Baru tadi aku bukak Malaysia kini dan aku baca bahawa kawan kita seorang ni memutuskan untuk tak mahu membuat rayuan atas hukuman Jawatankuasa Disiplin. Frankly speaking, aku tak peduli dan aku hormat hak dia. Tapi disebabkan dia sememangnya tak mahu merayu maka ia tak memberi hak kepada dia untuk terus mempersoalkan keputusan jawatankuasa disiplin tu sendiri.
Kalau dia nak persoalkan, maka kena mengikut saluran yang dah ada. Tak timbul soal saluran tersumbat sebab ruang dah dibagi kepada dia.
Maka bagi aku sampai la ni, Khalid masih belum memperjelaskan dan merelevankan tindakan dia membuka isi mesyuarat PAS tahun lepas.
Kenapa aku sampai melalut mengatakan Khalid mempersoalkan keputusan jawatankuasa disiplin.
Sebab Khalid dalam portal berita yang dipetik itu menyebut:
"Kejujuran akan terbukti jika hukuman kepada Datuk Dr Hasan Ali diperkukuh dan ditambah, barulah nampak kita jujur," katanya dalam sidang media di pejabatnya di Shah Alam petang ini.
Wahai Khalid, kamu ni akhlak dan tatatertib dah diletak di mana? Apakah kamu hanya akan puas hati kalau Dr Hasan ni dipecat?? Ingat Khalid, keadilan itu bukan mesti menurut perspektif kamu. Bukan mesti mengikut hawa nafsu individu!! Kamu faham tak?
Kalau kamu nak kata tindakan Dr Hasan menjejaskan Pakatan rakyat, maka kenyataan kamu sebenarnya telah menjejaskan dan merosakkan imej PAS secara keseluruhan. Kamu bukak isi mesyuarat, kamu bentangkan hujah kamu di mesyuarat itu di dalam blog kamu tetapi kamu langsung tak senaraikan hujah balas YDP2 yang lain bagaimana pulak? Bukankah itu menyebabkan sidang pembaca dan rakyat tersalah faham dan tidak menggambarkan keadaan sebenar? Bukankah itu telah menjadikan kamu tidak lebih baik daripada Utusan Malaysia??
Mana adab kamu terhadap YDP2 yang lain? Bukankah tindakan kamu mencemarkan imej YDP2 yang lain? Bukankah itu merosakkan PAS Selangor??
Yang ini bagaimana pula? Mana lebih besar? menjejaskan PR atau menjejaskan PAS? Apa guna PR kuat tapi PAS hancur lebur?
Aku betul2 harap kamu takkan dipilih lagi menjadi calon. You have crossed the lines too many times bro!
Artikel berkaitan:
YB Khalid Samad buktikan Pro-Reform Pencetus Fitnah!
Apakah rahsia PAS yang didedahkan Khalid samad?
Teladani Dr Na'im yang humble..
2 days ago
14 comments:
tak lama lagi blog ni kena serang dengan pas recond le kerana menembak dewa perang mereka teruskan penulisan anda.hamba menyokong anda
Kita nak buat luar saluran, kena fikir implikasi negatif kepada parti. Tak salah nak tegur secara terbuka, tapi mestilah dengan cara yang betul dan beradab. Itupun setelah saluran dalaman tak mahu mendengar.Dalam kes Khalid samad, beliau masih ada peluang menyalurkan pandangannya melalui rayuan. Tapi tak mahu. Bila tak mahu, patut diam teruslah tapi masih buat kenyataan tentang hal-hal sebegini.
bukan tak mahu, tapi saluran tersumbat.
nanti stopa ali kat tadak merit. dasar puak terengganu tamak kuasa
Kalau hearsey memanglah takdak merit. Kalau masuk mahkamah, kes kena tendang macam tu je.
hearsay? semuanya stopa lai nanti kata hearsay.
sampai bawa bukti tape dan kenyataan akhbar pun ohhhh hearsay jer tu
golongan terengganu memang jenis kepala tersumbat
Dah mmg hearsey. Lain kali bawak bukti yg solid.
dlm blog ni pung banyak hearsay ma...
Tindakan Khalid samad sebegini telah mengesahkan ketepatan JKD menghukum beliau dan membuktikan beliau seorang ahli jemaah yang tiada disiplin.
ketepatan itu hanya berdasar kacamata tuan ibrahim yang matanya seperti iblis. hanya menempel dengan jawatan yang dilantik oleh presiden. lansung tidak ada ilmu dan pengalaman kehakiman.
Alhamdulillah kerana Allah telah menunjukkan perilaku sebenar golongan2 seperti anonymous di atas. Semoga Allah mengubah hati anon kepada seorang manusia yang ada akhlak wpun sedikit. Semoga Allah meramaikan ulama sejati seperti Tuan Ibrahim..
alizaidan, kamu menghina khalid samad yang belum tentu penghinaan kamu itu benar di sisi Allah.
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. Amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu patuhilah larangan itu) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. [al-Hujurat: 11 - 12]
Anon 4:41 AM,bagi ayat tu kat TB.
TB tak menghina, tetapi buat aduan secara gentleman.
bukan macam alizaidan, sp dan puak2 terenganu. terpekik terlolong dalam blog jer berani.
sedap jer alizaidan ni kutuk khalid samad.
awak alizaidan apa ada?
mungkin org yg awak kutuk itu jauh lebih baik dari awak sendiri.
Post a Comment