Tuesday, May 25, 2010

Aduka, jangan jadi budak-budak!

Baru aku nak ulas pasal tulisan Aduka Taruna ni, tiba2 SP dah tulis perkara sama. Jadi ambil copy paste sajalah.

Cuma rasa kesal dengan sesetengah manusia yang tak tahu malu. Menuduh seolah-olah TGHH takut dengan gerombolannya. Alahai, hujah pun banyak tergantung, sekerat jalan, nak takut buat apa?

AT pernah sebut Presiden PAS kena cergas, kena jadi macam Anwar dedah isu APCO. Ya, tapi kena ingat, bagaimana Anwar boleh tahu itu semua?. Semua sebab link antarabangsanya kukuh. Tahu kenapa selepas dia bebas 2004, tapidia hanya betul2 aktif politik sekitar 2007? Sebab dalam tempoh 3 tahun itu, dia kerja keras untuk baiki balik jaringan dia yg putus bila dia masuk jail.

Aku tahupun sebab ada budak PKR mengadu kat aku masa tu. Kiranya dia kata Anwar macam dah give up dengan politik Malaysia.

Tapi bila TGHH pergi kukuhkan jaringan antarabangsa, bentang kertas kerja dsb, puak kamu marah. Tumpu dalam negara kamu kata. Kalau main duduk peram dalam Malaysia, lepak2 di Rusila, macammana info bagus nak dapat? Ni kalau aku kata bongok karang marah pulak!

Bila TGHH bagi idea bagus yang perangkap gerakan Kristian seperti memasukkan kalimah Allah dalam Rukun Negara, puak kamu (wartawan Hdaily) juga yang kata ucapan itu macam khutbah jumaat. Jadah apa? Sampai Harakahdaily pun macam tak berapa nak cover isu ini!

Kamu semua ni mengingatkan aku kepada kisah Luqman, anaknya dan seekor keldai. Kalau dah bernama manusia, kalau hati dah benci, apa pun jadi busuk.

Panjang pulak bebel, silakan baca tulisan SP:

Presiden PAS bukan penjual kerepok lekor

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah berlepas ke Istanbul, Turki bagi menghadiri persidangan ulama antarabangsa. Beliau akan menghadiri dua persidangan pada 29 Mei ini iaitu Persidangan Ekonomi Antarabangsa dan Persidangan Ulama yang dipengerusikan oleh Dr Yusuf Qaradawi.

Beliau dijangkan akan membentangkan satu kertas kerja berkaitan krisis ekonomi yang melanda dunia dan penyelesaiannya mengikut kaca mata dunia Islam.

Beliau juga akan diberi peluang menyampaikan ucapan dalam sesi protokol, bersama dengan Presiden Saadat Party, Prof Dr Numan Kurtulmus dan mantan Presiden Afghanistan, Prof Dr Burhanuddin Rabbani.

Saya difahamkan ada orang buat projek nak langgar Hadi pada tarikh beliau tak ada di Rusila. Orang berkenaan telah memberikan tarikh kepada saya 2 minggu sebelum 28 Mei 2010 untuk dia nak langgar Hadi.

Bila saya menerima tarikh berkenaan, saya difahamkan ada Persidangan Ekonomi Antarabangsa dan pada masa yang sama ada juga Persidangan Ulama Dunia Islam.

Oleh kerana Tuan Guru Haji Abdul Hadi adalah mereka yang terlbat dengan Ikhwan Alami memang beliau antara yang akan berucap dalam Persidangan Ulama dan beliau juga membentang satu kertas kerja dalam Persidangan Ekonomi Antarabangsa.

Mungkin dua Persidangan ini dirancangan seminggu sebelum berlangsung, jika benar ini adalah perancangan persidangan paling singkat pada peringkat dunia yang diketahui umum. Tapi semuanya adalah mustahil dan biasa program ini mestilah dirancang lebih awal dan ada dalam pengetahuan mereka yang terbabit.

Orang yang nak langgar Hadi mungkin tak tahu pasal persidangan ini. Dia fikir Hadi selalu ada di Rusila untuk kuliah, pasti dia akan ada di situ, seperti mana penjual keropok yang selalu ada di tepi jalan. Bila kita nak pergi kita boleh sahaja pilih tarikh yang kita suka dan kita boleh ajak sesiapa sahaja yang nak makan kerepok lekor bersama kita.

