Friday, June 25, 2010

Ali Zaidan Cakap Tak Serupa Bikin

Ada orang bertanya kenapa Ali Zaidan dan kroni berdiam diri bila TGHH dituduh sebagai pengganas. Sedangkan dahulu mereka marah bila blogger Pas Recond diam dalam isu Kickdefella lawan TGNA. Nampak gaya Ali Zaidan cakap tak serupa bikin.

Pertama sekali, aku tak ambil hati. Malah rasanya buat pertama kali aku puji Wan Ji dan Rahman Talib (puasa sekejap panggil Seluar Dalam!) sebab bersungguh mempertahankan TGHH dalam isu terorisma. Niat apa itu aku tak mahu ambil tahulah..

Punca aku ambil sikap berdiam diri ialah sebab aku kenal juga Zamihan ini. Kalau tak silap aku, Zamihan pernah belajar dengan TGNA dahulu. Dan jika sesiapa yang kenal Zamihan, beliau memang agak kritikal terhadap kerajaan sekarang. Jadi tak munasabah jika ada yang dakwa Zamihan pro Umno!

Yang kedua, laporan itu datang daripada Malaysiakini. Sebelum inipun, sebenarnya sudah ada kes yang melibatkan Zamihan dan media. Utusan dan Malaysiakini tentunya. Ini semasa kes ijazah Asri dahulu. Sampaikan Zamihan terpaksa membuat kenyataan balas.

Malah dalam isu ini sekalipun, Zamihan pantas membuat penafian. Kena ingat, Malaysiakini tidak berada di tempat kejadian. Menurut laporan Malaysiakini sendiri, mereka hanya dengar hearsey. Dengar cakap saja.

Sebab itu aku malas ambil port. TGHH pun jawab hendak-tak-hendak saja. Kalau Kickdefella tu lainlah, sebab itu memang kenyataan blog sendiri.

Tertarik dengan penjelasan Akhi Halizal. Malaysiakini sepatutnya lebih profesional dan mencontohi Halizal yang telefon sendiri Zamihan. Kalau Malaysiakini lebih profesional maka tentunya isu 'JK Disiplin PAS tidak adil', 'UG', 'Pertemuan gelap', 'Hasan Ali jumpa blogger UMNO' , 'Wala''dll tak akan menjadi barah kepada PAS dan candu kepada Pas Recond.

Apa motif Malaysiakini sebenarnya?

Bagi aku tak ada masalah nak bela TGHH walaupun pada hemat aku agak terburu-buru (Tapi aku tetap puji!). Tapi jangan sampai kita membela Wahhabiah pula. Kena ingat, Wahhabiah Ghulat la yang anti demokrasi. Malahan sampai ke tahap menuduh PAS sebagai bughah atau pemberontak ke atas kerajaan Malaysia.

Kalau ada yang masih ingat, ketua mereka di Malaysia (Rasul Dahri) pernah menulis bahawa Ikhwanul Muslimin ialah Ikhwanul Muflisin dan pengasasnya As Syahid Hasan Al Banna seorang sufi yang sesat. Bin Bazz pernah menyebut IM dan Tabligh sebagai antara 72 golongan yang sesat

Kalau dah IM sesat, PAS apa hal nya? Kalau 'bapak' sesat, takkan 'anak' yang mewarisi ilmu 'bapak' jadi tok wali pulak!

Jaga-jaga. Jangan bila ada tokoh yang macam 'sebelah' kita, kita puja macam dewa kayangan. Takut-takut kencing saja.

P/s: Tulisan ini ditulis awal pagi, tapi hanya boleh publish sekarang sebab internet jem.

Monday, June 21, 2010

Andai UMNO Pilihan Hati

Awal minggu ini ramai orang kelam kabut bila figura Asri Zainul Abidin dikatakan akan masuk Umno. Kalau betul, memang ironilah sebab banyak tindak tanduk dia selama ini lebih cenderung kepada Pakatan Rakyat. Tulis pun dalam Malaysiakini yang pro PKR-DAP (tapi bukan Pro PAS!) Semasa dia kena tangkap pasal bagi kuliah takdak kelulusan dulupun, rasanya ada beberapa YB PR yang duk ikut kuliah dia sekali.

