Sunday, February 28, 2010
Pilihlah Menjadi 'Umar', Jangan pilih menjadi 'Badwi'
Yang menghairankan saya ialah, kebanyakkan yang "tidak puas hati itu" mereka-mereka yang sering bercakap soal Tarbiyyah dan adab berorganisasi. Rupanya memang sukar nak laksanakan tuntutan berorganisasi berbanding bercakap mengenainya. Kebanyakkan mereka memang kaki cakap, pembentang kertas diseminar dan pimpinan parti. Kasihan kepada peserta seminar yang dipanggil datang dari jauh. Meninggalkan urusan harian dan keluarga, semata-mata mahu datang keseminar mendengar pembentang "berbohong" kepada mereka. Dalam seminar peserta diajar oleh pembentang mengenai wala', sikap berjamaah, sami'na wa atho'na, adab-adab berorganisasi, redha dengan keputusan jamaah dan singgkirkan kepentingan diri demi jamaah dan macam-macam lagi. Namun hakikatnya pembentang sendiri tak faham pun mengenai "adab berjamaah".
Yang paling meloyakan tekak ialah setiap kali mereka mengkritik pimpinan secara terbuka, mereka akan selalu mengaitkan kesah "Saidina Umar dan Badwi". Tujuannya untuk membenarkan tindakan mereka yang membelasah pimpinan dikhalayak ramai. Antara akhlak Umar dan Badwi dipilih oleh mereka untuk meniru akhlak "ARAB BADWI". Walhal mereka pimpinan,educated,Doktuurah, dan Profesionalis....takkan mereka gagal mengesan "syahid" kesah tersebut?. atau buat-buat tak faham?. Untuk menghalalkan tindakan tidak beradab itu, mereka tegaskan; kalau dulu Badwi menegur dengan mata pedang, maka sekarang saya menegur dengan "blog". Di sini bukan soal "alat" menegur. Tapi soal "adab menegur". Badwi tetap badwi walau dengan alat apa sekalipun ia menegur.
Sebelum Badan Displin Pas yang dipengerusikan oleh Dato' Tuan Ibrahim mengistiharkan keputusannya, semua orang ada harapan sendiri. Saya pun ada harapan sendiri dan mengharapkan keputusan yang diambil sama dengan apa yang saya harapkan. Namun apabila keputusan sudah diputuskan, kita hendaklah akur dengan keputusan jamaah. Dato' Tuan hanya pengerusi Badan, manakala Badan Displin tersebut dilembagakan dalam Parti. Pemilihan anggota dan pengerusinya dibuat oleh parti. Lalu apa bezanya menghentam Dato' Tuan dengan menghentam Parti?.
Rasulullah saw bersabda: "Apabila pemimpin dikalangan kamu orang-orang yang mulia di kalangan kamu, apabila orang-orang kaya dikalangan kamu adalah orang-orang yang dermawan, dan apabila urusan dikalangan kamu "dimusyawarahkan" dikalangan kamu, maka belakang bumi ( hidup) adalah lebih baik bagi kamu daripada perut bumi ( mati)."
Ada orang bertindak melanggar adab-adab berjamaah kerana ia memang jahil mengenainya, ada yang dirasuk oleh orang lain dan ada yang memang mempunyai team dan agenda sendiri?. Jarang ada orang yang sayangkan parti dan jamaah menghentam pimpinan dan parti sendiri dikhalayak umum. Dimana mereka?
Ustaz Mokhtar Senik
Friday, February 26, 2010
Tulang Besi sayang Ali Zaidan
Pertama sekali, aku nak ajak korang semua baca dahulu artikel tersebut, dan korang baca jugak satu lagi artikel lain dalam blog murahan itu bertajuk: Agenda Perpaduan Adalah Agenda SIngapura. Kemudian, tolong baca komen2 aku yang lain. Sebab apa? sebab TB ni tak berani komen pun sebahagian hujah2 aku. Kira ambil sekerat mana boleh pancung saja.
So izinkan aku bantai dia melalui hujah point (Ala2 TGNA dan Che det beb)
1. Sampai sekarang hujah aku bahawa teori "UG ialah idea Singapura" tak mampu dijawab TB dengan memberikan bukti2 solid. Langsung tak ada melainkan mengaitkan "A perompak. Sebab A kenal B, yang B kenal C, yang C kenal D maka D pun perompak sama". Kalau jadi perawi hadis, dah tentu jatuh perawi mungkar!
2. TB kata aku tak bawa sebarang bukti tentang 'fitnah yang dia bawa'. Ini ialah pembohongan yang nyata. Dalam komen tersebut jelas aku memberikan bahawa artikel dia sendiri iaitu Agenda Perpaduan Adalah Agenda SIngapura ialah satu bentuk fitnah atau tuduhan dusta. Semua orang tahu bahawa ini ialah fitnah dan TB tak bawa apa2 bukti yg mmbenarkan teori dia melainkan andaian bodoh semata-mata.
Ada pulak buktinya "pergi kat KMU.net". Weh, KMU.net ni sumber musuh. Anti Khairy. Kalau mereka boleh menuduh macam2 Anwar dan kau tak percaya, mengapa dalam hal Khairy pulak kau boleh percaya?. Nyata kau (TB) sendiri mengamalkan 'pendakwaan terpilih'!!
Bagi aku KMU tu sampah. Aku tak makan sampah. Kau makan sampah ke TB?
Adalah sangat bodoh mengatakan idea UG ni dr Singapura hanya dengan alasan sebegitu. Sama dengan tindakan juak Umno kata anwar agen Yahudi sebab dia kenal wolfowitz dan wolfowitz tu Yahudi yg rancang perang Iraq. hah, yang ni kenapa tak suruh aku pergi KMU.net jugak sebagai bukti anwar agen Yahudi?? Bengap betulla TB ni. Ni ke kualiti yg boleh jadi CEO??
3. TB kata aku tak tahu maksud 'fitnah'. Ini juga ialah tuduhan yang dusta!. aku dah bagitahu dia dalam ruangan komen bahawa:
Haha... abih, fitnah kau ni fitnah yang mana? Fitnah apa yang kau nak katakan masa kau post tu? Masa Sebatang Kara sebut jangan bangkitkan fitnah, maksud 'fitnah' yg dia sebut tu dh diketahui umum; tuduhan dusta.
Yang kau pergi merepek kepada makna fitnah yg lain tu kenapa? Aku pun tau, ada kalimah fitnah yg membawa maksud 'cubaan'. Tapi fitnah yg dimaksudkan Sebatang kara ni macam tu ke?
Kemudian kau respon dgn mengatakan fitnah ni kita kena bangunkan. Dah tentu maksud fitnah yg kau sebut tu sama dgn yg sebatrang kara sebut. Melainkan kau ni bodoh tolol tak paham hujah orang.
Nabi sebut jangan bangkitkan. Tapi kau suruh bangkit. Ya, fitnah kita kena perangi. Itu yg diperangi tu fitnah yg tidur ke atau fitnah yg kau sihatkan? Ni yg aku tgh buat, perangi fitnah yg kau tengah gemukkan!!
Nah kan jelas aku dah bagitahu maksud fitnah tu apa? Macammana kau TB kata aku tak bagi? Kau buta BM ke? Macam ni nak jadi CEO???
4. TB cabar aku supaya komen fitnah seorang komentator bernama Afyan. Jawapan aku, ya aku setuju. Itu mmg fitnah. Apa buktinya Anwar cemburu dengan PAS? Tak ada. Jadi TB dan Afyan ni perangai lebih kurang saja. Walaupun bergaduh tapi sebenarnya TB dan Afyan ialah 'adik-beradik kembar!'
