Untuk pengetahuan kawan-kawan semua, aku memang slow sikit bab nak memulakan sesuatu. So basically, aku ni joiner la orang putih cakap. Bukan starter.
Jadi, nak perkenalkan diri, gelaran aku ialah Ali Zaidan. Kadang-kadang aku pakai nama Kirana. Kadang2 kalau aku malas menaip aku pakai je Anonymous. Dan ada la beberapa nick lagi yg aku reka2 on the spot. Tapi 2 nick ni la selalu aku layan.
Aku dah pakai lama nick ni untuk bantai blog2 bodoh dan tak seimbang. As well as blog2 yg bajet bagus tapi hati penuh busuk (yg aku nampak la. betul punya tu Tuan blog dan kalian la kena pikir). Selalu nick ni ada la (carik la sendiri kalau ada pun) dalam blog2 macam Tulang Besi, Greenboc, AdukaTaruna, Xenan (ke aku pakai nick lain dlm blog dia ni?), Perisik rakyat, dan pelbagai lagi yang aku malas nak hingat.
So masa aku bantai membantai sesama kawan-kawan aku ni, ada la yg duk cabar aku bukak blog sendiri. Ye la, duk bantai orang, blog sendiri tak bukak? Pergh, pedih gak tu bang. Tapi macam aku cakap la, aku ni joiner, bukan starter. Yang kuat bergaduh tapi carik gaduh tu bukan aku la. Lagipun ada keje dan famili. Sendiri mau ingat la. Kau orang marah aku, tarak hal punya. Bini aku marah aku? Tido dalam kete bang!
Tapi lama2 aku duk pikir jugak la, sementelah lagi kawan kita yg sorang tu (Aduka Taruna) dah merasa lokap (tangan lepas punya kes), kalau dia sanggup sampai ke tahap tu (sanggup ke tersanggup?), then apa yg aku duk saja2 lagi?.
Pergh, maka hidup aku sbg blogger pun start la..
Tunggu...
Thursday, January 28, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment