Saturday, March 6, 2010

TGNA sokong Kerajaan Campuran PAS-UMNO?

Aku pakai term kerajaan campuran sebab UG dan kerajaan campuran ni beza maa. Blogger bodoh je yg duk pikir UG ni kerajaan PAS-UMNO. Mengaji tak habis punya worang.

Malam tadi aku ada la bukak blog2 yg duk bising cerita pasal pendedahan DS Harussani. Dari cerita Harussani tu, dia duk bagitau bhw TGNA dah setuju dengan pelan kerajaan campuran antara PAS dan UMNO di Perak selepas PRU 12.

“Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu.

“Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya PAS Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dan dia juga bersetuju,” katanya.

Kalau nak kata Harussani ni tak menipu dalam cerita dia ni, maka betullah TGNA setuju. Kalau tak setuju, takkan dia kata bagus. Tak munasabah pulak kalau tak bagus, TGNA boleh setuju.

Memang ada bantahan terhadap kisah Harussani ni oleh Us Ahmad sendiri. Kalian boleh jenguk laman ini. Tapi Us Ahmad hanya menafikan kisah perbualan antara dia dan Harussani spt yang diceritakan oleh Harussani sendiri, dan bukannya yang aku quote di atas.

Jesteru itu, aku melihat betapa terbuka dan tertonjolnya sifat kasih sayang dan saling hormat menghormati antara semua pimpinan PAS. TGNA menghormati kedudukan TGHH sebagai 'kuasa eksekutif' dalam PAS dan TGHH menghormati dan mendahulukan Us Ahmad selaku 'ketua tempatan' yang lebih memahami keadaan. Jesteru tu tak timbul isu 'penguasaan Geng Terengganu' spt yg ditimbulkan sesetengah blogger cikai sebab kisah ini membuktikan bagaimana TGHH 'menyerahkan kuasa pemutus' kepada 'Geng Perak' walaupun dia (TGHH) berhak membuat keputusan atas kapasiti Presiden.

Ia juga membuktikan kebenaran kisah cerita Us Nik Abduh bahawa ayahandanya tidak menentang UG tetapi menentang "UG yang difahamkan oleh pembantu2nya yang jahat".

Tapi yang best aku nak tanya la Harussani sikit pasal cerita dia di bawah ni:

Saya kata al-Quran menyebut jika sayang kepada kafir maka kita adalah kafir

Aii, yang UMNo tu duk berkepit dengan MCA MIC Gerakan PPP dan segala macam parti bukan Islam tu macammana pulak?

Seterusnya, aku nak tanya, ayat Quran yang mana mengharamkan kita menyayangi orang kafir? Sebab Nabi ada sebut: “Barangsiapa yang menyakiti ahli zimmah, sesungguhnya dia menyakitiku dan barangsiapa yang menyakitiku, dia menyakiti Allah”. Apakah itu bukan dalil kasih sayang yang dianjurkan Islam antara setiap manusia tanpa mengira agama? Bukankah ada kisah kasih sayang antara Rasulullah dan bapa saudaranya Abu Talib?

Aku pikir maksud 'sayang' dalam ayat Harussani tu mesti diperjelaskan lagi. Aku takut bukan Islam tersalah faham bahawa Islam ni agama kebencian yang mengajar umatnya membenci orang lain. Kalau ar ridha bil kufr, kufr (redha kepada kekufuran maka kafir) tu memang ada la. Tu kaedah fiqh. Tapi tu redha dan iktiraf atau membenarkan agama mereka, bukan sayang mereka atas nama manusia.

Ni soalan dan permintaan penjelasan. Aku nak kata hang salah tak berani la. Hang mufti, aku orang bodoh lagi.

33 comments:

qurtubyy said...

TGNA setuju dengan UG?
anda gila bila percaya kepada mufti UMNO.

Sila keluar PAS masuk UMNO.

hli Majlis Syura Ulama PAS, Ahmad Awang mendakwa Tan Sri Harussani Zakaria telah menokok tambah perbualan mereka ketika mufti Perak itu menghubunginya bagi memujuk PAS untuk bersama Umno menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak selepas pilihan raya umum 2008.

