Sunday, January 31, 2010
Surat Terbuka buat gerakan PAS REFORM
Sebenarnya surat terbuka ini adalah dari luahan fikiran yang membelenggu kebanyakan jemaah PAS yang sentiasa bergerak mendokong perjuangan Islam termasuk Kelab Penyokong PAS yang bersama-sama menyokong perjuangan ini.
Apa yang membelenggu ialah bagaimana mahu menerima idea-idea baru yang hadir dari kebanyakan individu seperti sahabat.Ana akui , jika sahabat berniat ikhlas kerana Allah , itu sudah mencukupi untuk mersama-sama gerakan islam , selebihnya hidayah adalah millik Allah.
Satu yang mengesankan jika sahabat mengaku menyokong pergerakan Islam tetapi tidak mahu terlibat di dalam jemaah,malah hendak dimasukkan sahabat ke dalam kelab penyokong adalah amat malang sekali jika seorang islam yang menyokong tetapi tidak mahu mendaftarkan diri kepada perjuangan dan turun bersama-sama jemaah.
Itu pengakuan ikhlas sahabat yang mengatakan sahabat tidak terpalit lansung dengan PAS,tetapi membawa agenda pembaharuan yang dikatakan untuk PAS.
Sahabat ,
Perjuangan islam bukanlah perjuangan yang bersenang lenang , perjuangan ini penuh hikmah dan sentiasa menghormati fitrah manusia ke arah kebaikan.
Apa reformasi didalam PAS?
Adakah dengan mencaci maki , memburukkan jemaah , menidakkan kebenaran dan mengugut musuh dengan kejahilan menyampaikan ilmu dan dakwah tanpa hikmah dianggap sebagai satu reformasi?
Tahukah sahabat , kami turun pada malam tahun baru mendekati muslim yang berpesta , bertanya khabar , berkongsi risalah dan menasihati dengan lembut , bagi kami yang berfikiran bersangka baik pada masa itu.Malahan ada diantara kami diherdik , ditahan polis , dimaki pada ketika kami ingin membuat kebaikan dan pada masa yang sama "Malaysia Reform" hanya menaip di kekunci laptop dengan ayat makian terhadap ulama dengan rasa senang hati.
Adakah itu reformasi kearah negara Islam?
Secara jujur , kami tidak tahu lansung siapa sahabat ini , dari mana ia datang kami tidak tahu.tetapi kami ingin tahu apa agenda sebenarnya?
Sahabat,
Pejuang sebenar tidak hanya melaung2 kata2 semangat di seberang sedangkan sahabat lain syahid mempertahankan perjuangan ini.Sahabat hanya mencelah di sudut-sudut keburukan yang dicipta oleh musuh untuk PAS.Banyaklagi cerita kejayaan jemaah yang sahabat sebunyikan.Sahabat hanya mengutip sisa-sisa peluru yang ditinggalkan oleh musuh untuk membunuh perjuangan ini.
Setiap orang mempunyai prinsip tetapi "Freethinker" adalah prinsip yang paling bertentangan dengan jemaah islam , ana tidak menuduh sahabat adalah freethinker tetapi fikirkanlah dengan matang.
Jika sahabat dikalangan mereka yang brutal dan sempoi tetapi mempunyai fitrah kearah perjuangan islam,kami sudahpun mendekati golongan ini.Kami bersama membentuk Alternatif Riding Club , menganjurkan malam kesenian islam , berama-sama dalam pekan frinjan8.0 ,mengadakan klinik asas phothoshop.
Di mana sahabat ketika itu?.
Kami bukanlah ingin membuat magic show dengan mengharapkan mereka berubah sekelip mata tetapi kami sebenarnya sedang menasihati diri sendiri.
Sahabat ,
Didalam perjuangan , perbezaan pendapat adalah perlu untuk menunaskan sesuatu dengan hikmah, kami ada adab berjemaah.kami mempelajari "usul isyrin", tetapi kami tetap menuntut ilmu hingga ke liang lahad.Peristiwa baru-baru ini, sahabat sendiri memilih jalan sebegitu , sahabat sendiri mencipta kemalangan.
Jika sahabat sedang membuat drama , kami tidak berminat melihat hingga episod akhir.
-------------------------------------------------------------------------------------------
"Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang benar - benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun".
-Surah Al Ahzaab:23.
"Alif, Laam, Miim. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta".
-Surah Al Ankabuut:1- 3.
"Alunan sanubari untuk yang pejuang PAS yang berdaftar"
Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid memburu syahid.
