10, 2010

Mari bunuh Ulamak!

Permulaan Islam terpaksa berhadapan dengan musuh luar yang mencurigai kecemerlangan dakwahnya. Setelah Islam kian berkembang, kecurigaan menjadi dendam dan kemarahan. Namun cahaya Islam tidak dapat dipadamkan. Berhadapan dengan Islam secara berhadapan ibarat cuba menahan tsunami ganas yang datang. Mereka akhirnya memilih menyusup di dalam Islam.

Golongan ini dikenali sebagai Munafiq. Pemimpin tersohor mereka dikenali sebagai Abdullah Bin Ubay. Umum mengetahui ibn Ubay sentiasa kelihatan mendampingi nabi walaupun di belakang nabi beliaulah musuh dalam selimut. Antara modus operandi mereka ialah memecahkan kesepaduan Islam dengan mewujudkan kelompok yang mereka jenamakan dengan kehendak dan kecenderungan hati mereka.

Allah merakamkan dalam surah munafiqun ayat ke 8 dengan mengistilahkan orang Muhajirin dari Mekah sebagai golongan hina kerana mereka adalah pendatang di bumi Madinah. Akhirnya terdedah rancangan munafiqin tersebut apabila keghairahan mereka seperti tidak dapat dibendung lagi. Seringkali usaha mereka digagalkan oleh perancangan Allah yang maha kuasa. Akhirnya orang Islam yang seakan terpengaruh dengan propoganda golongan tersebut mula menyedari dan meninggalkan mereka. Antara peristiwa mereka yang paling barjaya ialah fitnah terhadap isteri Nabi SAW sendiri yang dikenali dengan hadis al Ifk. juga perbalahan dan peperangan Siffin dan Jamal kemudiannya.

Kekuatan PAS yang mewarisi perjuangan Rasulullah ialah Islam yang ditunjangi Ulama. Bermula era kepimpinan Ulama hasil desakan Dewan Pemuda yang dipimpin oleh Datuk Mustapha Ali telah merubah rupa bentuk PAS. Kehebatan pidato TG Hj Hadi yang mewakili Ulama muda sangat memberi pengaruh kepada perkembangan Islam yang di bawa PAS. Kepimpinan Al Marhum Yusuf Rawa yang diteruskan Al marhum Ustaz Fadzil Nor sangat berkesan. Kebangkitannya seakan tidak mampu dikekang lagi.

Musuh telah meramalkan bahawa kepimpinan PAS akan diterajui oleh TGHH yang merupakan pimpinan popular dan watak utama yang juga merupakan pimpinan ulama antarabangsa. Usaha memblokkan PAS bermula di zaman Ustaz Fadzil Nor apabila mereka mewujudkan golongan profesional dan Ulama. Ketangkasan Ustaz Fadzil menyekat usaha ini dengan mencantumkan Profesional dan ulama telah mengecewakan mereka.

Pemergian Ustaz Fadzil meninggalkan kita menjadikan mereka semakin bersemangat. Bermula kepimpinan TGHH , beliau dilabelkan sebagai ekstrim. Ia dilakukan oleh kalangan dalaman sendiri dengan wajah memuji dan memuja watak tersebut tetapi sebenarnya cuba menyediakan kebimbangan terhadap kepimpinan TGHH. Walaupun agak sukar membebaskan diri dari gambaran tersebut, Namun watak sebenar TGHH terserlah sebagai seorang yang toleran telah mengikis tanggapan negatif ini.

Ustaz Nasaruddin Isa yang dilantik membantu TGHH lebih menyerlahkan ulama profesional dan menambahkan kepercayaan rakyat terhadap wajah ulama PAS yang tak perlu dibimbangi. Kesetiaan ustaz Nasa membantu dan mendokong aspirasi TGHH sangat membimbangkan mereka. Harapan agar Ustaz Nasa dapat melenturkan kepimpinan ulama gagal kerana ustaz Nasa adalah anak didik Ustaz Fadhil yang menghayati kepimpinan Ulama.

Isu UG yang merupakan lontaran awal TGHH yang belum sempat dihadamkan konsepnya telah dijadikan bola tanggung oleh kelompok anti kepimpinan ulama ini. Mereka menggunakan sepenuhnya kawalan media yang dimiliki melalui blogger tertentu serta wartawan yang diserapkan melalui akhbar parti dan alternatif.

PAS mula dipecahbelahkan. Mereka mengimaginasikan penyatuan PAS dan umNO melalui perbincangan yang telah berlaku. Perbincangan yang dilakukan sebagai alternatif ijtihad dalam menentukan halatuju perjuangan PAS di Malaysia. Ia bukan keputusan dan tiada keputusan dibuat PAS bersatu dengan umNO. Ia adalah pelbagai alternatif yang terbentang setelah harga PAS yang begitu bernilai selepas pilihanraya 2008.

Ia adalah pelbagai tawaran yang diterima dan mesti diperhalusi...bukan sahaja dari umNO malah jua dari rakan Pakatan sendiri. Tawaran yang mesti ditimbang untuk masa depan Islam. bukan peribadi. Tuduhan ianya kepentingan peribadi adalah berniat jahat dan hasad kelompok ini.!

Semua yang menyokong presiden dan yang setia dengan kepimpinan parti dituduh kelompok UG yang tak wujud lagi. Mereka sangat kecewa apabila semua isu yang memecahkan PAS dimatikan oleh konvensyen khas baru baru ini. Serangan terus dilakukan. Usaha memecahkan PAS melalui jenama khayalan mereka dibuat. Terkini mereka menjenamakan pendokong setia kepimpinan ulama sebagai pro Trengganu.

