Tuesday, May 25, 2010

Aduka, jangan jadi budak-budak!

Baru aku nak ulas pasal tulisan Aduka Taruna ni, tiba2 SP dah tulis perkara sama. Jadi ambil copy paste sajalah.

Cuma rasa kesal dengan sesetengah manusia yang tak tahu malu. Menuduh seolah-olah TGHH takut dengan gerombolannya. Alahai, hujah pun banyak tergantung, sekerat jalan, nak takut buat apa?

AT pernah sebut Presiden PAS kena cergas, kena jadi macam Anwar dedah isu APCO. Ya, tapi kena ingat, bagaimana Anwar boleh tahu itu semua?. Semua sebab link antarabangsanya kukuh. Tahu kenapa selepas dia bebas 2004, tapidia hanya betul2 aktif politik sekitar 2007? Sebab dalam tempoh 3 tahun itu, dia kerja keras untuk baiki balik jaringan dia yg putus bila dia masuk jail.

Aku tahupun sebab ada budak PKR mengadu kat aku masa tu. Kiranya dia kata Anwar macam dah give up dengan politik Malaysia.

Tapi bila TGHH pergi kukuhkan jaringan antarabangsa, bentang kertas kerja dsb, puak kamu marah. Tumpu dalam negara kamu kata. Kalau main duduk peram dalam Malaysia, lepak2 di Rusila, macammana info bagus nak dapat? Ni kalau aku kata bongok karang marah pulak!

Bila TGHH bagi idea bagus yang perangkap gerakan Kristian seperti memasukkan kalimah Allah dalam Rukun Negara, puak kamu (wartawan Hdaily) juga yang kata ucapan itu macam khutbah jumaat. Jadah apa? Sampai Harakahdaily pun macam tak berapa nak cover isu ini!

Kamu semua ni mengingatkan aku kepada kisah Luqman, anaknya dan seekor keldai. Kalau dah bernama manusia, kalau hati dah benci, apa pun jadi busuk.

Panjang pulak bebel, silakan baca tulisan SP:

Presiden PAS bukan penjual kerepok lekor

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah berlepas ke Istanbul, Turki bagi menghadiri persidangan ulama antarabangsa. Beliau akan menghadiri dua persidangan pada 29 Mei ini iaitu Persidangan Ekonomi Antarabangsa dan Persidangan Ulama yang dipengerusikan oleh Dr Yusuf Qaradawi.

Beliau dijangkan akan membentangkan satu kertas kerja berkaitan krisis ekonomi yang melanda dunia dan penyelesaiannya mengikut kaca mata dunia Islam.

Beliau juga akan diberi peluang menyampaikan ucapan dalam sesi protokol, bersama dengan Presiden Saadat Party, Prof Dr Numan Kurtulmus dan mantan Presiden Afghanistan, Prof Dr Burhanuddin Rabbani.

Saya difahamkan ada orang buat projek nak langgar Hadi pada tarikh beliau tak ada di Rusila. Orang berkenaan telah memberikan tarikh kepada saya 2 minggu sebelum 28 Mei 2010 untuk dia nak langgar Hadi.

Bila saya menerima tarikh berkenaan, saya difahamkan ada Persidangan Ekonomi Antarabangsa dan pada masa yang sama ada juga Persidangan Ulama Dunia Islam.

Oleh kerana Tuan Guru Haji Abdul Hadi adalah mereka yang terlbat dengan Ikhwan Alami memang beliau antara yang akan berucap dalam Persidangan Ulama dan beliau juga membentang satu kertas kerja dalam Persidangan Ekonomi Antarabangsa.

Mungkin dua Persidangan ini dirancangan seminggu sebelum berlangsung, jika benar ini adalah perancangan persidangan paling singkat pada peringkat dunia yang diketahui umum. Tapi semuanya adalah mustahil dan biasa program ini mestilah dirancang lebih awal dan ada dalam pengetahuan mereka yang terbabit.

Orang yang nak langgar Hadi mungkin tak tahu pasal persidangan ini. Dia fikir Hadi selalu ada di Rusila untuk kuliah, pasti dia akan ada di situ, seperti mana penjual keropok yang selalu ada di tepi jalan. Bila kita nak pergi kita boleh sahaja pilih tarikh yang kita suka dan kita boleh ajak sesiapa sahaja yang nak makan kerepok lekor bersama kita.

Penjual kerepok lekor tepi jalan pun tidak semestinya ada pada masa dan tarikh kita rancangan... Apakah dengan nak langgar Hadi pun kita buat macam tu pilih tarikh ikut suka kita? Nampak macam kita bodoh dalam membezakan orang dan tugasnya.

Jika alasan yang diberikan oleh perlanggar Hadi dia tak tahu aktiviti Hadi dan hanya bergantung kepada laporan akhbar semata. Saya berpendapat perlanggar Hadi sama seperti Tulang Besi dan beberapa orang blogger sama sewaktu denganya yang akan mengulas sesuatu isu bergantung kepada mana-mana laporan akhbar termasuk akhbar Harakah.

Kalau itulah tahap ulasan kita, tidak hairanlah apabila Presiden PAS pergi di Maldives pun kita ulas ikut 'sedap mulut' (ikut rasa). Bila Presiden tak ada dalam demo atau mana-mana aktiviti yang kita suka maka kita kata Presiden PAS tidak mengikut piawai kita..

Sejahat-jahat Tulang Besi memutar isu dan fakta PAS ada juga dia menjadi resional apabila tersempit diserang dengan beberapa orang blogger kebenaran, termasuk BatuApi dan Ali Zaidan. Tulang Besi juga pernah menulis apabila Presiden PAS tak ada disaat-saat akhir Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor atas jemputan yang dibuat dua bulan sebelum itu.

Jika kita sudah tiada piawaian yang boleh diambil kira dalam sebarang penghujahan, mentaliti dan cara kita berfikirkan pun akan menjadi kebudakkan.

Ikutlah resam dan budaya orang tua-tua kita, apasalahnya bertanya dulu sebelum membuat sesuatu, kalau kita tak tahu perjalanan dan aktiviti Presiden PAS tanyalah yang mengetahui, jangan kita buat pandai-pandai sedangkan sebelum ini kita dah minta pihak di sini menentukan tarikhnya...

Aturlah dengan sdr Zehan, pegawai Peribadi Tuan Guru supaya memudahkan kerja kita.

Tapi benar juga kata kawan saya di Rusila, nak langgar tak boleh beritahu... langgarkan!! Tapi baik langgar masa orang tak ada, badan tak sakit, mungkin boleh buat modal untuk menulis bagi menaikkan semula hits blog kita..

Akhirnya saya nak ungkap satu perkara, salah itu adab dunia, tapi tak mengaku salah itu adad manusia.. mungkin manusia genetic Melayu...

8 comments:

akuhensem said...

wa cadang dak duka gi langgar tok guru kat turki...international conference tu beb, lu bukan takat cipta sejarah mesia, tp sejarah dunia Islam bakal tercipta...lu jatuhkan tok guru dimata ulamak sedunia! ini baru hebat...lu kan suka giler glamer...haha

Majid said...

Kalau nak langgar, terus langgar....Kontek puak pas recond, takkan tak ada no telefon..... si cipan, xinan, alibagan etc..... Tak payah bising2 dalam blog..... Selesai langgar terus upload video..... Biar ada elemen kejutan.

Ini nak buat macam formal.... Tapi bodoh.... Ada ke main risik2 dekat Rusila..... Buat janji temu betul2, baru tak rugi duit dana.... Ekonomi fail.

Bila duit habis, mintak dana lagi.... Jual t shirt lagi.... Jual ebook lagi.... Cakap besar, perangai berlagak, tapi sistem kosong.

Anonymous said...

salam
mungkin ada pihak dr pimpinan yg berunding dgn geng dia dlm gelap mintak dia langgar TGHH kot... mungkin utk memalukn atau ???...

perlu layan ke mamat camtu ? awal2 dh letak target nak tumbangkn TGHH bkn nak membina so apa je hujah TGHH pasti mamat ni x leh terima & dia akan cr ape je alasan asalkn TGHH djatuh atau setidak2nya dimalukn...(+ - cam APCO jer )

pepon gua nk nengok rakaman adegan bila TGHH x jwb soklan dia, terus dia sergah dgn kata2 carut lpas tu TGHH terkebil2 & pengsan... mungkin itu yg dia nak agaknyer hahaha.............

pemuda seksyen 18 shah alam

Nazaruddin said...

Assalamualaikum,

Aku cukup hairan kenapa nak dilayan sangat 'beruk' yang menghina isteri Rasulullah S.A.W. dan para sahabat serta ulama' ni? Lagi dilayan lagi menjadi 'beruk' sekor ni? Lantak dialah nak langgar sapa pun... Aku rasa 'beruk' adalah perkataan yang paling sesuai buat 'beruk' sekor ni! Dah kena musibah tu hari, masih lagi tak reti nak muhasabah diri! Aku pun jahat jugak tapi PANTANG aku menghina hukum Allah, Rasulullah S.A.W., ahli keluarga, para sahabat dan ulama'. Kepada para blogger tolonglah jgn dilayan 'beruk' sekor nih! Lagi dibuat entri pasal dia, lagi dia rasa mcm dia hebat sangat! Tak payah langgar Tok Guru Haji Hadi lah, langgar aku ni pun belum tentu 'beruk' tu boleh balik nogori ke tidak!

azmie said...

masa tghh ada sekitar lembah klang baru2 ni pasal apa tak pergi langgar? mula2 buat kerja bodoh, lepas tu bagi alasan macam2.

Anonymous said...

itulah mentaliti orang yang dah ketagih dan gian nak jatuhkan TGHH.. kona kot mana pun dia tetap nak langgar, orang tu baik ka, ulama ka, itu tak penting, yang penting mesti langgar, pastu puas... otak dia nie dah tak boleh di basuh dah... dia bercakap dan bertindak ikut hawa nafsu...

cucu mamak kutty said...

lu dah mampos ke ali zaidan...gua ingat lu punya kawan si batuapi aje yg dah mampos....kahkahah...lu semua bloger pecacai ug...

Ali Zaidan said...

Alhamdulillah. Nanti aku mati jemputlah datang kenduri arwah!