Dibuang dia berkelana dipenjara dia uzlah dibunuh syahid
Namun jiwa tetap mara menuju cita membara demi Allah dan Rasul-Nya.
Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Senang susah silih berganti
Inilah sunah orang berjuang.
Malamnya bagai rahib merintih sayu
Diiring serta air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat meluah tenaga.
Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih.
Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerana kebenaran
Antara dua pasti terjadi
Tunggulah syahid atau menang.
sekadar berkongsi.....
Petikan Nota Facebook Pemuda Pas Petaling Jaya Selatan
January 26, 2010 at 5:16am
Alhamdulillah... Blog Aduka dah tarik tulisannya yang menghina agama
Sorry, the page you were looking for in the blog AdukaTaruna does not exist.
Well, mungkin bukan dia yang tarik balik sebab blog dia tu setahu aku dah diuruskan oleh para sahabat dia selepas dia ditahan, tetapi aku yakin bahawa tanpa kebenaran dia, sahabat dia yang mengendalikan blog itu takkan memandai-mandai nak tarik artikel2 bodoh itu sesuka mereka.
Jadi aku ucapkan syabas kepada semua sahabat yang berganding bahu sejak 4 bulan lalu membantah, membantai, menegur, memaksa AT ni menarik balik artikel tersebut. Terutamanya sahabat kita Herman Samsudeen (DPPWP) yang dah highlightkan jenayah itu di blognya dan di cover oleh beberapa akhbar online termasuk Harakahdaily dan Malaysiakini. Artikel itu bukan saja mendedahkan kebobrokan dan kerosakan hati seorang muslim tetapi mencemarkan jemaah Islam yang di dokongnya.
Tapi aku masih beranggapan bahawa tarik saja tak cukup. Sebab damage dah berlaku. Aduka masih perlu memohon maaf atas perbuatan dia dan berjanji takkan ulang lagi; sama sepertimana dia pohon maaf ke atas kebiadapannya ke atas almarhum Sultan Johor.
Takkan nak tunggu report Polis dulu baru nak minta maaf kot?
"Eh Ali, kau mana ada bukti?. Dia kan dah delete artikel tu?"
"Kenapa? Hangpa ingat aku takdak screenshot dia? Ingat aku nerd ka? Heh heh"
Sapa nak tinggal kat Marikh?
Kamera yang depa pakai:
Amacam? Boleh hidup? Heh heh..
Kredit : Best 1 Of 4
Saturday, January 30, 2010
Bagaimana nak selesaikan kemelut PAS Selangor?
Pergh.. Soalan aku, inikah akhlak orang yang sayangkan parti??
Aku marah Khalid Samad bila dia tak amanah, aku marah bila Khalid Samad mengkritik enakmen agama selangor (ttg kalimah), aku marah bila Khalid Samad pertahankan hak orang Kristian tapi keresahan orang Islam macam dia tak ambil peduli. Tapi sesekali aku tak pernah panggil Khalid ni binatang. Aku tetap berharap dan berdoa dia berubah.
Bagi aku, keputusan JK Disiplin ni tetap akan dipertikaikan. Sebab apa? Sebab depa ni bagi aku dah hilang hormat kepada pemimpin. Hilang thiqah pada jemaah. Kemudian menjadi duri dalam perjuangan (Us Nik Abduh kata 'kemucup'). Bagi aku depa ni lagi bahaya dari UMNO.
So, jangan pedulikan sangat la depa2 ni. Mengaku je pejuang, pecinta Islam, tapi akhlak lebih kurang UMNO..
Ok, so camana geng nak selesaikan masalah PAS Selangor.
Serius aku cakap, walaupun aku tak de masalah sepanjang aku bekerja dan terlibat dengan PAS Selangor (walaupun aku bukan ahli rasmi), tapi demi perjuangan dan kesucian dasar ini terjaga, Dr Hasan perlu ditukarkan dengan pemimpin lain.
Berat beb. Aku memang suka Dr Hasan (walaupun aku tak setuju dengan beberapa cara dia spt cara dia tegur SELCAT), kepimpinan dia dan kewibawaan dia memimpin sehingga YDP2 kawasan bersama dia (mungkin Khalid je la yang tak), tapi bagi aku, Dr Hasan perlu dikorbankan.
Korban bukan apa, bukan diganti dengan Khalid samad (tu memang lagi huru hara la PAS selangor), tapi digantikan dengan pemimpin PAS yang boleh menyenangkan puak-puak hati busuk dan puak puak hati baik. Siapa?
