Showing posts with label PAS ReconD. Show all posts
Showing posts with label PAS ReconD. Show all posts

Sunday, April 4, 2010

Rahsia Parti: Salah Faham Pas Recond

Sebenarnya aku berhajat untuk berhenti sebentar menulis tentang anai-anai dan menumpukan gerak kerja PRK Hulu Selangor. Tetapi disebabkan adanya isu kebocoran rahsia parti dan kekeliruan ttg yang mana rahsia dan yang mana tidak, maka aku kembali menulis. Harap ini yang terakhir. Tak ada isu lain yang timbul dan sengaja timbul. Sambung balik lepas 25 April.

1. Rahsia butiran lengkap keahlian PAS Tulang Besi

Secara asasnya keahlian dan kerahsiaan maklumat ahli dalam parti mesti di jaga demi keselesaan ahli. Ini prinsip asas yang kita semua setuju.

Tetapi, apa yang berlaku kepada Rahman Talib tidak termasuk dalam kategori ini. Sebabnya, Rahman Talib sendiri yang bertindak mendedahkan no keahlian dia dalam blog. Makanya, falsafah kerahsiaan berorganisasi telah tercabut dari dia dengan tindakan dia sendiri. Setakat untuk mengetahui IC lama dan alamat rumah lama bukan satu masalah besar jika kamu pandai bermain dengan web. Tak kena ISA pun!

Oleh kerana kau ni genetik pandai dan aku penyokong genetik bodoh, aku bagi satu contoh falsafah genetik pandai kat kamu.

Kamu (AT) nak buat overtime meniaga Char Kuey Teow sebab gaji graphic designer tak cukup. Bini kamu pulak pandang low class kepada peniaga char kuey teow. Tapi, sebab sengkek punya pasal, kamu meniaga jugak dengan rahsiakan pekerjaan baru kamu ni dari isteri kamu.

Tup2, kamu meniaga betul2 depan rumah mak dia. Bila mak dia bagitau dia kamu angin, marah sebab mak dia bocor rahsia. Tak bocor apabenda kamu pegi meniaga depan rumah mak dia. Pergi la meniaga dengan Narathiwat nu. Dah kalau genetik cerdik sangat.

Begitu jugak dengan hal TB ni. Marah orang pegi dedah keahlian dia, tapi dia sendiri dah dedah dulu. Tak bocor apabenda TB sendiri yang pergi promote no keahlian dalam blog dia.

Sebab itu apabila isu-isu keahlian MP PR macam Saifuddin Nasution, ia tak pernah jadi isu kerana mereka yang buka sendiri.

Lainlah jika identitinya rahsia. Kalau begitu, aku pun marah dedah!!

Sebab itu kalau nak rahsia identiti, jangan gatal-gatal bagi benda peribadi. Bagi akaun Maybank mintak derma, bagi akaun Maybank jual e book...... memang kena lah!!

Jangan melihat isu ini dari kerangka falsafah sempit. Falsafah isunya sebenarnya mudah saja. Falsafah tak bayar yuran. Menyerang parti tetapi mengaku sayang kepada parti. Keahlian adalah satu baiah kita kepada jemaah. Apa tak baca baiah ke masa register dulu? Kat bahagian B tu. Kalau semua faham dan ikut 'bahagian B' tu tentu tak jadi soal.

Jadi, jika asas baiah pun kita kotak katik, maka bagaimana nak mengaku sayang dan setia?

Dan sebenarnya bukan lengkap mana pun!! Kalau penuh dah tentu ada butir2 no telefon, penyokong, pencadang.... Kalau aku, alang2 nak dedah bagi no telefon terus. Boleh main-main miscall dengan Rahman Talib!!

Hahaha..


2. Kes dedahan Kickdefella.

Aku rasa Tokey Besar Pas Recond ni tak faham cerita. Isu dedahan Kickdefella yang meriuh sangat minggu ni bukan dedahan perniagaan sangat, tetapi lebih kepada pendedahan post mortem PRU Kelantan 2004. Ini isu yang menyebabkan ramai blogger 'naik angin'. Isu pendedahan ini sebenarnya lebih besar daripada isu 'bocor' Rahman Talib. Tak tau la kot Pas Recond tak pandang langsung isu sulit post mortem ini sebagai sulit.

Post mortem ini sebenarnya satu asas dan gambaran strategi kepada masa hadapan. Adalah sesuatu yang bodoh untuk mana-mana pemimpin mendedahkan rahsia ini atas dasar 'para ahli berhak tahu' .

Aku bagi kisah Khalid al Walid. Dalam satu riwayat, sewaktu Perang Yarmuk (berlangsung dalam zaman Abu Bakar dan Umar), Umar telah bertindak menggantikan Khalid Al Walid dengan Abu Ubaidah Al Jarrah sebagai panglima tentera Islam. Demi menjaga semangat dan mengelak kekeliruan antara tentera Islam, Khalid dan Abu Ubaidah mengenepikan falsafah "ahli berhak tahu" dan merahsiakan keputusan Umar sehingga peperangan tamat. Akhirnya Islam menang dan hampir 120000 tentera Rom maut di hujung pedang tentera Islam waktu itu (Rujuk kitab At-Tabari).

Lupa, apa sangat la Khalid. Bukan betul sangat Khalid tu kan Aduka? Aisyah dan Muawiyah pun boleh kamu hina! (Bila nak pohon maaf bab ni? Jangan tarik saja!!)

Ada benda yang tak perlu tergesa bagitahu ahli, dan ada benda yang memang tak perlu bagitahu ahli langsung terutama jika lagi banyak mudarat dari manfaat kalau bagitahu.

Begitu juga dengan soal kerjasama atau perniagaan yang melibatkan beberapa figur parti. Betul hal ini perlu telus, tapi mendedahkan dalam keadaan rasa-rasa dan tidak jelas sebenarnya lebih banyak menyusah dari menyenang. Rasa-rasa dan tidak jelas ini mengundang fitnah. Contoh dah banyak aku dedahkan dalam blog. Klik sini , sini , sini dan sini.

Lebih baik silap tak menuduh daripada silap menuduh.

Takkan tak termasuk dalam fikiran falsafah genetik cerdik kamu yang benda semua ni tak lama akan jadi modal jatuhkan kita balik?. Takkan tak tahu kita sedang berdepan dengan media yang menggila untuk PRK Hulu Selangor?

Maka, aku fikir aku berhak mempersoalkan motif sebenar Syed Azidi Kickdefella dedahkan isu-isu ini pada waktu ini.

Tak perlu jadi juara dan 'berlagak serba tahu' dengan mendedahkan rahsia; apatah lagi yang bersifat strategi. Orang lain pun tahu, tinggal lagi tak nak bagitahu. Mesyuarat khas tahun lepas contohnya, ada banyak cerita yang ramai tak tahu, tapi kalau aku cerita kat sini pun apa faedahnya? Takat boleh 'poyo' dalam blog kemudian dosa menimbun sebab cetus fitnah dan pecah-belah gerakan Islam.

Berbaloi?

Biarlah orang pandang aku ni bodoh pun, asal Allah pandang aku dengan kasih sayang Nya.

Nabi sebut:

Sapa yg cari redha Allah dengan marah manusia, maka dia akan dicukupkan Allah dr keperluan manusia. Sapa yang cari redha manusia dengan marahnya Allah, maka dia akan diserahkan Allah kepada manusia.

InshaAllah, tak sesat falsafah ni.

:)

Thursday, April 1, 2010

Menjawab ZainulFaqar : Ustaz Nasharuddin biadab!

Hari ini aku nak jawab tulisan Zainulfaqar; wartawan Harakah yang kelihatannya lebih banyak update blog menyerang pimpinan tertentu daripada menulis menyatukan jemaah. Sebelum ini blogger Batu-Api ada menegur sahabat kita ni dalam satu artikel beliau. Boleh klik kalau berminat.

Tetapi yang aku ingin respon adalah berkenaan tulisan berbentuk serangan peribadi ke atas diri Us Nasharuddin Mat Isa. Aku sebagai 'Meor PA Nasha' (TB bila nak sumpah??)terpanggil selepas tulisan ini digunapakai secara meluas oleh blog puak anai-anai sekalian.

1. Pertama sekali kita kena ingat, tulisan ini bukan dialog sebenar tetapi intipati perbualan saja. Ini diakui sendiri Zainulfaqar dalam ruangan komen. Jadi, sebarang gambaran seperti 'tanya Nasha membengis' ialah 'perasaan penulis' semata-mata. Abaikan.

2. Tindakan menerjah Us Nasha dengan soalan panas bukanlah satu tindakan yang beradab terutama di hadapan 'musuh politik'. Terjah ni konsep paparazi, konsep Nas Ahmad Melodi. Atau stail wartawan media sekular. Zainulfaqar, kamu wartawan sekular atau wartawan media Islam?

Maka munasabahlah Us Nasha mempersoalkan 'siapa kamu'. Takkan dia nak jawab lebih kurang? Lain orang lain cara jawab. Nasihat anak dan nasihat isteri lain. Menjawab wartawan Islam dan menjawab blogger celaka pun lain!

Dulu lulus subjek Fiqh Muazanah?

Soalan Us Nasha itu sendiri sebenarnya menyerlahkan kebiadapan kamu. Sepatutnya sebagai seorang wartawan, kamu perlu perkenalkan diri dari mana, akhbar mana. Baru tanya. Itukan masa santai, bukan masa semua wartawan berebut interview.

Dulu lulus subjek etika kewartawanan?

3. Jawapan kamu semasa memperkenalkan diri menyerlahkan kebodohan kamu sendiri. Us Nasha hanya tanya 'kamu siapa?'. Jawab saja, "Saya Zainulfaqar wartawan Harakah." Apa jadahnya kamu pergi merepek:

"Saya blogger anti Kerajaan Perpaduan, saya ini benci dengan pemimpin yang mengkhianati Pakatan Rakyat; saya benci pemimpin pro Umno; saya benci pemimpin yang penipu; dan saya akan lawan mereka habis-habisan."

Aku nak tanya, apa point kamu bagitahu semua tu? Apa keperluan dia?

Jawapan kamu itu telah memberi gambaran awal kepada Us Nasha bahawa dia (Us Nasha) ialah pemimpin yang mengkhianati Pakatan Rakyat, pro Umno, penipu dan kamu datang untuk lawan dia habis-habisan.

Sudah tentu dia tidak selesa. Kamu datang seperti nak memerangkap dan bukan nak tanya penjelasan. Bukan dia bodoh. Dia dah ada pengalaman 'dipatuk ular' apabila kenyataannya banyak kali diseleweng puak-puak kamu. Takkan dia nak kena patuk lagi? Bukan seorang mukmin dipatuk ular di lubang sama 2 kali!

3. Kamu juga menyerlahkan kebiadapan kamu dengan kenyataan ini:

Sebab itu saya nak tahu, kenapa Ustaz duduk asyik bersembang dengan dia (saya menunjuk jari kepada muka Husni) ini?”

dan

“Aaaaih…salahkah saya nak tahu apa yang hang (kamu) buat di sini? Salahkah aku nak tahu kenapa hang tak sama-sama Pakatan Rakyat sekarang (dalam) menentang usaha membawa Zionis-Israel ke Malaysia (di Dewan Rakyat),” saya bertanya Nasharuddin lagi.

Kamu tak pernah di ajar ke bahawa tuding jari kepada seorang manusia lain itu perbuatan biadab?. Kemudian berbahasa aku-hang dengan pemimpin itu juga biadab?. Sebiadab-biadab Zulkifli Nordin, tak pernah aku dengar dia berbahasa aku-engkau dengan lelaki yang lebih tua; walaupun lelaki tua itu cabar dia.

Kamu pandai mengambil dalil 'Allah menjawab Nabi Ibrahim' untuk mempersoalkan tindakan Us Nasha tak mahu jawab kamu (Nanti aku tulis kesilapan kamu ambil dalil ini!!). Anehnya, ada kamu ambil dalil bagaimana Allah memerintah Nabi Musa berjumpa Firaun?.