5. TB kata menurut suara dalaman PAS, UG ialah nak menyelamatkan Pak Lah. Siapa suara dalaman tu? Mak cik kantin? Kalau takat nak pakai 'suara dalaman', lembu betina yang tengah ragut rumput depan rumah aku pun boleh cakap. Cuba fikir, UG ni hanya terlaksana JIKA semua parti yg ada wakil dlm parlimen bersetuju bentuk kerajaan. dan syarat UG ialah kebersihan kehakiman detc. Korang ingat, dengan kehakiman yg bersih, mampukah Pak Lah bertahan dengan segala macam skandal pada dia. termasuk Oil For Food?
Memang idea Ug boleh menyelamatkan Pak lah, tapi tu bukan tujuan UG. Manfaat dan tujuan tu berbeza. Bidang pengurusan tak ajar benda ni ke TB?? Tujuan UG ialah untuk mengurangkan perbalahan politik dan menumpukan tenaga kepada pembangunan negara. Bukan nak selamatkan sapa2 tapi sebab nak selamatkan Malaysia!
TB kata aku mengamuk bila dia tulis artikel UG idea Singapura. Memang aku marah TB. Pasal apa? Pasal artikel kau ni putar belit fakta ttg idea Tuan Guru. Kau tuduh ia dari Singapura. Fitnah kepada Tuan Guru! Kalau org UMNO marah pun logiklah, sebab kau tuduh UMNO ni dibeli Singapura. Ni aku taknak campur. Tu hal depa.
Macam kalau aku kata Mahathir dan TB kuat fitnah. Mesti kau marah, mesti Mahathir marah pasal aku kata kat dua-dua. Tapi xbermakna bila kau dan Mahathir sama2 marah, kau dan Mahathir ni kawan. Kau tetap kau, seorang CEO-wannabe dan Mahathir tetap Mahathir.
6. Kemudian TB kata fitnah ini boleh jadi gempa bumi dsb. Soalannya, kita sedang cakap dalam konteks hadis tersebut! Bukan ttg nas yang lain. Soalan aku, macammana manusia nak bangkitkan gempa bumi? Ulamak berpandangan bahawa fitnah dalam hadis itu bermaksud tuduhan dusta. Dan aku telah ulang banyak kali hal ini. Tapi TB ni entah apa penyakitnya, terus mengulang2 soalan. Ada penyakit burung kenari ke TB? Nah, kalau fitnah pada hadis itu bukan bermaksud 'tuduhan dusta', maka bawakan pandangan ulamak yang menyangkalnya. Jangan bawakan artikel yang bercakap mengenai fitnah secara umum!! Apa la, ini ke nak jadi CEO??
7. TB tanya hadis tu mutawateer ke sahih. Kau ni buta kayu ke TB? Cuba kau baca komen aku dalam artikel kau ni:
Kalau dhaif sekalipun, tetap boleh dijadikan hujah. Melainkan bertentangan dgn hadis mutawatir. mazhab hanafi kata hadis dhaif ni hnya pada sanad, bukan isi dia. Isi ttp sahih. Kenapa? kau nak kata hadis ni dhaif ke??
Jadi tak timbul soal sahih atau mutawateer. Sebab kalau dhaif sekalipun, ia hanya pd sanad dan bukan isi. Melainkan kalau TB boleh menunjukkan hadis mutawateer atau sahih yg bertentangan dgn hadis ni maka lain cerita lah.
Bagi aku, hadis ini paling lemah pun berada dalam kategori hasan. Sebab digunakan oleh ramai ulamak. Dan tak pernah pula dihukum dhaif atau maudhu' oleh mana2 muhaddeeth.
Utk pengretahuan kau TB, cara pengkelasan hadis berbeza bagi setiap muhaddeth. Sebab itu, hadis jariah yang diiktiraf Imam Muslim sebagai sahih, dikelaskan sebagai dhaif oleh muhaddeeth yang lain kerana sifat hadeeth tersebut yang bersimpang siur.
Sekali lagi TB fail ilmu hadis.
8. Tapi tajuk dia aku tak boleh tahanlah. Tajuk artikel yg dituju kepada aku ni ialah Tulang Besi Hidupkan Kebenaran Yang Telah Tidur. Sebenarnya, TB sendiri tulis:
Eh, mula2 kata bangkitkan fitnah, ni nak kata bangkitkan kebenaran yag telah tidur pulak. Ni kenapa? Tulis je lah 'fitnah'. Kalau dah yakin sangat dengan komen kau yg kau pertahankan ni.
Nabi dah sebut secara jelas, "Fitnah itu sedang tidur, maka CELAKALAH bagi orang yang mengejutkannya. "
Jadi adakah TB ni blogger celaka spt yg disebut TGNA?
Bertaubatlah TB.. Allah sentiasa menerima taubat. Jangan bila dah nyawa kat paras hidung baru nak mintak maaf!
Detik Detik Kewafatan Rasulullah
Iklan kat atas ni seminit je. Tp kos dia dikatakan mncecah USD 2.5 juta. Peristiwa nih brlaku dlm Peperangan Yarmuk. Aku prnh trbaca satu riwayat dlm peristiwa ni. Dlm riwayat trsebut para sahabat sbnrnya turut sama mncari srban merah. Kisah yg korang tgk atas ni sbnrnya brlaku pd hari ke 4 Peperangan Yarmuk (Perang Yarmuk brlaku selama 6 hari). Utk kisah lbh lnjut, aku cadangkn korang baca The Sword of Allah: Khalid bin Al-Waleed, His Life and Campaigns yg ditulis oleh Allahyarham Leftenan Jeneral A.I.Ikram.
Kemudian tgk kat bawah utk tazkirah Habib Ali Al Jufri yg bertajuk "Detik Detik Kewafatan Rasulullah". Serius aku ckp, sedih.
Part 2
Suburkan Cinta!!
Thursday, February 25, 2010
"Geng Terengganu" sudah lama wujud
Aku sebenarnya tidak berminat untuk mengulas 'pertelingkahan dalaman'. Itupun sekiranya benar wujud pertelingkahan dalaman. Jika benar wujud, adakah asasnya kuat, atau sengaja diadakan bagi menjayakan agenda pihak-pihak tertentu, atau berlaku kerana sifat angkuh dan ego dalam diri. Tetapi sudah tentu setiap dakwaan, mahupun apa yang dinamakan pendedahan oleh pihak-pihak berkenaan dilapik dengan 'niat menyelamatkan parti'.
Malaysiakini melaporkan seorang penulis blog, iaitu Abdul Rahman Talib memberi ingatan agar waspada dengan 'geng Terengganu' yang dikatakan mengawal tindakan Presiden PAS. Sambil membangkitkan 'geng Terengganu' tersebut menguasai kedudukan strategik dalam kepimpinan PAS Pusat.
Mungkin apa yang dimaksudkan oleh Tulang Besi tersebut dilihat ada kebenarannya memandangkan Presiden, Setiausaha Agung, Ketua Dewan Ulama dan Timbalan Ketua Pemuda, serta Ustaz Abu Bakar Chik, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat terdiri dari orang Terengganu.
Namun, perlu diingat nama-nama tersebut kecuali Ustaz Azman Shapawi merupakan nama-nama besar dalam PAS sejak dahulu lagi. Ustaz Harun Taib memegang kerusi Ketua Dewan Ulama sudah berapa tahun? Kerusi tersebut sebelum ini dilepaskan kerana Ustaz Harun cuba bertanding Jawatan Timbalan Presiden PAS.
