Wednesday, March 17, 2010

TG Nik Aziz ialah Bahlol Malaysia

Kalau nak maki, tolong baca sampai habis dulu, baru maki. Terima kasih.

Zaman baru belum bersunat dahulu (2 bulan lepas), selalu sangat aku dan kawan-kawan duk bermain dan bergurau. Main guli, panjat pokok. Kemudian bergaduh. Tengah sedap bergaduh, keluar lah perkataan 'bangang, bodoh, bahlol dan seumpamanya' (Korang pun tahu yang selebihnya. Macam tak pernah buat kecik2 dulu. Elehhh..)

Tapi masa tu, ada 'abang besar' yang marah benar kalau kami sebut bahlol. Katanya tak baik. Eh, masa cakap 'bodoh' dia tak marah pulak. Siap join sekaki.

Tapi sebab tengah 'kecik' masa tu, tak berani la nak melawan. Taqlid buta je lah. Kang kalau tak taqlid, makan penerajang pulak. Budak besar2 ni bukan boleh buat kira.

Sampailah aku dewasa dan masuk universiti, reti bukak kitab, baru lah aku faham bebenar pasal apa jangan sebut bahlol.

Bahlol ialah nama seorang ulama yang hidup pada zaman pemerintahan Khalifah Harun Ar Rashid. Hebatnya Bahlol (Nama sebenarnya ialah Bahlol Dana r.a) ni sampaikan Imam Abu Hanifah (pengasas Mazhab Hanafi) pun mengiktiraf beliau sebagai gurunya. Ada pengkaji mengatakan Bahlol ini ialah saudara lelaki (tak tahu lah tiri atau kandung) dan penasihat kepada Khalifah sendiri. Bahlol dikenali sebagai Madjzub iaitu golongan yang menyembunyikan kepintaran mereka dengan perbuatan2 yg tak masuk akal. Sesetengah orang sahaja yang mampu kenal siapa madjzub ni.

Satu kisah yang menarik ialah, ketika Harun Ar Rashid duk jalan2 ngan bini dia (Zubaidah), mereka ternampak lah Bahlol ni tengah buat rumah dari tanah liat. Zubaidah ni pun tanya la:

"Wat apa tu Bahlol?"

"Wat rumah. Rumah ni untuk syurga punya"

"Nak beli boleh? Rega berapa inggit?"

"Kasik 10 dinar la. Kasi cincai punya harga".

Selamba badak, Zubaidah bawak keluar duit 10 dinar dari beg Gucci dia, bagi kat Bahlol. Dan selamba badak jugak, Bahlol buang duit tu dalam sungai.

"Haa.. balik lah, kau dah ada rumah dah kat syurga Zubaidah".

Gelak-gelak Harun masa tu. "Sayang dah kena main dah ngan Bahlol tu. Kah kah kah".

Malam tu, Harun Ar Rashid mimpi, dia mimpi masuk syurga. Di hadapan dia masa tu ada sebuah istana, yg tertera nama bini dia. Harun pun cuba masuk, tapi dihalang oleh malaikat.

"Eh apsal halang2 ni? Ni rumah bini aku"

"Rumah bini kau kat dunia boleh la kau masuk. Kat akhirat sendiri sendiri"

Bangun Harun Ar Rashid, peluh2. Di kejut bini dia dan pagi itu jugak, depa dua orang ni duk cari Bahlol. Jumpa la Bahlol tepi sungai, tengah buat rumah tanah liat.

"Bahlol, aku datang nak beli rumah ni"

"Buleh. Tarak hal punya"

"Berapa harga?"

"Harga kengkawan, 10 000 dinar."

"Jadah apa naik sampai 10 000? Aku tak buat GST pun lagi kau dah penaik rega ke?"

"Haa.. sebab semalam bini kau 'membeli tanpa melihat' "

Haha.. so, soalan aku, apa benda maksud tersirat Bahlol bila dia kata Zubaidah 'membeli tanpa melihat' sampaikan Zubaidah dapat harga runtuh?

Itu yg kita panggil 'tahap kepercayaan'. Ada orang kena tengok dulu nikmat, kena tengok dulu azab, baru nak buat amal. Ada orang, bila dengar saja, depa patuh dan taat.

