Thursday, April 1, 2010

Menjawab ZainulFaqar : Ustaz Nasharuddin biadab!

Hari ini aku nak jawab tulisan Zainulfaqar; wartawan Harakah yang kelihatannya lebih banyak update blog menyerang pimpinan tertentu daripada menulis menyatukan jemaah. Sebelum ini blogger Batu-Api ada menegur sahabat kita ni dalam satu artikel beliau. Boleh klik kalau berminat.

Tetapi yang aku ingin respon adalah berkenaan tulisan berbentuk serangan peribadi ke atas diri Us Nasharuddin Mat Isa. Aku sebagai 'Meor PA Nasha' (TB bila nak sumpah??)terpanggil selepas tulisan ini digunapakai secara meluas oleh blog puak anai-anai sekalian.

1. Pertama sekali kita kena ingat, tulisan ini bukan dialog sebenar tetapi intipati perbualan saja. Ini diakui sendiri Zainulfaqar dalam ruangan komen. Jadi, sebarang gambaran seperti 'tanya Nasha membengis' ialah 'perasaan penulis' semata-mata. Abaikan.

2. Tindakan menerjah Us Nasha dengan soalan panas bukanlah satu tindakan yang beradab terutama di hadapan 'musuh politik'. Terjah ni konsep paparazi, konsep Nas Ahmad Melodi. Atau stail wartawan media sekular. Zainulfaqar, kamu wartawan sekular atau wartawan media Islam?

Maka munasabahlah Us Nasha mempersoalkan 'siapa kamu'. Takkan dia nak jawab lebih kurang? Lain orang lain cara jawab. Nasihat anak dan nasihat isteri lain. Menjawab wartawan Islam dan menjawab blogger celaka pun lain!

Dulu lulus subjek Fiqh Muazanah?

Soalan Us Nasha itu sendiri sebenarnya menyerlahkan kebiadapan kamu. Sepatutnya sebagai seorang wartawan, kamu perlu perkenalkan diri dari mana, akhbar mana. Baru tanya. Itukan masa santai, bukan masa semua wartawan berebut interview.

Dulu lulus subjek etika kewartawanan?

3. Jawapan kamu semasa memperkenalkan diri menyerlahkan kebodohan kamu sendiri. Us Nasha hanya tanya 'kamu siapa?'. Jawab saja, "Saya Zainulfaqar wartawan Harakah." Apa jadahnya kamu pergi merepek:

"Saya blogger anti Kerajaan Perpaduan, saya ini benci dengan pemimpin yang mengkhianati Pakatan Rakyat; saya benci pemimpin pro Umno; saya benci pemimpin yang penipu; dan saya akan lawan mereka habis-habisan."

Aku nak tanya, apa point kamu bagitahu semua tu? Apa keperluan dia?

Jawapan kamu itu telah memberi gambaran awal kepada Us Nasha bahawa dia (Us Nasha) ialah pemimpin yang mengkhianati Pakatan Rakyat, pro Umno, penipu dan kamu datang untuk lawan dia habis-habisan.

Sudah tentu dia tidak selesa. Kamu datang seperti nak memerangkap dan bukan nak tanya penjelasan. Bukan dia bodoh. Dia dah ada pengalaman 'dipatuk ular' apabila kenyataannya banyak kali diseleweng puak-puak kamu. Takkan dia nak kena patuk lagi? Bukan seorang mukmin dipatuk ular di lubang sama 2 kali!

3. Kamu juga menyerlahkan kebiadapan kamu dengan kenyataan ini:

Sebab itu saya nak tahu, kenapa Ustaz duduk asyik bersembang dengan dia (saya menunjuk jari kepada muka Husni) ini?

dan

Aaaaih…salahkah saya nak tahu apa yang hang (kamu) buat di sini? Salahkah aku nak tahu kenapa hang tak sama-sama Pakatan Rakyat sekarang (dalam) menentang usaha membawa Zionis-Israel ke Malaysia (di Dewan Rakyat),” saya bertanya Nasharuddin lagi.