Ikut hati aku kurang minat dengan Dr Asri. Mula-mula sekali bilamana ada pertentangan keras antara dia dan TG Harun Din dalam isu Selawat Syifa'. Ala, selawat tu yang kalau baca jadi syirik. Habis satu Bangi ni dah syirik. Haha

Sebab itu aku kurang berkenan bila Us Harun Taib 'mengarahkan' Dr Asri masuk PAS. Bagi aku, jika Asri masuk PAS, akan berlaku pertentangan antara golongan tradisionalis dan 'Najdid'. Apakah PAS ada kemampuan untuk mengawal pertentangan ini sedangkan isu pertembungan Wahabi-Asyairah lebih kritikal daripada kemasukan hawa JIM dalam PAS? Isu 'usrah JIM' ni walaupun dah lama kadang2 meruap juga.

Tak terjangkau dalam kepala otak aku bilamana TGNA dah tak ada, TGHD naik jadi Mursyidul Am dan Dr Asri jadi timbalan!

Mak aih, huru hara Pas. Syirik sana bidaah sini.. XD

Jadi tak salah rasanya aku ada rasa sedikit gembira bila ada khabar angin mengatakan dia akan masuk Umno walaupun adalah lebih baik dia kekal dengan posisi dia sekarang; neutral.

Cuma yang aku agak bimbang ialah kerana kerap sangat kita jilat ludah sendiri. Atau lebih tepat, kita puji seseorang bilamana dia sepandangan dengan kita dan kita maki dia bila dia bertentangan dengan kita.

Contohnya kita puji Asri bagai nak rak bila dia menentang keras ISA dengan 'menyerang' UMNo dalam isu YB PR bukan Islam masuk masjid. Seolah dia saja ulama atas muka bumi Tuhan. Yang lain termasuk Dato Harussani dah jadi Haramsani; tak boleh pakai (Ironinya Harussani disanjung bila bela Anwar enggan mubahalah)

Tetapi bila ura-ura masuk Umno timbul, serangan macam 'terima duit', 'kena jual' sudah berbunga.

Aku bimbang jika bila benda-benda ini jadi trend. Laratkah kita semua telan air liur sendiri?

Ini semuanya berakar dari kaedah politik kebencian yang jadi zikir munajat ramai penyokong muda Pakatan Rakyat. Mereka benci UMNO, bukan benci maksiat Umno. Maka segalanya jadi susah. Pantang Us Nasha senyum dekat orang UMNO, habis jaja cerita Nasha fraksi UMNO (Ironinya masa Anwar minum teh dengan Najib tak jadi isu pulak!).

Pantang ada mufti menyokong tindakan Umno, maka terus dilabel barua, makan duit dsb. Sedangkan tradisi keilmuan Islam menganjurkan hujah sebagai benteng mempertahankan prinsip.

Berhujahlah dengan hujah Harussani atau MAZA. Orang Arab panggil radd. Rajin-rajin baca Tahafut Al Falasifah karya Imam Ghazali. Sampai sekarang aku masih kagum cara Imam Ghazali berhujah menentang doktrin karut falsafah. Ini tradisi ilmu yang hampir hilang dek kerana rasa benci yang kita tanam.

Dan andai Umno pilihan hati Maza, aku hanya boleh kata selamat berjaya.

Tapi rasanya, kalau Maza jadi masuk UMNO, Anak_Pejuang paling gembira!

Cadangan Akhir Untuk Bro Edyes

Ada orang minta aku jawab artikel baru Seluar Dalam tentang projek Langgar Hadi. Aku sengih sajalah. Sebab tak ada kena mengena. Hujah pun tak best. Kata Aziz Bari; 'hilang stim'. Cuma terima kasihlah sebab masih prihatin pada aku. Sebulan blog ni kering pun Seluar Dalam boleh buat artikel khas lagi pasal aku. Ahai... bisa benar kami rupanya! Haha

Kembali kepada Projek Langgar Hadi. Aku berhajat kemukakan beberapa cadangan lepas aku tonton video Edyes ini. Pertama sekali kena ingat, aku tak minat pun untuk peduli sama ada projek ini berjaya atau tidak, ada hasil atau tidak. Tapi sebab aku tau kamu semua ni keras sangat nak terima penjelasan kami, maka tak ada cara lain nak suruh kamu semua puas hati melainkan dengan jumpa TGHH juga (itupun belum tentu puas hati!)