Dato' Mustafa Ali bergelumang dengan PAS Pusat bukan baru. Kira-kira 12 tahun lamanya Cikgu Pa memegang jawatan sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. Pernah menjadi Bendahari PAS Pusat, juga pernah memegang jawatan Naib Presiden PAS. Sebagai orang lama dalam politik, tentulah jasanya diperlukan untuk mengemudi parti sebagai SU Agung. Apatah lagi dalam situasi Pakatan Rakyat masih baru membentuk kerajaan.
Bagitu juga dengan Dato' Abu Bakar Chik. Juga pernah memegang jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat dalam tempoh yang agak lama. Sejak itu rasanya kekal dalam AJK PAS Pusat sehingga hari ini. Kepercayaan perwakilan membuktikan kemampuan beliau dalam kerja-kerja membangunkan parti. Hari ini jika dilihat pada Unit Amal, PASTI sudah tentu akan dikaitkan dengan Ustaz Abu Bakar Chik.
PAS Terengganu sebenarnya sudah lama menguasai PAS Pusat. Sebelum ini ada lagi nama seperti Dato Wan Mutalib dalam AJK PAS Pusat. Malah Muslimat PAS Terengganu juga pernah memimpin Muslimat Pusat. Tapi sebelum ini tiada siapa persoalkan PAS Terengganu memimpin dan menguasai PAS Pusat. Malah pimpinan dari Terengganu saban minggu keliling negara ketika itu bagi menjayakan program-program tarbiyyah mahupun penerangan politik bagi mengembangkan PAS.
Ketika itu, kesusahan bukan seperti sekarang. Ahli kini telah ramai, cawangan tumbuh melata. Malah kerajaan pun ada. Jika benar dan betul sungguh PAS Terengganu mahu bersekongkol dengan UMNO, nama-nama di atas tidak perlu menunjukkan minat pada masa sekarang. Cikgu Pa misalnya pernah melepaskan jawatan Timbalan Menteri kerana PAS keluar dari gabungan BN.
Berbalik kepada persoalan Geng Terengganu menguasai kedudukan strategik parti dan dilihat menguasai Presiden. Jika benar Cikgu Pa menggunakan kedudukannya dalam Harakah, kenapa sesetengah keluaran Harakah edisi cetak, langsung tiada gambar TG Presiden PAS. Rasanya persoalan ini berbangkit apabila kenyataan Cikgu Pa dalam mengulas isu 16 September tahun sudah dimuatkan dalam Harakah. Itu sahaja. Jadi, tidak relevan sama sekali tuduhan Tulang Besi tersebut.
Dalam soal siapa Setiausaha Politik TG Presiden, rasanya isu tersebut memalukan sahaja dibangkitkan Tulang Besi. Apakah itu suatu kesalahan besar dan menyebabkan Presiden PAS menjadi terkebelakang? Dr Shamsuri seorang ahli akademik. Dipilih kerana komitmen dan ilmunya. Adakah ada ahli akademik lain yang sedia bekerja dengan PAS yang tidak menjanjikan apa-apa keuntungan dunia seperti SU Politik Mohd Nor Yaakob?
Bagitu juga dalam soal Unit IT PAS Pusat. PAS Terengganu sebenarnya banyak berkorban dalam segala hal. Ingatkan dengan menyumbang orang Terengganu untuk memimpin Unit IT akan dihargai, rupanya mendapat kejian sahaja. Bolehlah Tulang Besi menghantar resume untuk mengendalikan Unit IT PAS bagi membesarkan lagi fitnah terhadap pimpinan. Alang-alang naik turun hantar laporan itu dan ini, jangan lupa hantar sekali resume.
Kesimpulan dari segala kritikan dan tohmahan yang berlegar-legar tersebut berpunca dari satu sahaja. PAS Terengganu gagal menawan Terengganu. Itu sahaja. Apabila tewas, maka dilihatlah segala perkara adalah negatif dan teruk. Cuba bandingkan dengan pimpinan di lain-lain negeri, walaupun jentera berterabur, tiada Poling Agent & Counting Agent semasa hari pembuangan undi, tetapi dengan sebab menang, maka dilihat hero dan dijulang-julang.
Tulisan ini bukan bermaksud 'mengungkit', tetapi mahu memberi faham wujudnya tangan-tangan jahat (firaun-firaun kecil?) dalam merosakkan jemaah yang mungkin muncul dari dalam dan luar. Inilah sebenarnya ujian dalam perjuangan yang perlu dilalui dengan solat dan sabar. Di sinilah dapat diuji kekuatan pimpinan, ketaatan ahli, dan keutuhan jemaah dan PR itu sendiri. Inilah harga yang mahal perlu dibayar untuk sebuah kemenangan.
Wallahua'lam.
Wednesday, February 24, 2010
Pas reform: Parasit Memusnah jemaah?
Mursyidul Aam: TG Ahmad Awang
Presiden: Dato Husam Musa
Timbalan Presiden: YB IR Khalid Samad
Naib Presiden: DS Nizar
Naib Presiden: YB Dr Dzukifli
Naib Presiden: YB Ir Saari Sungip
AJK
Dr Hatta
Dr Hamzah
Dr Mariah
Dr Mujahid
Ustaz Zolkarnain
Ir Izham
Dato Mahfuz
YB Salahuddin
Hanipa Maidin
Ustaz Wan Ji
Ketua Pemuda: Abdullah Karim
Ketua Muslimat: Dr Lo loq
Mungkin itu yang diingini oleh kaum PAS Reform. Tidak salah keinginan kaum PAS Reform. Aku sebagai orang muda nak juga berkepimpinan orang bertaqwa seperti diatas. Cuma aku nak kaum ulama semua berkumpul dalam MSU dan AJK Pusat ditadbir oleh golongan profesional. Dan perubahan yang aku ingini tidak sampai menghancurkan PAS, nak memecah belah parti dan menghina ulama dan pimpinan PAS. Tolong ikut prosedur. Aku tunggu muktamar..
Kaum PAS Reform selalu mengungkit UG, EGM, Muzakarah, bukti salah laku PJ Selangor dan Timbalan Presiden serta SUA. Sekali lagi tidak salah, kamu ada bukti silakan lapor. Dan redhailah keputusan Lembaga Disiplin atau kamu boleh berehat sementara atau mencabar kepimpinan dalam muktamar atau keluar parti. Tentang EGM dan UG, isu telah tamat. Tutup mulut, bicara dalam hati dan bermesyuarat serta tawakal kepada Allah. Besar mana sangat rasa tak puas hati YB Ir Khalid Samad dan Abdullah Karim dengan bertawakal kepada Allah?.
Eh...jangan percaya , dan dibanggangkan keputusan Lembaga Disiplin. Saya percaya ahli Lembaga Disiplin buat yang terbaik dan semampu mungkin. Penuh istikharah, tawakal dan berharap pada Allah. Biar buruk di mata manusia tapi baik pada pandangan Allah sebab keputusan dibuat dengan doa bukannya berperasaan dengki dan dendam. Jika seorang ahli keluarga, timbalan dan sahabat dari kecil mencurigai kebolehan TG Tuan Ibrahim Tuan man sebagai pengerusi Lembaga Displin, maknanya tiada gunalah beliau memegang jawatan Naib Presiden. Bila lagi TGTI nak belajar membuat keputusan besar.