Kamu tak pernah di ajar ke bahawa tuding jari kepada seorang manusia lain itu perbuatan biadab?. Kemudian berbahasa aku-hang dengan pemimpin itu juga biadab?. Sebiadab-biadab Zulkifli Nordin, tak pernah aku dengar dia berbahasa aku-engkau dengan lelaki yang lebih tua; walaupun lelaki tua itu cabar dia.

Kamu pandai mengambil dalil 'Allah menjawab Nabi Ibrahim' untuk mempersoalkan tindakan Us Nasha tak mahu jawab kamu (Nanti aku tulis kesilapan kamu ambil dalil ini!!). Anehnya, ada kamu ambil dalil bagaimana Allah memerintah Nabi Musa berjumpa Firaun?.

Ada Allah suruh Nabi Musa tuding jari ke muka Firaun? Ada Allah suruh main terjah ala Nas Ahmad kepada Firaun? Tak. Allah suruh qaulan layyinan. Suruh cakap yang lembut2. Tuding jari tu lembut ke? Aku-hang dengan lelaki (pemimpin jemaah!) itu lembut ke?

Ni apa, ambil Quran separuh, buang Quran separuh?

Jangan jadi mangkuk la kalau nak buat alasan Badwi hunus pedang tegur Umar al-Khattab. Itu Badwi. Pengembala kambing, orang kasar, orang tak mengaji tinggi. Kamu pengembala kambing ke? Kenapa memilih untuk jadi Badwi sedangkan kamu boleh jadi Umar?

Jadi, dengan tindakan kamu ini, tentulah memalukan Us Nasharuddin sendiri di hadapan Dato Husni. Seolah-olah PAS tak reti nak ajar wartawannya untuk beradab kepada pemimpin sendiri dan pemimpin lain. Bukankah dah jadi fitnah kepada jemaah Islam sendiri? Apa cerita kalau Dato Husni pegi cerita pula kepada pemimpin dan ahli UMNO yang lain?

Tak pakai otak ke masa tu? Bongok tak habis-habis la korang ni..

4. Kamu silap besar masa ambil dalil 'Allah menjawab Nabi Ibrahim' untuk mempersoalkan tindakan Us Nasha. Nabi Ibrahim dipilih Allah dan dia bertanya kepada Allah untuk menguatkan iman dia.

Sedangkan kamu bertanya bukan nak mengukuhkan tsiqah dan wala' kamu pada dia (sebab kamu sendiri indirectly dah mengaku kamu anti-dia) . Kamu attack dia secara biadab dan memalukan dia dan jemaah di hadapan pemimpin luar.

Manakan nak sama?

Lainlah kalau kamu tanya dia dengan sopan, sepertimana anak bertanya dengan ayah dan keadaan menjaga kehormatannya dan jemaah, mesti dia jawab.

Aku pernah hantar mesej kat dia tengah-tengah malam buta (Aku rasa masa tu awal pagi). Tanya soalan. Dia jawab.

Kena tengok cara dan tujuan soalan. Sayyidina Umar contohnya pernah menghukum seseorang sebab dia bertanya soalan yang pelik2, takdak faedah dan menimbulkan pertengkaran sesama umat. Ini disebutkan sendiri oleh Qardhawi dalam kitabnya, al-Fatwa Bainal Indibat Wal Tasayyub.

Kau tanya Wan Ji la kitab apa ni.

5. Bukan satu masalah besar seorang MP duduk dengan pemimpin parti lawan. Anwar boleh minum teh dengan Najib. Tak ada pula ada wartawan Suara Keadilan yang bodoh pergi serbu "Saya blogger anti pemimpin PR minum air dengan Najib"!

Makan ketika perbahasan juga tak perlu jadi isu besar (tetapi tetap satu isu). Dia tetap ikut perbahasan. Kalau ada di dalam, belum tentu dia boleh bercakap. Yang duduk dalam dewan pun banyak yang duduk saja. Sebab ada lagi MP PR yang lebih ahli!

Mungkin masa tu dia belum lunch, atau belum sarapan. Kita kena tahu benda ini dahulu sebelum tuding-menuding.

Lainlah kalau semasa pengundian usul, dia selamba badak pergi makan. Atau tak hadir sidang petang semasa proses pengundian. Itu baru jahat!

Begitukah keadaannya?

Tak.

Aku nak tanya siapa pemimpin PR yang tak ada semasa pengundian usul yang hampir menggulingkan kerajaan BN dulu? Us Nasha ke?

Jangan buat tak tahulah siapa!

Masalah kamu semua ni satu saja. Berani tapi tak ada adab. Faman laisa adabun fahua dubbun. Siapa tak ada adab, dia beruang.

Jangan faham perkataan 'beruang' tu secara fizikal pulak. Walaupun kamu tu memang gebu dan comel macam teddybear!

Haha!

28 comments:

Hamid said...

Hahahaha..teddybear. Aku dr marah jd tergelak pulak.Hahaha

Anonymous said...

3. Jawapan kamu semasa memperkenalkan diri menyerlahkan kebodohan kamu sendiri. Us Nasha hanya tanya 'kamu siapa?'. Jawab saja, "Saya Zainulfaqar wartawan Harakah." Apa jadahnya kamu pergi merepek:

"Saya blogger anti Kerajaan Perpaduan, saya ini benci dengan pemimpin yang mengkhianati Pakatan Rakyat; saya benci pemimpin pro Umno; saya benci pemimpin yang penipu; dan saya akan lawan mereka habis-habisan."

KAHKAHKAHKAH...bodohnya wartawan harakah sekor nih. Mmg btol ape yg dikatakan Ali Zaidan mmg BIADAP giler. Bukan sahaja memalukan Ustad Nasha tp memalukan jemaah PAS keseluruhannya. Janganlah nak menunjukkan sifat jumud terlampau smp nak tegur sahabat kita walaupun berbeza ideologi politik pun tak boleh. Dalam Al-Quran adakah disebut org PAS tak boleh tegur org UMNO walaupun kita nih sama-sama islam. Janganlah disebabkan hal kecil ini, anda boleh jaja cerita utk menjejaskan kredibiliti Ustad nasha.

hisy..wallahualam

Anonymous said...

memong bodoh tahap gaban!!!!

Anonymous said...

Seb baik Ustaz Nasharudin...Kalo aku,mmg dh kene rotan r....Bdk2 nakal..

Anonymous said...

Tak perlula marahkan budak pakaq tu...buang masa dan air liur jer. Cakap apapun dia bukan faham jgk..dah jenis budk syok sendiri, nak buat camne.

Tapi aku cadangkan Harakah naik kan pangkat dia dari seorang wartawan kepada "Pegawai Khas kepada Ahli2 Parlimen Pas (bahagian pemantauan dan kawalan).

Suruh dia duk kt parlimen hari2 utk bertanya (dengan style guard parking kt klcc) kepada setiap MP pas yang keluar dr dewan bukn time rehat.

Bukan pg tanya mp keluar masa Anwar ckp je atau isu Apco sahaja. Apa2 isu sekalipun...perlu dipersoalkan (kerana semua isu penting), kalau ada mp pas yg keluar melepak, mkn dan sbgnya.

Aku rasa kalau jwtn tu bg kat dia, selesai la masalah dan tak timbul lagi masalah seperti masalah tak ckp undi masa undian bajet dulu.

atau mungkin, si pakaq tu akhirnya akan letak jawatan secara suka rela...kerana akan menyedari apa yg dia buat itu sebenrnya kerja bodoh!

mau taknya, cuba lepak 1 jam kt parlimen tu...dlm 10 mnt sekali mesti ada mp pas yg keluar melepak kt luar....

sinner said...

i'm searching the best way to tackle his article and i did my best.. but you my fren, far more better. i'm with u on this...

