Monday, June 21, 2010

Andai UMNO Pilihan Hati

Awal minggu ini ramai orang kelam kabut bila figura Asri Zainul Abidin dikatakan akan masuk Umno. Kalau betul, memang ironilah sebab banyak tindak tanduk dia selama ini lebih cenderung kepada Pakatan Rakyat. Tulis pun dalam Malaysiakini yang pro PKR-DAP (tapi bukan Pro PAS!) Semasa dia kena tangkap pasal bagi kuliah takdak kelulusan dulupun, rasanya ada beberapa YB PR yang duk ikut kuliah dia sekali.

Ikut hati aku kurang minat dengan Dr Asri. Mula-mula sekali bilamana ada pertentangan keras antara dia dan TG Harun Din dalam isu Selawat Syifa'. Ala, selawat tu yang kalau baca jadi syirik. Habis satu Bangi ni dah syirik. Haha

Sebab itu aku kurang berkenan bila Us Harun Taib 'mengarahkan' Dr Asri masuk PAS. Bagi aku, jika Asri masuk PAS, akan berlaku pertentangan antara golongan tradisionalis dan 'Najdid'. Apakah PAS ada kemampuan untuk mengawal pertentangan ini sedangkan isu pertembungan Wahabi-Asyairah lebih kritikal daripada kemasukan hawa JIM dalam PAS? Isu 'usrah JIM' ni walaupun dah lama kadang2 meruap juga.

Tak terjangkau dalam kepala otak aku bilamana TGNA dah tak ada, TGHD naik jadi Mursyidul Am dan Dr Asri jadi timbalan!

Mak aih, huru hara Pas. Syirik sana bidaah sini.. XD

Jadi tak salah rasanya aku ada rasa sedikit gembira bila ada khabar angin mengatakan dia akan masuk Umno walaupun adalah lebih baik dia kekal dengan posisi dia sekarang; neutral.

Cuma yang aku agak bimbang ialah kerana kerap sangat kita jilat ludah sendiri. Atau lebih tepat, kita puji seseorang bilamana dia sepandangan dengan kita dan kita maki dia bila dia bertentangan dengan kita.

Contohnya kita puji Asri bagai nak rak bila dia menentang keras ISA dengan 'menyerang' UMNo dalam isu YB PR bukan Islam masuk masjid. Seolah dia saja ulama atas muka bumi Tuhan. Yang lain termasuk Dato Harussani dah jadi Haramsani; tak boleh pakai (Ironinya Harussani disanjung bila bela Anwar enggan mubahalah)

Tetapi bila ura-ura masuk Umno timbul, serangan macam 'terima duit', 'kena jual' sudah berbunga.

Aku bimbang jika bila benda-benda ini jadi trend. Laratkah kita semua telan air liur sendiri?

Ini semuanya berakar dari kaedah politik kebencian yang jadi zikir munajat ramai penyokong muda Pakatan Rakyat. Mereka benci UMNO, bukan benci maksiat Umno. Maka segalanya jadi susah. Pantang Us Nasha senyum dekat orang UMNO, habis jaja cerita Nasha fraksi UMNO (Ironinya masa Anwar minum teh dengan Najib tak jadi isu pulak!).

Pantang ada mufti menyokong tindakan Umno, maka terus dilabel barua, makan duit dsb. Sedangkan tradisi keilmuan Islam menganjurkan hujah sebagai benteng mempertahankan prinsip.

Berhujahlah dengan hujah Harussani atau MAZA. Orang Arab panggil radd. Rajin-rajin baca Tahafut Al Falasifah karya Imam Ghazali. Sampai sekarang aku masih kagum cara Imam Ghazali berhujah menentang doktrin karut falsafah. Ini tradisi ilmu yang hampir hilang dek kerana rasa benci yang kita tanam.

Dan andai Umno pilihan hati Maza, aku hanya boleh kata selamat berjaya.

Tapi rasanya, kalau Maza jadi masuk UMNO, Anak_Pejuang paling gembira!

5 comments:

Anakmuda Batu said...

Bro, aku pun sama.aku xberkenan sgt ngan mamat ni.ingat x masa kisah minum air ludah ustaz?peh...nampak sgt tak ada tanggungjawab.mampos r org cakap jais tu agen umno pun,mmg jais betul dlm kes ni.

elok gak masuk umno.

pastri said...

aku pernah jumpa dalam satu laman forum, ada org kata arwah ust padhil pun tak berapa berkenan dengan maza ni... tul ker

KaptShiqaqi said...

wa kalu ust hok jenis pakai songkok, muka licin wa kureng byk huhuhu

Anonymous said...

Sori,bab khilaf ni klu bincang xhabis..eloklah kita ambil pendapat paling selamat dan hujah yg kuat..sbb masing nak kena persoal,klu ada sandaran kuta xpela...silakan.

Trend "org kita" ,benci melulu,suka tuduh melulu, cepat menghukum melulu, itulah dia tidak profesional,w'pun dah taraf Dr,belajar bidang profesional sekalipun ,jadi xprofesional,kerana Islam ajar kita jgn benci batang tubuh,yg kena benci ialah munkar,org buat zalim sekalipun,kita kena tolong dia,tp cara berbeza dgn org dizalimi... x gitu ali zaidan?

Shannaro said...

ali zaidan, lu rasa camne dgn entry wa?

http://shahshannaro.blogspot.com/