Saturday, January 30, 2010

Apakah rahsia PAS yang didedahkan Khalid samad?

So, ramai duk tanya2 la apa benda rahsia yang didedahkan oleh Khalid Samad sampai dia kena hukum gantung sampai 6 bulan. Bukan gantung sampai mati aa..

Aku pun sebenarnya tak berapa jelas, sebab dalam Harakah or Malaysiakini, Tuan Ibrahim tak bagitau pulak apa rahsia tu. Yang si Al-Bakistani ni pulak duk main bajet rahsia tu adalah tentang "Kroni UMNO taja muktamar PAS". Ntah betul ntah tidak tak tau la. Dia ni pun bukan pergi dedahkan siapa sumber yg bagitau dia tu. His source can be mak cik kantin for all I know.

So apa perkara sulit yang si Khalid ni dedahkan?

Ahh.. kalau korang nak tau betul2, konfem 100%, korang kena buat demo la depan rumah Tuan Ibrahim. Paksa dia bagitau. Haha..

Tapi bagi aku, satu rahsia mesyuarat PAS ada di dedahkan oleh Khalid sendiri dalam blog dia. Ya BLOG DIA. Walaupun aku kurang pasti sama ada inikah 'perkara yang sulit (mesyuarat PAS negeri)' seperti yg dibagitau oleh Tuan Ibrahim.

Kalau nak tahu apa yg Khalid dedahkan, hampa klik sini.

Amacam? Terang-terang kan Khalid dedahkan isi mesyuarat tu kat umum? Apa ke faedah la jang kau pergi dedahkan benda tu kat blog kau? Kenapa kau tak dedahkan sekali hujah2 YDP kawasan yang ada pada petang tu? Adil ke macam tu???

Ambik obat..

8 comments:

Anonymous said...

khalid dedahkan apa tu mangkuk?
hassan ali dedahkan apa?

Ali Zaidan said...

Salam sahabat.

Pertama sekali kau kena faham atas kes apa mereka dibicarakan.

Ruj: http://ali-zaidan.blogspot.com/2010/01/khalid-digantung-jawatan-hassan-ali.html

Selesai bab tu, baru kau nak tengok apa rahsia yg dimaksudkan TITM. Tu yg aku tulis artikel ni. Kebarangkalian.

Mask said...

hmm.. anonymous, tidak faham isu tapi nak bantah.

Sesuai sangatlah dipanggil annoying mouse. :)

Anti-UG said...

Yg Hasan Ali jumpa blogger UMNO dan dedah macam2 nape x jadi kes?

Ali Zaidan said...

Jumpa blogger UMNO? Itu jemputan terbuka. Dan yang di dedahkan bukan hal-hal mesyuarat PAS negeri.

Kalau di dedahkan pun, masalah2 pentadbiran kerajaan negeri di bawah PKR-DAP. Ini kau cari lah blogger2 yg hadir, tau lah nanti.

Jadi kalau salah (kalau!) , maka kesalahan itu atas budi bicara MB Selangor utk putuskan hukumannya. Nak pecat ke, nak gantung ke, lantak TSKI la.

Jadi kau kena beza kesalahan kpd parti dan kesalahan kpd kerajaan. Salah Khalid kpd parti adalah lbh kurang sama berat dgn salah Hasan Ali kpd kerajaan Selangor!

Ayya...

Monkey Code said...

So apa perkara sulit yang si Khalid ni dedahkan?

Walapun Firaun penuh dengan protokol2 dan rahsia2 nya....Tapi tetap bagi Musa A.S terus membantah dan tidak wala' kepada Firaun, walaupun Musa dibesarkan diistana Firaun.

Sama juga dengan Ibrahim A.S yang membantah dan tidak wala' pada protokol ayahanda dan Namrud laknatullah.