Anonymous said...

dalam byk2 artikel membela ustaz nasha, hujah ini paling mantap....syukurnya pada Allah masih ada ahli jemaah yg mampu membela pemimpin jemaah....

teruskan menulis wahai saudaraku! jemaah kita semakin diuji dgn pelbagai fitnah saban hari.....sedih...tp ada balasan dari Allah!

wahai Allah, selamatkan jemaah Islam (PAS) ini.

-anti liberal-

Anonymous said...

ali-zaidan

memang sahih mayat bapak kau perlu diberikan makan kepada anjing-anjing gila sebab anaknya tak tahu memberza hak dan batil.

menulis ikut nafsu, memberi wala membabi buta.

saya ambil satu saja sudah cukup utk menyerlahkan kebodohan ali-zaidan

"Sebiadab-biadab Zulkifli Nordin, tak pernah aku dengar dia berbahasa aku-engkau dengan lelaki yang lebih tua; walaupun lelaki tua itu cabar dia?"

menggunakan perkataan "aku" itu biadab?

sedangkan kami sentiasa berbahsa memanggil diri sebagai "aku" di hadapan Tuhan kami... kerana itulah selembut-lembut panggilan untuk diri di depan rabbul-jalil

abgPianLangkap said...

Ahli hujjah bukan senang nak cari.
aku sokong cara ali zaidan lawan set jahat kaki fitnah n sebar fitnah ni.
cuma dia tak kerap undate blog je..heheh
nak jadi meor lagi,pastu nak jadi SP pulak.mcm2 keja tu yg sibuk tu agaknya.heheh
apa pun tahniah dari aku. hang memang ada seni yg jrg org lain ada.
Nasihat aku supaya hang berhati-hati dengan puak2 ni.depa akan jadikan fitnah makanan harian mereka.tepislah fitnah2 itu sedaya upaya...
Pesanku, jgn makan MC DONALD mcm faqar tu ye.. bnyk mkn MC Donald kepala hotak jadi lembab, dan dlm masa yg sama menjadi penyokong syarikat YAHUDI yg sangat2 tidak disukai oleh Faqar dan seluruh ummat islam.

Aku punya pasal la nak makan kat MD pun, duit aku..kata sebahagian org yg angkuh dan sombong.
LUpa pula pada Fatwa Al-Qardawi yg menjadi ulama sanjungan, tentang betapa syarikat2 yahudi ini perlu diboikot...lu fikiq la sendiri maa

abgPianLangkap said...

Ahli hujjah bukan senang nak cari.
aku sokong cara ali zaidan lawan set jahat kaki fitnah n sebar fitnah ni.
cuma dia tak kerap undate blog je..heheh
nak jadi meor lagi,pastu nak jadi SP pulak.mcm2 keja tu yg sibuk tu agaknya.heheh
apa pun tahniah dari aku. hang memang ada seni yg jrg org lain ada.
Nasihat aku supaya hang berhati-hati dengan puak2 ni.depa akan jadikan fitnah makanan harian mereka.tepislah fitnah2 itu sedaya upaya...
Pesanku, jgn makan MC DONALD mcm faqar tu ye.. bnyk mkn MC Donald kepala hotak jadi lembab, dan dlm masa yg sama menjadi penyokong syarikat YAHUDI yg sangat2 tidak disukai oleh Faqar dan seluruh ummat islam.

Aku punya pasal la nak makan kat MD pun, duit aku..kata sebahagian org yg angkuh dan sombong.
LUpa pula pada Fatwa Al-Qardawi yg menjadi ulama sanjungan, tentang betapa syarikat2 yahudi ini perlu diboikot...lu fikiq la sendiri maa

Obsince said...

Dgn bapak ko,ko pakai aku-engkau jugak ke?Mase ko jmpa tgna, ko bhskan diri ko aku-engkau jgk ke?Kalo ko jmpa raja,ko pakai aku-engkau jgk ke?Dgn mak ko, ko pakai aku-engkau jgk ke?Dgn bos ko,ko pakai aku-engkau jgk ke?

So,pkaila aku-engkau kalo dh rasa xbiadab.No wonder Pas reform ni dh jd gerakan karot.Puak2 depa byk dh hilang adab.Dh tak reti uruf setempat.

Allahua'lam.

Anonymous said...

woii anon, jgn MENYAMAKAN 'aku' bila berhadapan dgn Allah berbanding 'aku' bila bersama dgn ketua kita atau ayah kita atau dgn org yg kita hormati, ianya sgt tidak tepat andaian begitu. hanya org bodoh shj yg tidak merasa biadab. - wansaufee-

Anonymous said...

pas bakal hancur kerana puak UG.

UG adalah ciplak dari One Israel

baca SINI

Paku Besi said...

Konsep UG dimulakan oleh Abraham Lincoln masa Civil War.....Lubnan yg berperang dgn israel pun buat.....Takkan nak kata Lubnan tiru One Israel?

Ala, Nabi pun pakai taktik perang Majusi dlm perang khandak... so?..yg pnting idea tu ok dan baik..n xgelincirkn pas dr Islam...

ali karim said...

seluruh pimpinan dan ahli PAS kena bangkit melawan fitnah yg semakin besar dlm jamaah kita.

buang semua blogger munafik jauh2 - zainulfaqar, bakar hak (penarik beca), rahman talib (tulang besi), aduka taruna, wan jo (jiwo kelate), wan ji(bakistani)...dll

pecat dari menjadi ahli PAS (kalau ahli) dan wajib boikot blog2 mereka.

mbo said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

saya sangat menyokong saranan ali karim...nak lawan sekular umno/bn lagi....mana nak hempuk puak pemfitnah dalam jemaah lagi...byk cabaran sebenarnya...penerangan di cawangan masing2 perlu ditingkatkan...

apapun tahniah alizaidan dan rakan2nya yg membalas artikel celaka pakaq...tahniah kerana anda semua pantas bertindak membela pimpinan jemaah yg sah dipilih oleh perwakilan....

kita bukan taksub kepada pemimpin, tp benci dgn character assassin yg cuba dilakukan oleh puak2 munafik dalam jemaah...kalau pimpinan salah tegur tp biar beradab! Islam mengajar adab, nabi saw dah ajar!

-anti liberal-

zahidyusof said...

kalau orang kata Ust Nasa ni sombong...aku kira orang tu biol campur bengong....dalam ramai-ramai pimpinan PAS yang aku kenal..Ust Nasa kalau kita call pukul 1 pagi ajak makan roti Nan, dia akan datang. kalau lepas ceramah..kul 12.30 - 02.00 pagi, kita ajak dia minum dia akan ikut.
Kalau kita tanya sepatah dia akan jawab berjela-jela asalkan soalan kita tu ikhlas..bukan nak kenakan dia..tapi kalau soalan nak kena dia sah-sah di akan pukul balik

Anonymous said...

Paku Besi tulis : Ala, Nabi pun pakai taktik perang Majusi dlm perang khandak... so?..yg pnting idea tu ok dan baik..n xgelincirkn pas dr Islam...

Taktik untuk menghalalkan UG guna nama Nabi.

Idea UG baik? Sedangkan PAS telah berpecah sebaik saja idea itu dilontarkan.

Selepas itu tidak mampu dipertahankan oleh pencadangnya.

Idea itu berlawanan dengan ajaran Allah dan RasulNya... tidak ada kompromi di antara haq dan batil.

Kumpulan UG wajar dan wajib ditentang dan idea itu dikemukakan lantaran nafsu celaka dari pemimpin celaka disokong oleh pengikutnya dari Terengganu untuk menaikkan pemimpin mereka sebagai PM.

ALLAH TIDAK MENGIZINKAN PERANCANGAN MEREKA.

sabri nor said...

setuju dgn zahid yusuf,
aku tengok ust nasa lah yg paling ramah dgn semua org. kalau kat airport aku tengok semua org mcm kenal dia dan dia pun kenal diorang. hampir semuanya dia akan berenti dan bersalam sambil bertanya khabar.
berbanding dgn sorang lagi yg pernah lawan dia jawatan timbalan pres tahun lepas - kalau kat airport, dia jalan terus tunduk bawah, muka masam, sorang pun dia takkan tegur.

