Program selama lebih satu minggu itu akan turut dihadiri oleh seramai 30 orang ulama yang lain yang telah dikenal pasti dan dijemput sendiri oleh Syeikh Yusuf dari seluruh pelusuk dunia. Nasharudin merupakan sesatunya wakil dari
Penghormatan yang diberikan kepada beliau itu akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk menimba ilmu daripada ulama terkenal di dunia itu di samping meluaskan jaringan rangkaian bersama lebih 30 ulama yang lain yang akan turut mengikuti program tersebut. “Mudah-mudahan rangkaian yang bakal terhasil nanti akan membantu kita memperkukuhkan gerakan Islam di seluruh dunia”, kata beliau.
Menurut Nasharudin, sebelum mengikuti program tersebut beliau telah dikehendaki untuk membaca lebih 10 kitab terbaru karangan Syeikh Yusuf sendiri. Program tersebut nanti akan membincangkan topik-topik yang berkaitan dengan usul fiqh dan penumpuan akan diberikan kepada bagaimana untuk melaksanakan usul fiqh dalam konteks kontemporari dengan pendekatan wasatiyah (kesederhanaan).
Menurut Nasharudin lagi, selepas berakhir program tersebut, ijazah akan diberikan kepada semua peserta untuk mempromosikan dan melangsungkan agenda yang cukup besar itu supaya kefahaman tentang Islam dapat diberikan kepada seluruh masyarakat dunia samada dikalangan orang Islam mahupun bukan Islam. Begitu juga untuk menjelaskan peranan gerakan Islam dalam menyampaikan risalah Islam dalam keadaan dunia yang sedang mencabar ini.
Ketika ditanya tentang isu kalimah Allah, Nasharudin berkata, “ saya menjangkakan akan membangkitkan beberapa isu semasa yang sedang berlaku di negara kita khasnya isu yang berkaitan dengan kalimah Allah ini kerana Syeikh Qardawi sendiri pada dua minggu lepas ketika menyampaikan khutbah di masjid beliau telah menyentuh tentang isu yang berlaku di
4 comments:
Pro Muqabalah rupanya blog nie. Ke orang yang sama ngan blog anti-husam yang dah tak update dulu.hehe..
Ya. Aku pro kepada perkara baik yg dianjur oleh Islam. Muqabalah, muzakarah, kerajaan perpaduan, lawan kezaliman, anti ISA, anti bom anak orang, lawan golongan liberalis sekularis... itu semua aku.
Aku takde kena mengena dengan anti-husam. FYI, Dato Husam ialah favourite aku utk jawatan PM jika PAS boleh menerajui Malaysia.... dengan majlis penasihatnya di kalangan ulamak. :)
Itulah penghormatan yg hanya dipunyai oleh ulamak yg sebenar. Bukan ulama wannabe atau 'ulamak mee segera'.
Harap bila Us nasha balik, dpt sumbangkan ilmu utk Islam dan Malaysia. :)
kahkahkah
ustadz nasya dipanggil qardhawi supaya ditasykil kepalanya yang dah tersumbat dengan air sirap umno.
balik ni baru ok kot
Post a Comment