Ada orang bila pimpinan buat sesuatu, maka banyak pulak buat spekulasi. Nak masuk Umno la hapa la. Sana sini mintak bukti. Banyak buruk sangka dari baik sangka. Itu penanda tahap thiqah yg rendah.

Haaa.. kan kena lagi Pas Recond dengan aku.. Keh keh..

Kemudian, masa zaman aku duduk universiti dulu (aku rasa time tu aku tengah2 nak grad kot), ada lah aku ikut satu pengajian oleh seorang ahli Majlis Fatwa sebuah negeri (Apa nama dia aku dah tak berapa nak ingat).

Dia cerita, masa zaman Bahlol tu, berlaku satu kemarau yg sangat dahsyat. Kira2 ganda2 la panas dari kita yg duk Malaysia hari ni. Habis khalifah suruh para ulama solat minta hujan. Turunlah ulamak, solat beramai-ramai... tapi tak ada hujan yang turun pun. Pening weh khalifah masa tu. Dipanggil la menteri dia mengadap.

"Hah, habis ulamak dah kita suruh solat mintak hujan ni. Tak setitik pun turun. Pabenda yg kita nak buat lagi ni?"

"Eh tuanku, ada sorang lagi yang kita tak panggil"

"Sapa?"

"Bahlol"

"Bahlol pun Bahlol la, arah dia buat solat mintak hujan"

Bahlol pun pergi la ke masjid. Masa tu ramai dah yg ikut berkumpul. Ya la, nak solat mintak hujan kan. Tak best la kalau sembahyang sorang2 ni.

Tiba-tiba, Bahlol naik atas mimbar, ditunjukkan jarinya ke langit dan dia mintak "Ya Allah, turunkan lah hujan". Tak ada solat apa pun.

Time tu jugak, hujan turun dengan lebat... Cepat sungguh Allah jawab permintaan wali-Nya.

Aku teringat kisah Bahlol ini bila aku baca laporan dari Malaysian Insider berkenaan solat sunat Istisqa' yg di imamkan Tuan Guru Nik Aziz yg terus dijawab oleh Allah ketika tengah solat lagi.

Hujan dilaporkan mula turun start masa Tok Guru baca Fatihah lagi.

Oleh itu, pada hemat aku, TGNA memang banyak mempunyai ciri-ciri Waliyullah seperti Bahlol Dana r.a. Ada karamahnya dan tinggi bahasanya. Sepertimana isu-isu 'Tuhan samseng', 'Allah mencarut' yang memang payah nak difaham oleh orang2 yang mempunyai pemikiran lurus macam tiang letrik.

Semoga Allah terus memelihara kepimpinan ulamak daripada serangan dan fitnah dari luar dan dalam.

Amin..

11 comments:

azmie said...

ngko pun nak jadi mcm aduka teruna? guna bahasa yg layak guna dipasar utk ceritakan pasal orang alim. klu pakai bahasa biasa org tak faham ke atau saja nak cari hal

Ali Zaidan said...

Itu pulak yg kau besarkan. Alahai..

Kau pernah dengar ceramah?

Dalam ceramah mmg pakai bahasa pasar. Tp kita tak pakai bahasa yg mengaibkan.

Jgn samakan aku dgn AT

Anti-Bakistani said...

layari blog

anti-bakistani.blogspot.com

saja sibuk said...

sejam sebelum solat tu d katakn berlaku pembenihan awan oleh jab. kajicuaca maka x mustahil hujan bole turun lpas sejam ...eehhmmm itu kata org umno lerr..

Ali Zaidan said...

Jawab kat orang Umno tu, jabatan kaji cuaca hanya tahu pembenihan awan berlaku sejam sebelum solat. Sedangkan majlis solat istisqa' ni dah diplan lama. Macammana masa plan tu TGNA boleh tahu pembenihan awan akan berlaku exactly sejam sebelum majlis solat?

Ala, orang kalau dah benci, banyak la alasan. Nabi Muhammad tunjuk mukjizat pun orang kafir boleh kata ahli sihir!

Achmedarwish احمد درويش said...

Salam...