Ada Allah suruh Nabi Musa tuding jari ke muka Firaun? Ada Allah suruh main terjah ala Nas Ahmad kepada Firaun? Tak. Allah suruh qaulan layyinan. Suruh cakap yang lembut2. Tuding jari tu lembut ke? Aku-hang dengan lelaki (pemimpin jemaah!) itu lembut ke?

Ni apa, ambil Quran separuh, buang Quran separuh?

Jangan jadi mangkuk la kalau nak buat alasan Badwi hunus pedang tegur Umar al-Khattab. Itu Badwi. Pengembala kambing, orang kasar, orang tak mengaji tinggi. Kamu pengembala kambing ke? Kenapa memilih untuk jadi Badwi sedangkan kamu boleh jadi Umar?

Jadi, dengan tindakan kamu ini, tentulah memalukan Us Nasharuddin sendiri di hadapan Dato Husni. Seolah-olah PAS tak reti nak ajar wartawannya untuk beradab kepada pemimpin sendiri dan pemimpin lain. Bukankah dah jadi fitnah kepada jemaah Islam sendiri? Apa cerita kalau Dato Husni pegi cerita pula kepada pemimpin dan ahli UMNO yang lain?

Tak pakai otak ke masa tu? Bongok tak habis-habis la korang ni..

4. Kamu silap besar masa ambil dalil 'Allah menjawab Nabi Ibrahim' untuk mempersoalkan tindakan Us Nasha. Nabi Ibrahim dipilih Allah dan dia bertanya kepada Allah untuk menguatkan iman dia.

Sedangkan kamu bertanya bukan nak mengukuhkan tsiqah dan wala' kamu pada dia (sebab kamu sendiri indirectly dah mengaku kamu anti-dia) . Kamu attack dia secara biadab dan memalukan dia dan jemaah di hadapan pemimpin luar.

Manakan nak sama?

Lainlah kalau kamu tanya dia dengan sopan, sepertimana anak bertanya dengan ayah dan keadaan menjaga kehormatannya dan jemaah, mesti dia jawab.

Aku pernah hantar mesej kat dia tengah-tengah malam buta (Aku rasa masa tu awal pagi). Tanya soalan. Dia jawab.

Kena tengok cara dan tujuan soalan. Sayyidina Umar contohnya pernah menghukum seseorang sebab dia bertanya soalan yang pelik2, takdak faedah dan menimbulkan pertengkaran sesama umat. Ini disebutkan sendiri oleh Qardhawi dalam kitabnya, al-Fatwa Bainal Indibat Wal Tasayyub.

Kau tanya Wan Ji la kitab apa ni.

5. Bukan satu masalah besar seorang MP duduk dengan pemimpin parti lawan. Anwar boleh minum teh dengan Najib. Tak ada pula ada wartawan Suara Keadilan yang bodoh pergi serbu "Saya blogger anti pemimpin PR minum air dengan Najib"!

Makan ketika perbahasan juga tak perlu jadi isu besar (tetapi tetap satu isu). Dia tetap ikut perbahasan. Kalau ada di dalam, belum tentu dia boleh bercakap. Yang duduk dalam dewan pun banyak yang duduk saja. Sebab ada lagi MP PR yang lebih ahli!

Mungkin masa tu dia belum lunch, atau belum sarapan. Kita kena tahu benda ini dahulu sebelum tuding-menuding.

Lainlah kalau semasa pengundian usul, dia selamba badak pergi makan. Atau tak hadir sidang petang semasa proses pengundian. Itu baru jahat!

Begitukah keadaannya?

Tak.

Aku nak tanya siapa pemimpin PR yang tak ada semasa pengundian usul yang hampir menggulingkan kerajaan BN dulu? Us Nasha ke?

Jangan buat tak tahulah siapa!

Masalah kamu semua ni satu saja. Berani tapi tak ada adab. Faman laisa adabun fahua dubbun. Siapa tak ada adab, dia beruang.

Jangan faham perkataan 'beruang' tu secara fizikal pulak. Walaupun kamu tu memang gebu dan comel macam teddybear!

Haha!

Cerita Fitnah dari Pas Recond

Semalam aku ada berjanji untuk dedahkan satu lagi 'kecurangan' Rahman Talib (anggota besar Pas Recond) terhadap jemaah yang kita semua sayang. Pagi ini aku tunaikan janji itu. Aku dah tunggu dalam 3 minggu untuk ketibaan hari ini.

Semuanya bermula dengan artikel Rahman Talib berjudul: Nama Husam Tiada Dalam Rombakan Exco Kelantan Yang Baru

Dalam artikel tersebut dikatakan:

Khabarnya, MB Kelantan yang ada sekarang akan dipaksa untuk meletak jawatan serta bersara dan MB baru akan ditabal di Kelantan. Calon MB baru adalah Dato Ahmad Yaakob, TMB yang ada sekarang.

Khabarnya, MB yang bakal angkat sumpah ini akan memberikan senarai exco yang baru dan dalam senarai ini nama Husam Musa tiada. Sahabat saya memberitahu mereka merancang untuk menjalankan tindakan ini dalam bulan Mac 2010.

Mengikut sahabat saya ini, perlantikan TMB sekarang menjadi MB baru serta pembuangan nama Husam Musa dari menjadi exco Kelantan telah mendapat restu dari Presiden PAS sendiri.


Tidak cukup dengan satu artikel bodoh, isu ini diulang pula dalam artikel yang lain. Contohnya di sini.

Bagi menyungguhkan lagi khabar anginnya, Rahman Talib kemudian mengatakan:

Saya tak paksa para pembaca mempercayai khabar ini, namun sahabat saya ini tidak pernah salah atau berbohong kepada saya.

Chait, tak paksa orang percaya, tapi menyuruh orang lain percaya secara tidak langsung dengan meyakinkan bahawa sumber dia tak pernah bohong pada dia. Aku tak sebodoh tu lah!

Tamat bulan Mac, siapa bohong sekarang?

Ini membuktikan sumber Rahman Talib langsung tidak ada kredibiliti. Usahkan rombakan, hawa untuk pertukaran exco pun takdak!!. Malahan TGNA dikembalikan semula ke kerusi paling senior dalam PAS; Mursyidul Am. Cuba bagitahu, celah mana petanda gulingnya?

Ntah2, hanya imaginasi dan andaian berdasarkan sikap negeri-negeri lain yang merombak exco setahun sekali! Kuat berfantasi betul puak-puak ni.

Ingat budak-budak je minat fairy tale!

Puak Pas Recond toksah nak cakaplah rombakan tu tak jadi sebab Presiden takut dengan pendedahan TB. Gila loser alasan macam tu. Senang la sebar fitnah lepas ni. Bila tak berlaku, bagi alasan pendedahan kita yg menyebabkan ia tak berlaku.

Kenapa aku marah sangat dengan khabar angin macam ni?

Puncanya, kau melibatkan nama Presiden, nama Dato Ahmad Yaakob. Menuduh mereka semua terlibat dalam konspirasi besar menggulingkan Husam dan TGNA. Bukan setakat konspirasi untuk MB, malahan untuk Mursyidul Am juga. Dan dua-dua terbukti berita sampah.

Sama juga apabila aku marah kau bawa tuduhan aku Meor PA Us Nasha. Bukan aku marah kau tuduh aku Meor. Aku tak pernah marah pun orang tuduh aku SP selama ni (La ni dah kurang sikit. Agaknya puak ni dah sedar cara aku dan SP menulis lain!!). Jadi buat apa aku marah?

Aku marah bila kau bawa tuduhan bahawa aku (Meor) jadi makin bodoh bila jadi PA Us Nasha. Secara tak langsung, tuduhan itu bagitahu bahawa Us Nasha ialah punca orang yang rapat dengan dia jadi bodoh.

Ini satu usaha yang cukup keji menjatuhkan kepimpinan atasan dengan fitnah gelandangan.

Kalau kau boleh ambil sumber anonymous yang kita tak tahu siapa dan dari mana untuk 'bunuh' karakter aku dan kemudian indirectly merobek maruah Us Nasha, apakah level maklumat yang dibawa kau yang boleh bunuh peribadi Tuan Guru Presiden? Dah tentu lebih kurang sesampah anonymous yang bawa fitnah itu juga!!

Itu belum kira masa kau pakai sumber orang fasik Papagomo untuk hentam ahli jemaah sendiri! Sumber blog: Orang fasik, Anonymous.

Gila!

Terbukti sikap Pas Recond yang pernah aku sebut sebelum ini. Tak amanah dengan ilmu (Tak selidik dahulu sedalamnya sebelum sebarkan) dan percaya buta tuli kepada sumber sekunder bukan primer.

Nak percaya lagi orang macam ni? Kalau zaman Nabi dulu, Al Walid bin Ukbah sebar berita palsu pakai geng-geng dia, sampai dia digelar Fasik. Ulama dah definasikan fasik pada al walid ini sebagai Kazzaab (pembohong) dan orang yg tak segan buat dosa.

Rahman Talib pulak sebar berita palsu (khabar angin) pakai kuncu (blog Perisik Rakyat - Jaga-jaga Poji. Ingat kau takdak saham?!). Kemudian tak segan pulak mengulang-ulang berita palsu itu dalam artikel lain.

Jangan sampai kau jadi Al Walid moden Rahman!!

Ingat, kau ada lagi 2 hari untuk sambut cabaran aku, atau pohon maaf dan tarik balik segala tuduhan yang kau bawa.

Kalau tak, kau officially 'takdak telur'!

Wednesday, March 31, 2010

Ali Zaidan pula cabar Tulang Besi..

26 Mac lepas, kawan kita, blogger Batu-Api ada buat satu cabaran kepada Tulang Besi. Dia cabar Tulang Besi supaya buat report Polis dalam tempoh 3 hari selepas TB berura-ura nak buat report polis dalam blog dia.

Nampaknya KaptShiqaqi betul. TB memang tak buat report sampai hari ini.

Begitu resam TB. Dia cabar orang tak apa. Bila orang cabar dia, dia tak buat pulak!!

Jadi aku bagi satu lagi peluang kepada Rahman Talib untuk penuhi cabaran aku pula. Kurang-kurang dari dipanggil takdak telur, dapat jugak nanti gelaran 'telur separuh'!

Ingat, cabaran ini bukan aku yang mulakan, tapi bertitik tolak daripada sebaran berita yang entah-betul-entah-tidak dari TB sendiri. Lihat gambar di bawah.



Link untuk komen tersebut ada di sini.

Berdasarkan komen TB, ada beberapa pertuduhan kepada aku.

1. Nama aku Meor

2. Aku bekas Mahasiswa UIAM

3. Aku nak jadi PA Dr Zul. Tapi tak dapat.

4. Maka aku jadi PA Us Nasha

Aku tak peduli maklumat ini dari siapa, hantu raya ke, orang bunian ke, sebab TB memang sudah terkenal dengan kemampuannya menulis artikel daripada sumber sampah. Tetapi, TB perlu bertanggungjawab atas tuduhan ini.

Aku nak Tulang Besi bersumpah laknat membenarkan maklumat yang dia sendiri bawa ke dalam laman blog aku. Macam Saiful Bukhari bersumpah tu.

Kalau tak, Rahman Talib lebih bacul dari Saiful Bukhari.

3 hari. Itu tempoh masa yang aku bagi.

Selepas TB bersumpah, baru aku akan bagitahu hal sebenar. Sama ada benar atau tidak.

Semua orang mesti nak tahu kan? Haha

Dan esok, inshaAllah, satu lagi kejahatan TB kepada jemaah Islam akan aku tulis. InshaAllah.

Monday, March 29, 2010

Rahman Talib, Telanlah ludah sendiri!

