Tuesday, February 23, 2010

Mesti Tonton: Kartun menyindir blogger bodoh!



Untuk pengetahuan semua, kartun ini berjudul South Park.Kalian boleh klik link tersebut untuk mengetahui lebih lanjut. Judul episod ini ialah Dances with Smurfs. Bagi menonton episod ini, kalian boleh klik ke link ini: http://sps13e13.blogspot.com/ . Hmm, tak taulah kenapa tak boleh post videonya dalam blog ni. Keluar gambar putih saja. Masa preview tadi dapat pulak. Codingnya dah betul. Ada sesiapa tahu caranya?

Anyway, aku mula meminati kartun ini selepas mula bosan dengan rancangan TV. Boleh kata ini adalah rancangan alternatif. Tapi aku tak menggalakkan anak-anak aku (yg masih bawah umur) dan aku berharap kawan2 yg baca artikel ini jugak dapat melarang anak2 kalian dr menonton kartun ini. Sebahagian daripada episod kartun ini sangat kritikal terhadap agama (Yahudi adalah agama yg paling banyak disindir dalam kartun ini) dan banyak menggunakan foul language.

Cuma aku amat tertarik untuk berkongsi episod ini di blog ialah kerana episod ini sangat banyak menyentuh tentang apa yang berlaku di dalam PAS pada hari ini. Episod ini digarap dengan cantik dan menggunakan watak murid Gred 4 (Setahu aku gred 4 di US berusia 9 tahun).

Dalam episod ini, satu watak antagonis bernama Eric Cartman (pembaca pengumuman pagi) telah menggunakan platfornm yg salah (pengumuman pagi) untuk mengkritik kepimpinan badan pelajar sekolah tersebut (diketuai oleh Wendy). Bandingakn dengan situasi beberapa pemimpin PAS yg menggunakan platform media utk mengkritik pimpinan yang lain.

Eric telah mempersoalkan setiap tindakan Wendy (sama seperti kebanyakan penggerak PAS reform) dan kemudiannya memberikan gelaran2 buruk kepada Wendy (perhatikan tindakan blogger GB yg menggelarkan binatang kepada tokoh2 sebahagian pemimpin PAS).

Satu plot yang aku rasa menarik ialah apabila sebahagian pelajar yang telah terpengaruh dengan Eric kemudiannya cuba memprovok Wendy dengan bertanyakan satu soalan. Wendy telah memberikan jawapan dengan jujur tetapi kemudian jawapannya dimanipulasikan oleh golongan pelajar itu untuk membenarkan tuduhan Eric Cartman.

Plot ini mengingatkan aku kepada tindakan wartawan perdana dan alternatif yang bertanyakan tentang UG kepada TGHH ketika muktamar dahulu. TGHH memberikan jawapan yang jujur tetapi dmanipulasikan oleh wartawan untuk menunjukkan bahawa TGHH tetap mahu UG dilaksanakan. Seolah-olah tuduhan blogger2 PAS reform itu benar.

Satu lagi plot yang menarik apabila Eric Cartman telah menulis buku yg menghina Wendy dan menjualnya untuk mendapatkan keuntungan. Bukunya kosong dan penuh dengan tuduhan2 untuk mengatakan Wendy seorang wanita murah. Ia mengingatkan aku kepada tindakan seorang blogger tu yang banyak menulis tetapi majoriti tulisannya menjurus kepada serangan kepada seorang individu (Dr Hasan Ali) dan seolah-olaj cuba utk membuktikan Dr Hasan aialah agen UMNo (wpun tuduhan itu hanya lebih kpd andaian seperti andaian Eric Cartman kepada Wendy). Kemudian banyak kali pulak mintak duit. Nak buat tambanglah, nak tabung guamanlah. Bolehkah dipastikan ke mana wang itu pergi nanti? Ada audit yang bersihkah? Agak2nya siapa blogger tu ya? Hahaha. Oh, aku tak kata ia sama, aku cuma kata bahawa ia mengingatkan aku kepada blogger tersebut. Entah kenapa!

Sebenarnya banyak plot dalam kartun ini yang sama dengan situasi yang di alami PAS. Ada watak yang mewakili TGHH, ada watak yg mewakili blogger2 seperti aku, batuapi, attakiri, ada watak yang mewakili blogger2 UMNO, blogger2 reform, ada watak yang mewakili Jawatankuasa Disiplin etc.

Aku rasa kalau kalian menonton episod ini, kalian akan dapat menangkap beberapa lagi plot yang mempunyai kaitan dgn situasi yang di alami PAS pada hari ini. Tapi aku juga menjangkakan beberapa pengkomen berotak lemah akan mengatakan mereka tak jumpa apa2, atau cuba spin episod ini pula. Alah, macam kata seorang pengkomen bernama Batuair, "otak ayam" - tak boleh pandang jauh.

Quote yang paling aku suka dalam episod ni ialah:

"Just because a guy's voice in the intercom and his words are in the book, doesn't means he have any idea what he's talking about"

Enjoy! =)

4 comments:

Anonymous said...

termasuk blogger bodoh itu ialah ali-zaidan. jadi pengampu dan pencacai di dalam hidupnya. termakan pil wala' over-dosed

Lambda Sig said...

Bro..aku dah tengok cerita ni. geng2 aku kat US dulu suka betul tgk cerita ni...Mmbawak sampai ke kerja.hahaha.. episod ni mmg best.yes, aku setuju ngan ko bro.Episod ni mmg mcm nak mengutuk pengamal media sbnrnya.Hnya pndai kritik tp bila suh tadbir xleh.Very political...Ko ade tgk masa dia kutuk Barack Obama?.Hahaha..Yg tu mmg best...

Anonymous said...

bebal ler alizaidan ni.
tgk cerita muhasabahler diri sini.
ni kata kat org plak
menambah2kan dosa sendiri.

harunyahya said...

hahhahahaahha. sendiri yg bodoh! tak sedar diri