Assalamualaikum , semoga sahabat dan keluarga sentiasa dibawah rahmat Ilahi
Sebenarnya surat terbuka ini adalah dari luahan fikiran yang membelenggu kebanyakan jemaah PAS yang sentiasa bergerak mendokong perjuangan Islam termasuk Kelab Penyokong PAS yang bersama-sama menyokong perjuangan ini.
Apa yang membelenggu ialah bagaimana mahu menerima idea-idea baru yang hadir dari kebanyakan individu seperti sahabat.Ana akui , jika sahabat berniat ikhlas kerana Allah , itu sudah mencukupi untuk mersama-sama gerakan islam , selebihnya hidayah adalah millik Allah.
Satu yang mengesankan jika sahabat mengaku menyokong pergerakan Islam tetapi tidak mahu terlibat di dalam jemaah,malah hendak dimasukkan sahabat ke dalam kelab penyokong adalah amat malang sekali jika seorang islam yang menyokong tetapi tidak mahu mendaftarkan diri kepada perjuangan dan turun bersama-sama jemaah.
Itu pengakuan ikhlas sahabat yang mengatakan sahabat tidak terpalit lansung dengan PAS,tetapi membawa agenda pembaharuan yang dikatakan untuk PAS.
Sahabat ,
Perjuangan islam bukanlah perjuangan yang bersenang lenang , perjuangan ini penuh hikmah dan sentiasa menghormati fitrah manusia ke arah kebaikan.
Apa reformasi didalam PAS?
Adakah dengan mencaci maki , memburukkan jemaah , menidakkan kebenaran dan mengugut musuh dengan kejahilan menyampaikan ilmu dan dakwah tanpa hikmah dianggap sebagai satu reformasi?
Tahukah sahabat , kami turun pada malam tahun baru mendekati muslim yang berpesta , bertanya khabar , berkongsi risalah dan menasihati dengan lembut , bagi kami yang berfikiran bersangka baik pada masa itu.Malahan ada diantara kami diherdik , ditahan polis , dimaki pada ketika kami ingin membuat kebaikan dan pada masa yang sama "Malaysia Reform" hanya menaip di kekunci laptop dengan ayat makian terhadap ulama dengan rasa senang hati.
Adakah itu reformasi kearah negara Islam?
Secara jujur , kami tidak tahu lansung siapa sahabat ini , dari mana ia datang kami tidak tahu.tetapi kami ingin tahu apa agenda sebenarnya?
Sahabat,
Pejuang sebenar tidak hanya melaung2 kata2 semangat di seberang sedangkan sahabat lain syahid mempertahankan perjuangan ini.Sahabat hanya mencelah di sudut-sudut keburukan yang dicipta oleh musuh untuk PAS.Banyaklagi cerita kejayaan jemaah yang sahabat sebunyikan.Sahabat hanya mengutip sisa-sisa peluru yang ditinggalkan oleh musuh untuk membunuh perjuangan ini.
Setiap orang mempunyai prinsip tetapi "Freethinker" adalah prinsip yang paling bertentangan dengan jemaah islam , ana tidak menuduh sahabat adalah freethinker tetapi fikirkanlah dengan matang.
Jika sahabat dikalangan mereka yang brutal dan sempoi tetapi mempunyai fitrah kearah perjuangan islam,kami sudahpun mendekati golongan ini.Kami bersama membentuk Alternatif Riding Club , menganjurkan malam kesenian islam , berama-sama dalam pekan frinjan8.0 ,mengadakan klinik asas phothoshop.
Di mana sahabat ketika itu?.
Kami bukanlah ingin membuat magic show dengan mengharapkan mereka berubah sekelip mata tetapi kami sebenarnya sedang menasihati diri sendiri.
Sahabat ,
Didalam perjuangan , perbezaan pendapat adalah perlu untuk menunaskan sesuatu dengan hikmah, kami ada adab berjemaah.kami mempelajari "usul isyrin", tetapi kami tetap menuntut ilmu hingga ke liang lahad.Peristiwa baru-baru ini, sahabat sendiri memilih jalan sebegitu , sahabat sendiri mencipta kemalangan.
Jika sahabat sedang membuat drama , kami tidak berminat melihat hingga episod akhir.
-------------------------------------------------------------------------------------------
"Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang benar - benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun".
-Surah Al Ahzaab:23.
"Alif, Laam, Miim. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta".
-Surah Al Ankabuut:1- 3.
"Alunan sanubari untuk yang pejuang PAS yang berdaftar"
Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid memburu syahid.
Dibuang dia berkelana dipenjara dia uzlah dibunuh syahid
Namun jiwa tetap mara menuju cita membara demi Allah dan Rasul-Nya.
Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Senang susah silih berganti
Inilah sunah orang berjuang.
Malamnya bagai rahib merintih sayu
Diiring serta air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat meluah tenaga.
Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih.
Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerana kebenaran
Antara dua pasti terjadi
Tunggulah syahid atau menang.
sekadar berkongsi.....
Petikan Nota Facebook Pemuda Pas Petaling Jaya Selatan
January 26, 2010 at 5:16am
Amanah Kedah bangkit melupai kekhilafan
1 week ago
No comments:
Post a Comment