Ahmad mengulas kenyataan Harussani, dalam program dialog Zaaba di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam, yang mendakwa PAS Perak dengan angkuh menolak cadangan tersebut walaupun pada dasarnya mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan dipersetujui kepimpinan parti itu.

"Apa yang beliau cakap dalam dialog itu adalah tambahan kemudian. (Perkara) Itu tidak betul," katanya sambil menambah, dalam perbualan tersebut, mufti Perak itu tidak memberitahunya yang cadangan itu mendapat perkenan baginda.

Ali Zaidan said...

Alahai Tulang Besi... I mean Qurtubyy ni malas baca agaknya. Us Ahmad hanya menafikan kisah perbualan antara dia dan Harussani ttp dia tak menafikan pun kisah antara Harussani dan TGNA.

Satu lagi, yang ni bukan UG. Yang ni kerajaan campuran. Boleh beza tak? Awal2 lagi aku dah cakap, "Blogger bodoh je yg duk pikir UG ni kerajaan PAS-UMNO", masih ada jugak blogger macam Tulang Besi... i mean Qurtubyy.

Kesian..

malikstaffa said...

Dari Blog Ust Ahmad Awang
entri bertarikh 19 Jun 2009

Pengalaman Saya Di Perak

Di Perak, UMNO mengajak PAS membentuk kerajaan bersama UMNO/BN. Alasannya ialah alasan yang sama dijadikan hujah apatah lagi UMNO/BN yang memenangi 28 kerusi hanya seorang sahaja ADUN bukan Melayu. Ini bermakna jika PAS menyertai UMNO/BN, kononnya terbentuklah kerajaan yang didukung oleh 97% Melayu Islam. Dengan ini berlakulah satu sejarah dalam masa 50 tahun merdeka tertubuh Kerajaan Melayu Islam di negeri Perak. Kononnya kukuhlah kedaulatan Melayu Islam di Perak. Namun kepada saya dan rakan pimpinan PAS Perak, alasan tersebut dapat kami ketepikan dengan hanya satu hujahan iaitu UMNO/BN selama ini tidak pernah mengangkat Islam bahkan sebaliknya menghakis Islam di Negara ini. Kami ambil kenyataan Mufti Perak sendiri, Dato’ Seri Haji Harussani yang menyatakan bahawa orang Melayu ratusan ribu menjadi murtad dan kerajaan UMNO/BN tidak berbuat apa-apa untuk menanganinya.

UMNO Perak yang didukung oleh pimpinan UMNO Pusat berusaha bersungguh-sungguh dengan segala tipu dayanya memujuk kami untuk membentuk kerajaan bersama UMNO/BN dengan menawarkan jawatan Menteri Besar dan 5 EXCO kepada 5 orang lagi ADUN PAS. Jawatan speaker juga ditawarkan kepada pimpinan PAS. Sehingga hari upacara angkat sumpah Menteri Besar Perak (Dato’ Seri Haji Nizar Jamaluddin) agen UMNO masih lagi datang menemui saya di perkarangan Istana Iskandariah. Sehari sebelumnya Dato’ Zahid Hamidi mengejar saya untuk pertemuan 4 mata dengannya tetapi beliau gagal berbuat demikian apabila saya meminta pihak polis mengawal rumah saya (rujuk posting berkenaan tahun lepas).

Bayangkanlah bagaimana perasaan saya atau sesiapa juga seperti yang saya alami tiba-tiba mendapat tahu kemudian Pimpinan Tertinggi PAS berunding dengan UMNO untuk membentuk kerajaan PAS bersama UMNO/BN. Walaupun saya hanya mengetahuinya selepas kira-kira 2 bulan kemudian, saya tetap terasa amat pelik dan tersentuh dengan tindakan pimpinan itu. Apahal pun saya menerimanya kerana ia sudah menjadi perkara akademik dan sejarah sahaja. Namun begitu ia tidak boleh padam dari ingatan dan tetap tersimpan dalam hati kecil saya. Saya percaya perasaan seperti inilah yang tersimpan mendalam dalam hati TGNA dan boleh timbul pada bila-bila masa apabila wujud situasi seperti isu Kerajaan Perpaduan. Apatah lagi UMNO itulah yang telah melakukan rampasan kuasa ke atas Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak yang diketuai oleh Dato’ Seri Najib dengan mendapat restu dari Pak Lah sendiri.