TGTI adalah pimpinan pelapis PAS dan dilihat bakal Presiden PAS pada masa depan. Kritikan ke atas beliau harus ditangani dengan baik. Pengurusan konflik dalaman PAS pada masa sekarang berbeda pada era 1980 an dan 1990an. Zaman ini orang akan cabar keputusan bukannya aku taat dan aku patuh kepada keputusan jemaah. Tahun melenium ini membolehkan penyebaran idea dan maklumat dengan pantas, keegoan berilmu yang tinggi, kelicikan berpolitik, ketuhanan nafsu bermaharajalela harus dijadikan cabaran untuk TGTI sebagai pimpinan pelapis PAS. Kaum PAS REFORM yang didominasi oleh blogger, pimpinan politik licik, boneka pemimpin dari luar parti, pimpinan jemaah dalam jemaah, pengikut arus popular, orang sayang PAS tapi bodoh pendekatan dan anak muda yang ketergesa-gesaan nak menang harus ditangani dengan baik. Abdullah Karim seumpama seekor semut merah yang cuba mengingat dengan kaedah gangguan. Nak pijak tak berbaloi. Beri gula, pergilah ia(dah pergi dan bersedap-sedapan pun).
Kepada kaum PAS Reform, berkokok dalam blog tanpa mendaftar diri sebagai ahli PAS dan pengundi tidak cukup. Kalian bagaikan melalak dinding. Akhirnya penat dengan kebodohan diri. Jadi ahli PAS, aktif di cawangan dan bahagian. Hadirkan diri kalian sebagai perwakilan bahagian, lakukan perubahan dalam muktamar. Tanpa kalian dalam struktur parti, bagaimana perubahan nak dilakukan. Jangan gunakan kaedah rampasan kuasa dengan menjatuhkan pimpinan tertentu secara umum kerana akibatnya imej buruk terpalit pada PAS.
Nak perubahan, jangan memilih kaedah perpecahan parti dan menghina pimpinan. Nak menghukum pimpinan, guna kaedah paling bersopan melalui saluran parti. Nak turunkan pimpinan, turunkan melalui muktamar dengan kesabaran menunggu. Dan berbaik sangkalah dengan pimpinan.
Bacalah kisah al-Imam asy-Syahid Hasan al-Banna yang mengingatkan kepada seluruh anggota Al-Ikhwan apabila beliau berkata:
“Saya tidak bimbangkan keadaan kamu dan ancaman musuh- musuh Islam, tetapi apa yang saya bimbangkan ialah diri kamu sendiri. Saya tidak takutkan ancaman orang orang Inggeris terhadap kamu, atau orang Amerika atau Rusia atau lainnya. Yang saya takutkan ialah kamu melakukan dua perkara:
(a) Kamu mengenepikan Allah, lalu Allah mengenepikan kamu;
(b) Kamu berpecah belah sesama sendiri, maka kamu tidak akan berguna lagi
Betullah ucapan Imam Hassan al banna, inilah yang berlaku dalam PAS sekarang.... Bukan UMNO dan BN yang jadi masalah tetapi pimpinan dan simpatis PAS sendiri menjadi masalah. Mereka yang dikatakan nak menyelesaikan masalah adalah masalah. Malangnya nasib dan sebegitu besarnya dugaan pimpinan PAS pada hari.
Biasalah krisis yang besar untuk pimpinan yang hebat. Keupayaan TGHH dan TGNA akan teruji dalam menghadapi krisis ini. Doa, ketenangan, kesabaran, baik sangka dan usaha mereka, InsyaAllah akan dipermudahkan oleh Allah. Mungkin TG Fadzil Noor diingati orang akan kebolehannya, insya Allah, orang akan mengingati jua jasa dan kebolehan TGHH dan TGNA dalam menghadapi dugaan berbeda.
Ingatlah sahabat PAS terutamanya Pak Husseyn, Pak Tulang Besi, GB, Pak Bakaq, Adik Z, dan sesiapa yang bergelar blogger. Berhati-hati mengkritik kerana kalian ahli PAS. Kepada AT dan blogger simpatis PAS, kalian umpama langau jika kritik tapi tak menyertai PAS. Kerana kalian nak PAS berubah, perlulah sertai PAS...jangan memandirkan diri sahaja.
Oleh WAN Ziarahsufi
(Dari rekahan Jalan B, Rantau Perintis Bandar Jengka)
Artikel Berkaitan: Surat Terbuka Buat PAS Reform
Tuesday, February 23, 2010
Mesti Tonton: Kartun menyindir blogger bodoh!
Untuk pengetahuan semua, kartun ini berjudul South Park.Kalian boleh klik link tersebut untuk mengetahui lebih lanjut. Judul episod ini ialah Dances with Smurfs. Bagi menonton episod ini, kalian boleh klik ke link ini: http://sps13e13.blogspot.com/ . Hmm, tak taulah kenapa tak boleh post videonya dalam blog ni. Keluar gambar putih saja. Masa preview tadi dapat pulak. Codingnya dah betul. Ada sesiapa tahu caranya?
Anyway, aku mula meminati kartun ini selepas mula bosan dengan rancangan TV. Boleh kata ini adalah rancangan alternatif. Tapi aku tak menggalakkan anak-anak aku (yg masih bawah umur) dan aku berharap kawan2 yg baca artikel ini jugak dapat melarang anak2 kalian dr menonton kartun ini. Sebahagian daripada episod kartun ini sangat kritikal terhadap agama (Yahudi adalah agama yg paling banyak disindir dalam kartun ini) dan banyak menggunakan foul language.
Cuma aku amat tertarik untuk berkongsi episod ini di blog ialah kerana episod ini sangat banyak menyentuh tentang apa yang berlaku di dalam PAS pada hari ini. Episod ini digarap dengan cantik dan menggunakan watak murid Gred 4 (Setahu aku gred 4 di US berusia 9 tahun).
Dalam episod ini, satu watak antagonis bernama Eric Cartman (pembaca pengumuman pagi) telah menggunakan platfornm yg salah (pengumuman pagi) untuk mengkritik kepimpinan badan pelajar sekolah tersebut (diketuai oleh Wendy). Bandingakn dengan situasi beberapa pemimpin PAS yg menggunakan platform media utk mengkritik pimpinan yang lain.
Eric telah mempersoalkan setiap tindakan Wendy (sama seperti kebanyakan penggerak PAS reform) dan kemudiannya memberikan gelaran2 buruk kepada Wendy (perhatikan tindakan blogger GB yg menggelarkan binatang kepada tokoh2 sebahagian pemimpin PAS).
Satu plot yang aku rasa menarik ialah apabila sebahagian pelajar yang telah terpengaruh dengan Eric kemudiannya cuba memprovok Wendy dengan bertanyakan satu soalan. Wendy telah memberikan jawapan dengan jujur tetapi kemudian jawapannya dimanipulasikan oleh golongan pelajar itu untuk membenarkan tuduhan Eric Cartman.
Plot ini mengingatkan aku kepada tindakan wartawan perdana dan alternatif yang bertanyakan tentang UG kepada TGHH ketika muktamar dahulu. TGHH memberikan jawapan yang jujur tetapi dmanipulasikan oleh wartawan untuk menunjukkan bahawa TGHH tetap mahu UG dilaksanakan. Seolah-olah tuduhan blogger2 PAS reform itu benar.
Satu lagi plot yang menarik apabila Eric Cartman telah menulis buku yg menghina Wendy dan menjualnya untuk mendapatkan keuntungan. Bukunya kosong dan penuh dengan tuduhan2 untuk mengatakan Wendy seorang wanita murah. Ia mengingatkan aku kepada tindakan seorang blogger tu yang banyak menulis tetapi majoriti tulisannya menjurus kepada serangan kepada seorang individu (Dr Hasan Ali) dan seolah-olaj cuba utk membuktikan Dr Hasan aialah agen UMNo (wpun tuduhan itu hanya lebih kpd andaian seperti andaian Eric Cartman kepada Wendy). Kemudian banyak kali pulak mintak duit. Nak buat tambanglah, nak tabung guamanlah. Bolehkah dipastikan ke mana wang itu pergi nanti? Ada audit yang bersihkah? Agak2nya siapa blogger tu ya? Hahaha. Oh, aku tak kata ia sama, aku cuma kata bahawa ia mengingatkan aku kepada blogger tersebut. Entah kenapa!
