Monday, February 1, 2010

Greenboc: Pengecut atau Bias?

Maaf cakaplah beb. Aku ingat geng2 yang konon2nya hebat dan pro-reform ni berani sangat. Sanggup berdepan demi kebenaran. Sanggup membuktikan dan melakukan apa saja untuk menegakkan keadilan.

Kononnya lah.

Ye ke beb? Korang tengok gambar di bawah:


Tengok betul-betul. Sampai ban aku? Kenapa? Ada aku mencarut? Ada aku mendoakan mayat saudara seagama aku di makan anjing sepertimana yg didoakan oleh pengomen yg lain (yg dilulusterbitkan oleh GB) ? Ada?

Yang aku buat hanyalah mempertahankan diri daripada kata-kata yang salah dari seorang chatter yang bernama koku. Itu pun kena banned? Kena delete? Aii, terbuka celah mana kau ni GB? Celah kuku kaki kah?

Dah la komen aku dalam artikel tidak mahu di lulus siar. Alasan dangkalnya kerana aku menggunakan perkataan 'annoying mouse'. Aik, orang yang kutuk aku, hina aku sampai doakan mayat aku di makan anjing boleh pulak kau lulus siar?

Reform konon... karut! Chait!

No comments: