Friday, March 26, 2010

Rahman Talib, Percayalah Neraka itu Warnanya Hitam!

Ayat yang paling bodoh aku dengar hari ini ialah khabar angin biasanya lebih benar dari khabar rasmi. Hujahnya ialah khabar angin Rahim Nor pukul Anwar terbukti benar. (Bagaimana pula khabar angin yg disebar puak kamu bhw Us Abu Bakar Chik sergah TGNA?? Bukankah dibuktikan palsu?!!)

Atas hujah itulah seorang blogger memainkan peranan aktif menyebarkan segala macam khabar angin yang entah betul entah tidak demi untuk membuktikan 'kebenaran' pandangannya. Tak kisahlah maklumat itu daripada Papagomo kawan baik saiful Bukhari pun!

Itulah Rahman Talib. Siapa tak kenal boleh tanya Batu-api. Mereka berdua pernah bercinta dulu. Tetapi putus di tengah jalan.

Ya, itu ialah khabar angin. Tapi disebabkan khabar angin biasanya lebih benar dari khabar rasmi, maka semua pembaca wajib telan fakta bahawa Rahman Talib bercinta dengan Batu-api. (Tolong faham sindiran!!)

Aiyyaaa... ntah mana punya mengaji daa mamat ni. Cikgu tadika mana pulak yang ajar boleh main sebar berita yang belum tahu benar atau tidak?

Sedangkan Allah dah bagi amaran yang cukup jelas dalam Quran tentang azab untuk mereka-mereka yang menyebarkan khabar angin; tuduhan buruk tanpa bukti terutama kepada orang yang beriman.

Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya orang yang suka menghebahkan tuduhan buruk di kalangan orang beriman, mereka akan beroleh azab seksa tidak terperi sakitnya di dunia dan akhirat. Ingatlah Allah lebih mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahuinya." (An-Nur, ayat 19)

Si Tulang Besi ni menulis tajuk "Ahmad Awang dipecat dari Syura?" Aduh la. Apa ke belitnya tajuk ini!!

Bukan dipecat la mangkuk! Tidak dipilih semula. Macammana nak pecat kalau sesi dah berakhir? Dipecat dan tidak dipilih semula tu lain! Itu pun tak boleh nak beza?. Macammana nak jadi CEO?

Kemudian menulis pulak bahawa UG masih hidup dan kerjanya sekarang antaranya ialah 'menjatuhkan dan membersihkan Ahmad Awang'. Kiranya sebab Us Ahmad dedahkan isu proposal kerajaan Pas-UMno di Perak dahulu (Nanti kita boleh cerita lagi pasal ni!)

Wa Nauzubillah. Tak habis-habis dengan cetusan-cetusan fitnah yang dibuat.

Maafkan aku kalau tersalah, tapi setahu aku Us Abu Bakar Chik; yang dibagi label UG pun tidak tersenarai kembali sebagai ahli majlis syura (Berdasarkan laporan Harakah). Kenapa ini tidak dibesarkan pula?

Setahu aku juga, Us Abd Ghani Shamsudeen ialah Setiausaha Majlis Syura sesi lepas. Namanya juga tidak timbul dalam senarai ahli syura oleh Harakah. Kenapa ini juga tidak ditimbulkan? ( Berita harakah ttg mesyuarat pemilihan ahli syura dah jadi macam berita paparazi. Siapa wartawan Harakah yang tulis artikel tu?)

Jangan lah buat PAS ni tandus ulamak. Mesti pilih 'orang ini orang itu' saja sepanjang masa. Ulamak tak pernah putus dalam jemaah Islam!

Mesti difaham, bahawa tuan punya badan (Us Ahmad Awang) sendiri tidak tahu menahu sama ada dia dipilih atau tidak. Malahan khabar rasmi pun belum ada. Mengapa tidak sabar2 menyebar berita? Pemilihan ahli majlis syura pun belum habis lagi.

Dah gatal sangat tangan tak ada benda lain nak menulis, khabar angin pun jadilaaaahh..

Puak Pas Recond tak ambil iktibar ke daripada sikap mereka yang terburu2 menyebar berita tentang sebab apa YB Khalid digantung dulu? Sehingga YB Khalid sendiri bagi penjelasan dan buktikan tuduhan kamu semua itu bohong dan palsu?