Kini kelihatan perbezaan pendapat di antara TGNA dengan pimpinan tertinggi PAS. Akibat perkara-perkara yang berlaku selepas isu Kerajaan Perpaduan ini menjadi topik politik nasional. Kenyataan-kenyataan pimpinan bahawa PAS tidak akan berpakat membentuk kerajaan dengan UMNO/BN seperti tidak diendahkan oleh sebahagian penyokong dan pendukung parti. Keadaan seperti ini boleh meletakkan parti di peringkat amaran bahaya maka perlulah pimpinan tertinggi dari peringkat syura dan kepimpinan organisasi peringkat pusat dan negeri mengadakan perhimpunan khas bagi membincangkan cara-cara yang terbaik untuk menangani isu ini berlandaskan kaedah dan cara terbaik mengikut lunas-lunas Islam.

as_salas said...

Teringat gak pasal temuramah akhbar siasah dengan TGHH psal UG ni, TGHH sebut tentang keperluan kesepakatan semua parti yg ada di Malaysia. bukan PAS n Umno semata2. SEmua parti, dan kemestian membebaskan sistem kehakiman dari cenkaman pemerintah, kebebasan SPR dan macm2 la lagi syarat2 utama yg perlu diselesaikan dahulu, sebelum UG ini diterima pakai. Tapi golongan yg nak jatuhkan TGHH gunakan kesempatan ini untuk membantainya secukupnya. Sedangkan Syarat yg dikemukan tentu amat sukar dipenuhi oleh Umno. Macam kata TGNA la, kita akan bubar PAS jika Umno mahu ke Islam. Nak ke Umno bersihkan Sistem kehakiman? nak ke Umno ke Islam? Qurtubyy boleh jawab nie. dia ngaji tinggi.

Ali Zaidan said...

Masa TGNA habaq lagu tu, ada ke depa ni kata TGNA kebuluq nak bergabung dgn UMNo or TGNA ni fraksi UMNo? Bagi aku, statement dua2 ulamak yg kita sayang di sama je.

Logik pikir la, kalau kehakiman bebas, pilihanraya bersih habih lingkup pemimpin UMNo tu. Takpa kita duk bawah dia 2-3 tahun. Masuk PRU 13, dengan SPR yg adil, mmg PAS menang ounya inshaAllah.

Tp, puak2 ni akal pendek. Tahu nak bantai saja.

qurtubyy said...

ni TGNA habaq masa ni:

Saya ingin menyentuh berkaitan kenyataan yang menyebut beliau datang ke rumah saya. Benar atau tidak, terserahlah kepada khalayak. Bagi saya, ini di antara beliau dan saya. Cuma pertanyaan saya, tidakkah itu satu keterlibatan dengan politik? Sedarkah beliau bahawa kerajaan Perak yang dirampas dari tangan rakyat hari ini didokong oleh UMNO, sebuah parti yang meyakini bahawa politik dan agama tidak boleh bercampur? Dalam bahasa mudahnya, politik suku agama suku.

Jika mufti sendiri sanggup turun melaksanakan urusan berkaitan politik, ertinya beliau beranggapan tugasnya sebagai mufti meliputi tugas politik. Adakah bagi beliau, politik dan agama mesti selari, tidak boleh berpisah? Jika demikian, beliau telah mengiktiraf perjuangan PAS adalah benar. Jika tidak, kenapa libatkan diri dengan politik? Bukankah itu salah mengikut akidah UMNO?

Inilah yang diperjuangkan oleh PAS. Tegak berdirinya PAS dengan perjuangan menjadikan Islam sebaagai cara hidup. Tidakkah al-Quran sebuah kitab yang syumul? Isinya bukan sahaja akidah, bahkan soal ekonomi, politik, rumahtangga, psikologi dan kaunseling, semuanya ada di dalam al-Quran. Tidakkah ini merupakan tiang seri perjuangan PAS sejak sekian lama? Jika mufti Perak beranggapan politik dan Islam perlu selari, selangkah kaki beliau sepatutnya sudah berada di dalam PAS!

