Thursday, January 28, 2010

Hina agama dan hina Sultan..

Ok beb, tengah hari ni free sikit. So, kasik aku sembang pasal Aduka Taruna.

Well, geng2 aku yang duk berkampung dalam blog dia tu tahu lah sejak bila aku mula bermukim dekat blog tu. Apa stand aku kepada isu UG, isu SELCAT dan pelbagai lagi lah. Dan ramai jugak yang aku rasa dah tau yang aku tak biasa bantai dan maki kalau setakat nak hina TGHH or Nasha. Kalau takat bantai dua orang ni, kerja aku cuma tegur dan kalau tak reti bahasa jugak nak berubah, akhirat nanti merangkak lah korang cium tapak kaki depa mintak maaf.

Tapi aku start memaki dia bila timbul isu hina Nabi, hina mazhab dan hina Muawiyah. Aku malas sembang la beb, korang usha sendiri la apa benda tulisan dia kat link-link di bawah:

http://adukataruna.blogspot.com/2009/09/wahabi-perlis.html

dan

http://adukataruna.blogspot.com/2009/09/sembang-mazhab.html

dan

http://adukataruna.blogspot.com/2009/09/aishah-ra-bangang-dalam-tajuk.html


Dan korang boleh nampak nama aku menyelit antara yang duk marah dia masa tu. Dan segelintir 'anonymous' yg juga adalah aku (sebab malas nak taip nama la).

Bagi aku dalam isu Sultan Johor ni, kalau dia buat proper punya mintak maaf, maybe sewa iklan Utusan muka depan untuk buat sincere public apology, aku rasa kes tu dah boleh settle. Tapi tu bergantung la kalau Sultan Johor sekarang maafkan. Kalau baginda kata, "there's no way I'll forgive you", maka nasib kau la Aduka nak mengadap hakim. Tapi judging drpd sikap Almarhum dan sampai ke darah anakanda dia sekarang ni, aku rasa Sultan tadak hal maafkan dia kot.

Tapi dalam isu hina isteri Nabi, hina sahabat Nabi, pertikai mazhab (dah lebih kurang sama dengan penyakit Syiah dan Wahabi ghuluw pulak aku tengok), ni masalah yang lebih besar dan utama. In fact, aku tak nampak pun mana-mana sincere public apology atau sikitpun rasa penyesalan atas tindakan dia tu. Toksah kan nak mintak maaf, artikel2 tu masih terbongkang dalam blog dia.

So, aku tertanya-tanya la, aii takkan 'mengelirukan rakyat Malaysia dlm soal monarki' kau rasa bersalah tapi 'mengelirukan rakyat Malaysia dlm soal agama' ko boleh buat takdak rasa apa-apa?

So, dalam soal ni aku respek dengan DPPWP yang pegi highlightkan kisah ni dalam blog dia. Cariklah sendiri dalam http://syukran.wordpress.com .. Malas aku nak search.

Lepas tu, pergh bang, abih bising kawan-kawan dan pensimpati Aduka ni. Konon Herman (DPPWP) tu tak prihatin dengan masalah aduka, memebsar-besarkan cerita etc. Ni kau orang carilah dalam blog Zainulfaqar, Greenboc dan kawan2 AT yg lain.

Oi geng, mamat tu hina agama, dan tak pernah reti nak tarik balik. So, atas sebab dia dah kena reman/hukum dalam isu Sultan, so kes dia hina agama, kira halal la? Undang-undang kambing laut mana korang pakai?

Kira kalau ada kes perogol dan kemudian bunuh mangsa dia, patut ke idak kita cakap, "Aii, jangan la dakwa dia kes rogol. Kesian la. Kan dia dah kena dakwa kes rogol. Takkan nak dakwa kes bunuh pulak?"..

Wei abah hang la. Masa buat kerja apa pasal tak reti nak rasa kesian kat diri sendiri. 3 artikel bang, 3 artikel bantai dan mempertahankan tindakan dia mengatakan bengong sohai kepada 2 tokoh Islam ni. Bukan 1. Maknanya bukan terlanjur atau terlepas lagi dah. Memang sengaja.

Satu lagi, toksah buat alasan bodoh la dengan mengatakan kita kena kenang jasa aduka ni pada PAS, so takyah bising2 pasal isu hina isteri Nabi ni. Wei mangkaq, kalau macam tu buat apa kita ke hulu hilir duk bantai Che Det masa dia hina Hudud, masa dia cakap Nabi tak cukur janggut pasal takdak Gillete dulu? Che Det jutaan kali la banyak jasa kat Malaysia ni drpd budak Aduka ni, so yang still bantai buat apa? Toksah jadi hipokrit la.

Kesimpulan aku mudah. bab sultan Johor tu, atas kemaafan sultan johor. Baginda kata setel, so setel la. Tapi bab hina agama ni, aku cuma boleh puas hati kalau dia buat open public apology dan tarik balik artikel2 bodoh dia tu. kalau dak, Jakim kena amik tindakan. Jangan pikir serbu disko je bang Jakim. Yang duk bantai agama sendiri kita duk biar...


Amacam?

1 comment:

oTai Baru said...

Right on dude. Hahaha.. Ada blog jugak kau ye.. Ngehehehe