Sunday, June 20, 2010

Langgar, Curang dan Bohong

Aku sebenarnya tidak pernah berminat nak bercakap pasal UG. Arahan syura mengatakan bahawa ia sudah ditutup dan selesai. Jangan dibangkit-bangkit.

Aku setuju dengan seorang pengomen. Mungkin itu punca bahawa TGHH tak mahu jawab soalan Edyes-Aduka tentang UG. Jika TGHH layan, bermakna TGHH sebagai Presiden curang dengan amanah dan keputusan. Kalau Presiden curang, apatah lagi ahli biasa dan ahli yang tak bayar yuran! Tentulah lebih mudah curang.

Apatah lagi sampai bawa kamera. Main rakam-rakam. Sotong pun boleh kenal umpan. Takkan orang yang Tuhan bagi akal tak boleh kenal!

Tapi aku naik kesian dengan edyes yang susah nak faham. Aku tolonglah..

Pertama, TGHH kata idea Ug mendapat respon positif tetapi Syed Hussein (Timb Pres PKR) kata dia dan PR tak pernah setuju. Jadi adakah TGHH bohong?

Soalan ini sebenarnya mudah dijawab kalau anda semua cerdik dan tak buruk sangka. Bila kita sebut respon positif, tak semestinya bersetuju. Kalau diam atau tak membantah pun dah masuk kategori respon poitif.

Ini diakui sendiri oleh Syed Hussein bila dia sebut:

Beliau berkata, setahunya, majlis kepimpinan Pakatan - yang turut dianggotainya - tidak pernah memberi persetujuan terhadap idea tersebut. Malah, katanya, majlis tersebut tidak pernah membincangkannya secara mendalam, walaupun beberapa bulan lalu, Abdul Hadi ada memberi penjelasan apabila ia dibangkitkan dalam mesyuarat majlis tersebut.


Jelas Syed Hussein sendiri tak pernah kata PR tak setuju. Tapi tak buat keputusan sama ada seuju atau tidak. Respon positiflah tu!

Kemudian disebut lagi:

adalah mustahil bagi PKR untuk bekerjasama dengan sebuah parti yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang disifatkan oleh Syed Husin mempunyai "watak yang meragukan".

Kenyataan Sy Hussein ini sebenarnya menunjukkan bahawa penolakan dia bnersebabkan Najib sebagai Presiden. Anda perlu lihat timeline. Sedangkan, UG hanya bila Pak Lah sebagai PM, dan bukan Najib.

Kenapa Pak Lah?

Soalan macam ni pernah ditanya oleh Greenboc kepada aku dulu.

Sebab sikap dan keadaan yang sesuai. Pak Lah ni sebenarnya tak jahat macam Mahathir nu. Nurul Izzah ada tulis bahawa Pak Lah bertanggungjawab batalkan lesen judi bola yang lulus zaman Mahathr. Datuk Zaid ada sebut bahawa Pak Lah cuba reformasikan sistem yang korup tetapi gagal sebab sokongan tidak ada.

Keadaan yang sesuai pula ialah kerana Pak Lah terdesak untuk kekalkan jawatan PM. Maka ketika itu, Pak Lah akan buka diri dia kepada apa-apa juga option. Masa itulah kita akan negotiate. Bukan main kerjasama macam itu sahaja. Adalah syarat2nya sebelum Ug boleh jalan.

Lain pula dengan najib. Najib tidak terdesak. Sikapnya juga lain. Ada bayang Mahathir. Orang macam inilah baru tak sesuai diajak berunding sebab licik. Jadi Sy Hussein betul dalam soal ini.

Bagi aku mudah saja. Kita sebenarnya nak apa? Kita nak PR menang atau kita nak Malaysia ni makmur/berkat? Apa target kita sebenarnya?

Kita jadi begini sebab target kita ialah yang pertama semata-mata. Sedangkan yang pertama hanyalah alat dari pelbagai jenis alat untuk mencapai yang kedua.

Dan bagi aku, isu Ug ni dah tak relevan nak dibincang. Benda dah setuju kena tanam. Kerja gali tulang ni kerja anjing. Bukan kerja orang.

3 comments:

Anonymous said...

salam
gua suke ayat ni

Kerja gali tulang ni kerja anjing. Bukan kerja orang.

sape anjing tu ek?

C--

kapt_shiqaqi said...

hahaha.. kerja anjing gali lobang cari tulang.. sapa pulok yg kerja tanam tulang , jwb jgn xjawab huhuhu

ps: puok2 Loncai rakam video tuh masa TGHA sedang bz adalah bertujuan utk memperlihatkan bahawa TGHA tidak mesra pelanggan. persepsi begini sudah ditanam sejak zaman berzaman lagi. nih kalu bukan mainan umnO mainan sape lagi? atau ada sipenanam Tulang yg selain umnO?

SearchForHeaven said...

hehe.. susah berhujah kalu tutup sebelah mata..
macam adukataruna tu laa...
masa debate dulu.. wa tanya lain.. jawab lain..
wa tanya apa yang tipu.. dia bilang benda lain..

bila tanya genius ke kutuk2..
dia lukis gambar orang serban kencing berdiri..

hehe...

susah... kalu tutup mata ni..

kata ramai kawan, ikut tarbiyah PAS.. tapi tak nampak pun dlm penulisan sebagai kawan kepada ustaz tarbiyah PAS.. hehe