1. Langgar Khalid Samad dulu

Semasa kisah pertemuan antara pemimpin PAS dan Pak Lah dulu, antara pemimpin yang ikut hadir ialah YB Khalid. Walaupun dah diterangkan banyak kali bahawa pertemuan itu hanyalah diversion tactic dan keuntungan pada Pas (cth penerbitan Harakah), tapi kamu semua memang payah nak faham.

Oleh itu, sebelum nak 'langgar' TGHH, lebih baik langgar YB Khalid sebab dia sumber primer. Jadi tanyalah dia sebab apa pertemuan dibuat dan ambil info dari dia sebanyak mungkin sebelum langgar TGHH.

Dan jangan gatal upload dalam Utube lagi. Simpan dulu. Selesai semua benda baru upload.

Kenapa Khalid saja dan bukan Nasha atau Hasan Ali? Sebab 2 pemimpin ini memang tak nak bercakap bila diputuskan jangan bercakap. Khalid pula?

Ah, kamu tahu sendirilah...


2. Off The Record

Cadangan aku ini mungkin susah sikit nak terima sekiranya kamu memang mempunyai hajat memalukan TGHH. Tetapi kalau kamu memang nak dapatkan penjelasan semata-mata dan memang tiada sekelumit niat burukpun, ia bukan satu masalah.

Rasional mesti 'off the record' ialah:

i. Isu ini telah ditutup. Kalau ada rekod, maka bukti Presiden curang kepada keputusan Syura (tutup isu UG) akan ada. Kalau off the record, maka perbualan itu akan jadi tak rasmi. So, tak apa. Sebab cuma tahap bual kosong saja.

ii. Isu ini amat sensitif dan melibatkan ramai Pemimpin Pakatan. Ada banyak maklumat tentang UG yang sampai kepada aku, termasuklah tentang perbincangan Anwar-TGHH tentang UG. Tapi aku tak mau cerita pasal ini 'off the record'. Mereka-mereka sahaja yang sepatutnya tahu.

Jadi bila ada isu melibatkan ramai pemimpin dan ada rekod video pula, dah tentu akan ada pemimpin yang akan melenting. Konklusinya, hubungan PR akan meregang.

Percayalah, akan ada banyak benda/kes yang kamu akan terkejut.

Jadi bagaimana nak buktikan jika dalam perbincangan itu terbukti memang TGHH jahat dan kamu semua ini sememangnya benar? Cari seorang saksi yang cerdik, tiada kepentingan, ada kredibiliti dan neutral. Jangan cari Seluar Dalam pulak!


3. Bukan atas nama UG

Sebagai orang bergenetik ulung dan pastinya bukan Melayu, tolong tulis surat permohonan yang tidak berkaitan dengan UG.

Contoh : MEMOHON PERJUMPAAN DENGAN TG PRESIDEN BAGI PERBINCANGAN ISU CALON BUKAN ISLAM DAN LAIN-LAIN.

Yang 'UG' tu masuk bab 'lain-lain'. Katalah TGHH memang jahat dan fraksi UMNO (katalah!), tentu bila sebut nak jumpa pasal UG saja dia tak mahu. Jadi pakai isu nasional yang lain. Terutama isu semasa. Mulakan dengan isu calon bukan islam, tanya pasal hukum, kemudian tanya pasal plan masa hadapan. Tambah lagi tanya sikit pasal persediaan PRU dan jangkaan. Cari dulu idea-idea semasa. Dah dia tengah sedap jawab, cucuk lah sikit soalan UG tu. Tapi pastikan janji dengan dia "kami off the record".

Ini biasalah. Taktik. Kamu tanya wartawan mana pun, memang benda biasa.

Jangan sondol terus. Memang orang tak nak jawab. Apa kamu semua ni noob sangat ke?

Dan ya, memang betul TGHH ni kalau nak jumpa dia tak ada protokol. Tapi bila kami kata 'tiada protokol', ia tidak bermakna TGHH ni kerja dia suri rumah tangga sepenuh masa yang kamu boleh jumpa dengan sekadar jenguk tingkap dapur!

Boleh?

Dan jangan lupa institusikan dulu pertubuhan haram kamu tu. Kalau Seluar Dalam nak join, pastikan dia buat surat janji yang dia tak akan miss bayar yuran.. XD

Sunday, June 20, 2010

Langgar, Curang dan Bohong

Aku sebenarnya tidak pernah berminat nak bercakap pasal UG. Arahan syura mengatakan bahawa ia sudah ditutup dan selesai. Jangan dibangkit-bangkit.

Aku setuju dengan seorang pengomen. Mungkin itu punca bahawa TGHH tak mahu jawab soalan Edyes-Aduka tentang UG. Jika TGHH layan, bermakna TGHH sebagai Presiden curang dengan amanah dan keputusan. Kalau Presiden curang, apatah lagi ahli biasa dan ahli yang tak bayar yuran! Tentulah lebih mudah curang.

Apatah lagi sampai bawa kamera. Main rakam-rakam. Sotong pun boleh kenal umpan. Takkan orang yang Tuhan bagi akal tak boleh kenal!

Tapi aku naik kesian dengan edyes yang susah nak faham. Aku tolonglah..

Pertama, TGHH kata idea Ug mendapat respon positif tetapi Syed Hussein (Timb Pres PKR) kata dia dan PR tak pernah setuju. Jadi adakah TGHH bohong?

Soalan ini sebenarnya mudah dijawab kalau anda semua cerdik dan tak buruk sangka. Bila kita sebut respon positif, tak semestinya bersetuju. Kalau diam atau tak membantah pun dah masuk kategori respon poitif.

Ini diakui sendiri oleh Syed Hussein bila dia sebut:

Beliau berkata, setahunya, majlis kepimpinan Pakatan - yang turut dianggotainya - tidak pernah memberi persetujuan terhadap idea tersebut. Malah, katanya, majlis tersebut tidak pernah membincangkannya secara mendalam, walaupun beberapa bulan lalu, Abdul Hadi ada memberi penjelasan apabila ia dibangkitkan dalam mesyuarat majlis tersebut.


Jelas Syed Hussein sendiri tak pernah kata PR tak setuju. Tapi tak buat keputusan sama ada seuju atau tidak. Respon positiflah tu!

Kemudian disebut lagi:

adalah mustahil bagi PKR untuk bekerjasama dengan sebuah parti yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang disifatkan oleh Syed Husin mempunyai "watak yang meragukan".

Kenyataan Sy Hussein ini sebenarnya menunjukkan bahawa penolakan dia bnersebabkan Najib sebagai Presiden. Anda perlu lihat timeline. Sedangkan, UG hanya bila Pak Lah sebagai PM, dan bukan Najib.

Kenapa Pak Lah?

Soalan macam ni pernah ditanya oleh Greenboc kepada aku dulu.

Sebab sikap dan keadaan yang sesuai. Pak Lah ni sebenarnya tak jahat macam Mahathir nu. Nurul Izzah ada tulis bahawa Pak Lah bertanggungjawab batalkan lesen judi bola yang lulus zaman Mahathr. Datuk Zaid ada sebut bahawa Pak Lah cuba reformasikan sistem yang korup tetapi gagal sebab sokongan tidak ada.

Keadaan yang sesuai pula ialah kerana Pak Lah terdesak untuk kekalkan jawatan PM. Maka ketika itu, Pak Lah akan buka diri dia kepada apa-apa juga option. Masa itulah kita akan negotiate. Bukan main kerjasama macam itu sahaja. Adalah syarat2nya sebelum Ug boleh jalan.

Lain pula dengan najib. Najib tidak terdesak. Sikapnya juga lain. Ada bayang Mahathir. Orang macam inilah baru tak sesuai diajak berunding sebab licik. Jadi Sy Hussein betul dalam soal ini.

Bagi aku mudah saja. Kita sebenarnya nak apa? Kita nak PR menang atau kita nak Malaysia ni makmur/berkat? Apa target kita sebenarnya?

Kita jadi begini sebab target kita ialah yang pertama semata-mata. Sedangkan yang pertama hanyalah alat dari pelbagai jenis alat untuk mencapai yang kedua.

Dan bagi aku, isu Ug ni dah tak relevan nak dibincang. Benda dah setuju kena tanam. Kerja gali tulang ni kerja anjing. Bukan kerja orang.