Hari ini sah lah menurut keputusan jamaah bahawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz dikekalkan untuk jawatan Mursyidul Am PAS. Secara peribadi, aku yang dah 14 tahun bersama dalam jemaah ini (sekarang faham kenapa aku kata umur aku 14 tahun? haha) gembira dan mengharapkan sentiasa ada perubahan positif hasil keputusan ini.

Aku juga mengulangi saranan yang aku buat tahun lepas, agar seboleh-bolehnya Mesyuarat MSU dibuat di Pulau Melaka bagi memberikan keringanan kepada TGNA sendiri.

Perlantikan semula ini juga sekaligus menafikan khabar angin TGNA akan digugurkan dan menafikan teori bodoh "Khabar angin biasanya lebih benar dari khabar rasmi". Kepada Rahman Talib; pencipta teori bodoh ini, silalah telan ludah sendiri. Sedap ke?

Ingin juga aku jelaskan fitnah-fitnah lain bahawa Us Ahmad Awang tidak terpilih kononnya kerana dia 'tidak searus' dengan kepimpinan lain.

Mesti diingat, TGHH sendiri pernah menawarkan Us Ahmad untuk menyambung perkhidmatan sebagai Pesuruhjaya Perak. Dia sendiri menolak. Dia juga menolak untuk bertanding jawatan Naib Presiden walaupun Us Ahmad ada peluang cerah untuk menang masa tu.

Jika sekiranya penyingkiran Us Ahmad mahu dibuat, untuk apa TGHH menawarkan sambungan jawatan Pesuruhjaya?

Otak lembap memang tak boleh fikir benda ini.

Isu Us Ahmad bersedia menyambung tugas sebagai Ahli Majlis Syura juga tidak relevan. Us Abdul Ghani Shamsudeen juga bersedia, tetapi tak pula dia dilantik.

Ada juga nama-nama lain yang gugur, antaranya Us Daud Iraqi dan Dr Sanusi Daeng Mariok. Us Daud contohnya pernah kena 'bedal' dengan Rahman Talib sendiri semasa pra pemilihan Muktamar tahun lepas. Kenapa yang ini tak bising pula?

Kena ingat, PAS tak pernah tandus ulama'. Kalau tandus adab dan ilmu tu, Rahman Taliblah!

Seterusnya isu kewajaran TG Harun Din dipilih semula. Kiranya si Rahman ni (Yuran tahun ni dah bayar belum?) mempersoalkan kewajaran TGHD dipilih kerana langgar disiplin parti.

Ini masalah orang tak faham khilaf ulama. Pendapat TGHD diutarakan sebelum keputusan TG Presiden. Dan ia telah pun selesai selepas pertemuan dan penjelasan yang berlaku antara ulama. Maknanya selepas perjumpaan sesama pimpinan, TGHD tidak lagi membangkitkan isu tersebut.

Ia bukan satu kesalahan sebab TGHD tak pernah langgar disiplin. PAS meraikan perbezaan pendapat.

Yang langgar disiplin apabila dia pergi merepek dalam akhbar online dan buat press statement kecam Presiden dalam isu ini (selepas keputusan dibuat) . Ada dia buat benda tu?

Tak ada.

Mungkin ada orang persoal, kenapa Khalid Samad dihukum sebab berbeza pendapat?

Jawapannya dia bukan dihukum sebab berbeza pendapat. Dia kena hukum pasal gi bocor rahsia. Ni kena faham beza.

Seterusnya aku nak tanya Rahman, perlukah TGHD disingkir hanya sebab tidak sependapat? Cadangan Rahman Talib itu lebih kurang sama dengan golongan Muktazilah yang hukum Imam Ahmad sebab tak sependapat dengan mereka. Sebab Imam Ahmad tak mahu mengaku Quran itu makhluk! Nauzubillah. (Lafaz Quran itu Qadim, naskhah Quran itu makhluk)

Tapi sekurang-kurangnya Muktazilah ni hukum Imam Ahmad sebab isu akidah (Walaupun tindakan mereka salah!). Rahman Talib ni pula minta TGHD dihukum sebab hal fiqah.

Nampak gaya dari sudut ini, Rahman Talib lagi teruk dari Muktazilah!

#Update 1: Kenyataan rasmi Tuan Guru Nik Abdul Aziz

#Update 2: Perlantikan ahli MSU: Kalau tak tahu lebih baik diam- Misbahul Munir

#Update 3: Us Azizan Abdul Razak (ahli baru), Us Hashim Jasin dan Us Hasan Shukri ialah ahli yang dilantik. Bukan digugur. Selain Us Abdul Ghani dan Us Ahmad Awang, yang tidak dilantik semula ialah Us Daud Iraqi (Beliau pernah dkritik TB) dan Dr Sanusi Daeng Mariok. Minta maaf sebab timbulkan kekeliruan. Saya ubah perenggan tersebut.

Friday, March 26, 2010

Rahman Talib, Percayalah Neraka itu Warnanya Hitam!

Ayat yang paling bodoh aku dengar hari ini ialah khabar angin biasanya lebih benar dari khabar rasmi. Hujahnya ialah khabar angin Rahim Nor pukul Anwar terbukti benar. (Bagaimana pula khabar angin yg disebar puak kamu bhw Us Abu Bakar Chik sergah TGNA?? Bukankah dibuktikan palsu?!!)

Atas hujah itulah seorang blogger memainkan peranan aktif menyebarkan segala macam khabar angin yang entah betul entah tidak demi untuk membuktikan 'kebenaran' pandangannya. Tak kisahlah maklumat itu daripada Papagomo kawan baik saiful Bukhari pun!

Itulah Rahman Talib. Siapa tak kenal boleh tanya Batu-api. Mereka berdua pernah bercinta dulu. Tetapi putus di tengah jalan.

Ya, itu ialah khabar angin. Tapi disebabkan khabar angin biasanya lebih benar dari khabar rasmi, maka semua pembaca wajib telan fakta bahawa Rahman Talib bercinta dengan Batu-api. (Tolong faham sindiran!!)

Aiyyaaa... ntah mana punya mengaji daa mamat ni. Cikgu tadika mana pulak yang ajar boleh main sebar berita yang belum tahu benar atau tidak?

Sedangkan Allah dah bagi amaran yang cukup jelas dalam Quran tentang azab untuk mereka-mereka yang menyebarkan khabar angin; tuduhan buruk tanpa bukti terutama kepada orang yang beriman.

Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya orang yang suka menghebahkan tuduhan buruk di kalangan orang beriman, mereka akan beroleh azab seksa tidak terperi sakitnya di dunia dan akhirat. Ingatlah Allah lebih mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahuinya." (An-Nur, ayat 19)

Si Tulang Besi ni menulis tajuk "Ahmad Awang dipecat dari Syura?" Aduh la. Apa ke belitnya tajuk ini!!

Bukan dipecat la mangkuk! Tidak dipilih semula. Macammana nak pecat kalau sesi dah berakhir? Dipecat dan tidak dipilih semula tu lain! Itu pun tak boleh nak beza?. Macammana nak jadi CEO?

Kemudian menulis pulak bahawa UG masih hidup dan kerjanya sekarang antaranya ialah 'menjatuhkan dan membersihkan Ahmad Awang'. Kiranya sebab Us Ahmad dedahkan isu proposal kerajaan Pas-UMno di Perak dahulu (Nanti kita boleh cerita lagi pasal ni!)

Wa Nauzubillah. Tak habis-habis dengan cetusan-cetusan fitnah yang dibuat.

Maafkan aku kalau tersalah, tapi setahu aku Us Abu Bakar Chik; yang dibagi label UG pun tidak tersenarai kembali sebagai ahli majlis syura (Berdasarkan laporan Harakah). Kenapa ini tidak dibesarkan pula?

Setahu aku juga, Us Abd Ghani Shamsudeen ialah Setiausaha Majlis Syura sesi lepas. Namanya juga tidak timbul dalam senarai ahli syura oleh Harakah. Kenapa ini juga tidak ditimbulkan? ( Berita harakah ttg mesyuarat pemilihan ahli syura dah jadi macam berita paparazi. Siapa wartawan Harakah yang tulis artikel tu?)

Jangan lah buat PAS ni tandus ulamak. Mesti pilih 'orang ini orang itu' saja sepanjang masa. Ulamak tak pernah putus dalam jemaah Islam!

Mesti difaham, bahawa tuan punya badan (Us Ahmad Awang) sendiri tidak tahu menahu sama ada dia dipilih atau tidak. Malahan khabar rasmi pun belum ada. Mengapa tidak sabar2 menyebar berita? Pemilihan ahli majlis syura pun belum habis lagi.

Dah gatal sangat tangan tak ada benda lain nak menulis, khabar angin pun jadilaaaahh..

Puak Pas Recond tak ambil iktibar ke daripada sikap mereka yang terburu2 menyebar berita tentang sebab apa YB Khalid digantung dulu? Sehingga YB Khalid sendiri bagi penjelasan dan buktikan tuduhan kamu semua itu bohong dan palsu?

Atau tuduhan palsu ke atas Us Abu Bakar Chik yang dijawab oleh Misbahul Munir?

Nak buat lagi?

Kamu semua ni nak kena jentik dengan api neraka dulu baru nak sedar ke?

Dalam satu hadis , disebutkan bahawa neraka itu dipanaskan selama seribu tahun, maka ia menjadi merah. Dipanaskan lagi seribu tahun, maka ia menjadi putih. Dipanaskan lagi seribu tahun, maka ia menjadi hitam. Hitam gelap pekat.

Ulamak semasa cerita bagaimana hitamnya api neraka ni, dia sebut kal laillil mughlim; macam malam yang gelap yang takdak cahaya bulan bintang tu.

Ha... kira2 begitu la warna api neraka.

Amacam?.. sedap? Try la.. Aku tak nak try. Kulit aku lembut. Yang duk rasa kulit dia tebal macam kulit biawak, silalah.

Tapi jangan meraung la lepas kena!

Al Bakistani pula yang terlondeh?

Pagi-pagi buta, aku buang tabiat dengan buka laman Al-Bakistani. Tajuk artikel dia yang latest ialah Tiada Gabung Dengan kerajaan Diktator - Dr Yusuf Al Qardhawi

Kemudian ada satu statement yang best dari Wan Ji. Kiranya Qardhawi itu ulama dunia yang paling dia respek dan kagumi di abad ini. (Semua pun respek. Yang tak respek mungkin cybertrooper Umno saja!!)

Tapi walaupun respek, dia tak boleh relatekan maksud sebenar Dr Yusuf Qardhawi dengan isu yang dia cuba kiaskan. Bab ini aku cukup kasihan. Sikit punya lama belajar agama, masih tak mampu nak letakkan fatwa kepada isu yang betul. Kata Dr Hashim A. Hellyer, orang macam ini, korup ilmunya.

Dirumuskan oleh Bakistani bahawa:

Dr Yusuf Al-Qaradhawi membenarkan pergabungan dan penubuhan kerajaan campuran yang tidak mempunyai unsur dictator (kezaliman).

Kemudian dipersoalkan oleh dia sekali lagi:

Persoalannya, Apakah UMNO sudah menjadi adil? Bagaimana ISA? Bagaimana sistem kehakiman, mahkamah, SPR dan media?

Inilah masalah puak Pas Recond yang sudah aku perjelaskan dalam artikel sebelumnya.

Untuk pengetahuan Wan Ji, idea gagasan UG ni bersyarat. Bukan duk main gabung lebih kurang macam tu sahaja. Yang mana, sebelum nak buat, kena ada pembersihan kehakiman, pembersihan SPR dan perubahan dalam polisi media. Kemudian di sebutkan lagi oleh TGHH bahawa UG ini hanya boleh berlaku bilamana adanya 'demokrasi ekonomi dan pendidikan'. Contoh, non bumi (eg India estet) yang miskin tidak di anaktirikan.

Makanya bolehlah dibuat UG. Sebab pembentukan UG tidak mempunyai unsur kezaliman sebab sistem keadilan sudah dibersihkan sebelum pembentukannya. Sila tonton video penjelasan yang aku letak di sebelah blog.

Jadi, apa masalahnya dengan fatwa Qardhawi ini? Fatwa Qardhawi ini membenarkan lagi tindakan TGHH menggagaskan idea UG dan menempelak golongan Pas Recond yang tak reti-reti nak faham isu.

Senjata makan tuan? Haha

Nah, ambil tisu ni Wan Ji. Kesat air ludah hang yang kena kat muka tu.

Thursday, March 25, 2010

Pemilihan Parti Berasaskan Syura: TB Terlondeh Lagi!

Artikel menarik dari Wan Ziarahsufi

1. Hahaha.. Rasa nak terkentut dengan kenyataan pakar perlembagaan PAS, saudara TB berkaitan keabsahan pemilihan pimpinan PAS Terengganu. PAS Terengganu lagi.. satu komen sarat dengan dendam dan dengki.

2. Katanya sistem gugusan. Pertama kali saya baca. sistem gugusan yang seperti saudara TB tulis seumpama sistem pemilihan Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya tahun1970an dimana ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa dipilih oleh para mahasiswa, kemudian MPM akan melantik kabinet PMUM. Saya rasa sistem lebih baik daripada sistem pertandingan ala MCA dan UMNO sekarang. Presiden terlalu berkuasa dan keberangkalian untuk berpecah adalah besar.

3. PMIUM telah mengamalkan sistem syura dimana calon-calon disaring dan dipilih-undian oleh majlis dalaman. Kemudian nama calon diabsahkan dalam muktamar. Ustaz zainulfaqar dan ustaz nazree Gerak lebih tahu. Sistem ini bagus, sistem syura. Berlaku penyaringan pimpinan, agar fikrah Islam dan wadah gerakan Islam terus utuh. Sebaik sistem ini pun terlahir juga Presiden PMIUM seumpama Ustaz Nazree GERAK dan Dato Ahmad Shabery Cheek. Tak lupa Timbalan Presiden PMIUM, Samin Ongkili.

4. Sistem Syura dalam PAS bukan menghalang pertandingan. Ia proses tolak ansur yang begitu tinggi nilainya. Dan proses ini pernah gagal. Contoh apabila Cikgu PA vs Ustaz Hasan Shukri. Ketika itu TG Haron Din tarik diri. kata TG Haron Din, baginya kepimpinan adalah dengan cara meletak. Cikgu PA nak lawan, pertandingan diadakan. Kata ustaz Din Tantawi, 'setelah disyurakan'. Makna persetujuan bersama, baru pemimpin dilantik. Pertandingan bagus tetapi jika kerap bertanding, suasana parti tidak tenang.

5. Akhirnya, cuba saudara TB tanya BOS, adakah IRC dan Suara Islam adakan pertandingan. Demokrasi-pemilihan-pertandingan bukanlah segalanya. DEMOKRASI bukanlah tuhan yang disembah. jangan taksub pada demokrasi.

Tuesday, March 23, 2010

Kerja bodoh apakah ini?

Dalam 1-2 tahun dulu, kawan aku yang kerja dekat Sarawak ada cerita, bagaimana dia dapat satu pamplet yang 'Islamik'. Dalam pamplet itu diceritakan tentang keajaiban Nabi Isa a.s. Bagaimana dia dilahirkan dengan ajaib; tanpa bapa dan bagaimana kemuliaan yang Allah bagi kat mak dia, Maryam, sehingga satu surah dalam quran dibagi nama Maryam.

Sekali pandang macam best..

Tapi dia jadi start tak best, bilamana tukang tulis dia berusaha untuk membanding-bandingkan keutamaan antara Nabi Isa dan Nabi Muhammad.

Nabi Muhammad tak special, sebab lahir cara normal. Nabi Isa lagi special, sebab lahirnya secara ajaib.

Nabi Isa special, mak dia disebut 34 kali dalam Quran. Siap ada surah khas nama dia (mamat ni tak sedar agaknya ada Surah Muhammad dalam Quran!!). Nabi Muhammad tak special. tak usahkan nama surah, nama 'Aminah' pun tak ada dalam Quran.

Nabi Isa baik. Buat dakwah dengan aman. Rom bantai dia pun dia tak berperang. Nabi Muhammad pulak banyak kali keluar berperang.

Last sekali tukang tulis tu tanya, siapa lagi rendah diri?

Aku nak tanya, apa motif tukang tulis ni duk banding2kan keistimewaan dua Rasul ulul azmi ni? Padahal semua tahu keadaan dua Nabi berbeza. Maka approach mereka tentulah takkan 100% sama.

Mustahillah sebab dia sayang nabi Isa. Orang yang sayang Nabi isa takkan kutuk Nabi Muhammad. Takkan orang yang sayang Nabi Isa perleceh Nabi Muhammad.

Sebab Nabi isa dilaporkan ada sebut dalam Gospel of Barnabas chapter 163:

The disciples answered, "O Master, who shall that man be of whom you speak, who shall come into the world?" Jesus answered with joy of heart: 'He is Muhammad;, Messenger of God, and when he comes into the world, even as the rain makes the earth to bear fruit when for a long time it has not rained, even so shall he be occasion of good works among men, through the abundant mercy which he shall bring. For he is a white cloud full of the mercy of God, which mercy God shall sprinkle upon the faithful like rain.'

Maksud dia (Aku terjemah bebas): Para pengikut bertanya," Tuan, Siapakah orang yang tuan cakapkan itu, akan datang ke duniakah dia?". Jesus menjawab dengan hati yang gembira, "Dialah Muhammad, utusan Allah. Bilamana dia datang ke dunia, hujan akan turun dan bumi akan menuaikan hasil walaupun sebelumnya kemarau panjang. Dia akan membawa rahmat yang melimpah, dan memberi peluang untuk pekerjaan yang baik di kalangan manusia. Dialah awan putih yang penuh dengan rahmat, dan Allah akan menurunkan rahmat seperti hujankepada mereka yang beriman.

Gospel of Barnabas ini dikatakan Gospel asal yang belum tercemar. Dan memang ada usaha pihak Kristian menuduh Injil Barnabas dicipta oleh Orang islam sendiri. Sedangkan kitab ini dijumpai di atas dada Barnabas, dengan tulisan tangannya, di dalam kubur dia. Dan semuanya itu berlaku sebelum lahirnya Nabi Muhammad. Aku tak mahu cerita lebih2 kat sini, (Perang Portugis-Belanda yg berlaku disebabkan perbezaan mazhab Kristian pun ramai yang tak tahu!). Kalau cerita nanti, melalut ke lain pulak. Ada masa, aku cuba buat entri khas.

Kalau tak sayang Nabi Isa, maka apa pointnya?

Mudah, jawapannya tukang tulis tu benci kedua-duanya; Muhammad dan Isa. Dia nak memecah belah dan meragukan umat islam dengan kerasulan kedua-duanya. Kita yang sayang Nabi Muhammad akan attack dan mungkin sampai satu tahap berusaha merendah-rendahkan martabat Nabi isa demi membuktikan taraf Nabi Muhammad lebih tinggi. Nauzubillah.

Taktik lapok. Tapi ada jugak yang termakan!

Aku tak nak kata ini dakyah siapa. Korang fikir sendiri. Semua dah habis sekolah. Aku je yang tahun depan baru nak ambik PMR. Keh keh keh.

Dah buat apa kau cerita semua ni Ali?

Mudah. Aku nak cerita bahawa taktik lapok ini pun ada dipakai oleh satu dua ekor anai-anai untuk meragukan jemaah dengan kepimpinan ulamak.

Dan ya, ada jugak yang termakan!

Mereka banding-bandingkan kepimpinan TGHH dan Almarhum Ustaz fadzil. Atau membandingkan peribadi TGHH dan TGNA.

Sedangkan semua tahu situasi antara musim kepimpinan ini berbeza. Zaman TGNA baru naik menjadi Mursyidul am menggantikan Almarhum TG Yusuf rawa pun, ada yg merendah-rendah kebolehan dia. Memang benar berbeza, tapi zaman TGNA dan TGYR kan lain?

Begitu jugak nak membandingkan zaman TGHH dan us fadzil. mesti tengok zaman dan masalah yg berbeza.

Ingat dahulu masa us Fadzil terima jemputan Che Det untuk buat ucapan bersama pasal Palestin live dekat TV (Aku rasa masa tu baru lepas PRU 10). Ingat? Takkan lupa masa tu bagaimana Che Det yg bercakap selepas Us fadzil menyindir sinis +-"Nak suruh umat islam bersatu, kita kat sini bersatu dululah".

Cuba bawa situasi itu pada hari ini, dan yang bercakap itu Najib dan TGHH, dah tentu dikatanya TGHH bodoh masuk perangkap musuh.

Tapi masa tu Alhamdulillah, anai-anai kurang lagi, kita spray sikit dah mati. Jadi tiang seri rumah jemaah kita tak jejas.

Sekarang lain, anai-anai membiak. Tak makan Baygon puak-puak ni. Dah immune. Buat penat spray je.

Bagi aku, yang membandingkan ini lebih kurang sama saja dengan yang 'puji Nabi isa, kutuk Nabi Muhammad' tu. Mustahil orang yang hina Us Nasha dan puji Us Fadzil tu sayang Us Fadzil dengan betul2. Tipu.

Sebab us Fadzil sendiri yang angkat Us nasha sampai ke tahap ini. Bukan kita tak tahu, us Nasha baru saja menang AJK Pemuda, terus Us Fadzil angkat jadi SU Agung. Su Agung bukan muktamar angkat. Itu kuasa Presiden.

Bagi aku, menghina kebolehan Us Nasha sama saja dengan merendahkan kebolehan membuat keputusan Us fadzil. Senang.

Bukan kita tak tahu, kerja membanding2kan kepimpinan ini tak lain kerja nak menjahanamkan jemaah.

Eh, lupa pulak. Ni bukan aku samakan ulamak kita dengan Nabi. Sebab ada jugak anai2 yang tak berapa ada akal ni, bila aku pakai dalil kisah nabi, dia kata aku nak jadi Nabi!

Brain Freeze!

Monday, March 22, 2010

Rahman Talib, Percayalah neraka tak best!

Artikel 1

Tak pernah terbayang dalam kepala otak aku yang kiut ini, ada orang yang mengaku konon sayang jemaah islam sanggup pakai maklumat orang fasik untuk belasah jemaah islam. Tapi tu la yang dibuat oleh Tulang Besi @ Rahman talib. Boleh klik sini untuk bacaan.

Aku rasa umum dah tahu bahawa Papagomo ni boleh dikategorikan cybertrooper Umno ( mungkin lagi tepat cybertrooper che det?) yang buat pakatan dengan saiful Bukhari azlan hari tu. Rasanya boleh rujuk dekat blog Milo Suam.

Jadi jelas Papagomo ini ialah musuh kepada jemaah dalam sudut politik. Dan bukan sikit benda mengarut yang papagomo ni duk merepek dalam blog dia. Maka kenapa pulak nak pakai hujah dia secara buta tuli?

Bukankah Allah sebut, "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. " (Al Hujurat: 6)

Begitu jelas Allah bagi ingat, kenapa boleh tak nampak?

Tapi ya lah, Allah kata Ya ayyuhal mukminun. Wahai org2 beriman. Kalau rasa diri tu munafik mufasik, maka tak apalah. Tak payah ikutlah.

Tapi tahanlah azab neraka nanti.

Artikel 2

Yang ini pula aku nak rujuk kepada satu lagi artikel dia. Boleh klik sini. Kononnya kegagalan 16 September ialah kerana Presiden dan pimpinan Pas buat bantahan yang tidak berasas. Menurut Rahman lagi:

Namun, apabila dibantah oleh Presiden dan beberapa kepimpinan PAS Pusat atas alasan "Melayu tidak Majoriti", maka Anwar telah mengubah perancangan beliau.

