Hari ni aku nak ucap syukur kepada Allah. Akhirnya kawan kita (yang dah merasa gelang besi) iaitu Aduka Taruna dah menarik balik 3 artikelnya yang menghina isteri Nabi Aishah, sahabat Nabi iaitu Muawiyah dan Imam Shafei rhm. Aku dah klik link ke tiga-tiga artikel itu dan hasilnya ialah:
Sorry, the page you were looking for in the blog AdukaTaruna does not exist.
Well, mungkin bukan dia yang tarik balik sebab blog dia tu setahu aku dah diuruskan oleh para sahabat dia selepas dia ditahan, tetapi aku yakin bahawa tanpa kebenaran dia, sahabat dia yang mengendalikan blog itu takkan memandai-mandai nak tarik artikel2 bodoh itu sesuka mereka.
Jadi aku ucapkan syabas kepada semua sahabat yang berganding bahu sejak 4 bulan lalu membantah, membantai, menegur, memaksa AT ni menarik balik artikel tersebut. Terutamanya sahabat kita Herman Samsudeen (DPPWP) yang dah highlightkan jenayah itu di blognya dan di cover oleh beberapa akhbar online termasuk Harakahdaily dan Malaysiakini. Artikel itu bukan saja mendedahkan kebobrokan dan kerosakan hati seorang muslim tetapi mencemarkan jemaah Islam yang di dokongnya.
Tapi aku masih beranggapan bahawa tarik saja tak cukup. Sebab damage dah berlaku. Aduka masih perlu memohon maaf atas perbuatan dia dan berjanji takkan ulang lagi; sama sepertimana dia pohon maaf ke atas kebiadapannya ke atas almarhum Sultan Johor.
Takkan nak tunggu report Polis dulu baru nak minta maaf kot?
"Eh Ali, kau mana ada bukti?. Dia kan dah delete artikel tu?"
"Kenapa? Hangpa ingat aku takdak screenshot dia? Ingat aku nerd ka? Heh heh"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment