Friday, February 26, 2010

Tulang Besi sayang Ali Zaidan

Aku baru balik daripada majlis maulud di kawasan kawan aku, buka2 komputer, bukak Malaysia Waves, terus nampak satu artikel khas di dedikasikan kepada aku. Tajuknya : Tulang Besi Hidupkan Kebenaran Yang Telah Tidur. Waa.. sayang betul TB kat aku! Haha

Pertama sekali, aku nak ajak korang semua baca dahulu artikel tersebut, dan korang baca jugak satu lagi artikel lain dalam blog murahan itu bertajuk: Agenda Perpaduan Adalah Agenda SIngapura. Kemudian, tolong baca komen2 aku yang lain. Sebab apa? sebab TB ni tak berani komen pun sebahagian hujah2 aku. Kira ambil sekerat mana boleh pancung saja.

So izinkan aku bantai dia melalui hujah point (Ala2 TGNA dan Che det beb)

1. Sampai sekarang hujah aku bahawa teori "UG ialah idea Singapura" tak mampu dijawab TB dengan memberikan bukti2 solid. Langsung tak ada melainkan mengaitkan "A perompak. Sebab A kenal B, yang B kenal C, yang C kenal D maka D pun perompak sama". Kalau jadi perawi hadis, dah tentu jatuh perawi mungkar!

2. TB kata aku tak bawa sebarang bukti tentang 'fitnah yang dia bawa'. Ini ialah pembohongan yang nyata. Dalam komen tersebut jelas aku memberikan bahawa artikel dia sendiri iaitu Agenda Perpaduan Adalah Agenda SIngapura ialah satu bentuk fitnah atau tuduhan dusta. Semua orang tahu bahawa ini ialah fitnah dan TB tak bawa apa2 bukti yg mmbenarkan teori dia melainkan andaian bodoh semata-mata.

Ada pulak buktinya "pergi kat KMU.net". Weh, KMU.net ni sumber musuh. Anti Khairy. Kalau mereka boleh menuduh macam2 Anwar dan kau tak percaya, mengapa dalam hal Khairy pulak kau boleh percaya?. Nyata kau (TB) sendiri mengamalkan 'pendakwaan terpilih'!!

Bagi aku KMU tu sampah. Aku tak makan sampah. Kau makan sampah ke TB?

Adalah sangat bodoh mengatakan idea UG ni dr Singapura hanya dengan alasan sebegitu. Sama dengan tindakan juak Umno kata anwar agen Yahudi sebab dia kenal wolfowitz dan wolfowitz tu Yahudi yg rancang perang Iraq. hah, yang ni kenapa tak suruh aku pergi KMU.net jugak sebagai bukti anwar agen Yahudi?? Bengap betulla TB ni. Ni ke kualiti yg boleh jadi CEO??

3. TB kata aku tak tahu maksud 'fitnah'. Ini juga ialah tuduhan yang dusta!. aku dah bagitahu dia dalam ruangan komen bahawa:

Haha... abih, fitnah kau ni fitnah yang mana? Fitnah apa yang kau nak katakan masa kau post tu? Masa Sebatang Kara sebut jangan bangkitkan fitnah, maksud 'fitnah' yg dia sebut tu dh diketahui umum; tuduhan dusta.

Yang kau pergi merepek kepada makna fitnah yg lain tu kenapa? Aku pun tau, ada kalimah fitnah yg membawa maksud 'cubaan'. Tapi fitnah yg dimaksudkan Sebatang kara ni macam tu ke?

Kemudian kau respon dgn mengatakan fitnah ni kita kena bangunkan. Dah tentu maksud fitnah yg kau sebut tu sama dgn yg sebatrang kara sebut. Melainkan kau ni bodoh tolol tak paham hujah orang.

Nabi sebut jangan bangkitkan. Tapi kau suruh bangkit. Ya, fitnah kita kena perangi. Itu yg diperangi tu fitnah yg tidur ke atau fitnah yg kau sihatkan? Ni yg aku tgh buat, perangi fitnah yg kau tengah gemukkan!!


Nah kan jelas aku dah bagitahu maksud fitnah tu apa? Macammana kau TB kata aku tak bagi? Kau buta BM ke? Macam ni nak jadi CEO???

4. TB cabar aku supaya komen fitnah seorang komentator bernama Afyan. Jawapan aku, ya aku setuju. Itu mmg fitnah. Apa buktinya Anwar cemburu dengan PAS? Tak ada. Jadi TB dan Afyan ni perangai lebih kurang saja. Walaupun bergaduh tapi sebenarnya TB dan Afyan ialah 'adik-beradik kembar!'

