Bulan lepas aku ada menulis, tentang kaedah musuh-musuh Islam menghancurkan Islam. Antaranya ialah dengan membanding-bandingkan kemuliaan dan mukjizat Nabi-nabi. Nabi Isa dikata lebih mulia dari Nabi Muhammad dsb. Klik link ini jika berminat.
Tujuan kaedah ini mudah, supaya umat Islam boleh diprovok dan demi membela Nabi Muhammad, maka umat akan memperendahkan pula Nabi Isa. Nauzubillah.
Kaedah ini diadaptasi pula oleh golongan anai-anai. Mereka banding-bandingkan kepimpinan TGHH dan Almarhum Ustaz fadzil. Atau membandingkan peribadi TGHH dan TGNA.
Bukan sayang sangat pun TGNA, tetapi demi menghancurkan kredibiliti TGHH, maka jadikan 'sayang TGNA' itu sebagai perisai.
Bila matlamat meragukan umat Malaysia dengan TGHH hampir tercapai, serangan beralih pula kepada batang tubuh TGNA.
Seorang yang selama ini memuja TGNA macam Dewa Kayangan, hari ini sanggup melabel wali Allah ini dengan gelaran pembohong.
Aku tidak akan mengulas tentang ada atau tidak usaha meminta derma kepada pihak PASTI sebagai syarat kelulusan projek. Perkara ini terlalu samar. Dedahan Kickdefella hanya surat 'penderma bersetuju menderma' dan bukannya 'tukang lulus meminta derma'.
Melainkan ada surat rasmi dari sekian-sekian exco meminta derma untuk organ parti sebagai syarat kelulusan projek, maka baru boleh mengulas. Sepanjang yg aku baca, tidak ada. Tak tahulah kalau mata terlepas pandang. Banyak sangat surat yang kabur. Jadi untuk itu aku tinggal.
Lebih baik silap tidak mengulas dari silap mengulas.
Ada lompang yang sangat besar pada tuduhan.
Tetapi jika benar sekalipun, mengapa mesti di tuduh TGNA pembohong?. Bukan semua urusan kerajaan sebenarnya di bawah kawalan mutlak TGNA; apatah lagi jika ada anai-anai yang mengacau.
Aku masih ingat ketika TGNA membentangkan usul pengurangan kuasa raja di DUN Kelantan, air matanya tumpah tatkala menceritakan ada pegawai yang berada di bawah hidungnya ditukar tanpa pengetahuan dia sendiri.
Jadi apa bohongnya TGNA wahai Syed Azidi? Dia kata sepanjang pengetahuannya, tidak ada usaha meminta. Maknanya kalau ada, ia di luar pengetahuan dia. Takkan itu pun tak faham? Takkan itu pun nak kata bohong?
Ini satu tuduhan bodoh dan jahat!
Maka di sini aku amat-amat meragui motif pendedahan Syed Azidi. Surat tahun 2000, tapi pendedahan baru tahun ini!
Peram surat tu buat apa? Takkan jadi arak kalau peram.
Tetapi ada golongan Pas Recond yang datang dan membantu membersih maruah Tok Guru? Aku buka 3 blog Pas Recond: General, Tukang buat logo dan kawan baik aku. Dak, takdak satu pun artikel khas membela Tok Guru...
Mana menghilang semua blogger2 yang konon 'bersama' TGNA?
Takkan nak suruh kami? Kami ni 'perpaduang', 'fraksi UMNO', 'pencacai Us Nasha', 'blogger upahan Dr Hasan Ali', 'genetik Melayu lemah', 'penyokong falsafah bidaah kepimpinan ulama', 'puak walak'........
Last sekali, puak ini juga yang terjun ke depan..
Terima kasih banyak-banyak la Pas Recond..
Monday, April 5, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
dlm blog mursidul 1g geng2 hamPAS ni pon tak pertahanakn biasanya dia laju jer , mungkin tak minat wangikn kentut ketua yg busuk kot hahahaha....atau tengah cari perfume utk wangikn kentut ketua kot...
idup UG!!!!
Kau orang umno ke? hamPAS ni term kelolaan orang Umno. Orang pas betul xkan pakai term ni. Macam term 'take beer'. Org pas takkan pakai.