Sebenarnya banyak plot dalam kartun ini yang sama dengan situasi yang di alami PAS. Ada watak yang mewakili TGHH, ada watak yg mewakili blogger2 seperti aku, batuapi, attakiri, ada watak yang mewakili blogger2 UMNO, blogger2 reform, ada watak yang mewakili Jawatankuasa Disiplin etc.
Aku rasa kalau kalian menonton episod ini, kalian akan dapat menangkap beberapa lagi plot yang mempunyai kaitan dgn situasi yang di alami PAS pada hari ini. Tapi aku juga menjangkakan beberapa pengkomen berotak lemah akan mengatakan mereka tak jumpa apa2, atau cuba spin episod ini pula. Alah, macam kata seorang pengkomen bernama Batuair, "otak ayam" - tak boleh pandang jauh.
Quote yang paling aku suka dalam episod ni ialah:
"Just because a guy's voice in the intercom and his words are in the book, doesn't means he have any idea what he's talking about"
Enjoy! =)
Monday, February 22, 2010
Attack Khalid Samad sikit...
Kalau dia nak persoalkan, maka kena mengikut saluran yang dah ada. Tak timbul soal saluran tersumbat sebab ruang dah dibagi kepada dia.
Maka bagi aku sampai la ni, Khalid masih belum memperjelaskan dan merelevankan tindakan dia membuka isi mesyuarat PAS tahun lepas.
Kenapa aku sampai melalut mengatakan Khalid mempersoalkan keputusan jawatankuasa disiplin.
Sebab Khalid dalam portal berita yang dipetik itu menyebut:
"Kejujuran akan terbukti jika hukuman kepada Datuk Dr Hasan Ali diperkukuh dan ditambah, barulah nampak kita jujur," katanya dalam sidang media di pejabatnya di Shah Alam petang ini.
Wahai Khalid, kamu ni akhlak dan tatatertib dah diletak di mana? Apakah kamu hanya akan puas hati kalau Dr Hasan ni dipecat?? Ingat Khalid, keadilan itu bukan mesti menurut perspektif kamu. Bukan mesti mengikut hawa nafsu individu!! Kamu faham tak?
Kalau kamu nak kata tindakan Dr Hasan menjejaskan Pakatan rakyat, maka kenyataan kamu sebenarnya telah menjejaskan dan merosakkan imej PAS secara keseluruhan. Kamu bukak isi mesyuarat, kamu bentangkan hujah kamu di mesyuarat itu di dalam blog kamu tetapi kamu langsung tak senaraikan hujah balas YDP2 yang lain bagaimana pulak? Bukankah itu menyebabkan sidang pembaca dan rakyat tersalah faham dan tidak menggambarkan keadaan sebenar? Bukankah itu telah menjadikan kamu tidak lebih baik daripada Utusan Malaysia??
Mana adab kamu terhadap YDP2 yang lain? Bukankah tindakan kamu mencemarkan imej YDP2 yang lain? Bukankah itu merosakkan PAS Selangor??
Yang ini bagaimana pula? Mana lebih besar? menjejaskan PR atau menjejaskan PAS? Apa guna PR kuat tapi PAS hancur lebur?
Aku betul2 harap kamu takkan dipilih lagi menjadi calon. You have crossed the lines too many times bro!
Artikel berkaitan:
YB Khalid Samad buktikan Pro-Reform Pencetus Fitnah!
Apakah rahsia PAS yang didedahkan Khalid samad?
Nasharudin Membawa Pulang Amanat Qardawi
Nasharudin berkata demikian ketika menyampaikan kuliah Maghrib di Surau Annur bagi menggantikan tempat Al-Fadhil Ust Haron Din yang pergi menunaikan umrah baru-baru ini.
Menurut Nasharudin, kitab Fiqh Al-Jihad merupakan karya terbaru Syeikh Yusuf yang belum lagi diterjemah dan masih belum dibenarkan untuk diterjemah. Beliau tidak menolak kemungkinan untuk menjadikan Surau Annur sebagai tempat untuk beliau membacakan kitab tersebut nanti.
Di dalam kuliah tersebut, Nasharudin menceritakan serba sedikit pengalaman beliau di Qatar ketika mengikuti program tersebut bersama dengan Syeikh Yusuf. Menurut Nasharudin, program selama 10 hari itu yang dihadiri oleh seramai 40 orang ulama yang dijemput sendiri oleh Syeikh Yusuf daripada seluruh dunia mempunyai jadual yang sangat ketat. Majlis bermula pada pukul 9 pagi sehingga 10 malam pada setiap hari sehingga beliau tidak berkesempatan langsung untuk melihat bandar Doha.
Menurut Nasharudin, beliau terpaksa membatalkan kesemua program politik beliau di Malaysia semata-mata untuk mengikuti majlis di Doha tersebut. Peluang untuk duduk bertalaqi ilmu bersama tokoh ilmuan dunia itu adalah sesuatu yang didambakan. Yang lebih penting menurut Nasharudin ialah bukan sahaja untuk duduk dalam halaqah ilmu bersama Syeikh Yusuf, tetapi yang lebih penting bagi beliau adalah untuk dapat merasakan bagaimana hidup bersama dengan seorang ilmuan seperti Syeikh Yusuf (bermu’ayashah).
Syeikh Yusuf Qardawi dilahirkan pada tahun 1926 di Mesir. Beliau telah dididik sendiri oleh Imam Hasan Al-Banna. Di antara guru-guru beliau adalah Syeikh Muhammad Abu Zahrah, Syeikh Sayyid Sabiq, Syeikh Abdul Qadir Audah, Syeikh Mahmud Syautub dan ramai lagi.
Syeikh Yusuf pernah dipenjarakan dua kali oleh kerajaan Mesir. Yang menariknya, ketika beliau berada di dalam penjara, beliau telah bercakap-cakap dengan rakan-rakan beliau yang turut ditahan supaya menganggap penahanan mereka dipenjara tersebut ibarat perkhemahan musim panas (summer camp) yang penginapan dan makan minumnya ditanggung oleh kerajaan Mesir.
Menurut Nasharudin, Syeikh Yusuf telah dilarang memasuki Amerika Syarikat dan United Kingdom. Sepanjang hidupnya bermacam-macam ujian, tohmahan dan fitnah yang beliau hadapi. Yang terbaru, gambar Syeikh Yusuf sedang berpeluk dengan seorang Rabai Yahudi sedang disebarkan secara meluas di Palestin, sedangkan beliaulah yang begitu keras menyeru umat Islam berjihad melawan yahudi di Palestin.
Dalam khutbah Jumaat minggu lepas, Qardawi telah tampil membuat penjelasan tentang peristiwa yang sebenarnya berlaku. Menurut Qardawi, gambar tersebut telah diulas dengan cara yang cukup tidak beramanah dan berniat jahat. Memang betul yang berpeluk dengan beliau itu adalah seorang rabai yahudi tetapi rabai yahudi daripada mazhab yang menentang penubuhan Negara Israel. Rabai itulah juga yang telah membantu beliau keluar daripada United Kingdom ketika terdapat cubaan untuk menahan beliau di sana.
Ternyata itu adalah penyelewengan yang dilakukan oleh pihak tertentu untuk memberikan gambaran yang tidak betul tentang pendirian beliau dalam isu Palestin.