Aku tanya dengan jelas kepada Rahman 2 soalan.

1. Adakah meminta pemerintahan yang dikuasai oleh orang Islam demi menjaga Islam itu tidak berasas?

2. Sejak bila Presiden menyebut 'Melayu mesti majoriti'?. Yang disebut Presiden ialah islam mesti majoriti. Dalam satu interview, Presiden menyebut "Melayu Muslim mesti majoriti"

Sampai sekarang tak mampu jawab.

Kenapa dihilangkan atau digantikan perkataan Islam dan Muslim itu? Apakah ada niat jahat dan sikap tidak amanah dalam menulis?

Bukankah dengan mengubah dan memanipulasi kenyataan Presiden itu telah memberi gambaran bahawa Presiden seorang perkauman dan racist?

Betul Melayu mesti Islam dalam Perlembagaan. Tetapi bodoh dan 'tidak cerdik' juga mempunyai makna yang sama. Tetapi mempunyai kesan yang berbeza bila diguna.

Ini membuktikan sikap sebahagian Pas Recond yang telah aku buktikan dalam artikel sebelum ini, iaitu tidak amanah dalam ilmu. Sila klik.

Seronok sangat ke buat?

Percayalah rahman, neraka tu tak best. Tak sedap pun duduk dalam dia.

Artikel 3

Entah ke berapa kali ntah aku duk bertekak dengan Rahman Talib (Tulang Besi) dalam blog dia. Sehinggalah seorang pengomen anti TB menasihatkan agar aku agar tidak meraikan tulisan TB dalam blog dia. Meraikan bermakna menambah popular. Biarlah popular dengan cara yang mazmumah pun.

Aku akui kebenaran tu. Aku masih ingat bagaimana aku pernah attack Aduka Taruna di dalam blog dia. Tetapi aku perasan lepas itu AT semakin popular. Walaupun popular dengan cara yang hina. Satu lagi dalam blog 'Anak Pak Wahab'. Daripada lebih kurang 20 orang follower, selepas 'diraikan' oleh pihak aswj, sekarang dah ada lebih 200 follower.

Siapa blog 'anak Pak wahab' tu, pandai2 la cari. Malas nak bagi tau. Keh keh keh.

Sunday, March 21, 2010

Lagi Blogger Buat Kerja Celaka!

Artikel menarik dari Warkah Daily:

19 Mac baru yang lepas, PAS Bachok, kawasan parlimen yang diwakili oleh YB ustaz Nasaruddin Mat Isa telah mengadakan satu program Majlis Makan Malam Amal yang diadakan nun jauh di Putrajaya bagi mengumpul Dana Komplek Pendidika Islam (KPI) Bachok bersama tiga pimpinan tertinggi PAS iaitu Mursyidul Am, Timbalan Mursyidul Am dan Presiden PAS.

Program yang diadakan di Hotel Marriot Putrajaya itu dibuat berkemungkinan kerana ingin mencapai sasaran derma daripada ramai dermawan kaya-raya yang mendiami Putrajaya dan kawasan sekitar walaupun Bachok berada jauh di Kelantan.

Program itu diselia sendiri oleh Timbalan Presiden PAS, YB ustaz Nasaruddin Mat Isa selaku ahli Parlimen Bachok sebagai Pengarah Program.

Menurut laporan http://ydppasputrajaya.blogspot.com, kehadiran lebih 1000 tetamu ke majlis itu, telah mencapai objektif program bagi mengumpul dana untuk menyiapkan baki 30% pembinaan kompleks yang telah dimulakan pembinaannya pada tahun 2007. Projek yang rasmikan oleh tuan Guru Nik Abd Aziz pada tahun 2007 itu telah diasaskan oleh 3 pimpinan utama PAS kawasan iaitu YB Dato hj Omar Mohamad YB Ustaz Hassan Mahmud serta Almarhum Ustaz Buni Amin Yaakob bakal mengubah lanskap pendidikan di Bachok apabila ia bakal disiapkan kelak dengan perbelanjaan 3.7 juta lagi.

Yang menjadi persoalan WarkahDaily, bukan berita yang disiarkan laman tersebut atau program yang telah diadakan itu. Tetapi ingin memberi sedikit komen ke atas satu persepsi jahat yang cuba dibangkitkan laman-laman tertentu (blogger celaka) yang tidak senang dengan beberapa pemimpin PAS dengan menimbulkan pelbagai cerita dan ulasan yang secara sengaja mencari point untuk menunjukkan kebencian mereka terhadap beberapa pemimpin yang mereka sendiri kelaskan dengan UG walaupun isu UG telah diumumkan tidak berbangkit lagi.

Tetapi, perasaan dendam kesumat, hati yang lebih keras dari pedal ayam, golongan ini masih lagi mencari seribu satu alasan dan cerita agar isu itu boleh dibangkitkan lagi bagi meracuni pemikiran pembaca dan penyokong PAS.

“Menurut sumber-sumber yang dipercayai sewaktu Murshidul Am Pas berucap dalam ucaputama majlis tersebut tidak menyebut langsung nama Ustaz Nasa dalam muqaddimah ucapannya sedangkan nama-nama lain Tok Guru sebut.Hadirin di barisan hadapan majlis merasa terkejut dan masing-masing memandang antara satu sama lain.Mereka 'sut sit sut sit' antara satu sama lain.”, tulis misai merah dalam blognya.


Berdasarkan firasat WarkahDaily, kebarangkalian misai merah adalah seorang yang berpengaruh mungkin. Manakan tidak, tanpa pergi ke majlis berkenaan, hanya bersumberkan ‘sumber-sumber yang dipercayai’ sahaja beliau sudah berani menyiarkan khabar daripada ‘sumber-sumber’ itu. Bermakna, bukan calang-calang sumber yang beliau perolehi, katanya.

Melalui pemahaman WarkahDaily melalui pembacaan di blog misai merah, sengaja atau tidak, beliau ingin menimbulkan satu persepsi buruk terhadap Ustaz Nasaruddin Mat Isa.

“Mungkinkah Tok Guru terlupa? Mungkin juga Tok Guru nak cepat habiskan ucapan jadi tak sempat nak sebut nama Ustaz Nasa atau mungkin juga Tok Guru dah ...hang pa pikiaq sendiri la..sendiri mau ingat”, tulis misai merah lagi.


Kemudian diulas pula oleh pakar propaganda blog, bakaq a.k.a. ~penarik beca dengan tajuk ‘Barangkali Mursyidul Am terlupa’ dalam blognya sambil meletakkan satu ‘berita berkaitan’ yang dilinkkan sumbernya daripada Utusan Malaysia. Dimana kaitannya tidak ketahui tapi mungkin ingin kaitkan dengan ‘isu perpaduan’.

Misai merah dan ~penarik beca telah menimbulkan satu cerita bodoh konon Tok Guru Nik tidak menyebut nama Ustaz Nasaruddin Mat Isa dalam ucapannya di majlis berkenaan walaupun belum dapat dipastikan akan kebenaran khabar yang dipostkan diblog mereka ini.

Bagi mereka, pengisian dan berjayanya majlis berkenaan tidak menjadi ukuran atau dijadikan tajuk berita, tetapi satu benda yang orang tidak ambil ‘pusing’ (tidak ambil peduli) mereka perbesarkan dengan motif, dapat memburukkan Ustaz Nasaruddin. Bagi mereka, menimbulkan persepsi terhadap pemimpin lebih penting daripada menjayakan agenda jamaah.

Dengan hanya berpaksikan ‘sumber-sumber yang dipercayai’ kononnya, mereka coretkan persepsi. Asyik-asyik ‘sumber-sumber yang dipercayai’. Bila mahu menimbulkan persepsi, mesti ‘sumber-sumber yang dipercayai’ digunakan seperti yang mereka dakwa. Namun keabsahan ‘sumber-sumber yang dipercayai’ yang mereka dakwa itu belum dapat dipastikan betul atau tidak.

Bagi Warkahdaily senang sahaja, jika mereka ingin membicara juga benda yang tidak memberi kudis kusta terhadap jamaah itu, WarkahDaily ingin bertanya kembali kepada mereka, kenapa Tok Guru Nik Aziz boleh datang ke program Majlis Makan Malam Amal yang diadakan di Putarajaya itu. Sedangkan program itu dihandle (dikepalai) Ustaz Nasaruddin selaku ahli parlimen kawasan Bachok.

Jika misai merah dan ~penarik beca yang sengaja melaga-lagakan pemimpin PAS, kononnya Tok Guru membenci Ustaz Nasaruddin sehinggakan tidak menyebut nama Ustaz Nasaruddin dalam ucapannya, kenapa pula Tok Guru Nik Aziz sanggup hadir ke majlis berkenaan? Padahal majlis itu, ustaz Nasaruddin Mat Isa merupakan pengarah program. Jika marah, bukan ke lebih elok tak datang terus.

Tapi Tok Guru Nik Aziz bukan seperti yang korang sangkakan. Beliau boleh datang ke majlis itu dan sempat memberi ucapan utama lagi. Bahkan program itu selesai dengan tercapainya objektif program dan dihadiri 1,000 hadirin.

Namun, bagi blogger seperti misai merah, ~penarik beca dan seangkatan dengannya mungkin tidak senang dengan kejayaan program yang dikepalai Ustaz Nasaruddin dan dihadiri pula Tok Guru Nik Aziz. Mereka akan cari apa cara sekali pun bagi menampakkan Tok Guru Nik Aziz dengan Ustaz Nasaruddin tidak sehaluan.

Memang celaka blogger-blogger celaka. Mereka hanya ingin melaga-lagakan pemimpin PAS dengan kata lain ingin mencipta kumpulan-kumpulan tertentu dalam PAS agar PAS dapat ‘dipecah-pecahkan’. Maka senanglah PAS dirobohkan bila usaha jahat mereka ini berjaya.

Apakah mereka ini merupakan ‘perosak-perosak’ dalam PAS yang menyamar ahli PAS dan penyokong PAS agar dapat meruntuhkan PAS dari dalam? Mungkin ini cara terakhir Umno-BN untuk melemahkan PAS dalam menghadapi PRU 13.

Apa yang kita perlu fikir, persepsi yang sengaja ditimbulkan ini diungkit atau timbul selepas Umno-BN kalah teruk dalam PRU 12. Mungkin Umno-BN telah terjaga daripada tidur lena mereka dengan cuba menyerang Pakatan Rakyat secara dalaman.

Modus operandi yahudi ingin menghancurkan Islam dengan memasuki masyarakat dan negara umat Islam dengan penyebaran anasir-anasir jahat melalui ‘budak suruhan’ mereka (program hiburan, permainan online kanak-kanak, filem-filem porno dan sebagainya) dengan harapan dapat melemahkan ikatan umat Islam dengan penciptanya, Allah SWT. Maka Islam menjadi lemah dan tidak kuat lagi.

Bagi yahudi, serangan terhadap umat Islam secara fizikal tidak lagi rasional walaupun masih lagi diperlukan, namun serangan paling hebat yang perlu boleh meruntuh kekuatan umat Islam ialah ‘serangan dalaman’. Sebar anasir buruk dengan menjajah minda anak-anak umat Islam. Maka lama-kelamaan, Islam tidak lagi menjadi kuat. Bukti, sekarang pelbagai gejala-gejala negatif yang berlaku di bumi umat Islam kerana terpengaruh dengan budaya-budaya yang dicelup daripada acuan yahudi.