Kalau betul orang Umno, cakap kat kawan2 parti hang, bersihkan kehakiman dan spr, reformasikan media dan keadilan sosial.
Kemudian baru bercakap soal ug.
Boleh?
pas recond menulis ats arahan...boleh jd buat mse ni tiada lg arahan membela TGNA...
ala syehhh depa tu buat2 syg je ke TGNA...last2 anta jgak yg kena tulung bela
~hahaa
amboi hang mara aku no... aku br blk dr ziarah blog umno la... tu yg tepakai term umno tu ... hahaha.. tahniah buat hang krn mewangikn kentut ketua hahaha ...
dey gua x join mana2 parti daaa tp so far gua sokong sama parti PAS... ok teruskn perjuangan... errr hang pakai perfume apa ha?? hehehe....
wa rasa elokla geng2 blogger celaka tu tak nolong backing TGNA, sbb jika geng2 tu menulis nanti keluar fatwa sesat depa tu, kesian kat pengikut depa yg menyokong secara butatuli hahaha
ps: lg satu kena campak tulang seketoi baru leh menulis huhuhu
Dah puas aku cakap. Mana pemuda PAS yang sanggup hanya berdiri teguh di belakang Tok Guru Nik Aziz sewaktu TGNA kena serang sekarang oleh penulis blog 'member EXCO kita tu?"
Setahu aku Kickdefellah di bawa masuk ke Kelantan oleh Dato' Husam Musa bagi kerja-kerja mempopularkan dirinya di dalam PAS sahaja.
Sudah banyak wang Kelantan telah dihabiskan kerana untuk menghidupkan Kicekdefella. Selain gaji dari PMBK, elaun-elaun lain pun banyak telah di bayar Husam. Aku di fahamkan melebihi RM500,000 Kickdefella telah menghabiskan duit Kelantan yang disalurkan menerusi Global Media Chanel. Sekarang syarikat tu dah baham tanah.
Dulu Kickdefellah puji melangit TGNA, Bahasa pujiannya melebihi bahasa yang digunapakai oleh Arifahmi menantu atau Nik Abduh Anak TGNA.
Sekarang apabila dah tak teriam wang Kelantan, bahasa yang digunapakai, Syaitan pun tak guna bahasa tu.
Dalam hal ini, kena bunuh ibu pembawa virus dalam PAS, jika mau PAS selamat sampai bila-bila. Minta carilah siapa virus tu................
salam,
Aku amat kecewa degan apa yg berlaku kini......Dimana mereka2 yg selama ini memuja,menyanjung,menatang TGNA....dan sangup bermandi darah kalu ada yg cuba memperlekeh ,mengejak ,mencaci TGNA....
Tapi amat malang dengan sikap puak2 yg selama ini memuja,dan memprtahankan TGNA....membisu,jadi pekak,dah hilang 'keJANTANan kah..!!!
Dimana pemuda Kelantan yang berdiri di belakang kepimpinan Ulama..
PAS Kelantan tidak bermeruah.!!! atau atau agenda di sebalik semuanya ini ?????
Adakah membisu bererti selamat,syaitan mula bermaharaja lela......kamu masih selesa.!!!!
bangkit lah wahai pemuda kelantan,kalau kes karikatur/impose kau sibuk buat repot......tapi kini ???????hamPASSSSSS KAU.!!!!!
Nak komen pasal derma: mengikut pengetahuan aku kerja minta derma ni bukan PAS atau kerajaan negeri ianya adalah kerja broker-broker yang cari makan konon perlu menderma untuk mendapatkan apa-apa projek/ urusniaga dgn kerajaan negeri. derma tersebut perlu melalui broker2 ini.
Satu kes : tahun 04 @ 05 aku tak ingat, semasa urusan untuk deal satu urusniaga dgn satu jabatan kerajaan negeri... datang satu broker katanya dia boleh tolong jika boleh menderma untuk satu sekolah dalam pembinaan tetapi apabila diajukan supaya derma diberikan dalam bentuk barang2 keperluan pembinaan dia tidak mahu, hanya dalam bentuk wang.
urusniaga tersebut berjaya melalui proses biasa tanpa perlu menderma.
Orang2 yg tertipu dgn broker2 adalah orang yg takut nak berniaga cara jujur.
Post a Comment