Jika beliau tidak berpandangan Islam dan politik perlu selari, tetapi terus terlibat dengan politik dengan jubah seorang mufti, maka dengan sendirinya beliau telah menjadi ejen. Dalam kes ini, beliau telah menjadi ejen UMNO. Hilang luruh kemuliaan seorang mufti kalau merelakan diri menjadi ejen. Apatah lagi menjadi ejen sebuah parti politik sekular.

Saya kira, jika seorang mufti yang menjadi ejen parti politik sekular, itu bukanlah lagi al-mufti (yang memberikan fatwa) tetapi al-mufta (yang diberikan fatwa). Cukuplah sekadar itu respon balas saya terhadap kenyataan beliau.


Apamacam alizaidan yang berakal pendek dan bersifat seperti kebau pendek?

Ali Zaidan said...

Weh raman, eh TB eh Qurtubyy, dalam artikel yg kau paste tu ada tak penafian dr TGNA ttg cerita Harussani bhw dia (TGNA) ada mengatakan pembentukan kerajaan UMNO-PAS tu bagus?

Tak ada!

Yang TGNA tulis ialah kritikan kepada Harussani seolah2 Harussani ni berpihak dlm sudut politik.

Amende la kau ni? Ha, lain kali mulut jaga. Kata orang lain akal pendek. Padahal kau tu tak reti baca. Tepuk air ludah terpercik ke muka sendiri ke kawan??

qurtubyy said...

spin lagi alizaidan sampai kamu nanti benar2 ke Tampoi

ayat ini apa?

Sedarkah beliau bahawa kerajaan Perak yang dirampas dari tangan rakyat hari ini didokong oleh UMNO, sebuah parti yang meyakini bahawa politik dan agama tidak boleh bercampur?

Tidakkah itu membuktikan TGNA sendiri tidak terima UMNO yang memisahkan agama dan politik?

Bila tak terima UMNO bererti tidak terima sebarang kerajaan perpaduan yang melibat UMNO di dalamnya.

Mengapa bebalmu setaraf kerbau pendek?

p/s aku bukan TB. Dosamu telah bertimpa2 banyaknya.

Ali Zaidan said...

Sapa pulak kata kau TB wahai raman eh Qurtybyy? Kau terasa ke?

TGHH pun ada kata UMNO pisahkan agama dan politik. TGHH pun tak terima kesesatan UMNO ni. Kenapa kau tak nak kata bhw ini bukti bhw ini bukti TGHH tak mahu bergabung dengan UMNO?

TGNA kata UMNO pisahkan agama dan politik. Apakah DAP juga mengatakan agama dan politik itu mesti sentiasa bersama? Oleh itu, pasal apa TGNA nak setia dalam PR?

Point basicnya, TGNA TAK MENAFIKAN CERITA HARUSSANI BAHAWA DIA ADA MENGATAKAN IDEA ITU BAGUS. Sebaliknya TGNA serahkan kepada pembaca untuk menilai. Kenapa yg ni kau tak nak pikir? Haa, kan tak memasal dah jadi se geng dengan kerbau pendek? Kah kah. LUdah ke langit kena ke muka sendiri ke?

Dan aku nak tanya kau, masa TGNA setuju PAS masuk BN tahun 70an dulu, masa tu UMNO dah selarikan agama dan politik ke?

Apa yang kau tulis itu hanya agakan2 kau saja. Tadak nilai langsung.

Btw, aku tak kata baik kita duduk dengan UMNO. Aku kata kita kena pertimbangkan semua option. Jangan terhadkan pilihan kita. Kena ingat sejarah bilamana Ikhwan bersekutu dengan Gamal Nasir dulu.

Kemudian contohi sikap baik sangka dan mulia memuliakan dua tok guru kita ni. Buleh paham?

wajwaj said...