Kisah tidak wala' nya Musa kepada Firaun dan tidak wala' nya Ibrahim kepada Namrud di ketahui umum oleh rakyat awam pada zaman mereka masing2...hatta di ketahui (rahsia) mereka sampai le ke ummat manusia akhir zaman ni. Sebab apa jadi begitu...sebab Allah yang Maha Besar lagi Maha Bijaksana yang mengetahui segala rahsia ingin memberitahu dan menghebahkan kepada manusia tentang kezaliman, kesesatan, keangkuhan dan segala komplot rahsia yang penuh dengan rancangan jahat Firaun dan Namrud kepada hamba2 Nya.

Tapi kelakarnya kerajaan kecil PAS (dibandingkan dengan kerajaan Firaun dan Namrud) yang berdiri naik disebabkan bantuan bangsa-bangsa lain...'NON MUSLIM', tiba2 mengatakan wakil kami YB Khalid itu telah melakukan satu kesalah yang tidak mengikut disiplin protokal islam wala' ala PAS itu.

So pegi mampus le dengan protokol2 wala' ala otak PAS yang menanggap apa yang YB Khalid umum kan kepada rakayat yang mengundi beliau sebagai wakil mereka melalui blog beliau itu adalah sebagai rashia dan satu kesalahan. Bagi kami rahsia dan rancangan jahat lagi hudoh dan jijik yang Hassan Ali lakukan itu lebih berbahaya daripada cuba memesong kan (divert-turn over) ke issue salah laku displin pula.... seolah-olah itu lah yang lebih penting, dan konon nya YB Khalid tidak mengikut tertib dan tidak menegakkan protokol wala' bodoh PAS itu.

Kata orang putih, “Priority come first” (KEUTAMAAN), jangan jadi macam Umno..'matlamat menghalakan cara '.

“Kaki yang kena cancer, tapi tangan pula yang di potong kan”..
PUNYA LE BODOH DOCTOR YANG JENIS MACAM NI.

Beb...orang2 PAS, zaman internet ni susah le kau orang nak memperbodoh kan orang2 lagi...

Anti-UG said...

Bro Ali,

Yang didedahkan bukan sekadar kelemahan pentadbiran kerajaan. Hal ehwal dalaman PAS pun didedahkan.

Isu cerai bai'ah taklik yang PAS terpaksa bertungkus lumus menghadapi media dulu, Hasan Ali/Nasa yang dedahkan dalam pertemuan tu. Lama isu itu dimainkan.

Hasan Ali juga kritik Nik Aziz depan blogger2 UMNO tersebut.

Kenapa amsih tak jadi kes. Saya cuma mahu pencerahan. Harap bro dapat menjawab.

P/s: Rakaman pertemuan itu sudah tersebar lama di intenet.

Ali Zaidan said...

Bro Anti, kes baiah bukan rahsia pun. Kalau kamu rajin dtg ceramah PAS, kamu akan tau.

Cuma mgkin baiah tu hnya dibuat PAS Negeri, dan bukan arahan Pas Pusat. Jd timbul kekeliruan. Dlm soal baiah, aku setuju hujah Khalid Samad.

Soal kesan kpd Pas, well sentiasa ada pro dan kontra. Isu 'Allah Samseng' yg di bawa TGNA juga ada bagi kesan kpd imej Pas di mata rakyat. Adakah krn itu TGNA perlu dikenakan tindakan disiplin?

Tndakan Disiplin ni kalau lggar peraturan, langgar amanah. Xtimbul soal dedah rahsia sbb baiah tu bkn rahsia.

Bro monkey, kamu ni otak letak kat mana? Protokol dgn isi mesyuarat ni berbeza. kamu nk samakan protokol firaun laknatullah dgn isi mesyuarat parti Islam??

Mesyuarat ni macam bilik tidur. Kamu nk dedah kamu buat apa dgn bini kamu dlm bilik tidur kpd awam?
Dayus kamu sebagai suami.

Dlm kes khalid, dia dedahkan hujah dia. Tp hujah balas Ydp2 yg lain? Tak ada? Bukankah ini akan mencemarkan imej ydp2 yg lain??

mcm umno gaduh dgn pas. Tp dlm utusan keluar hujah umno saja. Mana adab?

Lebih lg, mana amanah?