Friday, June 25, 2010

Ali Zaidan Cakap Tak Serupa Bikin

Ada orang bertanya kenapa Ali Zaidan dan kroni berdiam diri bila TGHH dituduh sebagai pengganas. Sedangkan dahulu mereka marah bila blogger Pas Recond diam dalam isu Kickdefella lawan TGNA. Nampak gaya Ali Zaidan cakap tak serupa bikin.

Pertama sekali, aku tak ambil hati. Malah rasanya buat pertama kali aku puji Wan Ji dan Rahman Talib (puasa sekejap panggil Seluar Dalam!) sebab bersungguh mempertahankan TGHH dalam isu terorisma. Niat apa itu aku tak mahu ambil tahulah..

Punca aku ambil sikap berdiam diri ialah sebab aku kenal juga Zamihan ini. Kalau tak silap aku, Zamihan pernah belajar dengan TGNA dahulu. Dan jika sesiapa yang kenal Zamihan, beliau memang agak kritikal terhadap kerajaan sekarang. Jadi tak munasabah jika ada yang dakwa Zamihan pro Umno!

Yang kedua, laporan itu datang daripada Malaysiakini. Sebelum inipun, sebenarnya sudah ada kes yang melibatkan Zamihan dan media. Utusan dan Malaysiakini tentunya. Ini semasa kes ijazah Asri dahulu. Sampaikan Zamihan terpaksa membuat kenyataan balas.

Malah dalam isu ini sekalipun, Zamihan pantas membuat penafian. Kena ingat, Malaysiakini tidak berada di tempat kejadian. Menurut laporan Malaysiakini sendiri, mereka hanya dengar hearsey. Dengar cakap saja.

Sebab itu aku malas ambil port. TGHH pun jawab hendak-tak-hendak saja. Kalau Kickdefella tu lainlah, sebab itu memang kenyataan blog sendiri.

Tertarik dengan penjelasan Akhi Halizal. Malaysiakini sepatutnya lebih profesional dan mencontohi Halizal yang telefon sendiri Zamihan. Kalau Malaysiakini lebih profesional maka tentunya isu 'JK Disiplin PAS tidak adil', 'UG', 'Pertemuan gelap', 'Hasan Ali jumpa blogger UMNO' , 'Wala''dll tak akan menjadi barah kepada PAS dan candu kepada Pas Recond.

Apa motif Malaysiakini sebenarnya?

Bagi aku tak ada masalah nak bela TGHH walaupun pada hemat aku agak terburu-buru (Tapi aku tetap puji!). Tapi jangan sampai kita membela Wahhabiah pula. Kena ingat, Wahhabiah Ghulat la yang anti demokrasi. Malahan sampai ke tahap menuduh PAS sebagai bughah atau pemberontak ke atas kerajaan Malaysia.

Kalau ada yang masih ingat, ketua mereka di Malaysia (Rasul Dahri) pernah menulis bahawa Ikhwanul Muslimin ialah Ikhwanul Muflisin dan pengasasnya As Syahid Hasan Al Banna seorang sufi yang sesat. Bin Bazz pernah menyebut IM dan Tabligh sebagai antara 72 golongan yang sesat

Kalau dah IM sesat, PAS apa hal nya? Kalau 'bapak' sesat, takkan 'anak' yang mewarisi ilmu 'bapak' jadi tok wali pulak!

Jaga-jaga. Jangan bila ada tokoh yang macam 'sebelah' kita, kita puja macam dewa kayangan. Takut-takut kencing saja.

P/s: Tulisan ini ditulis awal pagi, tapi hanya boleh publish sekarang sebab internet jem.

4 comments:

Anonymous said...

Zamihan ni pernah berbohong ... mengaikan PEMIUM dgn wahabi http://hafizilyas.blogspot.com/2010/04/pmium-memang-beliau-ada-menyebut-nama.html ,tp xmengaku... dia mmg extreem bencikan wahabi... TG Presiden cakap,wahabi masih ahlussunnah waljamaah http://mazhab.sementoji.net/v1/?p=15,
aku bimbang,ada golongan yg kononnya serang wahabi,padahal dia yg ganas dan sesat,mcm geng PAS reform la,sokong PR,serang UMNO dlm masa yg sama serang PAS,org nampak pro PR la sbb serang UMNO...sama gak dgn kes Geng yg aku maksudkan ini.. iaitu gol. Ahbash rujuk Dr Wahbah http://www.youtube.com/watch?v=BR_TuQ1IbxQ ... lihat juga syeikh abdul kadir arnaut http://www.youtube.com/watch?v=fIkLWYafKQU&feature=related ... Untuk meredakan keadaan,mungkin ada yg kenal dr Syeikh Atiah Saqr,lihat apa katanya http://www.youtube.com/watch?v=K-K0Mnmqpzs&feature=related ...
Anda pernah dgr@ lihat blog yg dakwa TGNA wahabi? dan melaga2kan TGNA dan Dr HArun Din? http://khazanah-salafiyyah.blogspot.com/2010/05/politik-bukan-cara-nabi-orang-kafir.html

Ali Zaidan said...

Ahbash dan Wahabi dua-dua ada sikap yang sama. Tapi dua-dua masih aswj. Tapi dalam golongan ini, ada extremis/ ghulat. Saling menyerang.

Sebab itu Dr Wahbah serang dua-dua. Jangan lupa fatwa Dr Wahbah kpd Wahabi. "Jgn bersama gol Wahabiyah"

Kalau nak lebih lanjut boleh lihat debat antara Dr Asri dan tokoh ulama Pas Kedah, Dr Aziz Hanafi bbrp tahun dulu.

Banyak boleh cerita pasal hukuman Wahabi dan Ahbash kepada gol tidak sealiran. Imam Nawawi, Imam Ghazali pernah kena. Tetapi rasa ini bukan tempatnya lagi..

SearchForHeaven said...

ini masalah tinggi.. bukan untuk tatapan orang awam...

patutnya.. ahli agama faham ini..

hamim said...

salam

http://www.rakkayu.blogspot.com