Hadi Awang tu tuanguru ker

saya lihat macam tak layak jer, jadi pengkhianat PAS ada ler sebab cuba nak bersekongkol ngan UMNO.

wajwaj said...

asyik wat kenyataan salah jer. sama jer golongan UG ni siapa-siapa pun. hari ni wat statement, kemudian kata media putarbelitkannya. wat statement lain pula.

depan umno cakap lain depan pr cakapnya lain.

wajwaj said...

dia punya pengikut2 pun sama jer perangainya, macam kat sini...
cakap berbelit2 lepas dah tak boleh jawab mula lah nak tunjuk bahasa-bahasa kasar.

macam ler dia bagus sangat...

Ali Zaidan said...

Mana aku tak jawab? Mana perkataan kasar aku pakai? Yang duk mengata aku kerbau pendek bukan golongan kau ke?

Sejak bila kenyataan pemimpin PAS tak diputar belit? Hangpa ni dah berkiblatkan Utusan Malaysia pulak dah?

qurtubyy said...

abis yang terhegeh2 pemimpin UG jawab soalan wartawan tu apa pasal kalau dah tahu akan diputar belit?

Ali Zaidan said...

Jadi apa penyelesaiannya? Pulaukan wartawan? Ada selama DSAI, TGNA, LGE jawab media dan diputar belit wartawan, depa terus boikot wartawan?

Kalau hang dah tau ia diputar belit, buat apa percaya kpd berita yg diputar belit?

malikstaffa said...

no komen. itu jwbnya.

kdg2 akhbar tak belit pun, tapi bila hadi awang tgk ramai ahli menentang, terus esoknya kata akhbat Utusan belit kenyataannya. auta lebih hadi awang.

sb dehlawi said...

“Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu.

“Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya PAS Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dan dia juga bersetuju,” katanya.

_________Ini kenyataan ust harussani yang dipetik Ali Zaidan yang cuba mempengaruhi ahli pas bahawa Nik Aziz juga setuju kerajaan campuran?...

KATA ALI ZAIDAN LAGI, tindakan ust ahmad awang tidak menafikan kenyataan itu seolah-olah mengiakan kenyataan harussani.

Aku nak tanya ali zaidan, sudahkah kamu baca kenyataan UST Ahmad Awang dalam milinea Muslim Ogos 2009?

Ali Zaidan said...

Aku tak baca. Apa dia kata?.

Ada dia kata TGNA menafikan pernah mengatakan 'bagus' kepada idea yang dikemuka Harussani?

Kalau tak ada, tak perlu bawak. Tak relevan.

sb dehlawi said...

Kau tak baca? ok tak pe. fine.

Tidak perlu ada kenyataan TGNA nafikan pernah berkata 'bagus' sebab dalam artikel itu, ust Ah awang tak katapun bahawa 'TGNA tak setuju tetapi kemudian bagus pulak'.

Benda akan jadi relevan jika kamu baca yang selanjutnya.

Ali Zaidan said...

Jadi tak relevan, tak berkaitan. Tak perlu baca. Blog dia pun dah banyak kali aku bukak.

Kau kena faham isu yang dibincangkan. Isunya bukan wajar tak UMNo dan PAS bersatu dan meninggalkan PR. Ini pun aku tak setuju.

Isunya ulamak sentiasa berbaik sangka antara satu dgn yg lain, saling memuliakan. Mereka tak makan fitnah, mereka makan hujah. Hujah yang haq mereka akan terima. Mereka tak tolak idea yg baik mentah2. Mereka timbangkan setiap idea.

Melainkan kalau ada 'suara2 jahat' yg menyampaikan berita yg salah kpd mereka.

Berbanding dgn sebahagian puak Pas Recond yg kerjanya tak lain buruk sangka kpd TGHH TGHD Us Nasha dll.

qurtubyy said...

alizaidan said: "tindakan ust ahmad awang tidak menafikan kenyataan itu seolah-olah mengiakan kenyataan harussani."

Anda dah bertanya kpd Ustadz Ahmad Awang sendiri? Jika tidak usah buat persangkaan "seolah2 mengiakan kenyataan harussani. Itu satu dosa.

“ ... Dan kebanyakan mereka tidak menuruti melainkan persangkaan sahaja; (padahal) sesungguhnya persangkaan itu tidak persangkaan itu tidak sedikit pun berguna untuk mencapai kebenaran ...” (Surah Yunus : 36)

qurtubyy said...

