Wednesday, February 24, 2010

Pas reform: Parasit Memusnah jemaah?


Mursyidul Aam: TG Ahmad Awang

Presiden: Dato Husam Musa
Timbalan Presiden: YB IR Khalid Samad
Naib Presiden: DS Nizar
Naib Presiden: YB Dr Dzukifli
Naib Presiden: YB Ir Saari Sungip

AJK
Dr Hatta
Dr Hamzah
Dr Mariah
Dr Mujahid
Ustaz Zolkarnain
Ir Izham
Dato Mahfuz
YB Salahuddin
Hanipa Maidin
Ustaz Wan Ji

Ketua Pemuda: Abdullah Karim
Ketua Muslimat: Dr Lo loq


Mungkin itu yang diingini oleh kaum PAS Reform. Tidak salah keinginan kaum PAS Reform. Aku sebagai orang muda nak juga berkepimpinan orang bertaqwa seperti diatas. Cuma aku nak kaum ulama semua berkumpul dalam MSU dan AJK Pusat ditadbir oleh golongan profesional. Dan perubahan yang aku ingini tidak sampai menghancurkan PAS, nak memecah belah parti dan menghina ulama dan pimpinan PAS. Tolong ikut prosedur. Aku tunggu muktamar..

Kaum PAS Reform selalu mengungkit UG, EGM, Muzakarah, bukti salah laku PJ Selangor dan Timbalan Presiden serta SUA. Sekali lagi tidak salah, kamu ada bukti silakan lapor. Dan redhailah keputusan Lembaga Disiplin atau kamu boleh berehat sementara atau mencabar kepimpinan dalam muktamar atau keluar parti. Tentang EGM dan UG, isu telah tamat. Tutup mulut, bicara dalam hati dan bermesyuarat serta tawakal kepada Allah. Besar mana sangat rasa tak puas hati YB Ir Khalid Samad dan Abdullah Karim dengan bertawakal kepada Allah?.

Eh...jangan percaya , dan dibanggangkan keputusan Lembaga Disiplin. Saya percaya ahli Lembaga Disiplin buat yang terbaik dan semampu mungkin. Penuh istikharah, tawakal dan berharap pada Allah. Biar buruk di mata manusia tapi baik pada pandangan Allah sebab keputusan dibuat dengan doa bukannya berperasaan dengki dan dendam. Jika seorang ahli keluarga, timbalan dan sahabat dari kecil mencurigai kebolehan TG Tuan Ibrahim Tuan man sebagai pengerusi Lembaga Displin, maknanya tiada gunalah beliau memegang jawatan Naib Presiden. Bila lagi TGTI nak belajar membuat keputusan besar.

TGTI adalah pimpinan pelapis PAS dan dilihat bakal Presiden PAS pada masa depan. Kritikan ke atas beliau harus ditangani dengan baik. Pengurusan konflik dalaman PAS pada masa sekarang berbeda pada era 1980 an dan 1990an. Zaman ini orang akan cabar keputusan bukannya aku taat dan aku patuh kepada keputusan jemaah. Tahun melenium ini membolehkan penyebaran idea dan maklumat dengan pantas, keegoan berilmu yang tinggi, kelicikan berpolitik, ketuhanan nafsu bermaharajalela harus dijadikan cabaran untuk TGTI sebagai pimpinan pelapis PAS. Kaum PAS REFORM yang didominasi oleh blogger, pimpinan politik licik, boneka pemimpin dari luar parti, pimpinan jemaah dalam jemaah, pengikut arus popular, orang sayang PAS tapi bodoh pendekatan dan anak muda yang ketergesa-gesaan nak menang harus ditangani dengan baik. Abdullah Karim seumpama seekor semut merah yang cuba mengingat dengan kaedah gangguan. Nak pijak tak berbaloi. Beri gula, pergilah ia(dah pergi dan bersedap-sedapan pun).

Kepada kaum PAS Reform, berkokok dalam blog tanpa mendaftar diri sebagai ahli PAS dan pengundi tidak cukup. Kalian bagaikan melalak dinding. Akhirnya penat dengan kebodohan diri. Jadi ahli PAS, aktif di cawangan dan bahagian. Hadirkan diri kalian sebagai perwakilan bahagian, lakukan perubahan dalam muktamar. Tanpa kalian dalam struktur parti, bagaimana perubahan nak dilakukan. Jangan gunakan kaedah rampasan kuasa dengan menjatuhkan pimpinan tertentu secara umum kerana akibatnya imej buruk terpalit pada PAS.

Nak perubahan, jangan memilih kaedah perpecahan parti dan menghina pimpinan. Nak menghukum pimpinan, guna kaedah paling bersopan melalui saluran parti. Nak turunkan pimpinan, turunkan melalui muktamar dengan kesabaran menunggu. Dan berbaik sangkalah dengan pimpinan.

Bacalah kisah al-Imam asy-Syahid Hasan al-Banna yang mengingatkan kepada seluruh anggota Al-Ikhwan apabila beliau berkata:

“Saya tidak bimbangkan keadaan kamu dan ancaman musuh- musuh Islam, tetapi apa yang saya bimbangkan ialah diri kamu sendiri. Saya tidak takutkan ancaman orang orang Inggeris terhadap kamu, atau orang Amerika atau Rusia atau lainnya. Yang saya takutkan ialah kamu melakukan dua perkara:

(a) Kamu mengenepikan Allah, lalu Allah mengenepikan kamu;

(b) Kamu berpecah belah sesama sendiri, maka kamu tidak akan berguna lagi

Betullah ucapan Imam Hassan al banna, inilah yang berlaku dalam PAS sekarang.... Bukan UMNO dan BN yang jadi masalah tetapi pimpinan dan simpatis PAS sendiri menjadi masalah. Mereka yang dikatakan nak menyelesaikan masalah adalah masalah. Malangnya nasib dan sebegitu besarnya dugaan pimpinan PAS pada hari.

Biasalah krisis yang besar untuk pimpinan yang hebat. Keupayaan TGHH dan TGNA akan teruji dalam menghadapi krisis ini. Doa, ketenangan, kesabaran, baik sangka dan usaha mereka, InsyaAllah akan dipermudahkan oleh Allah. Mungkin TG Fadzil Noor diingati orang akan kebolehannya, insya Allah, orang akan mengingati jua jasa dan kebolehan TGHH dan TGNA dalam menghadapi dugaan berbeda.

Ingatlah sahabat PAS terutamanya Pak Husseyn, Pak Tulang Besi, GB, Pak Bakaq, Adik Z, dan sesiapa yang bergelar blogger. Berhati-hati mengkritik kerana kalian ahli PAS. Kepada AT dan blogger simpatis PAS, kalian umpama langau jika kritik tapi tak menyertai PAS. Kerana kalian nak PAS berubah, perlulah sertai PAS...jangan memandirkan diri sahaja.


Oleh WAN Ziarahsufi
(Dari rekahan Jalan B, Rantau Perintis Bandar Jengka)

Artikel Berkaitan: Surat Terbuka Buat PAS Reform

14 comments:

sb dehlawi said...

inilah wajah sebenar puak2 penjilat2 UG yang kerjanya hanya timbulkan provokasi supaya pas berpecah

Ali Zaidan said...

Sapa yang mula2 timbulkan sb kalau bukan pas recond? Siapa yg mula2 hina pemimpin dan provok ahli yg lain kalau bukan pas recond?

As Syahid Furqan Dogan said...

yer..saya sokong ali zaidan..MENDOKONG KEPIMPINAN ULAMA'..

malikstaffa said...

"Mursyidul Aam: TG Ahmad Awang

Presiden: Dato Husam Musa
Timbalan Presiden: YB IR Khalid Samad
Naib Presiden: DS Nizar
Naib Presiden: YB Dr Dzukifli
Naib Presiden: YB Ir Saari Sungip

AJK
Dr Hatta
Dr Hamzah
Dr Mariah
Dr Mujahid
Ustaz Zolkarnain
Ir Izham
Dato Mahfuz
YB Salahuddin
Hanipa Maidin
Ustaz Wan Ji

Ketua Pemuda: Abdullah Karim
Ketua Muslimat: Dr Lo loq

Mungkin itu yang diingini oleh kaum PAS Reform. Tidak salah keinginan kaum PAS Reform. Aku sebagai orang muda nak juga berkepimpinan orang bertaqwa seperti diatas. Cuma aku nak kaum ulama semua berkumpul dalam MSU dan AJK Pusat ditadbir oleh golongan profesional. Dan perubahan yang aku ingini tidak sampai menghancurkan PAS, nak memecah belah parti dan menghina ulama dan pimpinan PAS. Tolong ikut prosedur. Aku tunggu muktamar.."

ingatlah, perkataan2 tidak boleh dibuat main-main.

ia menjadi doa kemudiannya.

justeru bila menjadi doa, mungkin saja ia dimakbulkan Allah.

jgn salahkan orang lain bila ia benar2 nanti jadi kenyataan.

Ali Zaidan said...

Tak ada masalah. Kan Wan Ziarahsufi dah sebut "Aku sebagai orang muda nak juga berkepimpinan orang bertaqwa seperti diatas".

Yg penting ikut prosedur, ikut muktamar. Kalau muktamar kata Tulang Besi tu jadi presiden, aku wala'.

Tapi kalau perangai huduh, takdak disiplin, langgar keputusan JK, tak hormat keputusan autoriti, bajet otak sendiri paling bagus, hang ingat perwakilan nak undi???

malikstaffa said...

perwakilan dah undi dulu, yg mengundi mahukan Ust Nasya kurang 50% dari perwakilan. ia kerana kewujudan dua calon lain. jika hanya husam sudah pasti nasya tewas.

hadi sehari sebelum pencalonan buat sidang media dari rumahnya, kata isu UG ditutup. maka kawasan2 pun percaya kata2nya. berikan perncalonan sebulat suara. tetapi bila menang, di hari muktamar apabila ditanya wartawan, tiba2 muncul semula UG, beberapa hari sebelum ini siap kata umno dah alami anjakan paradigma.

apa yg takdak disiplin, langgar keputusan JK? tak hormat keputusan autoriti?

yang takdak disiplin golongan kamu-kamu pro-muqabalah, berbulan muktamar siap buat blog anti-husam.

kamu2 dari terengganu takdak disiplin, para cendekiawan kamu maki sampai kata tak nak tengok muka.

kamu2 dari terengganu takdak disiplin, menolak krtikan dan teguran untuk kebaikan parti konon di atas nama tak ikut saluran, sedangkan saluran ditutup dengan alasan takdak merit.

kamu2 dari terengganu memaki dan mencaci, tgk sendiri ayat dan perkataan ali-zaidan di sini.

menggunakan istilah-istilah jelik seperti beruk dan seumpamanya.

Ali Zaidan said...

1. Tu hanya andaian. Aku pun boleh kata undi Mat Sabu akan pergi kpd Nasha. Masa 52% pengundi tak turun masa BN boikot satu PRK di PP, pasal apa kau tak kata kemenangan PKR tak patut diiktiraf sebab 52% yg xturun tu boikot ikut BN?

2. Dia mengatakan idea UG tu baik. Memang baik pun. Bukan dia nak kata UG ni tetap akan diteruskan. Kau ni sah tak pergi muktamar. Tapi masih percaya kepada Utusan. Utusan kena bantai dengan penyokong Presiden dlm isu ni. Pelik kau ni, sumber musuh pulak kau nak pakai??

3. Apa yang langgar? Keputusan kuburkan idea UG tu bulan berapa?? Keputusan suruh tamatkan isu UG tu bulan berapa? Tapi kau yg duk hu ha hu ha isu UG sampai sekarang hormat keputusan JK kah? Padahal JK kata jgn timbulkan lagi?

4. Mmg aku pro muqabalah. TGNA sendiri yg suruh gantikan kepada muqabalah. Blog Anti-Husam aku tak tau. Jangan buat fitnah.

5. Jadah hapa pulak terengganu? Aku orang Selangor. Bila masa ada pemimpin kata tak nak tengok muka Aziz bari? Kau baca betul tak apa dia kata? Kau pergi melewar tak hari tu?

6. Mmg takdak merit. Kalau hearsey camana nak terima. Kalau hal yg dah selesai, kau pegi mengadu lagi mmg la kena reject. Bila aku tak nak terima teguran? Masa Hasan Ali kutuk Selcat dlm media sikit punya hangin korang. Bila puak korang masuk media kritik parti takpa pulak. Hipokrit!