Saari Sungib? Tak. Aku ada jugak berbual dengan dia. Tengok cara dia bekerja. Ketrampilan,ilmu dan kredibiliti dia ok. Tapi berdasarkan sejarah dia dalam PAS, dia kurang sesuai.
So sapa?
Kalau korang orang PAS, dan korang tanya aku sapa dia, aku cekik batang tengkuk korang. Haha
Tapi tu cuma cadangan aku. terpulang kepada Tuan Guru Presiden nak buat macammana? Kalau tak ditukarkan pun, aku tiada masalah. Aku tetap redha dan teguh dalam perjuangan ini. No hal.
Lagipun, kalau kewibawaan Tuan Ibrahim pun dihina begitu rupa, apatah lagi pemimpin di atas ini. Kalau tak sampai kehendak depa, bunga orkid pun depa nampak macam tahi anjing.
Tak gitu??
Jawab...jawab...
Apakah rahsia PAS yang didedahkan Khalid samad?
Aku pun sebenarnya tak berapa jelas, sebab dalam Harakah or Malaysiakini, Tuan Ibrahim tak bagitau pulak apa rahsia tu. Yang si Al-Bakistani ni pulak duk main bajet rahsia tu adalah tentang "Kroni UMNO taja muktamar PAS". Ntah betul ntah tidak tak tau la. Dia ni pun bukan pergi dedahkan siapa sumber yg bagitau dia tu. His source can be mak cik kantin for all I know.
So apa perkara sulit yang si Khalid ni dedahkan?
Ahh.. kalau korang nak tau betul2, konfem 100%, korang kena buat demo la depan rumah Tuan Ibrahim. Paksa dia bagitau. Haha..
Tapi bagi aku, satu rahsia mesyuarat PAS ada di dedahkan oleh Khalid sendiri dalam blog dia. Ya BLOG DIA. Walaupun aku kurang pasti sama ada inikah 'perkara yang sulit (mesyuarat PAS negeri)' seperti yg dibagitau oleh Tuan Ibrahim.
Kalau nak tahu apa yg Khalid dedahkan, hampa klik sini.
Amacam? Terang-terang kan Khalid dedahkan isi mesyuarat tu kat umum? Apa ke faedah la jang kau pergi dedahkan benda tu kat blog kau? Kenapa kau tak dedahkan sekali hujah2 YDP kawasan yang ada pada petang tu? Adil ke macam tu???
Ambik obat..
Khalid digantung jawatan, Hassan Ali diberi amaran
KUALA LUMPUR, 29 Jan: Jawatankuasa disiplin PAS memutuskan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad digantung enam bulan dari jawatan dalam Parti manakala Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali diberi amaran bertulis berkuat kuasa hari ini.
Kedua dua mereka didapati bersalah di bawah fasal 75 Perlembagaan PAS.
Khalid digantung daripada menjadi Yang Dipertua Shah Alam dan Ahli Lajnah Politik PAS Pusat.
Komen:
Beb, aku balik2 dah nampak benda ni. Ikhlas cakap, aku takde la terkejut, sebab aku predict dua-dua kena hukum gantung. Tapi aku dah agak dah masa baca berita ni, konfem ada blog2 bodoh akan mengamuk. Al-maklum la bhai, bila keputusan tak kena dgn hati depa, hah mula la mengarut benda bodoh. Tak adil la, apa la. Tak memasal nama Us Nasha pun naik sekali. Kenkonon, Hasan tak kena hukum sebab Us Nasha ada masa tu. Laa.. apa ke bodoh sangat la.
So kepada adik-adik aku yg baru nak kenal dunia politik, meh abang bagitau apa kes depa berdua ni dibicarakan.
1. Khalid dibicarakan kerana mendedah hal mesyuarat PAS negeri. Jadi dalam soal ini, dia dibicara dalam soal amanah kepada kerahsiaan parti. Nak bagitau, tak kirala kecik dan remeh mana pun sesuatu hal tu (dlm mesyuarat), tapi bila ia adalah rahsia, kesalahan mendedahkannya tetap jadik besar.
Amanah bhai... amanah! Kalau tak sanggup pikul amanah, toksah duduk dalam mesyuarat. Pi main jejauh la..
