Masalah-masalah PR PRK Hulu Selangor :
1. Masalah Dr Halili
Ini ialah masalah utama yang 'melumpuhkan jentera PKR' di Hulu Selangor. Dr Halili orang penting dan beliau ialah orang yang merancang pergerakan dan strategi PKR di sana. Hilangnya Dr Halili menyebabkan jentera PKR berterabur dan mula ada unsur2 sabotaj oleh penyokong Dr Halili yang masih wujud dalam PKR.
Namun aku ucapkan tahniah kepada PAS terutamanya PAS Kedah yang pantas mengambil alih UPU yang ditinggalkan dan membuat perancangan semula. Tindakan pantas ini berjaya mengekang pengaruh BN dan membolehkan jentera PKR yang lumpuh kembali tersusun pada saat-saat akhir.
Yang bestnya PAS Kedah ialah, depa cukup rajin usung tokoh negeri mereka apabila ada program. Boleh kata semua penceramah orang Kedah. Jadi tak kacau PAS negeri lain. Cara mereka bekerja cukup profesional. PAS Selangor perlu belajar juga dengan mereka.
Syabas!
2. Isu Felda
Ini kawasan paling hitam dan paling menyusahkan hidup. Undi kawasan ini lah yang sebenarnya memenangkan BN walaupun pemimpin utama mereka jarang sangat jejak kaki ke kawasan ini.
Kalau tak silap aku, selain PAS Terengganu, PAS Pahang juga cover kawasan Felda. Harap-harap, tak adalah yang guna alasan ini bantai TGHH dan Us Tuan Ibrahim. UG lagi.. Bunga2 dah nampak dah!
Masalah pengundi di kawasan ini ialah mereka ni ramai yang tak cerdik. Maaflah aku cakap kasar. Tapi aku dah tak reti nak pakai perkataan apa. Ha, 'tak tahu apa-apa' lah senang.
Buktinya, ada antara pengundi yang ditemui, ditanya nak undi apa? Dia boleh jawab, nak undi Kapal Layar.
Zaman bila pulak Kapal Layar ni?
Lepas tu, ada jugak yang masih ingat negeri Selangor ini 'Kapal Layar' yang memerintah. Ahh, jangan gelak weh!
Serius cakap, lagi senang jaga kawasan orang Asli dari jaga Felda.
Jadi macammana? Kalau level ilmu pengetahuan dah sampai tahap itu, agak2 fahamkah mereka kalau kita sebut APCO? Tahukah mereka bila kita sebut nama Zaid Ibrahim? Retikah mereka bila kita sebut Scorpene?
Padan muka Pas Terengganu dapat kawasan macam tu. Haha.. :p
3. Kuat Bernostalgia
Ni aku panggil golongan sentimental. Macam penyokong Liverpool la. Sentimental. Hidup dalam sejarah. Dah tertonggeng dalam EPL pun, ada lagi duk main buka cerita jadi juara tahun 1990 dulu. Aii.. wake up la Liverfool.
Macam tu la orang Melayu Hulu Bernam. Sentimental. Semua penyokong Liverpool agaknya. Cubalah sokong Arsenal. Baru berjiwa muda. Sebab itu sampai hari ini, umur aku stay 14. Tak naik-naik. Jiwa muda! Hah hah..
Ini dimanipulasi sepenuhnya jentera BN. Sebab itu di sesetengah kawasan, banyak kain rentang yang naik ialah gambar Tun Razak. Ada la kata-kata lebih kurang macam "Hutang budi di bawa mati".
Macam Tun Razak pulak yang bertanding!
Terus terang cakap aku tak ada idea kalau pengundi sebut, "Takkan pak cik nak undi lain?. Kapal Layar dah banyak tolong pak cik. Kalau takdak kapal layar, tak dapat pak cik rumah macam ni."
Orang macam ni, kalau sembang pasal BN sebat komisen kapal selam pun bukan dia ambil peduli.
4. Kuasa Wang
Ini juga ialah masalah utama pengundi Melayu. Kadang-kadang dapat basikal pun boleh boleh berubah undi. Adalah seorang pengundi tu yang mula-mula dah berjanji sakan sokong PR, tup2 boleh pulak naik bendera BN.
Aku tak retilah sama ada nak ketawa sebab 'murah' sungguh harga diri atau nak marah sebab 'murah' sungguh harga diri.
Yang gila punya rasuah ialah bilamana Najib sendiri turun mengumumkan pembayaran RM 50k kepada peneroka (RM 1k tunai dan RM49k draf bank) . Tak haru perayu undi macam tu? Sembanglah APCO ke, ekonomi ke, Scorpene ke, Israel ke, Altantuya ke... tak jalan bang.
Yang penting RM50 k.
Tu tak kira rasuah untuk pengundi Cina lagi. Aku rasa itu juga punca kenapa kawasan Cina gagal capai sasaran 85%. Dapat dalam 70% sahaja. Boleh jadi rasuah saat akhir yang diumum Najib.
5. Masalah media.
Kat Hulu Bernam, internet memang macam siput sedut la. Kebergantungan informasi tergantung hampir sepenuhnya kepada Utusan Malaysia and the geng dan TV.
Bila ada PRK kat sini, baru aku sedar bahawa bohong sangatlah Selangor Maju 2005. Maju apabenda kalau sesetengah tempat tu (tak adalah hulu mana pun), Maxis tak ada bar. Toksah nak tanyalah pasal broadband atau P1 Wimax. Aku sunat korang nanti.
Jadi apa sangat yang boleh diharap kepada jentera PAS yang ada masa 8 hari untuk betulkan balik minda 53 tahun yang dibetuk 'Kapal Layar'.
Aku puji usaha keras terutamanya PAS Terengganu yang hantar cukup ramai tenaga tambahan. Kurang-kurang dapat secure dalam 35% undi.
6. Isu 'Encik Kamal'
Ini agak kelakarlah. Tahukah anda bahawa ada pengundi yang ingat 'Kamal' calon BN ni Melayu. Hahaha..
Nanti korang tanya, takkan gelap macam tu pun orang ingat Melayu?.
Alamak bang, abang pernah dengar nama Zambry Abdul Kadir? Putih tak dia bang? Ke dia model Fair n Lovely bang?
Lepas tu dalam banner pulak, siap ada tulisan jawi. Lagilah nampak 'Kemelayuan' Encik Kamal. Yang ini kena bagi kredit dekat Muhyiddin. Pandai.
Aku fikir, kalau orang macam ni sedar Encik Kamal tu India, fikir dua kali jugak.
7. Isu Ketuanan Melayu
Ini aku nak rayu sikit kepada pemimpin-pemimpin PAS dan PKR. Terutamanya pemimpin yang kuat nafsu nak menang cepat. Tolong jaga sensitiviti pengundi Melayu.
Contohlah aku bagi, isu Kalimah Allah. Isu ini ada impak. Melayu ni ramai orang kampung. Ilmu takat mengaji maghrib kat surau. Tu pun kalau rajin. Kalau malas, maghrib kat rumah kemudian tengok Ninja Warriors kat TV9.
Jadi jangan layan mereka macam kita layan Yusuf Qardhawi. Songsang Fiqh Muazanah macam tu. Kena ingat, depa tak reti bab ikhtilaf ni. Depa tak reti bahawa ada fleksibiliti dalam Fiqh. Kadang-kadang sensitiviti mereka mengatasi kefahaman mereka.
Jadi layan mereka dengan baik. Jangan terlalu menonjol menyokong kehendak non muslim bila ada isu yang menyentuh sensitiviti umat walaupun hukum merestui. Begitu juga bila ada isu tentang Melayu. Sama. Jaga sensitiviti. Tak guna dapat full undi Cina tapi undi Melayu kosong.
Kena adil dan dilihat adil. Jangan bila ada isu bukan Melayu, cepat kita bertindak. Bila ada isu Melayu, kita perlahan dan UMNO pintas.
Tapi tahniah Khalid Samad, antara pemimpin yang rajin turun berkempen.
8. SPR
Yang ini korang boleh google lah kot. Banyak sangat blog cerita benda sama. Pengundi hantu, pemindahan pengundi, barong panas.. Urgh, muak pulak korang kalau aku cerita.
Penutup
Ini ialah 8 masalah yang melanda kem PAS di Hulu Bernam. Ada lagi no 9. Ini pasal 'orang PAS' yang jadi talibarut. Duk kerja caci pemimpin. Ni tak boleh cerita lebih, tapi siap dia nanti!
Harap pimpinan boleh ambil perhatian 8 isu ini. Kepada golongan so-called 'Ustaz' yang banyak cakap tapi kerja tak berapa nak buat, tolong berhenti bangkitkan isu UG atau Us Nasha atau 'Geng Ganu' untuk dikambinghitamkan.
Lebih baik bagi penyelesaian kepada 8 masalah ini. Kalau tak, baik tutup komputer dan main guli. Guli aku sponsor. Serius. Nak berapa kotak?
Tetapi aku ucap tahniah. Walaupun kalah, PR sebenarnya menang 2 DUN dan mengalami kenaikan undi dari tahun 2008. Ia mengingatkan aku dengan kisah PRK Ijok.
Ingat, kalau menang, menang. Kalau kalah, menang. Tak ada kalah dalam perjuangan Islam.
Orang PAS mesti faham maksud ini. :)
Kepada jiwa-jiwa yang masih kecewa, mari kita berdoa sepertmana yang diajar oleh Tuan Guru Harun Din:
Rabbana Afrigh 'Alayna Sobron Watawaffanaa Muslimeen
Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kesabaran dan matikanlah kami sebagai Muslim.
Ameen