7. Mana aku maki? Allah kata celakalah kedua tangan Abu Lahab. Kalau korang pun perangai lebih kurang sama Abu Lahab, mmg aku kata celaka jugak.

8. Time bila pulak aku panggil orang beruk? Kau nak aku panggil kau beruk ke yang kau tuduh lebih kurang ni?

wajwaj said...

"Mana aku maki? Allah kata celakalah kedua tangan Abu Lahab. Kalau korang pun perangai lebih kurang sama Abu Lahab, mmg aku kata celaka jugak."

Isy, kamu bukan Allah untuk mencelakakan org. Hanya Allah berhak untuk melakukan apa yang Dia mahu. Manusia tidak mengetahui dan mengenal hakikat, sedangkan ilmu Allah meliputi semua.

"Dia tidak ditanya tentang apa yang diperbuat-Nya, dan manusialah yang akan ditanyai (apa yg ia perbuat)" (Al-Anbiya': 23).

Ali Zaidan said...

La, sapa cakap aku Allah? Nauzubillah. Kau ni tulis macam ingat aku ni orang tak dak iman.

Utk pengetahuan kau, kita dibenarkan utk mengatakan 'celaka kamu' atas dasar teguran. Ni kau kena bukak Kitab Al adab dlm Sahih Bukhari. Ha, kau nak kata Imam Bukhari pun nak jadi Allah jugak?

Sebab tu syeikh, kau tgk TGNA pun kadang2 ada ppakai ayat 'celaka' jugak. Bukan bermakna TGNA berlagak sbg Tuhan ke apa. Dak. Tapi sbg satu kaedah menegur.

Kau ni ambil ayat Quran, tengoklah ulamak sikit. Anbiya' 23 tu bukanke maksudnya amalan manusia ini akan dihisab, dihakimi?.

wajwaj said...

itu menunjukkan kasar budimu, jelek peragaimu dan dangkal pemikiranmu.

jgn melemaparkan fitnah kepada Imam Bukhari pula seandainya anda sendiri tidak mendalaminya.

Daripada Abu Darda r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Aku memohon kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, doakanlah (kecelakaan) bagi orang-orang musyrik. Rasulullah menjawab: Sesungguhnya aku diutus bukan untuk melaknat (mengutuk), tetapi aku diutuskan untuk memberi rahmat.

Begitulah kisah peribadi Rasulullah SAW, dengan akhlak yang luhur telah memberikan contoh kepada manusia agar selalu menghindari sebarang tindakan secara melulu dan selalu sabar dalam menghadapi setiap rintangan atau masalah.

tak apalah kalau tak nak terima nasihat saya. teruskan cara kamu jika kamu merasa puas melayani syaitaniah didalam dirimu itu.

Ali Zaidan said...

Eh kau ni. Yg Nabi tak nak buat tu ialah melaknat dan mendoakan kerosakan.

Yg Dlm Kitab Al adab itu ialah mengatakan celaka atas sebab teguran. Ko bukak mukasurat 1263. Hah? Ngok lah, bila masa pulak aku lempar fitnah kpd Imam Bukhari. Dlm kitab dia sendiri ada sebut. Kau ni malas baca, tp nk tuduh2 lg.

Aku rasa kau yg tengah layan sikap syaitaniah ni. Lempar fitnah xtentu hala kt org lain.

malikstaffa said...

kalau macamtu jgn salah org yang mencelakakan kamu-kamu penyokong UG di atas nama teguran.

Ali Zaidan said...

Ni sorang lagi xprnah baca kitab. Kau dh baca belum? Tgk lah sebab apa kau nak celakakan orang. Kalau org tu laksanakan demi kebaikan agama dan negara, maka knp kau nak celakakan? Kalau org tu buat tuduhan dusta, keluarkan fitnah, maka barulah munasabah kau nk celakakan pun. Macam TGNA kata blogger2 celaka. Munasabahlah. Tp, bukan senang2 sebut, kalau xperlu sebut, jangan sebut. Tp, kalau dh degil nk mampus, mmg kena kata biar sedar diri. Aku pun ada ke pernah kata celaka kat orang? Yg selalu aku sebut, kau nk jadi blogger celaka? Tu je. Maknanya tak muktamad.

Paham? Lenkali mengaji abih dulu.

malikstaffa said...

keangkuhan menjadi-jadi