2. Hasan ni dibicarakan dlm kes selcat. Kes selcat ni lebih kpd kerajaan negeri punya masalah. Jadi, terulang pd TSKI nak pecat dia or tak. Dan teguran Hasan Ali ni tak proper. Tapi semua orang yang pakai otak dan hati tak busuk tau kritikan Hasan tu betul. Kalau tak betul, takkan TSKI pun setuju nak perbaiki Selcat!!
Yang korang merepek pasal kes baiah itu, ia bukan rahsia pun. Dan orang dah tau sebelum dia bagitau lagi. Cuma jadi heboh bila orang UMNo popularkan isu baiah tu.
Kalau TSKI pecat Hasan ni pun, aku tarak hal punya. Kuasa dia la. Tapi ingat sikit TSKI, kau kena ganti dengan orang PAS jugak. Kang tak memasal ada orang PAS tak puas hati pulak. Aku cadangkan nama YB Dr Shafei or YB Saari Sungib. Dua-dua ni sesuai la pegang peranan EXCO Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.
So, sila paham isu sikit sblm nak bantai. Blog2 sekalian jangan jadi blog celaka pulak!!
Thursday, January 28, 2010
Avatar atasi Titanic
Dan kali kedua aku layan Avatar ni pulak disebabkan satu kawan aku ni yang nak sangat tengok, tapi takdak geng. Jadi sebagai member yang baik dan masa tu pulak takdak kerja lain nak buat, aku follow jugaklah.
Btw, aku nak menulis ni bukan sebab nak tulis review filem ni apa ke. Memang retard la kalau sekarang baru nak menulis review pasal benda ni. Putus nafsu apa..
yang aku nak bagitahu ialah, baru 2-3 hari ni, Avatar berjaya atasi Titanic sebagai the highest grossing film of all time. Kalah Titanic.
Ruj: http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_highest-grossing_films
Dan bagi aku, memandangkan Avatar ni baru sebulan lebih di pawagam, prospek utk filem ini mencecah kutipan USD2b memang ada.
Amacam geng? Ada harapan? Hah hah.
Dan sapa-sapa yang tertarik dengan teori konspirasi Illuminati-Freemason dalam filem ni boleh baca link di bawah:
http://www.sunniforum.com/forum/showthread.php?54359-Avatar-%28the-movie%29-and-its-hidden-signs-%28Illuminati%29
Hina agama dan hina Sultan..
Well, geng2 aku yang duk berkampung dalam blog dia tu tahu lah sejak bila aku mula bermukim dekat blog tu. Apa stand aku kepada isu UG, isu SELCAT dan pelbagai lagi lah. Dan ramai jugak yang aku rasa dah tau yang aku tak biasa bantai dan maki kalau setakat nak hina TGHH or Nasha. Kalau takat bantai dua orang ni, kerja aku cuma tegur dan kalau tak reti bahasa jugak nak berubah, akhirat nanti merangkak lah korang cium tapak kaki depa mintak maaf.
Tapi aku start memaki dia bila timbul isu hina Nabi, hina mazhab dan hina Muawiyah. Aku malas sembang la beb, korang usha sendiri la apa benda tulisan dia kat link-link di bawah:
http://adukataruna.blogspot.com/2009/09/wahabi-perlis.html
dan
http://adukataruna.blogspot.com/2009/09/sembang-mazhab.html
dan
http://adukataruna.blogspot.com/2009/09/aishah-ra-bangang-dalam-tajuk.html
Dan korang boleh nampak nama aku menyelit antara yang duk marah dia masa tu. Dan segelintir 'anonymous' yg juga adalah aku (sebab malas nak taip nama la).
Bagi aku dalam isu Sultan Johor ni, kalau dia buat proper punya mintak maaf, maybe sewa iklan Utusan muka depan untuk buat sincere public apology, aku rasa kes tu dah boleh settle. Tapi tu bergantung la kalau Sultan Johor sekarang maafkan. Kalau baginda kata, "there's no way I'll forgive you", maka nasib kau la Aduka nak mengadap hakim. Tapi judging drpd sikap Almarhum dan sampai ke darah anakanda dia sekarang ni, aku rasa Sultan tadak hal maafkan dia kot.
Tapi dalam isu hina isteri Nabi, hina sahabat Nabi, pertikai mazhab (dah lebih kurang sama dengan penyakit Syiah dan Wahabi ghuluw pulak aku tengok), ni masalah yang lebih besar dan utama. In fact, aku tak nampak pun mana-mana sincere public apology atau sikitpun rasa penyesalan atas tindakan dia tu. Toksah kan nak mintak maaf, artikel2 tu masih terbongkang dalam blog dia.
