Thursday, March 4, 2010

Haji Hadi biarkan Anwar di zalimi BN?

Ada orang pakat2 tanya soalan, kenapa TGHH dan kepimpinan atasan PAS Pusat tak melawat DSAI di mahkamah semasa kes liwat II dibicarakan. Ada yang persoalkan kenapa biarkan Anwar di zalimi. Ada juga yang kata sebahagian pemimpin PAS prejudis terhadap DSAI. Bagi mereka kenapa tak ikut TGNA dan PAS Kelantan yg turun ke mahkamah n bg sokongan moral kat DSAI.

Tengah2 aku belek Tranungkite, aku terjumpa satu komen yg aku kira menjawab tuduhan2 ini. Tukang tulisnya ialah Amin_bp. Jom baca:

Sewaktu Rasulullah wafat, cuma Saidina Ali dan beberapa sahabat lain di tugaskan untuk mengurus jenazah rasulullah. Sahabat2 besar lain seperti Umar & Abu Bakar , sahabat Ansar & Muhajirin bermesyuarat di Saqifah Bani Saidah untuk memilih Khalifah Islam untuk memimpin umat. Adakah sahabat2 besar ini tidak menghormati Rasululullah, adakah mereka tidak setiakawan dengan Rasululullah?

Dalam hadis diriwayatkan bahawa Saidina Umar R.A pernah berkata kepada nabi:

“Wahai Rasulullah: Engkaulah yang paling aku sayangi daripada segala-galanya, kecuali diriku. Nabi lantas berkata: Tidak boleh begitu wahai Umar, sehinggalah aku engkau lebih sayangi daripada (engkau) menyayangi dirimu. Umar pun berkata: Sesungguhnya kini demi Allah, engkaulah yang aku lebih sayangi daripada diriku sendiri. Kemudian Nabi menjelaskan kepadanya: (Nah) sekarang barulah betul, wahai Umar.” [Bukhari: 6142]

Hadis tersebut menunjukkan Umar menyayangi Rasulullah, lebih dari segalanya.

Kita kena husnu Zaan, kehadiran bukan menunjukkan kita benci atau tidak ada sifat setiakawan, mungkin ada urusan yang lebih penting,ke hadiran bukan segalanya, cuba lihat pengkebumian Rasulullah, jika benar kehadiran tersebut adalah penting, Abu Bakar & Umar mungkin di tempelak oleh sahabat2 lain, sedangkan keduanya adalah yangpaling rapat dengan rasulullah. Anggaplah tn Guru Nik Aziz sebagai Ali yang menunaikan tanggungjawab, dan sahabat lain mempunya urusan yang lebih penting.

Tentang ceramah tu, rasanya orang PAS dah faham, semua ni kisah liwat ni bohong belaka ,rasanya orang PAS dah muak dengar cerita yang mereka dah faham,Penerangan tentang penyelewegan lebih penting...

Fahami lah Fiqh Awaliyat... contoh, kalau ada hal keluarga, ada hal tentang Islam, Islam mengatasi segalanya....

Wallahu a'lam

So, aku rasa dengan jawapan yg sebaik ni, harap xde lagi la yg buat andaian pelik2 ke atas diri TGHH. Ada pulak yg buat fitnah bodoh kata TGHH jealous dengan DSAI. Ayyaa... nama je belajar tinggi.

5 comments:

FZT said...

tu cilipadi yang selalu menulis tentang ug, dia memang tahu sangat hal ehwal sampaikan TGHH mandi berapa kali sari pun dia tau hehheh

qurtubyy said...

sp oh sp, kita kenal kamu....
usah lagi bertopeng2.

Tuhan berada di mana kamu bererada.

Begitu SFH.

Wahai orang Terengganu, yang wala' membabi buta....

as_salas said...

Bukan TGHH dah karang buku pasal QAZAF?
kan dah jelas pendirian TGHH?
ada lagi ke yg tak berapa cerdik?
Dlm buku tu sebut tentang bagaimana sesuatu hukum qazaf boleh diterima sebagai sah dan bagaimana ianya tertolak. dalam kes Anwar ni dah jelas termasuk dalam kes yg tertolak.
Takkan lah ada lagi yg nak membusukkan hati menyangka yg sesuatu yg tak patut dan menjadi sebab fitnah tersebar? Mungkin golongan ini memegang hujjah betapa fitnah yg sedang tidur kena bangunkan dan kemudian baru bunuh. Fitnah tak boleh dibunuh, ia akan ada sampai qiamat.sebabnya kerna golongan macam set2 buat fitnah ni ada sampai qiamat.alahaiii huhuuu

Ali Zaidan said...

Asal ada orang attack anai2 dlm jemaah saja, terus kena cop SP. Asal back up Tuan Guru Presiden je, kena cop 'geng Terengganu'. Asal sokong idea UG Tuan Guru je, terus kena bantai 'fraksi UMNO'.

Ni la yang aku panggil 'politik bebal'.

Matangla sikit.. Buat malu la kat anak2 kita nanti. Kot takleh jawab hujah, duk diam2 sudah...

Ali Zaidan said...

As salas, bab fitnah tu kau kena tanya TB la. pasal dia kata "kita kena bagi hidup fitnah tu lepas tu kita bagi mati la"

Padahal nabi sebut celaka bg org yg mengejutkannya (fitnah). Adoi la puak2 ni..