Friday, March 19, 2010

Kerahsiaan dan Adab Jemaah

Marah betul seorang kawan aku, orang lama di Unit Amal Selangor baru-baru ni. Merungut rungut dia. Marah dia tu tertuju kepada seorang figur ulama dalam PAS, Ustaz Ahmad Awang. Ada la beberapa kata dia yang kurang sedap teliga nak dengar yang malas aku nak ingat dan cerita kat sini. Nak buat macammana, orang tengah emosi. Aku nak ikat dia kat pokok rambutan, dia lagi besar dari aku. Cari penyakit aiih..

Kira-kiranya bagi dia, tak manis (aku pakai perkataan elok sikit) untuk figur ulama mempersoalkan satu keputusan syura oleh JK Disiplin Pas. Dalam blog pula tu.

Kes amende ni?

Kes Khalid samad kena gantung hari tu la..


Aik, takkan atas angin lagi cerita ni?
Aku ingat dunia dah aman bahagia.

Aku pun mulalah buka blog Ustaz Ahmad. Dan inilah link dia. Moh le kita pakat2 baca.

Kisahnya, Ustaz Ahmad berdalilkan kisah Hatib bin Abi Balta‘ah yang merupakan seorang anggota pasukan Islam dalam Perang Badar yang cuba memecahkan rahsia peperangan yang dirancang Rasulullah. Niat si Hatib ni baik, iaitu bagi menjaga nyawa orang2 musyrik Makkah yang menjadi kawan rapatnya. 'Jenayah' Hatib ini dimaafkan Rasulullah selepas mengambil kira statusnya sebagai 'ahli Badar'. Kira besar la jasa dia ni.

Jadi atas dasar yang sama, Us Ahmad mempersoalkan apakah tidak boleh Khalid Samad yang mendedahkan rahsia jemaah ini dimaafkan selepas mengambil kira jasanya yang besar kepada PAS. Lagi pulak, yang didedahkan YB Khalid ni tidaklah besar mana kalau nak dibanding Hatib.

Aku sebenarnya malas nak buat komen. Satu, artikel ni dah sebulan lebih kot. Ntah2 Us Ahmad dah pun ditegur oleh ulama yg lain. Bab tegur sesama ulama ni biasanya depa buat dalam mesyuarat. Bukan duk memekak dalam Malaysiakini.

Yang kedua, dia ni ulama. Masa dia baru nak naik dulu, barangkali aku tengah bogel panjat pokok rambutan jiran sebelah lagi. Kalau aku jawab, macam biadab pun ada. Tak memasal aku sorang jahat, orang tasawuf pakat kena belaka.

Jadi aku rasa, aku nak lebihkan kepada soalan saja.

1. Hatib TIDAK sempat mendedahkan rahsia tersebut kepada musuh. Utusannya sempat di halang di tengah jalan dan pihak Muslim TIDAK menerima sebarang kerosakan dan pihak musuh TIDAK menerima sebarang manfaat kesan daripada cubaan 'belot' itu.

Sedangkan Khalid Samad TELAH mendedahkan rahsia jemaah di dalam blog, TELAH dan boleh dibaca oleh musuh dan rakan, musuh TELAH menerima manfaat dan PAS TELAH menerima kerosakan (imej) kesan pendedahan tersebut.

Jadi adakah dengan PERBEZAAN ini, maka dalil Hatib terpakai dalam kes Khalid Samad?

2. Sekiranya Hatib BERJAYA menyampaikan rahsia itu kepada musuh dan umat Islam mengalami kerosakan dan kesusahan dalam Fathul Makkah kesan kebocoran rahsia tersebut, apakah Rasulullah masih AKAN MEMAAFKAN Hatib?

3. Kalau sekiranya kita nak memaafkan ahli jemaah yang mendedahkan rahsia atas sebab jasanya besar, maka apakah ada equation atau persamaan kuadratik atau polinomial dalam hal ini?.

Contoh, kalau dia ahli PAS seumur hidup, apa tahap rahsia maksimum yang dia boleh dedah dan masih boleh di maafkan. Kalau dia Ketua Cawangan, apa tahap rahsia yang dia boleh dedah. Kalau Presiden? Mursyidul Am?

4. Kalau kita berterusan memaafkan ahli jemaah yang membocorkan rahsia atas sebab jasa, maka apakah ada jaminan bahawa semua rahsia pimpinan tidak akan di dedahkan pada masa hadapan? Dengan kata lain, bagaimanakah kerahsiaan jemaah boleh dikawal selepas ini?

4 soalan dulu. Aku cuba post di ruangan komen Us Ahmad. Nanti kalau ada respon, kita tanya lagi.

Okeh!!

3 comments:

kk said...

nak tegur pun tak berani ilmu dia tinggi, aku hormat dia sebagai ulamak, kita harus tunduk dan patuh selagi mana dia tidak menyeleweng pada dasar islam, kalau dia terang terang menyeleweng lain le. kita cuma mintak penjelasan je. kita sayang ulamak.

Ali Zaidan said...

Betol tuh. Harap2 ade respon la. Komen aku pun dh lulus tu..

Achmedarwish احمد درويش said...

Salam...

Dalam menegur kesilapan dan kesalahan seorang insan yang dipanggil ulama pada zaman ini mestilah denagn cara yang paling hikmah agar tidak terasa atau terdedah aib seorang ulama .

saya bersetuju dengan pendapat saudara mungkin ada sedikit kesilapan di pihak ustaz yang harus kita tegur dan perbaiki agar perkara ini tidak terus berlanjutan dan dijadikan bahan propaganda pihak lawan .

Namun dalam memberi pendapat tidak perlu dipertontonkan kerana wujudnya jamaah dan musyawarah adalah untuk mencari jalan penyelesaian dan kedamaian bukan saling meluahkan rasa tak puas hati atau tidak kena kerana menganggap diri kita ini dipenuhi hujah yang amat kukuh sedangkan diri kita boleh di tipu manusia ataupun syaitan dalam keaddan yang kita sendiri tidak sedar .

Perkara inilah yang amat menakutkan ahli2 ibadah selama ini bahkan ditakuti oelh mereka yang dalam bidang pengajian tasawuf.

Marilah kita meletakkan ilmu itu kena pada tempatnya bukan kerana perasaan perasaan kita sanggup memesongkan ilmu yang sedia ada demi menyatakan kemenangan bagi pihak kita .