Penjual kerepok lekor tepi jalan pun tidak semestinya ada pada masa dan tarikh kita rancangan... Apakah dengan nak langgar Hadi pun kita buat macam tu pilih tarikh ikut suka kita? Nampak macam kita bodoh dalam membezakan orang dan tugasnya.

Jika alasan yang diberikan oleh perlanggar Hadi dia tak tahu aktiviti Hadi dan hanya bergantung kepada laporan akhbar semata. Saya berpendapat perlanggar Hadi sama seperti Tulang Besi dan beberapa orang blogger sama sewaktu denganya yang akan mengulas sesuatu isu bergantung kepada mana-mana laporan akhbar termasuk akhbar Harakah.

Kalau itulah tahap ulasan kita, tidak hairanlah apabila Presiden PAS pergi di Maldives pun kita ulas ikut 'sedap mulut' (ikut rasa). Bila Presiden tak ada dalam demo atau mana-mana aktiviti yang kita suka maka kita kata Presiden PAS tidak mengikut piawai kita..

Sejahat-jahat Tulang Besi memutar isu dan fakta PAS ada juga dia menjadi resional apabila tersempit diserang dengan beberapa orang blogger kebenaran, termasuk BatuApi dan Ali Zaidan. Tulang Besi juga pernah menulis apabila Presiden PAS tak ada disaat-saat akhir Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor atas jemputan yang dibuat dua bulan sebelum itu.

Jika kita sudah tiada piawaian yang boleh diambil kira dalam sebarang penghujahan, mentaliti dan cara kita berfikirkan pun akan menjadi kebudakkan.

Ikutlah resam dan budaya orang tua-tua kita, apasalahnya bertanya dulu sebelum membuat sesuatu, kalau kita tak tahu perjalanan dan aktiviti Presiden PAS tanyalah yang mengetahui, jangan kita buat pandai-pandai sedangkan sebelum ini kita dah minta pihak di sini menentukan tarikhnya...

Aturlah dengan sdr Zehan, pegawai Peribadi Tuan Guru supaya memudahkan kerja kita.

Tapi benar juga kata kawan saya di Rusila, nak langgar tak boleh beritahu... langgarkan!! Tapi baik langgar masa orang tak ada, badan tak sakit, mungkin boleh buat modal untuk menulis bagi menaikkan semula hits blog kita..

Akhirnya saya nak ungkap satu perkara, salah itu adab dunia, tapi tak mengaku salah itu adad manusia.. mungkin manusia genetic Melayu...

Monday, May 24, 2010

Bersikap Adillah Wahai Umat Muhammad

1. Adil ini meletakkan sesuatu pada tempatnya. Meletakkan sesuatu kerana prinsip dan hak. Lawan adil ialah zalim. Bias itu juga satu bentuk zalim. Contohnya seperti yang selalu dibuat oleh Barat. Mereka mempertahankan hak melukis wajah Nabi Muhammad sebagai kebebasan mengeluarkan pendapat. Tetapi apabila Mahmoud Ahmedinejad mengaplikasikan kebebasan mengeluarkan pendapat dengan mengatakan Holocaust itu sebagai peristiwa bohong, Barat jugalah yang buat U-turn dan menuduh Mahmoud sebagai anti semitism.

Itu juga satu bentuk zalim.

Begitu juga apabila kita marah apabila orang UMNO mengungkit Karpal pernah kata "over my dead body kalau nak buat negara Islam. Kita marah orang UMNO. Kita kata ucapan karpal itu diungkapkan ketika kita belum berkahwin lagi. Kini, kita sudah mempunyai 2 orang anak, sudah pasti keadaan sudah berbeda.

Itu satu tindakan yang bagus dan cerdik. Ini semua sejarah. Kita tak boleh hidup dengan sejarah. Sejarah ini cuma panduan.

Tapi sayangnya kita hanya buat begitu kepada Karpal. Kita hanya padamkan memori itu hanya untuk Karpal. Tapi bukan kepada ulamak kita. Sedangkan kata-kata Karpal itu jelas salah dan menyinggung sedangkan 'silap' ulama kita hanya bersifat manipulasi musuh jahat.

Contoh, kita ungkit dan salahkan dokumen Negara Islam sebagai punca tewasnya BA. Sedangkan ia bersifat manipulasi parti Cina. Kalau ikutkan, isu 'Allah Samseng', 'Tuhan Mencarut' juga antara punca merosotnya undi Melayu kepada BA. Ia tidak salah, tetapi ia menjadi isu kerana manipulasi kejahilan UMNO sendiri.