So, aku tertanya-tanya la, aii takkan 'mengelirukan rakyat Malaysia dlm soal monarki' kau rasa bersalah tapi 'mengelirukan rakyat Malaysia dlm soal agama' ko boleh buat takdak rasa apa-apa?
So, dalam soal ni aku respek dengan DPPWP yang pegi highlightkan kisah ni dalam blog dia. Cariklah sendiri dalam http://syukran.wordpress.com .. Malas aku nak search.
Lepas tu, pergh bang, abih bising kawan-kawan dan pensimpati Aduka ni. Konon Herman (DPPWP) tu tak prihatin dengan masalah aduka, memebsar-besarkan cerita etc. Ni kau orang carilah dalam blog Zainulfaqar, Greenboc dan kawan2 AT yg lain.
Oi geng, mamat tu hina agama, dan tak pernah reti nak tarik balik. So, atas sebab dia dah kena reman/hukum dalam isu Sultan, so kes dia hina agama, kira halal la? Undang-undang kambing laut mana korang pakai?
Kira kalau ada kes perogol dan kemudian bunuh mangsa dia, patut ke idak kita cakap, "Aii, jangan la dakwa dia kes rogol. Kesian la. Kan dia dah kena dakwa kes rogol. Takkan nak dakwa kes bunuh pulak?"..
Wei abah hang la. Masa buat kerja apa pasal tak reti nak rasa kesian kat diri sendiri. 3 artikel bang, 3 artikel bantai dan mempertahankan tindakan dia mengatakan bengong sohai kepada 2 tokoh Islam ni. Bukan 1. Maknanya bukan terlanjur atau terlepas lagi dah. Memang sengaja.
Satu lagi, toksah buat alasan bodoh la dengan mengatakan kita kena kenang jasa aduka ni pada PAS, so takyah bising2 pasal isu hina isteri Nabi ni. Wei mangkaq, kalau macam tu buat apa kita ke hulu hilir duk bantai Che Det masa dia hina Hudud, masa dia cakap Nabi tak cukur janggut pasal takdak Gillete dulu? Che Det jutaan kali la banyak jasa kat Malaysia ni drpd budak Aduka ni, so yang still bantai buat apa? Toksah jadi hipokrit la.
Kesimpulan aku mudah. bab sultan Johor tu, atas kemaafan sultan johor. Baginda kata setel, so setel la. Tapi bab hina agama ni, aku cuma boleh puas hati kalau dia buat open public apology dan tarik balik artikel2 bodoh dia tu. kalau dak, Jakim kena amik tindakan. Jangan pikir serbu disko je bang Jakim. Yang duk bantai agama sendiri kita duk biar...
Amacam?
Pendahuluan
Jadi, nak perkenalkan diri, gelaran aku ialah Ali Zaidan. Kadang-kadang aku pakai nama Kirana. Kadang2 kalau aku malas menaip aku pakai je Anonymous. Dan ada la beberapa nick lagi yg aku reka2 on the spot. Tapi 2 nick ni la selalu aku layan.
Aku dah pakai lama nick ni untuk bantai blog2 bodoh dan tak seimbang. As well as blog2 yg bajet bagus tapi hati penuh busuk (yg aku nampak la. betul punya tu Tuan blog dan kalian la kena pikir). Selalu nick ni ada la (carik la sendiri kalau ada pun) dalam blog2 macam Tulang Besi, Greenboc, AdukaTaruna, Xenan (ke aku pakai nick lain dlm blog dia ni?), Perisik rakyat, dan pelbagai lagi yang aku malas nak hingat.
So masa aku bantai membantai sesama kawan-kawan aku ni, ada la yg duk cabar aku bukak blog sendiri. Ye la, duk bantai orang, blog sendiri tak bukak? Pergh, pedih gak tu bang. Tapi macam aku cakap la, aku ni joiner, bukan starter. Yang kuat bergaduh tapi carik gaduh tu bukan aku la. Lagipun ada keje dan famili. Sendiri mau ingat la. Kau orang marah aku, tarak hal punya. Bini aku marah aku? Tido dalam kete bang!
Tapi lama2 aku duk pikir jugak la, sementelah lagi kawan kita yg sorang tu (Aduka Taruna) dah merasa lokap (tangan lepas punya kes), kalau dia sanggup sampai ke tahap tu (sanggup ke tersanggup?), then apa yg aku duk saja2 lagi?.
Pergh, maka hidup aku sbg blogger pun start la..
Tunggu...