Thursday, February 25, 2010

"Geng Terengganu" sudah lama wujud

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt... (Amdang 81)

Aku sebenarnya tidak berminat untuk mengulas 'pertelingkahan dalaman'. Itupun sekiranya benar wujud pertelingkahan dalaman. Jika benar wujud, adakah asasnya kuat, atau sengaja diadakan bagi menjayakan agenda pihak-pihak tertentu, atau berlaku kerana sifat angkuh dan ego dalam diri. Tetapi sudah tentu setiap dakwaan, mahupun apa yang dinamakan pendedahan oleh pihak-pihak berkenaan dilapik dengan 'niat menyelamatkan parti'.

Petikan Malaysiakini

Malaysiakini melaporkan seorang penulis blog, iaitu Abdul Rahman Talib memberi ingatan agar waspada dengan 'geng Terengganu' yang dikatakan mengawal tindakan Presiden PAS. Sambil membangkitkan 'geng Terengganu' tersebut menguasai kedudukan strategik dalam kepimpinan PAS Pusat.

Mungkin apa yang dimaksudkan oleh Tulang Besi tersebut dilihat ada kebenarannya memandangkan Presiden, Setiausaha Agung, Ketua Dewan Ulama dan Timbalan Ketua Pemuda, serta Ustaz Abu Bakar Chik, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat terdiri dari orang Terengganu.

Namun, perlu diingat nama-nama tersebut kecuali Ustaz Azman Shapawi merupakan nama-nama besar dalam PAS sejak dahulu lagi. Ustaz Harun Taib memegang kerusi Ketua Dewan Ulama sudah berapa tahun? Kerusi tersebut sebelum ini dilepaskan kerana Ustaz Harun cuba bertanding Jawatan Timbalan Presiden PAS.

Dato' Mustafa Ali bergelumang dengan PAS Pusat bukan baru. Kira-kira 12 tahun lamanya Cikgu Pa memegang jawatan sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. Pernah menjadi Bendahari PAS Pusat, juga pernah memegang jawatan Naib Presiden PAS. Sebagai orang lama dalam politik, tentulah jasanya diperlukan untuk mengemudi parti sebagai SU Agung. Apatah lagi dalam situasi Pakatan Rakyat masih baru membentuk kerajaan.

Bagitu juga dengan Dato' Abu Bakar Chik. Juga pernah memegang jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat dalam tempoh yang agak lama. Sejak itu rasanya kekal dalam AJK PAS Pusat sehingga hari ini. Kepercayaan perwakilan membuktikan kemampuan beliau dalam kerja-kerja membangunkan parti. Hari ini jika dilihat pada Unit Amal, PASTI sudah tentu akan dikaitkan dengan Ustaz Abu Bakar Chik.

PAS Terengganu sebenarnya sudah lama menguasai PAS Pusat. Sebelum ini ada lagi nama seperti Dato Wan Mutalib dalam AJK PAS Pusat. Malah Muslimat PAS Terengganu juga pernah memimpin Muslimat Pusat. Tapi sebelum ini tiada siapa persoalkan PAS Terengganu memimpin dan menguasai PAS Pusat. Malah pimpinan dari Terengganu saban minggu keliling negara ketika itu bagi menjayakan program-program tarbiyyah mahupun penerangan politik bagi mengembangkan PAS.

Ketika itu, kesusahan bukan seperti sekarang. Ahli kini telah ramai, cawangan tumbuh melata. Malah kerajaan pun ada. Jika benar dan betul sungguh PAS Terengganu mahu bersekongkol dengan UMNO, nama-nama di atas tidak perlu menunjukkan minat pada masa sekarang. Cikgu Pa misalnya pernah melepaskan jawatan Timbalan Menteri kerana PAS keluar dari gabungan BN.