Usaha munafiqin menjenamakan kelompok Islam bukan perkara baru. Orang Mekah dilabel pendatang di Madinah. Pejuang Islam Bugis di Indonesia dinamakan lanun. Mujahidin di Afganistan dinamakan pengganas. paling kurang pejuang Islam ini dijenamakan dengan Ekstremis. Di Malaysia PAS pernah dilabel kolot dan parti tok lebai. Namun ia tidak mampu menyekat kebangkitan Islam dan sambutan anak muda terhadap perjuangan Islam. Ulama adalah teras kepimpinan mereka diseluruh dunia. Inilah kunci yang sangat ditakuti musuh.

Siapa sahaja yang mendokong kepimpinan Ulama adalah musuh golongan ini. Mereka adalah munafiq yang cuba membunuh kebangkitan Ulama. Bagi yang membaca sejarah kebangkitan Islam tidak merasa pelik dengan kejayaan musuh menempatkan agen mereka. Paling tidak orang yang membaca sejarah Kamal Attartuk tentu tahu bagaimana Kamal telah dipuja sebegitu tinggi melebihi ulama.Malah ulama dilihat lembab dan tidak berdaya memimpin ummat Turki...akhirnya setelah berjaya..barulah terdedah siapa Kamal sebenarnya...

Demikianlah nasib kepimpinan ulama PAS kini. TGHH adalah ulama antarabangsa yang digeruni. Jangan pelik jika tangan antarabangsa dan pemikir mereka mempunyai sumbangan dalam usaha ini. Musuh selamanya tidak akan diam. Jangan mengurung pemikiran dibawah tempurung seperti katak yang tidak melihat dunia luar. Matlamat tertinggi perjuangan Islam di dunia ialah menegakkan kembali khilafah. TGHH adalah tokoh yang menonjol di dunia Islam.

Siapa sahaja yang menjadi pagar mempertahankan TGHH akan menjadi sasaran golongan ini. Ustaz Nasa telah mengalaminya. Dr Harun Din juga menjadi sasaran apabila berjaya menjadi pendamping terbaik buat TGNik Aziz. Hassan Ali turut menerima bahana kerana beliau adalah lantikan TGHH dan pembantu TGHH di Selangor. Mustapha Ali berdosa kerana menggerakkan pemuda mendokong kepimpinan ulama sewaktu memimpin pemuda. Tuan Ibrahim tidak lepas menjadi sasaran kerana dilihat sebagai tokoh masa depan kepimpinan ulama dalam PAS. TG Nik Aziz juga menjadi sasaran baru baru ini melalui menantunya..juga beberapa kekalutan isu di Kelantan. TGHH dan TGNA adalah simbol kepimpinan ulama dalam PAS.

Apa yang cuba saya bentangkan adalah sekelumit rentetan yang sempat dan mampu saya lakarkan bagi menjelmakan wajah golongan yang menimbulkan kekalutan dalam PAS akhir akhir ini. Jika kita menyingkap kembali susur galur ini secara teliti, tahulah kita..sasaran mereka ialah menyerang kepimpinan Ulama. Walau mereka akan menafikan hakikat ini, tetapi kenyataan hujjah mereka dan serangan terhadap individu Ulama dalam PAS dan yang mendokong kepimpinan ulama tidak dapat memadamkan semua ini. Sekalipun mereka cuba menamakan beberapa nama "ulama" yang bersama mereka termasuk "ulama" yang meninggalkan tanggungjawab memimpin bersama kepimpinan ulama. Jangan pelik jika ada "ulama yang turut tertipu kerana masing masing ada kelemahannya apatah lagi yang ada kepentingan dunia....

Kepada pendokong PAS...jujurlah dalam menilai jika anda sayangkan PAS dan kepimpinan Ulama. Jika ulama tidak lagi menunjangi kepimpinana PAS , maka hilanglah identiti perjuangan Islam dan tidak mustahil tiada beza PAS dengan parti lain yang da di Malaysia.....

Hingga kini PAS dilihat hebat dan dikagumi kerana prinsipnya. Apa yang berlaku di Kelantan yang mampu dipertahankan walaupun satu kerusi sangat dikagumi. Memang diakui sebagaimanusia ada kelemahan dan kekurangan. Maka atas prinsip Islam ia diselesaikan secara amanah dan akhlak Islam. Hujjah Salman yang menegur Saidina Umar adalah betul namun digunakan dengan situasi dan tujuan yang salah.

Pemimpin sekalipun ulama sentiasa terbuka kepada teguran. Sebab itulah TGHH dan kepimpinan lain hadir dan berlapang dada dengan teguran Dr Aziz yang agak melampau ketika konvensyen PAS. Beliau yang sebelum itu mengkritik keras TG Presiden masih diundang dan TGHH sendiri hadir. Apa yang penting adalah akhlak menegur sebagai pengikut kepada jamaah Islam. Kalau anak yang tidak beradab dinamakan " kurang ajar". Ahli yang tak beradab entahlah pulak....

Inilah yang mengindahkan Islam dan jamaah Islam...bila akhlak ini hilang dan diganti dengan sifat kurang ajar dan melalak ke sana kemari... takut nanti ada yang menganggap kita gila Ustaz saya mengajar di awal tingkatan satu semasa belajar bahasa arab. Kalimah pertama yang disuruh kami hafaz ialah.... Faman laisa adabun, fahua dubbun.... siapa tak de adab dia beruang.....

Anak Sengat