Isu 'Allah samseng' ini pernah menyebabkan aku berentap dengan seorang ahli UMNO dahulu. Sekarang dia dah jadi Exco Pemuda UMNO Malaysia. Alhamdulillah, aku tak ada masalah patahkan hujah dia berbekalkan hujah TGHH di parlimen ketika itu. Aku fikir itu antara sebab TGNA cukup mengkagumi kepetahan dan mantapnya hujah TGHH.

Lantas, bila kita enggan ungkit satu salah kawan kita tetapi ungkit banyak kali 'silap' pemimpin kita, maka kita sudah tidak adil. Orang tidak adil dipanggil zalim.

Orang zalim tak layak dipanggil ustaz sebab zalim itu sifat fasik!

2. Ada seorang kawan menaiki kereta. Keretanya banyak rosak. Tayar botak. Enjin berkarat. Brek haus. Ekzos separuh tertanggal. Lampu depan belakang terang macam lilin. Si pemandu pula mabuk sebab tension kalah main judi bola. Pemandu tu bet England akan menang. Tapi pasukan loser macam England mana boleh menang. Yang menang masa tu ialah Sepanyol. Maklumlah, pasukan hebat!! (Ha ha!)

Sebab tension dia bawa kereta dia tu 160kmj. Kemudian apabila lalu sebuah jalan tak berlampu (lampu rosak sebab kena kilat!), tiba-tiba dia tersalah masuk lorong sebelah. Bertembung dengan lori. Brek tak makan, tayar botak, jalan pula licin sebab hujan. Bummm!

Masuk hospital. Wad Pakar 13.

Lepas sembuh, dia saman JKR Malaysia. Dia kata punca dia eksiden sebab jalan tak berlampu. Jadi dia tak nampak.

Betulkah begitu?

Betul! Dah tentu betul!

Tapi itu cuma satu punca. Dan dia gunakan punca itu sebab itu sahaja punca YANG BOLEH MENGUNTUNGKAN DIRI DIA. Walaupun hakikatnya JKR tak salah sebab yang menyebabkan lampu jalan rosak ialah kilat. Tapi pemandu bodoh ini tak peduli. Takkan dia nak kata dia eksiden sebab tayar kereta botak, lampu kereta padam, brek tak makan. Kalau mengaku macam tu, nanti dia pula kena saman JPJ!

Begitu juga dalam isu kalah PRU2004. Ada bermacam jenis sebab. Imej Islamik Pak Lah, keluarnya pemimpin PKR ke UMNO, keengganan DAP setia dalam BA, harapan kepada pentadbiran Pak Lah, kebanjiran undi hantu terutama di Kelantan dan Terengganu dsb.

Tetapi yang jadi highlight tetap dokumen Negara Islam. Walaupun itu cuma menjadi negatif kesan manipulasi BN, tetapi itu juga yang ditekan. Sebab apa?

Mungkin itu saja sebab yang boleh merosakkan imej TGHH dan TGHD. Point lain mana boleh jatuhkan 2 ulamak ini!!

Betul pepatah kata sejarah tidak pernah menipu. Tetapi orang selalu lupa, bahawa sejarah sering benar dimanipulasi...

(gambar ambil dr Penembak Babi)

Sunday, May 23, 2010

Layan Budak Tak Habis Mengaji..

Kaedah Fiqh ni ada banyak. Aku masih ingat sampai sekarang, kaedah fiqh pertama yang aku belajar ialah Al-Yaqinu La Yazullu Bissyak. Yakin tak hilang dengan datangnya keraguan.

Kebetulan zaman tu zaman aku ada penyakit was-was. Kadang2 lepas angkat takbir dan nak baca Fatihah aku terfikir, eh tadi niat Asar ke Zohor?

Jadi bila aku teringat kaedah fiqh tu, aku dapat hilangkan was-was dan tak angkat takbir banyak kali. Haha.. Zaman muda maa..

Kitab yang aku mengaji dulu tu tajuk dia 'Asybahu Wa An-Nadhair Fi Qawaid Fiqhiyyah. Tulisan Jalaluddin Suyuti. Dan kaedah 'Yakin tak hilang dengan datangnya keraguan' adalah salah satu daripada 5 kaedah yang disebut oleh ulamak sebagai "semua masalah fiqah merujuk kepadanya".