Saturday, June 19, 2010

Muktamar, Media, Langgar Hadi

Hampir sebulan blog ni kemarau. Maaflah. Kerja makan gaji ni, bukan boleh suka-suka menaip tiap2 hari. Kebetulan bulan ni sibuk sangat. Ke hulu hilir aku. Kerja. Maklumlah, gaji sebagai 'pencacai Dr Hasan Ali' ni bukan mahal sangat. Kalau sampai 6x gaji CEO, aku buat full time lah blog ni!

Banyak jugak isu. Aku ulas sikitlah yang mana terlepas

1. Isu Muktamar dan Pas media.

Muktamar tahun ni aku tak pergi. Jadi aku tak tahu sangat. Dengar cerita Batu Api pergi. Siap main snap-snap gambar dengan Poji Topeng Perak. Aduh manjanya! Haha..

Tentang isu pas media, dari pembacaan aku dalam blog Pas Recond, marah sungguh mereka. Blogger pro PR tak dibagi pas media, tapi media Utusan Malaysia dapat pas pula. Maka timbullah macam-macam cerita yang tak enak atau lebih tepat, dibuat-buat tak enak.

Bagi aku isu pas media ni kecil sangat. Mula-mula kita kena faham, muktamar pas ni bukan level fun fair. Atau konsert Jom Heboh. Atau program Suarasa. Muktamar ini satu program besar, yang grand. Setahun sekali buat. Makanya ramailah media yang datang. Pro atau tidak. Pas media ini bukan boleh dibagi suka-suka. Macam risalah JusMate Dr Rozmey. Ada had dia.

Contohlah, kalau Poji dibagi pas media atas nama blog Perisik Rakyat, maka dah tentulah blog-blog lain macam Hasbullah Pit, Hembusan, Ali Zaidan, Penembak Babi, Batu Api, AdukaTaruna pun nak juga. Aku fikir MalaysiaWaves pun nak juga walaupun mungkin dia kena mintak derma sebab tiket flight mahal sangat!

Jadi kalau dah semua main mintak pas media, dewan muktamar tu penuh dengan blogger sajalah! Perwakilan semua duduk luar bagi memuaskan hati blogger sekalian.

Itu tak kira laman web lain macam TKO, UO, ANN dll.

Logiklah sikit. Kamu semuakan pengasas pertubuhan hebat dan agung bernama Pas Recond. Institusikanlah benda tu. Jadikan Wan Ji ketua. Aduka jadi SU. Seluar Dalam jadi Bendahari. Bila kamu institusikan, maka senanglah nak dapat apa-apa. Pasal ada kredibiliti. Pas media dapat. Nak jumpa TGHH pun dapat. Taklah main terjah saja!

Ini takat nama Perisik Rakyat. Macamlah glamour sangat.

Isy, kata genetik cerdik dan ulung!!

2. Isu Langgar TGHH

Aku tak boleh komen banyak. Pasal video dia aku tak boleh tengok lagi. Internet fail lah site aku ni.

Cuma dari beberapa tulisan Edyes yang sempat aku baca, aku dapat gambaran seolah-olah TGHH ini tak friendly. Sombonglah senang cakap.

Aku teringat satu kisah antara Umar dan seorang sahabat. Seorang sahabat ini bertanya kepada Umar tentang satu masalah agama (aku lupa masalah apa!). Kemudian Umar jawab dengan ijtihad dia. Sahabat itu persoalkan balik jawapan Umar. Katanya, Nabi jawab sekian-sekian (Kira lainlah dengan jawapan Umar!)

Saidina Umar ambil pelepah kurma dan ketuk kepala sahabat tadi. Dah kalau dah tau jawapan Nabi bagaimana, buat apa pergi tanya Umar lagi? Macam seolah-olah sengaja nak cari kelemahan dan masalah.

Kaitkan sikit dengan soalan UG kalian pada TGHH!

Bagi aku kisah Aduka-Edyes ini sama saja dengan kisah Zainulfaqar cuba sondol Us Nasha dulu. Sebenarnya Pas Recond cuma perlu cerdik sikit bila nak berjumpa. TGHH bukan pak menakan hampa sampai boleh sondol macam tu. Dia Presiden. Dan kamu semua datang atas urusan yang dikategorikan sebagai 'rasmi'.