Seterusnya Nasharudin menjelaskan bahawa 40 orang ulama daripada seluruh dunia yang di panggil untuk mengikuti majlis selama 10 hari tersebut antara lain adalah bertujuan untuk membentuk satu ‘madrasah’, satu pemikiran yang penting di dalam pemikiran Islam khasnya dalam bab usul fiqh dan fiqh bagi mengelak umat Islam akhir zaman ini terjebak dengan dua aliran ekstrem yang sedang melanda ummah sekarang ini. Aliran ekstrem yang dimaksudkan ialah kefahaman Muktazilah Baru dan kefahaman Zahiriah Baru.
Secara ringkasnya, Muktazilah ialah kefahaman yang banyak menggunakan logik dan akal dalam menentukan sesuatu hukum manakala Zahiri ialah kefahaman yang tidak langsung menggunakan logik dan akal, sebaliknya merujuk kepada nas, Al-Quran dan hadis secara zahir sahaja. Sebab itulah kita perlu mengambil jalan ‘wasatiy’ ataupun pertengahan demi menyelamatkan umat Islam di akhir zaman.
Seterusnya, Nasharudin berkata bahawa di akhir program tersebut, kesemua ulama yang hadir dalam majlis tersebut telah sebulat suara bersetuju untuk menamakan Syeikh Yusuf Qardawi dengan gelaran “Syeikhul Islam” disebabkan oleh sumbangan beliau yang tidak ternilai kepada dunia Islam. – ANN
NOTA : Pihak ANN akan menyiarkan rakaman penuh kuliah maghrib YB Ust Nasharudin tersebut dalam masa yang terdekat.
Sunday, February 21, 2010
Rayuan Kutipan Derma untuk Pusat Tarbiyah Kuala Nerus
“Bilamana anak Adam meninggal dunia, terputuslah segala pahala dan amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang sentiasa mendoakan ibubapanya”
(Riwayat Bukhari & Nasaie)
Untuk penerangan lanjut, Sila Ke:
Pusat Tarbiyah Kuala Nerus
Untuk sumbangan boleh ke:
Saturday, February 20, 2010
TGHH tak faham Perlembagaan?
So, kasik aku ulas sebelum ada blogger bodoh buat andaian bodoh.
1. Isu campurtangan Australia.
Well, benda ni mmg aku tak setuju. Gasaklah Australia ni sokong kita ke tidak. Dia tak perlu sampai buat memorandum ke apa ntah macam tu. Dia boleh nyatakan pendirian, tapi kalau sampai tahap mendesak memang itu dah di kira campur tangan dan kita perlu bantah.
Jangan pasal Australia ni sokong kita, terus kita sokong tindakan dia. Aku nak tanya pada puak2 bengap yang bantai TGHH pasal benda ni, kalau takdir suatu hari nanti DSAI jadi PM, dan Mahathir tu masuk mahkamah pasal kena bicara kes salah guna kuasa, bunuh orang Memali etc, kemudian kawan2 baik Mahathir macam Robert Mugabe desak dakwaan tu di gugurkan, masa tu kita nak suka jugak ke?
Yang ke dua, bukankah dengan sokongan berlebihan begitu akan bagi persepsi kepada rakyat bahawa ada tangan lain di belakang Anwar. Senang kata, Anwar agen Barat. Hampa tak ingat tahun 1999 dulu, sikit punya penat kita nak bagitau Anwar bukan agen US bila Al Gore bela dia klat sini?
Tu beza orang yang pandang jauh macam TGHH dan orang otak sempit.
Ingat, kita setuju bagi pandangan, tapi kita tak boleh setuju campur tangan!
2. Isu letak kuasa kehakiman bawah Majlis Raja-raja
Mula-mula sekali kita kena faham bahawa dalam perlembagaan mmg ada doktrin pengasingan kuasa. Tapi ketiga2 kuasa (eksekutif, legislatif, judiciary) sebenarnya terletak di bawah YDPA. Kiranya selama ini, Agonglah yang melantik hakim2, memecat hakim2 dsb. Tapi bab pecat hakim tu mesti ada recommendation dari tribunal atau PM. Dia tak boleh pecat suka2 dia.
Jadi aku nak tanya, apa masalahnya jika kuasa seorang Agong ini dipindahkan kepada 9 orang Sultan yang lain?. Bukankah 9 otak lagi baik dari satu otak (assume semua otak itu lebih kurang)?
Dalam soal ni, aku tertarik nak ambil satu pandangan kawan FB. Jom baca:
Kita mengikuti demokrasi, tetapi jangan diimani sistem itu. Ia sistem manusia.
Doktrin pengasingan kuasa juga adalah ciptaan manusia. Tetapi adakah dengan doktrin ini menjamin kemakmuran dan kesejahteraan negara? Berapa banyak contoh pengamalan sistem ini yang gagal meemberi kesan yang baik kepada komuniti yg mengamalkannya?
Bila kita kembali pada sejarah islam dahulu, juga tidak ada doktrin mengasingkan judiciary, legislatif dan eksekutif. Yang jelas, khalifah yg mengetuai eksekutif juga mengetuai judiciary system. Lihat kisah Umar al Khattab.
Adakah itu bermakna Islam ini autokratik kerana mengamalkan pemusatan kuasa kepada seorang individu? Tentu tidak. Kerana adanya majlis syura yang mengawal khalifah itu sendiri. Yang berkuasa memecat khalifah itu sendiri.
Saya tidak nampak doktrin pengasingan kuasa. Yang saya nampak di amalkan ketika itu adalah doktrin pengawalan kuasa. dan ia berjaya.
Bukalah mata 'doktrin' mana yang lebih menyeluruh. Nak ikut Montesquieu atau Umar.
Yang saya lihat, apa yg cuba dicadangkan TGHH adalah mempopularkan kembali sistem syura. Itu sahaja.
Friday, February 5, 2010
Yusuf Qardhawi pun iktiraf Us Nasha!
Program selama lebih satu minggu itu akan turut dihadiri oleh seramai 30 orang ulama yang lain yang telah dikenal pasti dan dijemput sendiri oleh Syeikh Yusuf dari seluruh pelusuk dunia. Nasharudin merupakan sesatunya wakil dari
Penghormatan yang diberikan kepada beliau itu akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk menimba ilmu daripada ulama terkenal di dunia itu di samping meluaskan jaringan rangkaian bersama lebih 30 ulama yang lain yang akan turut mengikuti program tersebut. “Mudah-mudahan rangkaian yang bakal terhasil nanti akan membantu kita memperkukuhkan gerakan Islam di seluruh dunia”, kata beliau.
Menurut Nasharudin, sebelum mengikuti program tersebut beliau telah dikehendaki untuk membaca lebih 10 kitab terbaru karangan Syeikh Yusuf sendiri. Program tersebut nanti akan membincangkan topik-topik yang berkaitan dengan usul fiqh dan penumpuan akan diberikan kepada bagaimana untuk melaksanakan usul fiqh dalam konteks kontemporari dengan pendekatan wasatiyah (kesederhanaan).
Menurut Nasharudin lagi, selepas berakhir program tersebut, ijazah akan diberikan kepada semua peserta untuk mempromosikan dan melangsungkan agenda yang cukup besar itu supaya kefahaman tentang Islam dapat diberikan kepada seluruh masyarakat dunia samada dikalangan orang Islam mahupun bukan Islam. Begitu juga untuk menjelaskan peranan gerakan Islam dalam menyampaikan risalah Islam dalam keadaan dunia yang sedang mencabar ini.