Kiranya belajar 5 kaedah tu je dah cukup (minimum!). Nak tahu semua kena cari la kitab tu. Hari tu aku ada jumpa kat Bangsar Shopping Center (BSC). Berapa puluh ringgit ntah. Murah je. Kalau gaji 6x CEO tu boleh sangat beli. Tak payah kutip derma pun!!

Kemudian, dari banyak2 kaedah itu, ada jugak kaedah al-wasilatu ilal haram, haram. Jalan kepada haram ialah haram. Ada juga kaedah yang agak similar, dipopularkan oleh Yusuf Qardhawi sebagai Ma ada ilal haram fahual haraam. Perkara yang membawa kepada haram, maka ianya turut haram.

Kiranya macam ni la. Makan babi tu haram. Jadi segala perkara yang membawa kepada makan babi itu jadi haram juga. Contoh, buru babi untuk dimakan, masak babi untuk makan etc. Tapi kalau korang tembak babi sebab dia rodok kebun korang dan ada Siam sesat pergi ambil bangkai babi tu buat salai, maka tak haramlah kepada korang. Sebab bukan korang tembak untuk buat makanan. Korang tembak kerana keselamatan. Bersandar kepada kaedah Al umuur bi maqasiduha (Setiap perkara tergantung kepada tujuan)

So, Penembak Babi jangan bimbang. Lu tak dosa lagi geng. Pasal lu tembak 'babi jenis lain'. Hah hah. (PB, aku ceduk gambar lu! Kira halal!)

Tapi jangan sama sekali jadi bodoh dengan menukar2 kaedah fiqh tanpa ilmu. Kelak sesat dan menyesatkan.

Contoh, kalau kita tukarkan Ma ada ilal haram fahual haraam kepada Ma ada ilal halal fahual halal (Perkara yang membawa kepada halal, maka ianya turut halal), maka rosak agama nanti.

Contoh, mengutip cukai itu halal. Oleh itu, adakah halal juga meluluskan lesen judi supaya dapat kutip cukai? Tentulah tak.

Sebab itu aku berani kata Wang Ji ini berhingus. Contoh:

UMNOفهو UMNO ما أدي الي

Maksudnya;

“Perkara yang boleh membawa kepada UMNO, maka ia adalah UMNO”

Jika JIM membawa kepada UMNO, maka JIM adalah UMNO. Jika ABIM membawa kepada UMNO, maka ABIM adalah UMNO. JIka UG membawa kepada UMNO, maka UG adalah UMNO. Jika PERKASA membawa kepada UMNO, maka PERKASA adalah UMNO.


Kan tak cerdik tu. Main sedap tangan kau tulis memporak perandakan rumah tangga kami. 'Ulamak kepala lutut' mana yang ajar engkau main suka nafsu ubah kaedah fiqah untuk keseronokan politik? Celah mana pula mahu disamakan pertubuhan Perkasam dan idea UG? Niat busuk apa ni?

Menggantikan kalimah Haram kepada UMNO juga ada sisi negatif kepada perjuangan Islam. Tak ada faedah dan tarikan buat masyarakat. Kita bukan buat politik labelling. Itu politik konservatif. Politik zaman tok danok. Yang haram ialah perbuatan UMNo, bukan UMNO. Kalau UMNo tu benda haram, buat apa TGNA sendiri jadi ahli dulu? Yang menyebabkan kita (PAS) keluar dari mereka ialah sebab perbuatan mereka. Bukan sebab diri mereka.

Jadi kalau kau nak kata UG itu membawa dan menghalalkan perbuatan haram, silakan bukti. Aku nak tengok sejauhmana jahilnya kau dalam berilmu.

Sebenarnya nak counter kaedah kau ni senang sangat. Dalam perspektif bertentangan (umno/bn) , UG ni membawa kepada PAS (bawa BN kpd PR), maka UG ialah PAS (PR).

Tapi kalau Tuhan dah tutup mata hati, memang buta teruslah!!

Wednesday, May 19, 2010

Jijik Sangatkah Negara Islam?

Biasanya aku tak buka blog Wan Ji. Malas. Menyonsangkan ilmu yang aku dah ada. Tapi hari ini aku terbuka juga. Puncanya sebab blog Us Nasaruddin linkkan blog mamat ini di blognya. Klik jugaklah.

Terbaca artikel terbarunya tentang reformasi kedua. Artikel itu bagus. Ilmiah. Ya ilmiah.