Berbalik kepada persoalan Geng Terengganu menguasai kedudukan strategik parti dan dilihat menguasai Presiden. Jika benar Cikgu Pa menggunakan kedudukannya dalam Harakah, kenapa sesetengah keluaran Harakah edisi cetak, langsung tiada gambar TG Presiden PAS. Rasanya persoalan ini berbangkit apabila kenyataan Cikgu Pa dalam mengulas isu 16 September tahun sudah dimuatkan dalam Harakah. Itu sahaja. Jadi, tidak relevan sama sekali tuduhan Tulang Besi tersebut.

Dalam soal siapa Setiausaha Politik TG Presiden, rasanya isu tersebut memalukan sahaja dibangkitkan Tulang Besi. Apakah itu suatu kesalahan besar dan menyebabkan Presiden PAS menjadi terkebelakang? Dr Shamsuri seorang ahli akademik. Dipilih kerana komitmen dan ilmunya. Adakah ada ahli akademik lain yang sedia bekerja dengan PAS yang tidak menjanjikan apa-apa keuntungan dunia seperti SU Politik Mohd Nor Yaakob?

Bagitu juga dalam soal Unit IT PAS Pusat. PAS Terengganu sebenarnya banyak berkorban dalam segala hal. Ingatkan dengan menyumbang orang Terengganu untuk memimpin Unit IT akan dihargai, rupanya mendapat kejian sahaja. Bolehlah Tulang Besi menghantar resume untuk mengendalikan Unit IT PAS bagi membesarkan lagi fitnah terhadap pimpinan. Alang-alang naik turun hantar laporan itu dan ini, jangan lupa hantar sekali resume.

Kesimpulan dari segala kritikan dan tohmahan yang berlegar-legar tersebut berpunca dari satu sahaja. PAS Terengganu gagal menawan Terengganu. Itu sahaja. Apabila tewas, maka dilihatlah segala perkara adalah negatif dan teruk. Cuba bandingkan dengan pimpinan di lain-lain negeri, walaupun jentera berterabur, tiada Poling Agent & Counting Agent semasa hari pembuangan undi, tetapi dengan sebab menang, maka dilihat hero dan dijulang-julang.

Tulisan ini bukan bermaksud 'mengungkit', tetapi mahu memberi faham wujudnya tangan-tangan jahat (firaun-firaun kecil?) dalam merosakkan jemaah yang mungkin muncul dari dalam dan luar. Inilah sebenarnya ujian dalam perjuangan yang perlu dilalui dengan solat dan sabar. Di sinilah dapat diuji kekuatan pimpinan, ketaatan ahli, dan keutuhan jemaah dan PR itu sendiri. Inilah harga yang mahal perlu dibayar untuk sebuah kemenangan.

Wallahua'lam.

8 comments:

malikstaffa said...

assabiyah betul kumpulan trengganu ni

Ali Zaidan said...

Asabiyah ialah menolong kaum mu kepada kezaliman. Membela dan mempertahankan kepimpinan drpd andaian2 bodoh dan bengap serta fitnah2 jahat itu kezalimankah?

Semoga diberi hidayah.

malikstaffa said...

mempertahankan pemimpin yg dah jelas bawa perpecahan dalam pas....

Ali Zaidan said...

Nah, itu yang aku pertahankan. Mempertahankan pemimpin daripada tuduhan melulu seperti yang engkau buat. Tuduhan palsu kau itu yg bawa kepada perpecahan.

malikstaffa said...

apa plak tuduhan melulu. siapa yg mulakan isu UG?

Ali Zaidan said...

Apa masalahnya dengan UG. Apa itu UG yang kau faham?

qurtubyy said...

UG ialah singkatan Umno Group

diwarwarkan semasa H1N1 (Hadi - Nasya) menular dalam PAS

Ali Zaidan said...

Nampak sangat sebahagian penentang UG tak faham apa sebenarnya UG yg dicadangkan Tuan Guru. Nauzubillah. Semoga Allah jauhkan kita dari buruk sangka, kelalaian dan kebodohan mereka.