Ketika ditanya tentang isu kalimah Allah, Nasharudin berkata, “ saya menjangkakan akan membangkitkan beberapa isu semasa yang sedang berlaku di negara kita khasnya isu yang berkaitan dengan kalimah Allah ini kerana Syeikh Qardawi sendiri pada dua minggu lepas ketika menyampaikan khutbah di masjid beliau telah menyentuh tentang isu yang berlaku di
Wednesday, February 3, 2010
BILAMANA UMNO TIDAK MENYERANG PAS...
Berada di kerusi Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Parti bukanlah sesuatu tempat yang mudah dan selesa. Ia adalah tempat yang akan menerima pelbagai kecaman dan kritikan, dan di waktu yang sama saya tidak boleh membela diri kerana sebarang jawapan kepada kritikan berhubung keputusan JK Disiplin, akan mendedahkan beberapa maklumat sulit parti, yang tidak perlu diketahui oleh umum.
Sewaktu saya ditawarkan jawatan ini, saya merayu beberapa kali agar melantik orang lain, bukan untuk lari dari amanah, tetapi ianya tidak sesuai dengan jiwa saya. Saya tidak suka menghukum orang, apa lagi untuk menjatuhkan hukuman ke atas sahabat satu jamaah. Bahkan saya sangat bersetuju suatu pindaan Perlembagaan parti perlu dibuat agar Pengerusi JK Disiplin tidak diambil dari kalangan AJK Pusat; kerana ia akan dilihat ‘tidak adil’ terutama bila mana kita terpaksa membicarakan AJK sendiri atau pemegang jawatan parti. Undang-undang bukan sahaja perlu adil, tetapi juga perlu dilihat adil. Mungkin satu masa yang terdekat perkara itu akan dipinda, dan itulah harapan saya. Bukan untuk lari dari amanah, tetapi untuk kebaikan parti yang terus berkembang dan akan pasti berhadapan dengan lebih banyak karenah dalaman.
Bila mana saya dihadapkan dengan kes membabitkan dua tokoh di Selangor, Dato’ Dr Hassan Ali dan YB Khalid Samad, kedua-duanya adalah sahabat baik yang semua orang tahu. Saya mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan Khalid Samad, bahkan kalau ke Shah Alam, Markas PAS Seksyen 18 adalah tempat penginapan saya. Di situlah saya berehat dan tidur selepas program di Shah Alam, dan Khalid Samad antara orang terawal saya hubungi, memaklumkan bahawa saya masuk kawasan jajahan takluknya, sebagai Ahli Parlimen. Biasa kami akan berjumpa, minum-minum dan berbual. Bahkan selepas hukuman dijatuhkan kepada beliau saya menghubunginya di luar negara, memaklumkan keputusan, dan memohon keampunan Allah kalau saya tersilap dalam membuat keputusan kepada sahabat sendiri.
Tapi apakan daya, hukuman dan keputusan terpaksa dijatuhkan. Hanya saya rasa kurang terbeban bila mana keputusan dibuat dengan sebulat suara oleh semua Ahli JK Disiplin. Di kalangan kami ada bekas hakim dan peguam veteran PAS, Dato’ Abd Mutalib Embong dan Tuan Guru Hj Osman, seorang ulamak terkenal yang pernah menuntut di Makkah al-Mukarramah dalam bidang syariah.
Saya memaklumkan kepada YB Khalid Samad, agar menggunakan peruntukan perlembagaan untuk membuat rayuan kepada JK Pusat dan Syura, sekiranya beliau rasa hukuman tidak berpatutan. Saya masih ingat kata-kata beliau sebelum beliau ke luar negara, dalam pertemuan sewaktu membincangkan isu kalimah Allah, beliau berkata: “Kalau ana bersalah, hukumlah, jangan anta rasa berat pulak.” Saya menjawab : “ InsyaAllah, semoga Allah memudahkan urusan ini.” Beliau menyatakan dengan keputusan ini beliau sukar untuk merasmikan mesyuarat agung cawangan –cawangan yang telah membuat jemputan, tetapi beliau boleh hadir atas sifat sebagai Ahli Parlimen, dan aktiviti beliau boleh berjalan macam biasa.
Saya teringat bila mana Umar al-Khattab melucutkan jawatan Khalid al-Walid (bukan menggantungnya) sedangkan Khalid tidak melakukan apa-apa kesalahan. Khalid terus berjuang sehingga penyokong hairan dengan tindakannya. Mereka bertanya: “Kenapa kamu tidak nampak apa-apa perubahan?” Beliau menjawab: “Aku bukan berperang kerana jawatanku, tetapi kerana Allah!” Bahkan beliau terus mengemukakan cadangan kepada panglima baru bila mana melihat tentera Islam hampir kalah. Inilah semangat Khalid al-Walid. Saya yakin kita perlu mencontohinya.
Kami tidak ada agenda untuk menjatuhkan seseorang atau menaikkan seseorang. Hukuman berdasarkan fakta yang ada di hadapan kami adalah hasil soal siasat dan penghujahan yang lama dan panjang, semata-mata untuk memberi keadilan kepada tertuduh. Kami tidak boleh mengikut kehendak orang ramai yang hanya berdasarkan andaian, bukan fakta siasatan. Saya yakin pengumuman keputusan akan menjadi tajuk utama berita, kerana media perdana telah memainkan isu ini beberapa waktu sebelumnya dengan pelbagai andaian hukuman. Mereka telah berjaya membawa pemikiran massa kepada satu hukuman jangkaan yang mereka ada agenda tersendiri.
Selepas keputusan diumumkan saya menjangka UMNO akan memainkan isu ini bagi melemahkan pengaruh PAS, khususnya di Selangor. Ternyata andaian saya meleset. UMNO tidak menyerang sebaliknya saya diserang oleh ahli PAS dan rakan-rakan sendiri, yang hadir dalam mesyuarat bersama dan sering berjumpa sama. Kenapa mereka tidak datang jumpa dan bincang terus, kenapa perlu menggunakan media untuk menyerang JK Disiplin yang ditubuh oleh parti dan mempunyai hak dan kelayakan dalam perlembagaan parti? Apa untung bagi parti dengan tindakan tersebut?
Saya sebenarnya cuba untuk menjawab tohmahan itu, tetapi sebarang jawapan hanya akan menimbulkan polimik yang lebih besar dan berpanjangan. Tambahan pula ada beberapa fakta yang ditemui tidak sesuai jadi tatapan umum. Cuma saya bertanya sendirian, kenapa UMNO tidak mengambil kesempatan menyerang sedangkan mereka telah membentuk pemikiran massa ke arah itu. Bahkan yang hebat menyerang adalah ahli PAS atau penyokong PAS. Mungkin kerana simpati terhadap Khalid Samad, atau geram dengan Hassan Ali.
Komentar dari Abdullah Karim saya anggap melampau dan saya difahamkan Dewan Pemuda Pusat akan melakukan sesuatu, dan Pejabat Agong juga akan bertindak. Beliau sebenarnya telah menghantar surat memaklumkan akan mengikuti isteri ke luar negara dalam tempoh yang panjang, dan sehubungan itu beliau melepaskan semua jawatan dalaman parti dan jawatan di peringkat negeri Pahang. Mesyuarat telahpun menerima permohonan beliau. Sayangnya saat-saat akhir sebelum beliau ke luar negara, kesempatan diambil untuk menyerang JK Disiplin Parti. Kritik kemudiannya tinggal.
Saya dukacita kerana beliau seorang peguam, yang memahami prosedur hukuman dan siasatan. Kita tidak boleh menghukum berdasarkan andaian dan kehendak massa. Hukuman mestilah berdasarkan fakta yang kita temui dalam siasatan. Seandainya ada fakta yang terselindung atau yang tidak dikemukan sebagai bahan kes, maka kita tidak boleh mengambilnya sebagai alasan penghakiman. Memang saya akui bahawa beliau ada menghantar satu laporan kepada JK Disiplin, tetapi saya telah maklumkan prosedur bahawa dia kena hantar kepada SU Agong untuk dibuat penilitian, kesahihan penama-penama yang disebut, apakah ia benar ahli PAS atau bukan, sejauh mana ada kes yang boleh dirujuk kepada JK Disiplin atau kes hanya melibatkan urusan pentadbiran parti.
