Monday, June 21, 2010

Cadangan Akhir Untuk Bro Edyes

Ada orang minta aku jawab artikel baru Seluar Dalam tentang projek Langgar Hadi. Aku sengih sajalah. Sebab tak ada kena mengena. Hujah pun tak best. Kata Aziz Bari; 'hilang stim'. Cuma terima kasihlah sebab masih prihatin pada aku. Sebulan blog ni kering pun Seluar Dalam boleh buat artikel khas lagi pasal aku. Ahai... bisa benar kami rupanya! Haha

Kembali kepada Projek Langgar Hadi. Aku berhajat kemukakan beberapa cadangan lepas aku tonton video Edyes ini. Pertama sekali kena ingat, aku tak minat pun untuk peduli sama ada projek ini berjaya atau tidak, ada hasil atau tidak. Tapi sebab aku tau kamu semua ni keras sangat nak terima penjelasan kami, maka tak ada cara lain nak suruh kamu semua puas hati melainkan dengan jumpa TGHH juga (itupun belum tentu puas hati!)

1. Langgar Khalid Samad dulu

Semasa kisah pertemuan antara pemimpin PAS dan Pak Lah dulu, antara pemimpin yang ikut hadir ialah YB Khalid. Walaupun dah diterangkan banyak kali bahawa pertemuan itu hanyalah diversion tactic dan keuntungan pada Pas (cth penerbitan Harakah), tapi kamu semua memang payah nak faham.

Oleh itu, sebelum nak 'langgar' TGHH, lebih baik langgar YB Khalid sebab dia sumber primer. Jadi tanyalah dia sebab apa pertemuan dibuat dan ambil info dari dia sebanyak mungkin sebelum langgar TGHH.

Dan jangan gatal upload dalam Utube lagi. Simpan dulu. Selesai semua benda baru upload.

Kenapa Khalid saja dan bukan Nasha atau Hasan Ali? Sebab 2 pemimpin ini memang tak nak bercakap bila diputuskan jangan bercakap. Khalid pula?

Ah, kamu tahu sendirilah...


2. Off The Record

Cadangan aku ini mungkin susah sikit nak terima sekiranya kamu memang mempunyai hajat memalukan TGHH. Tetapi kalau kamu memang nak dapatkan penjelasan semata-mata dan memang tiada sekelumit niat burukpun, ia bukan satu masalah.

Rasional mesti 'off the record' ialah:

i. Isu ini telah ditutup. Kalau ada rekod, maka bukti Presiden curang kepada keputusan Syura (tutup isu UG) akan ada. Kalau off the record, maka perbualan itu akan jadi tak rasmi. So, tak apa. Sebab cuma tahap bual kosong saja.

ii. Isu ini amat sensitif dan melibatkan ramai Pemimpin Pakatan. Ada banyak maklumat tentang UG yang sampai kepada aku, termasuklah tentang perbincangan Anwar-TGHH tentang UG. Tapi aku tak mau cerita pasal ini 'off the record'. Mereka-mereka sahaja yang sepatutnya tahu.

Jadi bila ada isu melibatkan ramai pemimpin dan ada rekod video pula, dah tentu akan ada pemimpin yang akan melenting. Konklusinya, hubungan PR akan meregang.

Percayalah, akan ada banyak benda/kes yang kamu akan terkejut.

Jadi bagaimana nak buktikan jika dalam perbincangan itu terbukti memang TGHH jahat dan kamu semua ini sememangnya benar? Cari seorang saksi yang cerdik, tiada kepentingan, ada kredibiliti dan neutral. Jangan cari Seluar Dalam pulak!


3. Bukan atas nama UG

Sebagai orang bergenetik ulung dan pastinya bukan Melayu, tolong tulis surat permohonan yang tidak berkaitan dengan UG.

Contoh : MEMOHON PERJUMPAAN DENGAN TG PRESIDEN BAGI PERBINCANGAN ISU CALON BUKAN ISLAM DAN LAIN-LAIN.

Yang 'UG' tu masuk bab 'lain-lain'. Katalah TGHH memang jahat dan fraksi UMNO (katalah!), tentu bila sebut nak jumpa pasal UG saja dia tak mahu. Jadi pakai isu nasional yang lain. Terutama isu semasa. Mulakan dengan isu calon bukan islam, tanya pasal hukum, kemudian tanya pasal plan masa hadapan. Tambah lagi tanya sikit pasal persediaan PRU dan jangkaan. Cari dulu idea-idea semasa. Dah dia tengah sedap jawab, cucuk lah sikit soalan UG tu. Tapi pastikan janji dengan dia "kami off the record".

Ini biasalah. Taktik. Kamu tanya wartawan mana pun, memang benda biasa.

Jangan sondol terus. Memang orang tak nak jawab. Apa kamu semua ni noob sangat ke?

Dan ya, memang betul TGHH ni kalau nak jumpa dia tak ada protokol. Tapi bila kami kata 'tiada protokol', ia tidak bermakna TGHH ni kerja dia suri rumah tangga sepenuh masa yang kamu boleh jumpa dengan sekadar jenguk tingkap dapur!

Boleh?

Dan jangan lupa institusikan dulu pertubuhan haram kamu tu. Kalau Seluar Dalam nak join, pastikan dia buat surat janji yang dia tak akan miss bayar yuran.. XD

9 comments:

Optimouse Prima said...

Wakakakakaka...ayat last lu mmg lawak mcm cilakak la bro..wakakakaka...

Edyes said...

Salam hormat,

1. Terima kasih atas cadangan. Saya memandangnya atas sudut positif.

2. Saya tidak akan ulas entri saudara dengan panjang lebar. Ulasan hanya ikut keperluan.

3. Jika tidak kerana 'perlanggaran' di muktamar, manakan kami akan dijemput oleh Dr. Shamsuri untuk merealisasikan sebuah pertemuan yang ditunggu-tunggu.

4. Surat rasmi untuk dihantar ke Jln Raja Laut (CC kepada songkok Putih utk disampaikan kepada Dr. Shamsuri)sedang dibincang dan didraf. InsyaAllah

5. Mengapa bukan Khalid Samad? Kerana beliau bukan seorang presiden.

6. Cadangan saudara untuk off-record itu akan dipertimbang. Kerana kami bukan wartawan, kami yakin punya cara.

7. Untuk pengetahuan saudara, Aduka Taruna akan mengemukakan segala hujah terpendam untuk tuan presiden. Hujah dengan hujah, pasti saudara ada keinginan melihat hasilnya.

8. Jika selama ini kita sering menyindir betapa pemimpin UMNO itu bacul kerana kebanyakkan dari mereka tidak suka berdebat dengan hujah, kerana mereka juga sedar bahawa tiada hujah yg membuatkan umno diterima. Oleh demikian, saya mengharapkan hujah TG Presiden dapat mematahkan hujah Aduka.

9. Ingin dimaklumkan, seingat saya, blog edyesdotcom tidak pernah menyentuh perkara-perkara yang diketengahkan oleh Tulang Besi. Jika ada pun, mungkin secara kebetulan. Kerana saya seorang blogger yg tidak mudah menerima sebarang sumber yg tidak sahih.

11. Saya begitu tertarik dengan pendekatan saudara terhadap isu. Di harap saudara akan lebih aktif menulis menjelang PRU-13.

EDYES

Ali Zaidan said...

Bro Edyes,

1. Bila aku sebut pasal langgar KS tak bermakna langgar KS saja dan tak payah langgar TGHH. Jumpa KS dulu supaya isu lebih jelas. Kan ke AT tu sendiri ada cakap lebih kurang yg penting primer dan tak perlu mazhab2 ni.

Macam bila anak kita kena bedal dekat sekolah, takkan kita terus sinsing kain pelekat, capai parang hentak cikgu? Tak, kita tanya dulu anak jiran sebelah yang sekelas dgn anak kita apa cerita.

Bukti kamu semua perlu tanya KS dulu ialah kamu sebut UG ialah kesinambungan pertemuan gelap sedangkan Ug sebenarnya lebih kepada kesinambungan 16 september yg gagal. Nah isu pun belum jelas. Sama macam si AT bedal Muawiyah dan Aishah, basic tak faham.

2. Off record tu satu pilihan jika diminta. Kalau selalu join PRK memang faham. Banyak kena off record.

3. Aku tak nak pun dengar hujah At lawan TGHH. Aku bukan baru kenal At sehari dua. Dah bertahun. Dahulu masa berhujah, diambilnya hujah aku sekerat dan dijaja. Ini antara rekodnya:

http://ali-zaidan.blogspot.com/2010/04/tahafut-at-tahafut-untuk-aduka-taruna.html

Yang penting ialah kefahaman kamu. Kefahaman orang lain no 2. Sebab kalau kamu semua tak pernah bangkitkan isu merepek ini, tak ada pun yang terkeliru. Jadi bila kamu faham dan duduk diam, yang tak faham selama ini ikut diam sekalilah!

Selamat Berjaya...

Anonymous said...

Saya melihat saudara Edyes adalah lebih positif dalam meneliti hujahan pihak lain berbanding rakan2 beliau dalam pas reformis.

Pas Reform: ingin mendapatkan penjelasan tentang sesuatu isu tetapi seperti sudah menetapkan jawapan sendiri dan tidak dapat menerima apabila jawapan berlainan (walaupun ianya fakta) yang diberikan.

Hanya pandangan- Kepong

kapt_shiqaqi said...

pada wa geng Loncai nih rasa mcm hebat sgt huhuhu syok seniri kata org hahaha.
apa depa ingat bila berjaya dgn terjahan soklan dan TGHA menjawab dgn baik maka pengundi akan memihak kpd PAS 10% @ 25persen atau 100perseng? hahaha
jika jawapan TGHA tidak memuaskan dgn nafsu berahak hangpa, maka undi kpd PAS menurun 8.35% atau 50.09% ke huh?
dan nko ingat apa, bila dah dpt jumpa TGHA maka fahaman islamik state nko dah berjaya ditegakkan ke atau terjun dgn labu2 sekali..

ps: wa rasa geli tekak bila sebut islamik state , xtau pasai paa hihi

PAPAGEMUK said...

hahaha bro eydes!

lu harap TGHH dapat patahkan hujah Aduka?

hebat sgt ka aduka yg lu banga2 kan tu?


elok lu suruh aduka langgar ali zaidan la dulu.... wakakaka

Tulang Besi said...

cadangan kepada Edyes, janganlah layan blogger pondan macam si Ali Zaidan ni.

Kita nak layan, mesti orang yang kita kenal.

Kalau tak kenal, kita kena anggap orang itu pondan.

Habis cerita

Anonymous said...

Tb..ko tensen ke AZ xlayan ko lg?wakakakaka...Tu la, tulis agi mende merepek-repek...sape nk baca??

Anonymous said...

bagus cadangan tu! tp kalo dah hati dah karat nak buat cemana lagi...
boleh polish, polish zaman sekrang mcm2 ...tp tak nak...

itu belum karat biru lagi tu..