Anonymous said...

aku teringat awal tahun 2000, aku jalan kaki nak gi klcc, pas tu aku ternampak ust nasa dalam pajero lama kaler biru dengan sorang drebar... aku senyun jer ngan dia, tapi apahal pulak ust nasa angkat tangan ngan aku.. mmg betul sombong ler... patutnya aku senyum dia senyum ler napa la dia angkat tangan ngan aku.... ahahah mmg sombong...

kalau tak nak jadi sombong jangan makan KFC... ahahaha

FFF said...

tabik la wa sama lu ali zaidan...tabik spring maa...toiiiggg...

semoga ALlah sentiasa memberikan kekuatan tenaga & ilmu kpd mu wahai ali zaidan, amin...

Anonymous said...

nasya pasti kalah dlm pemilihan akan dtg.

yg lepas menang tapi tak sampai 50% dari keseluruhan undi.

ceramah2 pemimpin UG x ramai lagi yg suka mendengarnya. mereka menumpang dan bertempel kpd populariti pemimpin anti-UG atau PKR.

PRU13 akan menyaksikan kekalahan pemimpin2 UG di dalam pilihanraya.

Anonymous said...

LU PERASAN TAK..MOSTLY PUAK YG DUK SUKA PECAH BELAH NI, SEBIJIK JENIH PUAK DOWN-SYNDROME TYPE. CONTROL COMEL PUN DAH JADIK BERUANG TERENCAT AKAL PULAK..
TB..CONFIRMED SPECIS NERD..

abgBro said...

heran...UG lontaran idea mmbntuk kjaan semua parti...puak fitnah dn giler glemer ckp kjaan prpaduan pas umno...xphm2

kemudian idea UG telah ditarik balik pasai ade yg bebal xphm dn putar alam...jd knapa msh ade yg nk ungkit balik UG ni?

~jika bebal brterusan... pas recond xsesuai duk dlm pas! mungkin sesuai brsama berahim ali brutal wal terjah

HANCAIAKU said...

Masalah kamu semua ni satu saja. Berani tapi tak ada adab. Faman laisa adabun fahua dubbun. Siapa tak ada adab, dia beruang.

Jangan faham perkataan 'beruang' tu secara fizikal pulak. Walaupun kamu tu memang gebu dan comel macam teddybear!

Haha!

Betul tuuu.

Kalau hang nak tahu sebab apa Ustaz Nasha , TGHH, Dato Mustapa Ali jumpa geng UMNO pada 11 Nov 2008 jam 4 petang sebab nak dakwah bagi tau kat UMNO. Beruang ...hangpa jangan nak tuduh lain lain. Kita mesti walaq pada pemimpin kita kalau tidak siapa lagi, takan nak harap pendatang asing atau mic, mca pula yang walaq. Kita lah ahli PAS yang perlu walaq, lu orang geng Taskforce 13 jangan buat karenah la. Biarlah kami yang uruskan PAS, kami ada semuanya. Kepakaran, sumber tenaga dan wang. Boleh faham ye......

Tulang Besi said...

Ali Zaidan tak dapat terima hakikat, ambil keputusan serang peribadi Zainulfaqar dengan menaikkan isu2 kecil dari artikel ZainulFaqar.

semua untuk melindingi agenda PERPADUANG.

Hakikatnya, ustaz NASA TIDAK TERLIBAT dalam perbahsan isu APCO dan wajib ditegur.

Hakikat ini SEDIKIT PUN ALI ZAIDAN tak komen.

Hebat Ali, macam anjing menyalak, tapi last2 semua kosong.

Ali Zaidan said...

Kau la kosong Raman. Takkan adab tu isu kecil? Takkan ethic tu isu kecil? Patut la kamu semua jadi lagu ni, adab tu benda kecil!

Banyak lagi MP PR yang tak terlibat. Malas la aku sebut. Serang la satu2 kalau dah 'wajib' sangat. Kenapa tumpu seorang saja?

Selamat malam. Nak off PC. Tidur.