Dalam menyampaikan sesuatu ilmu berkaitan kewibawaan ulama atau pun cerita2 kerohanian dalam bidang tasawuf mestilah dengan gaya bahasa yang penuh dengan hikmah dan adab sopan agar perkara yang diceritakan tidak disalah erti, disalah faham , disalah tafsir dan memungkinkan akan dimanipulasi hingga menjadi satu fitnah yang besar kepada penulis.

bukankah para pengamal ilmu tasawuf menganjurkan adab dan akhlak seperti mana yang dianjurkan para Nabi dan juga para ulama' dan wali2 muktabar. Adab bukan sahaja meliputi kita dengan guru sahaja tapi meliputi semua aspek kehidupan agar keindahan islam dapat ditonjolkan dan dapat menjadi contoh tauladan agar islam dapat dikembangkan .

Begitu jugak dalam penyampaian elektronik dalam zaman yang serba canggih yang dipenuhi oleh hujan2 fitnah dari golongan2 yang memang memusuhi islam dan membenci.

Perlu ada etika dalam penyampaian kerana yang membaca penyampaian kita tak semua mereka memiliki ilmu semacam kita dan kita juga tak semua ilmu kita ada. tak semua manusia yang faham dengan tulisan kita kerana ALLAH yang Maha Hebat PenciptaanNYA menciptakan kita nie dengan kadar ukuran akal yang berbeza2 oleh sebab tu kita juga dilarang mendabik dada kerana apa yang kita ada hanyalah pinjaman semata2 hanya DIA yang kekal nanti.

Perlu ada penjelasan disebalik sebuah kata2 atau pun tulisan itu agar dapat difahami dan ilmu dapat disanmpaikan dengan sempurna penuh dengan adab serta hikmah.

Sebarang persengketaan mesti diselesaikan dengan cara berhikmah dan jalan musyawarah . Itulah keindahan islam yang diajar oleh Rasul kita Nabi ALLAH Muhammad dan diajar dipegang dan diamalkan oleh ulama' kita . Bukankah kita disuruh mencari jalan perdamaian bukan jalan permusuhan dan persengketaan sehingga terputusnya hubungan ukkhwah sesama islam.

Jangan kerana sesuatu perkara itu menghalang kita dengan AR Rahman kita menyangka kita sudah berada dalam jalan untuk mengenaliNYa tetapi kita ditipu oleh syaitan yang tidak kelihatan di hati kita membuatkan mata hati kita buta dalam penglihatan dan keseronokan dalam penipuan khayalan syaitan

Sama2 kita berkongsi ilmu secara langsung dan juga tak langsung agar hati2 kita lebih dekat denagn jalanNYA dan tidak terhijab denganNYA.

Ali Zaidan said...

Terima kasih. Saya terima.

Saya dah lama tinggalkan pengajian tasawuf. Nasihat anda menyebabkan saya bimbang takut2 apa yg saya buat di salah faham dan jadi fitnah kepada tasawuf itu sendiri.

Minta juga baca respon saya di sini:

http://ali-zaidan.blogspot.com/2010/03/ali-zaidan-ialah-songkok-putih.html

Sekali lagi terima kasih.

Unknown said...

aku tak suka artikel bhs pasar..nampak mcm budak2, tak serius, tak professional, dan mungkin boleh dipersoalkan kredibilitinya.

ya betul, ceramah juga guna bhs pasar tp bg aku ceramah dgn baca artikel lain..ceramah ko tgk sendiri penceramah tu..ko boleh nilai dia terus dari cara dia tp artikel tak mcm tu, ko nilai penulis berdasarkan cara penulisan dia.

maaf kalau terasa. sekadar kritikan ikhlas.

Anonymous said...

Jangan melatah bila baca tajuk.. (Nasib baik aku baca sampai habis.. haha)

Mintak izin copy & paste ke blog saya..

Abdul Hadi said...

penulisan macam keretamayat.blogspot.com
selamat maju jaya...I LOVE BOTH BLOG

wirautama said...

bahasa pasar dgn bahasa kurang ajar dua benda berbeza, bahasa pasar ni dia kasar, tapi bahasa kurang ajar ni cam perkataan bahlol pada ulama, tidak kah kita semua akan faham perkataan bahlol itu apa? walaupun dibawa seribu cerita tetapi masyarakat segera faham perkataan bahlol itu apa, sekira boleh dengan cerita itu melayakkan perkataan bahlol itu untuk ulama, maka tak terfikirkah ali zaidan untuk menmanggil ibu bapanya dengan perkataan bahlol juga, apa salahnya, itukan wali Allah