Artikel berkaitan:

Mengulas artikel Barangkali Mursyidul Am terlupa

Friday, March 12, 2010

Ali Zaidan perangkap PAS Recond

Dalam banyak2 tukang komen dalam blog Ali Zaidan, ada seorang manusia yang begitu setia memberikan komen 'membina' dalam hampir setiap artikel; terutama artikel yang menampar PAS Recond. Nama blogger ini ialah Qurtubyy. Nak tahu siapa Qurtubyy ni, kena tanya Batu-Api. Dahulu dia ni suka sangat duduk dalam blog Batu Api, lepas Batu Api bogelkan 'identiti' dia, terus payah nak nampak bayang dia dalam blog tu. Kalian buat demo depan rumah Batu Api la, desak dia bagi tau sapa Qurtubyy, nanti dia bagi.

Dulu Qurtubyy pernah bersumpah (demi Allah) bahawa Batu Api ialah Songkok Putih. Kemudian seorang blogger cacai iaitu Tulang Besi telah menggunakan hujah ini dalam satu artikel dia.

Tapi tu bukan yang aku nak cerita. Yang aku nak cerita ni ialah bilamana aku tulis satu artikel yg pakai heading controversi berjudul "TGNA sokong Kerajaan Campuran PAS-UMNO? ". Matlamat sebenar artikel ini ialah nak test akhlak dan ilmu pengetahuan Pas recond.

Ujian satu:

Si Qurtubyy yang diiktiraf Tulang Besi ini memberikan komentar pertama:

TGNA setuju dengan UG?
anda gila bila percaya kepada mufti UMNO.


Di sini jelas kelemahan minda wakil Pas Recond ini bila masih gagal membezakan antara UG dan Kerajaan Campuran. Ini ialah masalah pertama. Corruption of knowledge. Tak tahu isu tapi masih nak bercakap. Patutlah isu UG ini tak boleh selesai sebab bila kita sebut UG, mereka kata nak berpeluk dengan UMNO.

Yang kedua. Ada seorang blogger nama mindarakyat atau dalam blog Greenboc biasanya dia pakai nama sb dehlawi. Dia tulis:

KATA ALI ZAIDAN LAGI, tindakan ust ahmad awang tidak menafikan kenyataan itu seolah-olah mengiakan kenyataan harussani.

Pertama sekali tak pernah sepatah haram pun aku sebut tentang hal ini. Itu sebenarnya ialah pemahaman dia tentang artikel aku. Sedangkan maksud sebenar aku, apabila Us Ahmad tak menafikan atau menyentuh hal tersebut (TGNA mengatakan 'bagus' kepada idea Harussani) maka sepatutnya kenyataan dia tak perlu di ambil kira (dalam isu 'bagus' sahaja). Yang perlu kita lihat untuk validate isu ini ialah kenyataan rasmi TGNA yg mana TGNA tak menafikan bahawa dia ada mengatakan 'idea Harussani itu bagus'. Sebaliknya TGNA serahkan kepada pembaca untuk menilai.

Ini ialah masalah kedua Pas Recond. Iaitu tak amanah dalam menaqalkan kata2 orang. Faham ayat orang ikut akal yang terhad, kemudian mengatakan apa yang difahami itu sebagai kata2 dr mulut orang itu.

Orang cakap lain, dia faham kut lain. Sama lah macam UG. Orang kata ada syaratnya, orang kata mesti libatkan semua parti, dia duk kata nak berpeluk dengan UMNO. Moga Allah tingkatkan kecerdasan otak mereka.

Yang ketiga. Aku diamkan dahulu semasa SB Dehlawi kata macam tu. Aku nak lihat apa tindakan seterusnya PAS Recond. Kemudiannya muncul Qurtubyy. Dia kemudiannya menggunakan ayat SB Dehlawi yang tidak amanah itu, dan mengkritik aku atas apa yang tidak aku kata:

alizaidan said: "tindakan ust ahmad awang tidak menafikan kenyataan itu seolah-olah mengiakan kenyataan harussani.".

Anda dah bertanya kpd Ustadz Ahmad Awang sendiri? Jika tidak usah buat persangkaan "seolah2 mengiakan kenyataan harussani. Itu satu dosa


Apabila aku cuba tanya bila masa aku kata begitu, barulah mula nak rujuk balik kepada Sb Dehlawi. Kononnya, kalau tak betul kenapa aku tak nafikan dari awal?

Maka aku jawab:

Sebab sengaja aku nak lihat kamu semua amanah atau tidak kepada maklumat.

Jelas kamu semua ni mengambil sumber sekunder bukan primer dalam membuat hukuman.

Kamu tidak menyelidik semasa membuat kenyataan.

Kamu tergesa-gesa apabila melihat sesuatu yang kamu anggap boleh dipakai untuk menjatuhkan maruah orang yang kamu benci dan hasad.

Begitulah yang kamu buat kepada TGHH, Dr Hasan, Us Nasha. Kamu tidak ambil apa yang mereka cakap. Sebilangan golongan kamu tidak dengar hujah2 dia yang sebenar daripada mulut mereka. Tidak hadir majlis penjelasan mereka.

Tetapi kamu bergantung kepada maklumat pihak sekunder yakni wartawan. Jika wartawan tu tersilap petik atau main agak2 seperti mindarakyat, kamu terus percaya. Tanpa mengira fikrah wartawan itu sendiri sama ada liberalis, sekularis, pluralis atau munafik. Kalau tulisan mereka munafik, maka munafiklah juga pandangan kamu. Kalau liberalis, maka liberalis juga pandangan kamu. Penjelasan pemimpin kamu bakulsampahkan.

Sikap kamu yang sebegini sebenarnya merosakkan para jemaah.

Itulah 3 masalah PAS Recond.

1. Korup ilmu.

2. Tidak amanah dengan ilmu.

3. Buta tuli kepada sumber sekunder dan bukan primer.

Kalau mahu sumber primer kepada isu UG, di bawah ialah anatara contohnya:



Semoga Allah ampunkan dosa aku, Qurtubyy, sb Dehlawi dan seluruh umat Islam. Semoga Allah terus pelihara jemaah ini daripada kerosakan tangan-tangan jahat. Ameen

Thursday, March 4, 2010

Haji Hadi biarkan Anwar di zalimi BN?

Ada orang pakat2 tanya soalan, kenapa TGHH dan kepimpinan atasan PAS Pusat tak melawat DSAI di mahkamah semasa kes liwat II dibicarakan. Ada yang persoalkan kenapa biarkan Anwar di zalimi. Ada juga yang kata sebahagian pemimpin PAS prejudis terhadap DSAI. Bagi mereka kenapa tak ikut TGNA dan PAS Kelantan yg turun ke mahkamah n bg sokongan moral kat DSAI.

Tengah2 aku belek Tranungkite, aku terjumpa satu komen yg aku kira menjawab tuduhan2 ini. Tukang tulisnya ialah Amin_bp. Jom baca:

Sewaktu Rasulullah wafat, cuma Saidina Ali dan beberapa sahabat lain di tugaskan untuk mengurus jenazah rasulullah. Sahabat2 besar lain seperti Umar & Abu Bakar , sahabat Ansar & Muhajirin bermesyuarat di Saqifah Bani Saidah untuk memilih Khalifah Islam untuk memimpin umat. Adakah sahabat2 besar ini tidak menghormati Rasululullah, adakah mereka tidak setiakawan dengan Rasululullah?

Dalam hadis diriwayatkan bahawa Saidina Umar R.A pernah berkata kepada nabi:

“Wahai Rasulullah: Engkaulah yang paling aku sayangi daripada segala-galanya, kecuali diriku. Nabi lantas berkata: Tidak boleh begitu wahai Umar, sehinggalah aku engkau lebih sayangi daripada (engkau) menyayangi dirimu. Umar pun berkata: Sesungguhnya kini demi Allah, engkaulah yang aku lebih sayangi daripada diriku sendiri. Kemudian Nabi menjelaskan kepadanya: (Nah) sekarang barulah betul, wahai Umar.” [Bukhari: 6142]

Hadis tersebut menunjukkan Umar menyayangi Rasulullah, lebih dari segalanya.

Kita kena husnu Zaan, kehadiran bukan menunjukkan kita benci atau tidak ada sifat setiakawan, mungkin ada urusan yang lebih penting,ke hadiran bukan segalanya, cuba lihat pengkebumian Rasulullah, jika benar kehadiran tersebut adalah penting, Abu Bakar & Umar mungkin di tempelak oleh sahabat2 lain, sedangkan keduanya adalah yangpaling rapat dengan rasulullah. Anggaplah tn Guru Nik Aziz sebagai Ali yang menunaikan tanggungjawab, dan sahabat lain mempunya urusan yang lebih penting.

Tentang ceramah tu, rasanya orang PAS dah faham, semua ni kisah liwat ni bohong belaka ,rasanya orang PAS dah muak dengar cerita yang mereka dah faham,Penerangan tentang penyelewegan lebih penting...

Fahami lah Fiqh Awaliyat... contoh, kalau ada hal keluarga, ada hal tentang Islam, Islam mengatasi segalanya....

Wallahu a'lam

So, aku rasa dengan jawapan yg sebaik ni, harap xde lagi la yg buat andaian pelik2 ke atas diri TGHH. Ada pulak yg buat fitnah bodoh kata TGHH jealous dengan DSAI. Ayyaa... nama je belajar tinggi.

Sunday, February 28, 2010

Pilihlah Menjadi 'Umar', Jangan pilih menjadi 'Badwi'

Kebelakangan ini saya dapati banyak jugak blog yang memuatkan atikel mengkritik keputusan badan Displin Pas yang menjatuhkan hukuman kepada YB Khalid dan YB Dato' Hassan Ali. Ada antara atikel-atikel tersebut yang menyerang Badan Displin secara terang-terangan dan ada jugak yang malu-malu mata kepada Dato' Tuan Ibrahim, lalu disindirnya secara samar-samar. Samar-samar pun tetap boleh difahami akan ketidakpuasan hatinya terhadap badan tersebut, terutamanya Dato' Tuan.

Yang menghairankan saya ialah, kebanyakkan yang "tidak puas hati itu" mereka-mereka yang sering bercakap soal Tarbiyyah dan adab berorganisasi. Rupanya memang sukar nak laksanakan tuntutan berorganisasi berbanding bercakap mengenainya. Kebanyakkan mereka memang kaki cakap, pembentang kertas diseminar dan pimpinan parti. Kasihan kepada peserta seminar yang dipanggil datang dari jauh. Meninggalkan urusan harian dan keluarga, semata-mata mahu datang keseminar mendengar pembentang "berbohong" kepada mereka. Dalam seminar peserta diajar oleh pembentang mengenai wala', sikap berjamaah, sami'na wa atho'na, adab-adab berorganisasi, redha dengan keputusan jamaah dan singgkirkan kepentingan diri demi jamaah dan macam-macam lagi. Namun hakikatnya pembentang sendiri tak faham pun mengenai "adab berjamaah".

Yang paling meloyakan tekak ialah setiap kali mereka mengkritik pimpinan secara terbuka, mereka akan selalu mengaitkan kesah "Saidina Umar dan Badwi". Tujuannya untuk membenarkan tindakan mereka yang membelasah pimpinan dikhalayak ramai. Antara akhlak Umar dan Badwi dipilih oleh mereka untuk meniru akhlak "ARAB BADWI". Walhal mereka pimpinan,educated,Doktuurah, dan Profesionalis....takkan mereka gagal mengesan "syahid" kesah tersebut?. atau buat-buat tak faham?. Untuk menghalalkan tindakan tidak beradab itu, mereka tegaskan; kalau dulu Badwi menegur dengan mata pedang, maka sekarang saya menegur dengan "blog". Di sini bukan soal "alat" menegur. Tapi soal "adab menegur". Badwi tetap badwi walau dengan alat apa sekalipun ia menegur.

Sebelum Badan Displin Pas yang dipengerusikan oleh Dato' Tuan Ibrahim mengistiharkan keputusannya, semua orang ada harapan sendiri. Saya pun ada harapan sendiri dan mengharapkan keputusan yang diambil sama dengan apa yang saya harapkan. Namun apabila keputusan sudah diputuskan, kita hendaklah akur dengan keputusan jamaah. Dato' Tuan hanya pengerusi Badan, manakala Badan Displin tersebut dilembagakan dalam Parti. Pemilihan anggota dan pengerusinya dibuat oleh parti. Lalu apa bezanya menghentam Dato' Tuan dengan menghentam Parti?.