“ ... Dan kebanyakan mereka tidak menuruti melainkan persangkaan sahaja; (padahal) sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikit pun berguna untuk mencapai kebenaran ...” (Surah Yunus : 36)

Ali Zaidan said...

Weh , bila masa aku kata :

"tindakan ust ahmad awang tidak menafikan kenyataan itu seolah-olah mengiakan kenyataan harussani."

Aku tak pernah kata macam ni. Cuba quote sikit belah mana Raman eh Qurtubyy.

qurtubyy said...

PAS tolak kerajaan perpaduan sebab Umno ‘sesat-sesesatnya’, kata Nik Aziz

Ali Zaidan said...

Nampak sangat Qurtubyy ni pembohong. Aku tak kata apa2 tapi dia fitnah aku kata.

Bawak ayat Quran utk bantai aku konon aku bersangka-sangka dgn Us Ahmad, padahal dia bersangka-sangka dengan aku!!

Ingat sikit Surah assaff Qurtubyy! Murka besar Allah kpd sapa2 yg cakap tapi xbuat pebende yg dia cakap!

qurtubyy said...

aku petik dari hujjah midndarakyat di atas, jika mindarakyat tulis x betul kenapa dari awal2 ko x nafikan?

Ali Zaidan said...

Sebab sengaja aku nak lihat kamu semua amanah atau tidak kepada maklumat.

Jelas kamu semua ni mengambil sumber sekunder bukan primer dalam membuat hukuman.

Kamu tidak menyelidik semasa membuat kenyataan.

Kamu tergesa-gesa apabila melihat sesuatu yang kamu anggap boleh dipakai untuk menjatuhkan maruah orang yang kamu benci dan hasad.

Begitulah yang kamu buat kepada TGHH, Dr Hasan, Us Nasha. Kamu tidak ambil apa yang mereka cakap. Kamu tidak dengar hujah2 dia yang sebenar daripada mulut mereka. Kamu tidak hadir majlis penjelasan mereka.

Tetapi kamu solely bergantung kepada maklumat pihak sekunder yakni wartawan. Jika wartawan tu tersilap petik atau main agak2 seperti mindarakyat, kamu terus percaya. Tanpa mengira fikrah wartawan itu sendiri sama ada liberalis, sekularis, pluralis atau munafik. Kalau tulisan mereka munafik, maka munafiklah juga pandangan kamu. Kalau liberalis, maka liberalis juga pandangan kamu. Penjelasan pemimpin kamu bakulsampahkan.

Sikap kamu yang sebegini sebenarnya merosakkan para jemaah.

malikstaffa said...

kemudian kamu ada jumpa harussani? ada jumpa TGNA? utk dptkan berita prima?

Ali Zaidan said...

Itu kan blog TGNA, Tulisan balas Harussani tu kan tulisan dia sendiri.

Apa yg tak primernya?

Yg sekunder ni rumusan dan ambilan sekerat2 berdasarkan perspektif orang lain spt yg dibuat mindarakyat.

Sekunder primer pun tak mampu faham?

sb dehlawi said...

Kamu mengaku tak baca kenyataan ust AA dalam milinea muslim dan berkata tak perlu baca, tetapi tiba2 kamu kata tak relevan pula. Apakah benda ni?

AKU hairan mengapa ALI ZAIDAN kata tak relevan. Sedangkan perkataan relevan itu sendri dalam konteks bahasa bermaksud ADA KAITAN. Jadi dalam penulisan KAMU ia terang ada kaitan dengan kenyataan UST AA berhubung ISU kerajaan campuran di Perak dalam milinea. Lawaknya Kamu berhujah.

AKU syorkan KAMU supaya baca milinea Muslim, yang kau baca blog UST AA tu pasal apa?

DALAM penulisan kamu, ISU major ialah kamu cuba mengajak pembaca (ahli pas) supaya berfikir kemungkinan TGNA pun setuju cadangan kerajaan campuran dengan memetik hujah2 h.sani sebagai dalil yang pada aku amat bertentangan dgn kenyataan awal UST AA dalam milinea. dan yang lain2 itu sudah jadi minor isu. sebab itulah kau sendiripun pilih heading " TGNA SOKONG KERAJAAN CAMPURAN PAS-UMNO?.