Atau tuduhan palsu ke atas Us Abu Bakar Chik yang dijawab oleh Misbahul Munir?

Nak buat lagi?

Kamu semua ni nak kena jentik dengan api neraka dulu baru nak sedar ke?

Dalam satu hadis , disebutkan bahawa neraka itu dipanaskan selama seribu tahun, maka ia menjadi merah. Dipanaskan lagi seribu tahun, maka ia menjadi putih. Dipanaskan lagi seribu tahun, maka ia menjadi hitam. Hitam gelap pekat.

Ulamak semasa cerita bagaimana hitamnya api neraka ni, dia sebut kal laillil mughlim; macam malam yang gelap yang takdak cahaya bulan bintang tu.

Ha... kira2 begitu la warna api neraka.

Amacam?.. sedap? Try la.. Aku tak nak try. Kulit aku lembut. Yang duk rasa kulit dia tebal macam kulit biawak, silalah.

Tapi jangan meraung la lepas kena!

6 comments:

Anonymous said...

Pas Recond? Bukan Pas Recondemed ke?

adam said...

artikel yg sangat baik bg orang yg mahu mengerti...percayalah Tulang Besi aka Abdul Rahman Talib, neraka itu AZAB!!! juga peringatan utk diriku sendiri!

Achmedarwish احمد درويش said...

Salam..

Hentikanlah perkara jahat dan fitnah terhadap jamaah islam dan gerakan islam .

Kerana tindakan setengah pihak perjuangan yang dibina pas selama ini menjadi perjuangan yang dipandang serong dan seolah2 pas mempermainkan perjuangan isalm selama ini .

Golongan ini harus ditahan agar kerja jahat dan buruk sangka mereka tidak melampau.

Ingat ! islam bukan dicorak dengan lidah kamu sendiri dan jangan terlalu mendabik dada dan menjadi munafik pengecut di alam siber.

Teruskan pendedahan agar kita sama2 dapat mempertahankan islam dan memperjuangkannya .

TG-kepala said...

Ust. wanji tak sempat baca kot kenyataan TGHH.
berikut disiarkan keratan kenyataan TGHH:
" Boleh Dato' Seri jelaskan apa yang dimaksudkan dengan 'Unity Government' ini?

'Unity Government' ini adalah Kerajaan Perpaduan yang melibatkan SEMUA PARTI POLITIK dan tidak ada pembangkang langsung. Semua parti duduk dalam kerajaan dan semua parti ini ada identiti, ada syakhsiyyah, ada kepelbagaian dan dia (parti) berhak untuk membangkang di mana 'Unity Government' ini membolehkan orang dalam Umno sendiri bangkang kerajaan.
Ini kita (PAS) memecahkan tradisi yang dibuat oleh Umno yang ada pada hari ini. Di mana orang Umno tidak boleh bangkang parti dia dan kalau bangkang dia akan kena pecat. Ini termasuklah, kita membebaskan Umno itu sendiri. Ini kena faham dan dalam masa yang sama 'Unity Government' ini MESTILAH melakukan perubahan yang adil untuk semua rakyat. Ini termasuklah untuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), badan kehakiman, pentadbiran."

Cubalah ust wan ji yg hebat baca dgn teliti, jgn emosi mcm TB yg terpaksa terima yg permohonan CEO demi nak bantu parti ditolak.

SYarat yg mesti dipenuhi nak laksana UG jelas: Semua parti terlibat
Mesti dibersihkan apa yg patut.
TAK PAHAM2 KER? ini kes sebab berfikir tanpa panduan wahyu kot?

Sebatang kara said...

Aku dah lama tak layan blogger2 munafiq nih. Kononnya PAS reform. Tapi alih2 nah menjahanamkan parti. Lagi ko layan depa nih, lagi sewel lah kau jadinya.

abgBro said...

dulu hal UG kini hal majlis syura pula...mrk mndpt maklumat yg salah dr 'penasihat2' mrk...atau mrk sengaja nak glemerrr...hehe

'KEMPEN BAYAR YURAN AHLI PAS'