JK Disiplin adalah hakim, bukan badan untuk menyiasat. Takkan beliau tak faham, semua parti politik mempunyai mekanisma yang sama. Bahkan dalam prosedur perundangan biasa pun, mana ada seorang yang dituduh terus diheret di hadapan hakim untuk bicara. Pihak polislah perlu menyiasat, mencari bukti dan menentukan apakah ada kes sebagaimana yang dituduh atau tiada kes. Aduan yang dia buat hanya berupa ‘hear say’, dan dia juga faham dan sudah diberi tahu bahawa aduan beliau tidak boleh diambil tindakan, hanya dengar cakap, tiada bukti. Untuk memanggil orang yang berkenaan dalam pertuduhan beliau, penama tersebut bukan ahli PAS. Kita tiada kuasa memanggil bukan ahli dan apa jaminan ianya tidak bertindak merosakkan nama baik parti sekiranya dipanggil. Ini JK Disiplin parti, untuk menjaga ahli agar tidak melakukan tindakan merosakkan nama baik parti, dan bertindak di luar perlembagaan parti.
Apa yang mendukacitakan saya ialah saya telah jelaskan bahawa inilah prosedur laporan disiplin parti, yang telah diamalkan sejak awal penubuhan parti lagi, dan beliau memahaminya dan menerimanya pada waktu itu. Tetapi kenapa tiba-tiba dia sanggup mengeluarkan kanyataan menyerang prosedur tersebut. Soal dia tidak berpuas hati dengan hukuman ke atas tertuduh, saya pelik bukan dia yang kena tuduh. Bahkan kalau kita baca tulisan YB Khalid sendiri dia rasa puas hati bilamana segala dakwaan beliau terhadap Hassan Ali dibuktikan benar oleh JK Disiplin, sehingga Hassan Ali didapati bersalah dan dilarang mengeluarkan sebarang kenyataan yang merugikan PR dan parti. Yang kena hukum berpuas hati, yang tak ada kena mengena pulak tak puas hati.
Sebagai pimpinan kita sepatutnya menyalurkan komentar melalui saluran parti dan memelihara adab dalam jamaah. Semua harus fikir apakah tindakan yang kita lakukan itu menguntungkan parti atau sebaliknya, kerana kenyataan kita bukan keputusan perbicaraan, yang terpaksa berdasarkan fakta dan bahan yang ada di hadapan kita.
Kepada Allah saya memohon ampun andainya tindakan yang diambil tidak tepat dengan apa yang sepatutnya; dan semoga Allah tidak membebankan saya dengan bebanan yang lebih berat di akhirat. Ingatlah, kalau anda tidak boleh membantu jamaah, jangan menyusahkan jamaah.
Wassalam.
Tuesday, February 2, 2010
YB Khalid Samad buktikan Pro-Reform Pencetus Fitnah!
Dalam petikan blog itu, disebutkan:
2. PERTUDUHAN KEDUA
“Bahawa kamu, Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad, sebagai seorang ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS) No. 0126504 telah dengan secara salah, dengan sedar dan pengetahuan mendedahkan rahsia Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor yang bertarikh 27hb September 2009 jam 3.30 petang melalui Blog peribadi dan dengan itu kamu dianggap telah melakukan kesalahan di bawah Fasal 75 (1)(e) Perlembagaan PAS dan jika didapati bersalah boleh dihukum di bawah Fasal 75 (5) Perlembagaan PAS”.
Sila bandingkan dengan pendedahan blog ini tentang teka-teki apakah rahsia tersebut dengan klik link di bawah:
Apakah rahsia PAS yang didedahkan Khalid samad?
Bagaimana? Tepat bukan pendedahan Ali Zaidan? Padahal pendedahan ini dipandang acuh-tak-acuh saja oleh sesetengah orang.
Sekarang lihat pula link-link di bawah yang tanpa segan silu mendendangkan 'rahsia' tersebut walhal hal itu batil dan BOHONG!
Antaranya Al-Bakistani:
Persoalannya, apakah rahsia parti itu?
Setelah diselidiki, dalaman PAS memaklumkan bahawa rahsia itu adalah berita berikut;
KRONI UMNO TAJA MUKTAMAR PAS?
Seterusnya ialah Tulang Besi:
Mengikut Bakaq@Penarik Beca, rahsia parti yang didedahkan oleh Khalid Samad sehingga Khalid Samad digantung 6 bulan,boleh di baca di sini
Artikel yang sama juga wujud di blog Perisik rakyat
Kalian tengok dan perhatikanlah kesan daripada salah maklumat itu, maka banyak sekali maki hamun yang terkeluar daripada penyokong yang emosi. Banyak sekali kekeliruan, salah faham dan cetusan bunga-bunga fitnah. Apa salahnya jika menunggu dan menahan diri daripada mengulas sebelum menulis yang boleh menghuru harakan keadaan?
Apakah dengan menahan diri daripada mengulas sesuatu yang tidak pasti akan menjatuhkan maruah, ilmu, peribadi, kredibiliti dan kebijaksanaan diri sendiri?
Kalau Tulang Besi ni aku tak berapa nak peduli sangat, sebab ilmu agamanya boleh dipertikaikan taraf mana, tapi al-Bakistani? Wan Ji? Aiii... takkan mahu mengulangi kesilapan kedua setelah terlanjur mengeluarkan kata-kata tak senonoh kepada TG Harun Din di wall Facebook? Apa yang anda belajar di benua Asia Selatan? Apakah di tempat pengajian anda tidak di ajar hal-hal begini? Tidakkah anda di ajar supaya bersikap amanah dalam setiap perbuatan agar dengan status anda itu, ia tidak akan menjadi fitnah kepada Islam?.
Aku yakin tuan-tuan guru di sana ajar hal-hal sebegitu Ji. Melainkan kalau anak murid tertidur dalam kelas tu, aku tak tahu lah.
Ingat Nabi sebut:
"Fitnah itu tidur, CELAKALAH mereka yang mengejutkannya."
P/S: InshaAllah Ali zaidan akan menjawab artikel Khalid samad kelak jika diberi kelapangan dan izin oleh Allah. Buat masa ini, kalian boleh layari link di bawah untuk memahami kes ini serba sedikit.
Khalid digantung jawatan, Hassan Ali diberi amaran
Monday, February 1, 2010
Greenboc: Pengecut atau Bias?
Kononnya lah.
Ye ke beb? Korang tengok gambar di bawah:
Tengok betul-betul. Sampai ban aku? Kenapa? Ada aku mencarut? Ada aku mendoakan mayat saudara seagama aku di makan anjing sepertimana yg didoakan oleh pengomen yg lain (yg dilulusterbitkan oleh GB) ? Ada?
Yang aku buat hanyalah mempertahankan diri daripada kata-kata yang salah dari seorang chatter yang bernama koku. Itu pun kena banned? Kena delete? Aii, terbuka celah mana kau ni GB? Celah kuku kaki kah?
Dah la komen aku dalam artikel tidak mahu di lulus siar. Alasan dangkalnya kerana aku menggunakan perkataan 'annoying mouse'. Aik, orang yang kutuk aku, hina aku sampai doakan mayat aku di makan anjing boleh pulak kau lulus siar?
Reform konon... karut! Chait!