Jadi buatlah secara rasmi. Institusikan PAS Recond dan buat surat rasmi memohon satu perjumpaan ringkas dengan TGHH. Hantar kat Dr Shamsuri. Apa susah? Ni main kejar-kejar macam orang tak sekolah.

Aku sebenarnya tak peduli pun korang jumpa tak jumpa. Tapi dah rasa serabut sangat duk main ulang benda ni setahun dah. Hasil takdak juga.

2 isu je sempat. Nanti aku cuba tulis lagi.

Tuesday, May 25, 2010

Aduka, jangan jadi budak-budak!

Baru aku nak ulas pasal tulisan Aduka Taruna ni, tiba2 SP dah tulis perkara sama. Jadi ambil copy paste sajalah.

Cuma rasa kesal dengan sesetengah manusia yang tak tahu malu. Menuduh seolah-olah TGHH takut dengan gerombolannya. Alahai, hujah pun banyak tergantung, sekerat jalan, nak takut buat apa?

AT pernah sebut Presiden PAS kena cergas, kena jadi macam Anwar dedah isu APCO. Ya, tapi kena ingat, bagaimana Anwar boleh tahu itu semua?. Semua sebab link antarabangsanya kukuh. Tahu kenapa selepas dia bebas 2004, tapidia hanya betul2 aktif politik sekitar 2007? Sebab dalam tempoh 3 tahun itu, dia kerja keras untuk baiki balik jaringan dia yg putus bila dia masuk jail.

Aku tahupun sebab ada budak PKR mengadu kat aku masa tu. Kiranya dia kata Anwar macam dah give up dengan politik Malaysia.

Tapi bila TGHH pergi kukuhkan jaringan antarabangsa, bentang kertas kerja dsb, puak kamu marah. Tumpu dalam negara kamu kata. Kalau main duduk peram dalam Malaysia, lepak2 di Rusila, macammana info bagus nak dapat? Ni kalau aku kata bongok karang marah pulak!

Bila TGHH bagi idea bagus yang perangkap gerakan Kristian seperti memasukkan kalimah Allah dalam Rukun Negara, puak kamu (wartawan Hdaily) juga yang kata ucapan itu macam khutbah jumaat. Jadah apa? Sampai Harakahdaily pun macam tak berapa nak cover isu ini!

Kamu semua ni mengingatkan aku kepada kisah Luqman, anaknya dan seekor keldai. Kalau dah bernama manusia, kalau hati dah benci, apa pun jadi busuk.

Panjang pulak bebel, silakan baca tulisan SP:

Presiden PAS bukan penjual kerepok lekor

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah berlepas ke Istanbul, Turki bagi menghadiri persidangan ulama antarabangsa. Beliau akan menghadiri dua persidangan pada 29 Mei ini iaitu Persidangan Ekonomi Antarabangsa dan Persidangan Ulama yang dipengerusikan oleh Dr Yusuf Qaradawi.

Beliau dijangkan akan membentangkan satu kertas kerja berkaitan krisis ekonomi yang melanda dunia dan penyelesaiannya mengikut kaca mata dunia Islam.

Beliau juga akan diberi peluang menyampaikan ucapan dalam sesi protokol, bersama dengan Presiden Saadat Party, Prof Dr Numan Kurtulmus dan mantan Presiden Afghanistan, Prof Dr Burhanuddin Rabbani.

Saya difahamkan ada orang buat projek nak langgar Hadi pada tarikh beliau tak ada di Rusila. Orang berkenaan telah memberikan tarikh kepada saya 2 minggu sebelum 28 Mei 2010 untuk dia nak langgar Hadi.

Bila saya menerima tarikh berkenaan, saya difahamkan ada Persidangan Ekonomi Antarabangsa dan pada masa yang sama ada juga Persidangan Ulama Dunia Islam.

Oleh kerana Tuan Guru Haji Abdul Hadi adalah mereka yang terlbat dengan Ikhwan Alami memang beliau antara yang akan berucap dalam Persidangan Ulama dan beliau juga membentang satu kertas kerja dalam Persidangan Ekonomi Antarabangsa.

Mungkin dua Persidangan ini dirancangan seminggu sebelum berlangsung, jika benar ini adalah perancangan persidangan paling singkat pada peringkat dunia yang diketahui umum. Tapi semuanya adalah mustahil dan biasa program ini mestilah dirancang lebih awal dan ada dalam pengetahuan mereka yang terbabit.

Orang yang nak langgar Hadi mungkin tak tahu pasal persidangan ini. Dia fikir Hadi selalu ada di Rusila untuk kuliah, pasti dia akan ada di situ, seperti mana penjual keropok yang selalu ada di tepi jalan. Bila kita nak pergi kita boleh sahaja pilih tarikh yang kita suka dan kita boleh ajak sesiapa sahaja yang nak makan kerepok lekor bersama kita.

Penjual kerepok lekor tepi jalan pun tidak semestinya ada pada masa dan tarikh kita rancangan... Apakah dengan nak langgar Hadi pun kita buat macam tu pilih tarikh ikut suka kita? Nampak macam kita bodoh dalam membezakan orang dan tugasnya.

Jika alasan yang diberikan oleh perlanggar Hadi dia tak tahu aktiviti Hadi dan hanya bergantung kepada laporan akhbar semata. Saya berpendapat perlanggar Hadi sama seperti Tulang Besi dan beberapa orang blogger sama sewaktu denganya yang akan mengulas sesuatu isu bergantung kepada mana-mana laporan akhbar termasuk akhbar Harakah.

Kalau itulah tahap ulasan kita, tidak hairanlah apabila Presiden PAS pergi di Maldives pun kita ulas ikut 'sedap mulut' (ikut rasa). Bila Presiden tak ada dalam demo atau mana-mana aktiviti yang kita suka maka kita kata Presiden PAS tidak mengikut piawai kita..

Sejahat-jahat Tulang Besi memutar isu dan fakta PAS ada juga dia menjadi resional apabila tersempit diserang dengan beberapa orang blogger kebenaran, termasuk BatuApi dan Ali Zaidan. Tulang Besi juga pernah menulis apabila Presiden PAS tak ada disaat-saat akhir Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor atas jemputan yang dibuat dua bulan sebelum itu.

Jika kita sudah tiada piawaian yang boleh diambil kira dalam sebarang penghujahan, mentaliti dan cara kita berfikirkan pun akan menjadi kebudakkan.

Ikutlah resam dan budaya orang tua-tua kita, apasalahnya bertanya dulu sebelum membuat sesuatu, kalau kita tak tahu perjalanan dan aktiviti Presiden PAS tanyalah yang mengetahui, jangan kita buat pandai-pandai sedangkan sebelum ini kita dah minta pihak di sini menentukan tarikhnya...

Aturlah dengan sdr Zehan, pegawai Peribadi Tuan Guru supaya memudahkan kerja kita.

Tapi benar juga kata kawan saya di Rusila, nak langgar tak boleh beritahu... langgarkan!! Tapi baik langgar masa orang tak ada, badan tak sakit, mungkin boleh buat modal untuk menulis bagi menaikkan semula hits blog kita..

Akhirnya saya nak ungkap satu perkara, salah itu adab dunia, tapi tak mengaku salah itu adad manusia.. mungkin manusia genetic Melayu...

Monday, May 24, 2010

Bersikap Adillah Wahai Umat Muhammad

1. Adil ini meletakkan sesuatu pada tempatnya. Meletakkan sesuatu kerana prinsip dan hak. Lawan adil ialah zalim. Bias itu juga satu bentuk zalim. Contohnya seperti yang selalu dibuat oleh Barat. Mereka mempertahankan hak melukis wajah Nabi Muhammad sebagai kebebasan mengeluarkan pendapat. Tetapi apabila Mahmoud Ahmedinejad mengaplikasikan kebebasan mengeluarkan pendapat dengan mengatakan Holocaust itu sebagai peristiwa bohong, Barat jugalah yang buat U-turn dan menuduh Mahmoud sebagai anti semitism.

Itu juga satu bentuk zalim.

Begitu juga apabila kita marah apabila orang UMNO mengungkit Karpal pernah kata "over my dead body kalau nak buat negara Islam. Kita marah orang UMNO. Kita kata ucapan karpal itu diungkapkan ketika kita belum berkahwin lagi. Kini, kita sudah mempunyai 2 orang anak, sudah pasti keadaan sudah berbeda.

Itu satu tindakan yang bagus dan cerdik. Ini semua sejarah. Kita tak boleh hidup dengan sejarah. Sejarah ini cuma panduan.

Tapi sayangnya kita hanya buat begitu kepada Karpal. Kita hanya padamkan memori itu hanya untuk Karpal. Tapi bukan kepada ulamak kita. Sedangkan kata-kata Karpal itu jelas salah dan menyinggung sedangkan 'silap' ulama kita hanya bersifat manipulasi musuh jahat.

Contoh, kita ungkit dan salahkan dokumen Negara Islam sebagai punca tewasnya BA. Sedangkan ia bersifat manipulasi parti Cina. Kalau ikutkan, isu 'Allah Samseng', 'Tuhan Mencarut' juga antara punca merosotnya undi Melayu kepada BA. Ia tidak salah, tetapi ia menjadi isu kerana manipulasi kejahilan UMNO sendiri.

Isu 'Allah samseng' ini pernah menyebabkan aku berentap dengan seorang ahli UMNO dahulu. Sekarang dia dah jadi Exco Pemuda UMNO Malaysia. Alhamdulillah, aku tak ada masalah patahkan hujah dia berbekalkan hujah TGHH di parlimen ketika itu. Aku fikir itu antara sebab TGNA cukup mengkagumi kepetahan dan mantapnya hujah TGHH.

Lantas, bila kita enggan ungkit satu salah kawan kita tetapi ungkit banyak kali 'silap' pemimpin kita, maka kita sudah tidak adil. Orang tidak adil dipanggil zalim.

Orang zalim tak layak dipanggil ustaz sebab zalim itu sifat fasik!

2. Ada seorang kawan menaiki kereta. Keretanya banyak rosak. Tayar botak. Enjin berkarat. Brek haus. Ekzos separuh tertanggal. Lampu depan belakang terang macam lilin. Si pemandu pula mabuk sebab tension kalah main judi bola. Pemandu tu bet England akan menang. Tapi pasukan loser macam England mana boleh menang. Yang menang masa tu ialah Sepanyol. Maklumlah, pasukan hebat!! (Ha ha!)

Sebab tension dia bawa kereta dia tu 160kmj. Kemudian apabila lalu sebuah jalan tak berlampu (lampu rosak sebab kena kilat!), tiba-tiba dia tersalah masuk lorong sebelah. Bertembung dengan lori. Brek tak makan, tayar botak, jalan pula licin sebab hujan. Bummm!

Masuk hospital. Wad Pakar 13.

Lepas sembuh, dia saman JKR Malaysia. Dia kata punca dia eksiden sebab jalan tak berlampu. Jadi dia tak nampak.

Betulkah begitu?

Betul! Dah tentu betul!

Tapi itu cuma satu punca. Dan dia gunakan punca itu sebab itu sahaja punca YANG BOLEH MENGUNTUNGKAN DIRI DIA. Walaupun hakikatnya JKR tak salah sebab yang menyebabkan lampu jalan rosak ialah kilat. Tapi pemandu bodoh ini tak peduli. Takkan dia nak kata dia eksiden sebab tayar kereta botak, lampu kereta padam, brek tak makan. Kalau mengaku macam tu, nanti dia pula kena saman JPJ!

Begitu juga dalam isu kalah PRU2004. Ada bermacam jenis sebab. Imej Islamik Pak Lah, keluarnya pemimpin PKR ke UMNO, keengganan DAP setia dalam BA, harapan kepada pentadbiran Pak Lah, kebanjiran undi hantu terutama di Kelantan dan Terengganu dsb.

Tetapi yang jadi highlight tetap dokumen Negara Islam. Walaupun itu cuma menjadi negatif kesan manipulasi BN, tetapi itu juga yang ditekan. Sebab apa?

Mungkin itu saja sebab yang boleh merosakkan imej TGHH dan TGHD. Point lain mana boleh jatuhkan 2 ulamak ini!!

Betul pepatah kata sejarah tidak pernah menipu. Tetapi orang selalu lupa, bahawa sejarah sering benar dimanipulasi...

(gambar ambil dr Penembak Babi)