Mereka bukan buruk sangka terhadap TGHH TGHD Us Nasha dll, tetapi menegur@kritik. adakah salah menegur? Sepatutnya, ahli Pas jangan amalkan PAKSI ANGGUK seperti yang berlaku dalam UBN, dan pro UG semuanya 'KEPALA HANGGUK'.

wajwaj said...

dah nampak kan..
bangang, akal pendek, lembab

semua tu suluhan diri sendiri

Ali Zaidan said...

Sebab tu aku tanya, apa yg disebut oleh Us ahmad wahai lembap sb dehlawi? Kalau Us Ahmad cakap " TGNA menafikan pernah mengatakan 'bagus' kepada idea yang dikemuka Harussani", maka relevan dgn isi perbincangan.

Kalau tak ada, tak perlu bawak. Tak relevan.

Kemudian kau kata " ust Ah awang tak katapun bahawa 'TGNA tak setuju tetapi kemudian bagus pulak'" . Jadi tak relevan, sebab penafian ttg TGNA kata 'bagus' tak wujud.

Sebab tu dr awal aku mintak. Bawakan. Kau ingat aku baca semua edisi MM? Kau pernah baca Siasah temubual TGHH pasal UG? Kalau kamu semua baca, takde kamu semua ni jd bengap sampai lagu ni.

MEMANG KENYATAAN KAU TU SALAH. Sebab kau kata "ALI ZAIDAN KATA".

Ini bermakna kau tak amanah dalam menaqalkan kata2 orang. Kau paham ayat orang ikut akal kau yg lemah, kemudian kata apa yang kau faham itu sebagai kata2 dr mulut orang itu. Jahat!

Kalau nak kata begitu, patut kau kena sebut 'ikut kefahaman aku bla bla..". Nak quote kata2 orang, ambil statement penuh orang itu.

Jgn jadi bangan macam Utusan.

Maksud aku Us Ahmad tak menafikan atau menyentuh hal ini. Jadi, dalam isu 'bagus', kenyataan dia tak perlu di ambil kira. Bukan dia kata setuju.

Contoh, kalau ada orang kata kau lembu dan kambing. Contoh je ni. Kemudian kau kata kau bukan lembu. Tp kau tak kata apa2 ttg tuduhan bhw kau kambing. Oleh itu, tak bermakna kau mengaku kau kambing. Yang sepatutnya di ambil kira ialah kau bukan lembu. Soal sama kau kambing atau tidak tu akan tergantung sehingga kau nafi atau mengaku.

Dalam soal 'bagus' ni aku ambil kenyataan TGNA dlm blog dia. Yg mana TGNA TAK MENAFIKAN CERITA HARUSSANI BAHAWA DIA ADA MENGATAKAN IDEA ITU BAGUS. Sebaliknya TGNA serahkan kepada pembaca untuk menilai. Sebab itu aku kata "bagi aku ini tanda bla bla..." sebab TGNA bagi kebenaran utk aku nilai.

Kemudian tajuk aku letakkan tanda soal. Bila ada tanda soal, tak bermakna telah muktamad.

Paham lembap??

Anonymous said...

Anai2 itu semua memang lembab, hasad, pemecahbelah, putar belit dsbnya. Saya sokong saudara yang wala' kepada kedua2 Tuan Guru dan bukan membanding-bandingkan kedua2nya yang dicari-cari perbezaannya. Mijahidin dulu berpecah dan berperang sesama sendiri kerana wujud anai2 perosak sebeginilah ketika kemenangan hampir. Akhirnya Hancur Afhanistan kini. Begitu juga Iraq! Puak2 begini yang mengundang kerosakan dan bala umat! Saddam memang zalim tetapi anai2 yang mengundang orang lain menjatuhkan saddam yang akhirnya runtuh Negara Iraq bersama Saddam dan rakyatnya tanpa mengira parti mana. Bengong dan bangang betul!