Rasulullah saw bersabda: "Apabila pemimpin dikalangan kamu orang-orang yang mulia di kalangan kamu, apabila orang-orang kaya dikalangan kamu adalah orang-orang yang dermawan, dan apabila urusan dikalangan kamu "dimusyawarahkan" dikalangan kamu, maka belakang bumi ( hidup) adalah lebih baik bagi kamu daripada perut bumi ( mati)."

Ada orang bertindak melanggar adab-adab berjamaah kerana ia memang jahil mengenainya, ada yang dirasuk oleh orang lain dan ada yang memang mempunyai team dan agenda sendiri?. Jarang ada orang yang sayangkan parti dan jamaah menghentam pimpinan dan parti sendiri dikhalayak umum. Dimana mereka?

Ustaz Mokhtar Senik

Friday, February 26, 2010

Tulang Besi sayang Ali Zaidan

Aku baru balik daripada majlis maulud di kawasan kawan aku, buka2 komputer, bukak Malaysia Waves, terus nampak satu artikel khas di dedikasikan kepada aku. Tajuknya : Tulang Besi Hidupkan Kebenaran Yang Telah Tidur. Waa.. sayang betul TB kat aku! Haha

Pertama sekali, aku nak ajak korang semua baca dahulu artikel tersebut, dan korang baca jugak satu lagi artikel lain dalam blog murahan itu bertajuk: Agenda Perpaduan Adalah Agenda SIngapura. Kemudian, tolong baca komen2 aku yang lain. Sebab apa? sebab TB ni tak berani komen pun sebahagian hujah2 aku. Kira ambil sekerat mana boleh pancung saja.

So izinkan aku bantai dia melalui hujah point (Ala2 TGNA dan Che det beb)

1. Sampai sekarang hujah aku bahawa teori "UG ialah idea Singapura" tak mampu dijawab TB dengan memberikan bukti2 solid. Langsung tak ada melainkan mengaitkan "A perompak. Sebab A kenal B, yang B kenal C, yang C kenal D maka D pun perompak sama". Kalau jadi perawi hadis, dah tentu jatuh perawi mungkar!

2. TB kata aku tak bawa sebarang bukti tentang 'fitnah yang dia bawa'. Ini ialah pembohongan yang nyata. Dalam komen tersebut jelas aku memberikan bahawa artikel dia sendiri iaitu Agenda Perpaduan Adalah Agenda SIngapura ialah satu bentuk fitnah atau tuduhan dusta. Semua orang tahu bahawa ini ialah fitnah dan TB tak bawa apa2 bukti yg mmbenarkan teori dia melainkan andaian bodoh semata-mata.

Ada pulak buktinya "pergi kat KMU.net". Weh, KMU.net ni sumber musuh. Anti Khairy. Kalau mereka boleh menuduh macam2 Anwar dan kau tak percaya, mengapa dalam hal Khairy pulak kau boleh percaya?. Nyata kau (TB) sendiri mengamalkan 'pendakwaan terpilih'!!

Bagi aku KMU tu sampah. Aku tak makan sampah. Kau makan sampah ke TB?

Adalah sangat bodoh mengatakan idea UG ni dr Singapura hanya dengan alasan sebegitu. Sama dengan tindakan juak Umno kata anwar agen Yahudi sebab dia kenal wolfowitz dan wolfowitz tu Yahudi yg rancang perang Iraq. hah, yang ni kenapa tak suruh aku pergi KMU.net jugak sebagai bukti anwar agen Yahudi?? Bengap betulla TB ni. Ni ke kualiti yg boleh jadi CEO??

3. TB kata aku tak tahu maksud 'fitnah'. Ini juga ialah tuduhan yang dusta!. aku dah bagitahu dia dalam ruangan komen bahawa:

Haha... abih, fitnah kau ni fitnah yang mana? Fitnah apa yang kau nak katakan masa kau post tu? Masa Sebatang Kara sebut jangan bangkitkan fitnah, maksud 'fitnah' yg dia sebut tu dh diketahui umum; tuduhan dusta.

Yang kau pergi merepek kepada makna fitnah yg lain tu kenapa? Aku pun tau, ada kalimah fitnah yg membawa maksud 'cubaan'. Tapi fitnah yg dimaksudkan Sebatang kara ni macam tu ke?

Kemudian kau respon dgn mengatakan fitnah ni kita kena bangunkan. Dah tentu maksud fitnah yg kau sebut tu sama dgn yg sebatrang kara sebut. Melainkan kau ni bodoh tolol tak paham hujah orang.

Nabi sebut jangan bangkitkan. Tapi kau suruh bangkit. Ya, fitnah kita kena perangi. Itu yg diperangi tu fitnah yg tidur ke atau fitnah yg kau sihatkan? Ni yg aku tgh buat, perangi fitnah yg kau tengah gemukkan!!


Nah kan jelas aku dah bagitahu maksud fitnah tu apa? Macammana kau TB kata aku tak bagi? Kau buta BM ke? Macam ni nak jadi CEO???

4. TB cabar aku supaya komen fitnah seorang komentator bernama Afyan. Jawapan aku, ya aku setuju. Itu mmg fitnah. Apa buktinya Anwar cemburu dengan PAS? Tak ada. Jadi TB dan Afyan ni perangai lebih kurang saja. Walaupun bergaduh tapi sebenarnya TB dan Afyan ialah 'adik-beradik kembar!'

5. TB kata menurut suara dalaman PAS, UG ialah nak menyelamatkan Pak Lah. Siapa suara dalaman tu? Mak cik kantin? Kalau takat nak pakai 'suara dalaman', lembu betina yang tengah ragut rumput depan rumah aku pun boleh cakap. Cuba fikir, UG ni hanya terlaksana JIKA semua parti yg ada wakil dlm parlimen bersetuju bentuk kerajaan. dan syarat UG ialah kebersihan kehakiman detc. Korang ingat, dengan kehakiman yg bersih, mampukah Pak Lah bertahan dengan segala macam skandal pada dia. termasuk Oil For Food?

Memang idea Ug boleh menyelamatkan Pak lah, tapi tu bukan tujuan UG. Manfaat dan tujuan tu berbeza. Bidang pengurusan tak ajar benda ni ke TB?? Tujuan UG ialah untuk mengurangkan perbalahan politik dan menumpukan tenaga kepada pembangunan negara. Bukan nak selamatkan sapa2 tapi sebab nak selamatkan Malaysia!

TB kata aku mengamuk bila dia tulis artikel UG idea Singapura. Memang aku marah TB. Pasal apa? Pasal artikel kau ni putar belit fakta ttg idea Tuan Guru. Kau tuduh ia dari Singapura. Fitnah kepada Tuan Guru! Kalau org UMNO marah pun logiklah, sebab kau tuduh UMNO ni dibeli Singapura. Ni aku taknak campur. Tu hal depa.

Macam kalau aku kata Mahathir dan TB kuat fitnah. Mesti kau marah, mesti Mahathir marah pasal aku kata kat dua-dua. Tapi xbermakna bila kau dan Mahathir sama2 marah, kau dan Mahathir ni kawan. Kau tetap kau, seorang CEO-wannabe dan Mahathir tetap Mahathir.

6. Kemudian TB kata fitnah ini boleh jadi gempa bumi dsb. Soalannya, kita sedang cakap dalam konteks hadis tersebut! Bukan ttg nas yang lain. Soalan aku, macammana manusia nak bangkitkan gempa bumi? Ulamak berpandangan bahawa fitnah dalam hadis itu bermaksud tuduhan dusta. Dan aku telah ulang banyak kali hal ini. Tapi TB ni entah apa penyakitnya, terus mengulang2 soalan. Ada penyakit burung kenari ke TB? Nah, kalau fitnah pada hadis itu bukan bermaksud 'tuduhan dusta', maka bawakan pandangan ulamak yang menyangkalnya. Jangan bawakan artikel yang bercakap mengenai fitnah secara umum!! Apa la, ini ke nak jadi CEO??

7. TB tanya hadis tu mutawateer ke sahih. Kau ni buta kayu ke TB? Cuba kau baca komen aku dalam artikel kau ni:

Kalau dhaif sekalipun, tetap boleh dijadikan hujah. Melainkan bertentangan dgn hadis mutawatir. mazhab hanafi kata hadis dhaif ni hnya pada sanad, bukan isi dia. Isi ttp sahih. Kenapa? kau nak kata hadis ni dhaif ke??

Jadi tak timbul soal sahih atau mutawateer. Sebab kalau dhaif sekalipun, ia hanya pd sanad dan bukan isi. Melainkan kalau TB boleh menunjukkan hadis mutawateer atau sahih yg bertentangan dgn hadis ni maka lain cerita lah.

Bagi aku, hadis ini paling lemah pun berada dalam kategori hasan. Sebab digunakan oleh ramai ulamak. Dan tak pernah pula dihukum dhaif atau maudhu' oleh mana2 muhaddeeth.

Utk pengretahuan kau TB, cara pengkelasan hadis berbeza bagi setiap muhaddeth. Sebab itu, hadis jariah yang diiktiraf Imam Muslim sebagai sahih, dikelaskan sebagai dhaif oleh muhaddeeth yang lain kerana sifat hadeeth tersebut yang bersimpang siur.

Sekali lagi TB fail ilmu hadis.

8. Tapi tajuk dia aku tak boleh tahanlah. Tajuk artikel yg dituju kepada aku ni ialah Tulang Besi Hidupkan Kebenaran Yang Telah Tidur. Sebenarnya, TB sendiri tulis:




Eh, mula2 kata bangkitkan fitnah, ni nak kata bangkitkan kebenaran yag telah tidur pulak. Ni kenapa? Tulis je lah 'fitnah'. Kalau dah yakin sangat dengan komen kau yg kau pertahankan ni.

Nabi dah sebut secara jelas, "Fitnah itu sedang tidur, maka CELAKALAH bagi orang yang mengejutkannya. "

Jadi adakah TB ni blogger celaka spt yg disebut TGNA?

Bertaubatlah TB.. Allah sentiasa menerima taubat. Jangan bila dah nyawa kat paras hidung baru nak mintak maaf!

Thursday, February 25, 2010

"Geng Terengganu" sudah lama wujud

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt... (Amdang 81)

Aku sebenarnya tidak berminat untuk mengulas 'pertelingkahan dalaman'. Itupun sekiranya benar wujud pertelingkahan dalaman. Jika benar wujud, adakah asasnya kuat, atau sengaja diadakan bagi menjayakan agenda pihak-pihak tertentu, atau berlaku kerana sifat angkuh dan ego dalam diri. Tetapi sudah tentu setiap dakwaan, mahupun apa yang dinamakan pendedahan oleh pihak-pihak berkenaan dilapik dengan 'niat menyelamatkan parti'.

Petikan Malaysiakini

Malaysiakini melaporkan seorang penulis blog, iaitu Abdul Rahman Talib memberi ingatan agar waspada dengan 'geng Terengganu' yang dikatakan mengawal tindakan Presiden PAS. Sambil membangkitkan 'geng Terengganu' tersebut menguasai kedudukan strategik dalam kepimpinan PAS Pusat.

Mungkin apa yang dimaksudkan oleh Tulang Besi tersebut dilihat ada kebenarannya memandangkan Presiden, Setiausaha Agung, Ketua Dewan Ulama dan Timbalan Ketua Pemuda, serta Ustaz Abu Bakar Chik, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat terdiri dari orang Terengganu.

Namun, perlu diingat nama-nama tersebut kecuali Ustaz Azman Shapawi merupakan nama-nama besar dalam PAS sejak dahulu lagi. Ustaz Harun Taib memegang kerusi Ketua Dewan Ulama sudah berapa tahun? Kerusi tersebut sebelum ini dilepaskan kerana Ustaz Harun cuba bertanding Jawatan Timbalan Presiden PAS.

Dato' Mustafa Ali bergelumang dengan PAS Pusat bukan baru. Kira-kira 12 tahun lamanya Cikgu Pa memegang jawatan sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. Pernah menjadi Bendahari PAS Pusat, juga pernah memegang jawatan Naib Presiden PAS. Sebagai orang lama dalam politik, tentulah jasanya diperlukan untuk mengemudi parti sebagai SU Agung. Apatah lagi dalam situasi Pakatan Rakyat masih baru membentuk kerajaan.

Bagitu juga dengan Dato' Abu Bakar Chik. Juga pernah memegang jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat dalam tempoh yang agak lama. Sejak itu rasanya kekal dalam AJK PAS Pusat sehingga hari ini. Kepercayaan perwakilan membuktikan kemampuan beliau dalam kerja-kerja membangunkan parti. Hari ini jika dilihat pada Unit Amal, PASTI sudah tentu akan dikaitkan dengan Ustaz Abu Bakar Chik.

PAS Terengganu sebenarnya sudah lama menguasai PAS Pusat. Sebelum ini ada lagi nama seperti Dato Wan Mutalib dalam AJK PAS Pusat. Malah Muslimat PAS Terengganu juga pernah memimpin Muslimat Pusat. Tapi sebelum ini tiada siapa persoalkan PAS Terengganu memimpin dan menguasai PAS Pusat. Malah pimpinan dari Terengganu saban minggu keliling negara ketika itu bagi menjayakan program-program tarbiyyah mahupun penerangan politik bagi mengembangkan PAS.

Ketika itu, kesusahan bukan seperti sekarang. Ahli kini telah ramai, cawangan tumbuh melata. Malah kerajaan pun ada. Jika benar dan betul sungguh PAS Terengganu mahu bersekongkol dengan UMNO, nama-nama di atas tidak perlu menunjukkan minat pada masa sekarang. Cikgu Pa misalnya pernah melepaskan jawatan Timbalan Menteri kerana PAS keluar dari gabungan BN.

Berbalik kepada persoalan Geng Terengganu menguasai kedudukan strategik parti dan dilihat menguasai Presiden. Jika benar Cikgu Pa menggunakan kedudukannya dalam Harakah, kenapa sesetengah keluaran Harakah edisi cetak, langsung tiada gambar TG Presiden PAS. Rasanya persoalan ini berbangkit apabila kenyataan Cikgu Pa dalam mengulas isu 16 September tahun sudah dimuatkan dalam Harakah. Itu sahaja. Jadi, tidak relevan sama sekali tuduhan Tulang Besi tersebut.

Dalam soal siapa Setiausaha Politik TG Presiden, rasanya isu tersebut memalukan sahaja dibangkitkan Tulang Besi. Apakah itu suatu kesalahan besar dan menyebabkan Presiden PAS menjadi terkebelakang? Dr Shamsuri seorang ahli akademik. Dipilih kerana komitmen dan ilmunya. Adakah ada ahli akademik lain yang sedia bekerja dengan PAS yang tidak menjanjikan apa-apa keuntungan dunia seperti SU Politik Mohd Nor Yaakob?

Bagitu juga dalam soal Unit IT PAS Pusat. PAS Terengganu sebenarnya banyak berkorban dalam segala hal. Ingatkan dengan menyumbang orang Terengganu untuk memimpin Unit IT akan dihargai, rupanya mendapat kejian sahaja. Bolehlah Tulang Besi menghantar resume untuk mengendalikan Unit IT PAS bagi membesarkan lagi fitnah terhadap pimpinan. Alang-alang naik turun hantar laporan itu dan ini, jangan lupa hantar sekali resume.

Kesimpulan dari segala kritikan dan tohmahan yang berlegar-legar tersebut berpunca dari satu sahaja. PAS Terengganu gagal menawan Terengganu. Itu sahaja. Apabila tewas, maka dilihatlah segala perkara adalah negatif dan teruk. Cuba bandingkan dengan pimpinan di lain-lain negeri, walaupun jentera berterabur, tiada Poling Agent & Counting Agent semasa hari pembuangan undi, tetapi dengan sebab menang, maka dilihat hero dan dijulang-julang.

Tulisan ini bukan bermaksud 'mengungkit', tetapi mahu memberi faham wujudnya tangan-tangan jahat (firaun-firaun kecil?) dalam merosakkan jemaah yang mungkin muncul dari dalam dan luar. Inilah sebenarnya ujian dalam perjuangan yang perlu dilalui dengan solat dan sabar. Di sinilah dapat diuji kekuatan pimpinan, ketaatan ahli, dan keutuhan jemaah dan PR itu sendiri. Inilah harga yang mahal perlu dibayar untuk sebuah kemenangan.

Wallahua'lam.

Wednesday, February 24, 2010

Pas reform: Parasit Memusnah jemaah?


Mursyidul Aam: TG Ahmad Awang

Presiden: Dato Husam Musa
Timbalan Presiden: YB IR Khalid Samad
Naib Presiden: DS Nizar
Naib Presiden: YB Dr Dzukifli
Naib Presiden: YB Ir Saari Sungip

AJK
Dr Hatta
Dr Hamzah
Dr Mariah
Dr Mujahid
Ustaz Zolkarnain
Ir Izham
Dato Mahfuz
YB Salahuddin
Hanipa Maidin
Ustaz Wan Ji

Ketua Pemuda: Abdullah Karim
Ketua Muslimat: Dr Lo loq


Mungkin itu yang diingini oleh kaum PAS Reform. Tidak salah keinginan kaum PAS Reform. Aku sebagai orang muda nak juga berkepimpinan orang bertaqwa seperti diatas. Cuma aku nak kaum ulama semua berkumpul dalam MSU dan AJK Pusat ditadbir oleh golongan profesional. Dan perubahan yang aku ingini tidak sampai menghancurkan PAS, nak memecah belah parti dan menghina ulama dan pimpinan PAS. Tolong ikut prosedur. Aku tunggu muktamar..

Kaum PAS Reform selalu mengungkit UG, EGM, Muzakarah, bukti salah laku PJ Selangor dan Timbalan Presiden serta SUA. Sekali lagi tidak salah, kamu ada bukti silakan lapor. Dan redhailah keputusan Lembaga Disiplin atau kamu boleh berehat sementara atau mencabar kepimpinan dalam muktamar atau keluar parti. Tentang EGM dan UG, isu telah tamat. Tutup mulut, bicara dalam hati dan bermesyuarat serta tawakal kepada Allah. Besar mana sangat rasa tak puas hati YB Ir Khalid Samad dan Abdullah Karim dengan bertawakal kepada Allah?.

Eh...jangan percaya , dan dibanggangkan keputusan Lembaga Disiplin. Saya percaya ahli Lembaga Disiplin buat yang terbaik dan semampu mungkin. Penuh istikharah, tawakal dan berharap pada Allah. Biar buruk di mata manusia tapi baik pada pandangan Allah sebab keputusan dibuat dengan doa bukannya berperasaan dengki dan dendam. Jika seorang ahli keluarga, timbalan dan sahabat dari kecil mencurigai kebolehan TG Tuan Ibrahim Tuan man sebagai pengerusi Lembaga Displin, maknanya tiada gunalah beliau memegang jawatan Naib Presiden. Bila lagi TGTI nak belajar membuat keputusan besar.

TGTI adalah pimpinan pelapis PAS dan dilihat bakal Presiden PAS pada masa depan. Kritikan ke atas beliau harus ditangani dengan baik. Pengurusan konflik dalaman PAS pada masa sekarang berbeda pada era 1980 an dan 1990an. Zaman ini orang akan cabar keputusan bukannya aku taat dan aku patuh kepada keputusan jemaah. Tahun melenium ini membolehkan penyebaran idea dan maklumat dengan pantas, keegoan berilmu yang tinggi, kelicikan berpolitik, ketuhanan nafsu bermaharajalela harus dijadikan cabaran untuk TGTI sebagai pimpinan pelapis PAS. Kaum PAS REFORM yang didominasi oleh blogger, pimpinan politik licik, boneka pemimpin dari luar parti, pimpinan jemaah dalam jemaah, pengikut arus popular, orang sayang PAS tapi bodoh pendekatan dan anak muda yang ketergesa-gesaan nak menang harus ditangani dengan baik. Abdullah Karim seumpama seekor semut merah yang cuba mengingat dengan kaedah gangguan. Nak pijak tak berbaloi. Beri gula, pergilah ia(dah pergi dan bersedap-sedapan pun).

Kepada kaum PAS Reform, berkokok dalam blog tanpa mendaftar diri sebagai ahli PAS dan pengundi tidak cukup. Kalian bagaikan melalak dinding. Akhirnya penat dengan kebodohan diri. Jadi ahli PAS, aktif di cawangan dan bahagian. Hadirkan diri kalian sebagai perwakilan bahagian, lakukan perubahan dalam muktamar. Tanpa kalian dalam struktur parti, bagaimana perubahan nak dilakukan. Jangan gunakan kaedah rampasan kuasa dengan menjatuhkan pimpinan tertentu secara umum kerana akibatnya imej buruk terpalit pada PAS.

Nak perubahan, jangan memilih kaedah perpecahan parti dan menghina pimpinan. Nak menghukum pimpinan, guna kaedah paling bersopan melalui saluran parti. Nak turunkan pimpinan, turunkan melalui muktamar dengan kesabaran menunggu. Dan berbaik sangkalah dengan pimpinan.

Bacalah kisah al-Imam asy-Syahid Hasan al-Banna yang mengingatkan kepada seluruh anggota Al-Ikhwan apabila beliau berkata:

“Saya tidak bimbangkan keadaan kamu dan ancaman musuh- musuh Islam, tetapi apa yang saya bimbangkan ialah diri kamu sendiri. Saya tidak takutkan ancaman orang orang Inggeris terhadap kamu, atau orang Amerika atau Rusia atau lainnya. Yang saya takutkan ialah kamu melakukan dua perkara:

(a) Kamu mengenepikan Allah, lalu Allah mengenepikan kamu;

(b) Kamu berpecah belah sesama sendiri, maka kamu tidak akan berguna lagi

Betullah ucapan Imam Hassan al banna, inilah yang berlaku dalam PAS sekarang.... Bukan UMNO dan BN yang jadi masalah tetapi pimpinan dan simpatis PAS sendiri menjadi masalah. Mereka yang dikatakan nak menyelesaikan masalah adalah masalah. Malangnya nasib dan sebegitu besarnya dugaan pimpinan PAS pada hari.

Biasalah krisis yang besar untuk pimpinan yang hebat. Keupayaan TGHH dan TGNA akan teruji dalam menghadapi krisis ini. Doa, ketenangan, kesabaran, baik sangka dan usaha mereka, InsyaAllah akan dipermudahkan oleh Allah. Mungkin TG Fadzil Noor diingati orang akan kebolehannya, insya Allah, orang akan mengingati jua jasa dan kebolehan TGHH dan TGNA dalam menghadapi dugaan berbeda.

Ingatlah sahabat PAS terutamanya Pak Husseyn, Pak Tulang Besi, GB, Pak Bakaq, Adik Z, dan sesiapa yang bergelar blogger. Berhati-hati mengkritik kerana kalian ahli PAS. Kepada AT dan blogger simpatis PAS, kalian umpama langau jika kritik tapi tak menyertai PAS. Kerana kalian nak PAS berubah, perlulah sertai PAS...jangan memandirkan diri sahaja.


Oleh WAN Ziarahsufi
(Dari rekahan Jalan B, Rantau Perintis Bandar Jengka)

Artikel Berkaitan: Surat Terbuka Buat PAS Reform