5. TB kata menurut suara dalaman PAS, UG ialah nak menyelamatkan Pak Lah. Siapa suara dalaman tu? Mak cik kantin? Kalau takat nak pakai 'suara dalaman', lembu betina yang tengah ragut rumput depan rumah aku pun boleh cakap. Cuba fikir, UG ni hanya terlaksana JIKA semua parti yg ada wakil dlm parlimen bersetuju bentuk kerajaan. dan syarat UG ialah kebersihan kehakiman detc. Korang ingat, dengan kehakiman yg bersih, mampukah Pak Lah bertahan dengan segala macam skandal pada dia. termasuk Oil For Food?

Memang idea Ug boleh menyelamatkan Pak lah, tapi tu bukan tujuan UG. Manfaat dan tujuan tu berbeza. Bidang pengurusan tak ajar benda ni ke TB?? Tujuan UG ialah untuk mengurangkan perbalahan politik dan menumpukan tenaga kepada pembangunan negara. Bukan nak selamatkan sapa2 tapi sebab nak selamatkan Malaysia!

TB kata aku mengamuk bila dia tulis artikel UG idea Singapura. Memang aku marah TB. Pasal apa? Pasal artikel kau ni putar belit fakta ttg idea Tuan Guru. Kau tuduh ia dari Singapura. Fitnah kepada Tuan Guru! Kalau org UMNO marah pun logiklah, sebab kau tuduh UMNO ni dibeli Singapura. Ni aku taknak campur. Tu hal depa.

Macam kalau aku kata Mahathir dan TB kuat fitnah. Mesti kau marah, mesti Mahathir marah pasal aku kata kat dua-dua. Tapi xbermakna bila kau dan Mahathir sama2 marah, kau dan Mahathir ni kawan. Kau tetap kau, seorang CEO-wannabe dan Mahathir tetap Mahathir.

6. Kemudian TB kata fitnah ini boleh jadi gempa bumi dsb. Soalannya, kita sedang cakap dalam konteks hadis tersebut! Bukan ttg nas yang lain. Soalan aku, macammana manusia nak bangkitkan gempa bumi? Ulamak berpandangan bahawa fitnah dalam hadis itu bermaksud tuduhan dusta. Dan aku telah ulang banyak kali hal ini. Tapi TB ni entah apa penyakitnya, terus mengulang2 soalan. Ada penyakit burung kenari ke TB? Nah, kalau fitnah pada hadis itu bukan bermaksud 'tuduhan dusta', maka bawakan pandangan ulamak yang menyangkalnya. Jangan bawakan artikel yang bercakap mengenai fitnah secara umum!! Apa la, ini ke nak jadi CEO??

7. TB tanya hadis tu mutawateer ke sahih. Kau ni buta kayu ke TB? Cuba kau baca komen aku dalam artikel kau ni:

Kalau dhaif sekalipun, tetap boleh dijadikan hujah. Melainkan bertentangan dgn hadis mutawatir. mazhab hanafi kata hadis dhaif ni hnya pada sanad, bukan isi dia. Isi ttp sahih. Kenapa? kau nak kata hadis ni dhaif ke??

Jadi tak timbul soal sahih atau mutawateer. Sebab kalau dhaif sekalipun, ia hanya pd sanad dan bukan isi. Melainkan kalau TB boleh menunjukkan hadis mutawateer atau sahih yg bertentangan dgn hadis ni maka lain cerita lah.

Bagi aku, hadis ini paling lemah pun berada dalam kategori hasan. Sebab digunakan oleh ramai ulamak. Dan tak pernah pula dihukum dhaif atau maudhu' oleh mana2 muhaddeeth.

Utk pengretahuan kau TB, cara pengkelasan hadis berbeza bagi setiap muhaddeth. Sebab itu, hadis jariah yang diiktiraf Imam Muslim sebagai sahih, dikelaskan sebagai dhaif oleh muhaddeeth yang lain kerana sifat hadeeth tersebut yang bersimpang siur.

Sekali lagi TB fail ilmu hadis.

8. Tapi tajuk dia aku tak boleh tahanlah. Tajuk artikel yg dituju kepada aku ni ialah Tulang Besi Hidupkan Kebenaran Yang Telah Tidur. Sebenarnya, TB sendiri tulis:




Eh, mula2 kata bangkitkan fitnah, ni nak kata bangkitkan kebenaran yag telah tidur pulak. Ni kenapa? Tulis je lah 'fitnah'. Kalau dah yakin sangat dengan komen kau yg kau pertahankan ni.

Nabi dah sebut secara jelas, "Fitnah itu sedang tidur, maka CELAKALAH bagi orang yang mengejutkannya. "

Jadi adakah TB ni blogger celaka spt yg disebut TGNA?

Bertaubatlah TB.. Allah sentiasa menerima taubat. Jangan bila dah nyawa kat paras hidung baru nak mintak maaf!

12 comments:

Tulang Besi said...

Maknanya soalan aku setakat ni, KAO TAK BOLEH JAWAB.

Lagi satu, sapa ajar kao hadeeth daeef buleh jadi hujjah ni? Mana kao ngaji?

Tulang Besi said...

Kau pun tak tau hadeeth ni sahih ke daeef. Main ambik je hukum tanpa ilmu.

ertinya kau tafseeer hadeeeth dgn nafsu

Ali Zaidan said...

Bengap TB ni, kan aku dah sebut, hadis tu hasan sahih atau dhaif bergantung kepada penkelasan muhaddeeth yg menyebutnya. Sbb tu Mazhab Hanafi kata hadis dhaif ni hanya dr segi sanad tp isi dia sahih, Dan aku ikut pandangan yg mengatakan ia mmpunyai isi yg sahih.

Ali Zaidan said...

Kepada budak bodoh bernama TB, cuba kau bukak link ni:

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=23368:nik-aziz-setuju-nasihat-ariffahmi-letak-jawatan&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=125

Siasatan SPRM tu siasatlah. Itu kerja dia. Tapi fitnah itu yang jadi (punca suruh letak jawatan). Nabi kata fitnah ini benda tidur,sesiapa yang gerak dia akan dilaknat Allah, itu pemfitnah punya fasal. tapi (letak jawatan) ini nak jaga kepimpinan parti Islam Semalaysia.

Cuba kau tengok, TGNA sendiri kata fitnah dalam hadis ini membawa maksud tuduhan dusta dan TGNA sendiri pakai hadis ini dalam Harakah. Berani kau nak kata juga TGNA tafseer hadeeth dengan nafsu? Berani?????

Weh budak. Kau dengar sini. Aku nafi setiap hujah kau yg fitnah pimpinan. Sekarang kau jawablah hujah aku. Kau berani tak?

Kau ni merepek je lebih.

harunyahya said...

yawnnnnn!!!!!!!!!!!!

Tulang Besi said...


Siasatan SPRM tu siasatlah. Itu kerja dia. Tapi fitnah itu yang jadi (punca suruh letak jawatan). Nabi kata fitnah ini benda tidur,sesiapa yang gerak dia akan dilaknat Allah, itu pemfitnah punya fasal. tapi (letak jawatan) ini nak jaga kepimpinan parti Islam Semalaysia.
.

Kalau gitu, amendenya yang aku buat fitnah?

stkt ni takda pun kao bagi contoh?

Cepat lah bagi contoh.

Tulang Besi said...

Tuan-tuan dan puan-puan sekelian,

Marilah kita lihat fitnah Ali Zaidan ke atas Tulang Besi.

Ali kata:

Kau tetap kau, seorang CEO-wannabe.

Padahal saya apply jawatan tu untuk tolong jemaah, bukan sebab saya nak.

Haaaaa tertangkap sikap suka buat fitnah manusia bernama Ali Zaidan.

Ali Zaidan said...

Chait, lembap ke apa kau ni. Quote tu ialah hujah utk kau yg kata aku tafsir hadis ikut nafsu. Maka aku tunjuk TGNA pun pakai hadis tu sptmana aku pakai. Apa la kau ni..

CEO-Wannabe? kau terasa ke? Soalannya kau nak jadi CEO taK? Ye, kau apply sebab kau nak. Maka kau wannabe (Want to be). Atas sebab apa tu dh jadi soal lain. Macam aku jugak. Aku ialah syuhada-wannabe. Sebab aku nak syahid.

Melainkan kau tak pernah mintak jd CEO, maka aku akan tarik balik gelaran CEO Wannabe.

Grand Marquis said...

Saya baca dalam blog TB, dia kata, puak UG kepanasan sebab apa yang dia tulis tu benar.

Sekarang ni TB kepanasan sebab kena tuduh CEO Wannabe. Itu bermakna tuduhan itu benar. Ini semata-mata ikut kaedah TB sendiri. Jangan mare....

Ali Zaidan said...

Tepuk air ludah di dulang. Terpercik ke muka sendiri. Tak gitu TB?

qurtubyy said...

org yg jadi ceo org punya pasal ler
awak apa ada?

kumpulan UG memang hatinya busuk dari kepala sampai ke bontot.

kumpulan UG macam ali-zaidan tahap budak peon jer yg layak

Ali Zaidan said...

Tak apa la jadi peon. Janji halal. Tak buat naya kat orang.