Saturday, January 30, 2010

Khalid digantung jawatan, Hassan Ali diberi amaran

KUALA LUMPUR, 29 Jan: Jawatankuasa disiplin PAS memutuskan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad digantung enam bulan dari jawatan dalam Parti manakala Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali diberi amaran bertulis berkuat kuasa hari ini.

Kedua dua mereka didapati bersalah di bawah fasal 75 Perlembagaan PAS.

Khalid digantung daripada menjadi Yang Dipertua Shah Alam dan Ahli Lajnah Politik PAS Pusat.

Baca seterusnya di sini

Komen:

Beb, aku balik2 dah nampak benda ni. Ikhlas cakap, aku takde la terkejut, sebab aku predict dua-dua kena hukum gantung. Tapi aku dah agak dah masa baca berita ni, konfem ada blog2 bodoh akan mengamuk. Al-maklum la bhai, bila keputusan tak kena dgn hati depa, hah mula la mengarut benda bodoh. Tak adil la, apa la. Tak memasal nama Us Nasha pun naik sekali. Kenkonon, Hasan tak kena hukum sebab Us Nasha ada masa tu. Laa.. apa ke bodoh sangat la.

So kepada adik-adik aku yg baru nak kenal dunia politik, meh abang bagitau apa kes depa berdua ni dibicarakan.

1. Khalid dibicarakan kerana mendedah hal mesyuarat PAS negeri. Jadi dalam soal ini, dia dibicara dalam soal amanah kepada kerahsiaan parti. Nak bagitau, tak kirala kecik dan remeh mana pun sesuatu hal tu (dlm mesyuarat), tapi bila ia adalah rahsia, kesalahan mendedahkannya tetap jadik besar.

Amanah bhai... amanah! Kalau tak sanggup pikul amanah, toksah duduk dalam mesyuarat. Pi main jejauh la..

2. Hasan ni dibicarakan dlm kes selcat. Kes selcat ni lebih kpd kerajaan negeri punya masalah. Jadi, terulang pd TSKI nak pecat dia or tak. Dan teguran Hasan Ali ni tak proper. Tapi semua orang yang pakai otak dan hati tak busuk tau kritikan Hasan tu betul. Kalau tak betul, takkan TSKI pun setuju nak perbaiki Selcat!!

Yang korang merepek pasal kes baiah itu, ia bukan rahsia pun. Dan orang dah tau sebelum dia bagitau lagi. Cuma jadi heboh bila orang UMNo popularkan isu baiah tu.

Kalau TSKI pecat Hasan ni pun, aku tarak hal punya. Kuasa dia la. Tapi ingat sikit TSKI, kau kena ganti dengan orang PAS jugak. Kang tak memasal ada orang PAS tak puas hati pulak. Aku cadangkan nama YB Dr Shafei or YB Saari Sungib. Dua-dua ni sesuai la pegang peranan EXCO Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

So, sila paham isu sikit sblm nak bantai. Blog2 sekalian jangan jadi blog celaka pulak!!

Okeh, babai..

1 comment:

oTai Baru said...

Aku pun tatau la. Depa ni tak paham isu sbnarnya. Tak tau dua sahabat kita ni dibicarakan atas kes apa. Khalid samad lebih kpd langgar perlembagaan PAS. Hasan Ali lak lebih kepada langgar semangat setiakawan dalam PR.

Terang tang2, salah Khalid lagi besar. Isu Khalid ni dilihat pro-PR dan hasan dilihat pro-UG tak relevan dalam kes ni.