Tapi sekali pandanglah..

Memang tak ada masalah memuji strategi Us Fadhil Noor. Tak ada masalah memuji bijaksana Almarhum. Memang bijaksana, memang cerdik, memang pandai. Kalau tak pandai, takkan orang pilih jadi Presiden sampai ke akhir hayat?

Tapi yang jadi masalah bila ianya dibanding2kan dengan jasad yang masih hidup. Maka tak lain motifnya bukan nak memuji Us Fadhil sangat, tapi macam nak jadikan batang tubuh Us fadhil sebagai perisai untuk tikam ulamak lain. Walaupun tak jelas kepada siapa, tapi bila dokumen negara Islam dihentam sebagai punca kekalahan 2004 (binatang apalah yang suka sangat gali tulang lama ni?!), maka aku agak ia dituju kepada Tuan Guru Harun Din (Ketua Penerangan ketika itu) dan TG Haji Hadi (Tukang rasmi dokumen).

Samalah macam satu mangkuk hayun yang puji Nabi Isa tapi kutuk Nabi Muhammad! Taktik lapok maa

Wahai budak yang masih naif, ketahuilah olehmu Wan Ji, dokumen negara Islam itu ialah hasil dokongan Majlis Syura Ulamak yang diketuai oleh ikonmu sendiri Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Malah disebutkan secara jelas oleh Almarhum Us fadhil Noor bahawa PAS berjuang ke arah merealisasikan Daulah Islamiyyah yang menuruti konsep Baldatun Thoiyyibatun Wa rabbun Ghafur.

Jesteru itu mengatakan dokumen Negara islam sebagai punca kekalahan teruk 2004 ialah menghina TGNA dan Us Fadhil sendiri. Cabut je lah gambar TGNA kat blog engkau tu! Kang kalau aku kata munafik kau marah.

Kemudian kau kena lihat punca dokumen Negara islam itu dan sasaran dokumen itu sendiri. Ia dibuat dalam keadaan UMNO mengakui Malaysia Negara Islam dengan pendapat beberapa ulamak. Contoh pendapat yg UMNO ambil ialah pendapat Dr Said Ramadhan Al Buty.

Dokumen ini ialah penjernihan untuk orang Islam kepada kekeliruan yang ditimbulkan UMNO. Itu antara fungsi dia.

Kemudian, sejak bila perjuangan ini mesti dinilai dengan menang kalah. Kalau begitu, para sahabat yang berjuang dalam Perang Uhud tu bongok ke. Ya lah, kan kalah???

Malanglah engkau ni Wan Ji, belajar jauh2 tapi gagal faham sunnatullah dalam perjuangan. Bacalah Post Mortem 2004. Kalau tak ada, mintak dengan Kickdefella.

DAP tidak keluar dari BA kerana kerasnya PAS kepada konsep Negara Islam. Itu hanya alasan semerta. Sama bilamana Portugis langgar Melaka. Bukan pasal marah orang dia kena tangkap dek Melaka. Alasannya agama.

Cuma dalam isu DAP, alasan agama (Negara Islam) ialah alasan semerta. Kau jangan jadi naif. Punca utama DAP keluar kerana mereka kalah teruk 1999. Kit Siang kalah, Karpal kalah. Kau umur 2 tahun ke masa tu?

DAP politikus. Ini kau kena faham. Politikus. Bila politikus, mereka lebih kepada menang. Bila sesuatu pakatan itu lebih merugikan mereka dari menguntungkan, mereka akan keluar. Tak pernah dalam sejarah DAP, Cina lari beramai-ramai ke arah BN melainkan tahun 1999. DAP kalah teruk. BA lebih banyak merugikan sokongan politik DAP. Ini fakta. BN menang tahun itu atas mandat Cina. Yang sokong BA ialah 63% pengundi Melayu.

Berbeza dengan PAS. Kita pegang kepada janji. Walaupun kita ada masalah di Selangor, walaupun pakatan dalam PR sebenarnya dan hakikatnya kurang menguntungkan dari segi sokongan Melayu, kita tetap setia pada janji. Asal jangan paksa kita gugur dasar kita. Cuma orang bengong saja duk ratib PAS nak masuk BN.

Sebab itu aku pernah sebut dulu. Jaga jemaah kita. Jangan hancurkan jemaah kerana PR. Dahulukan keputusan jemaah. Sebab kalau PR menang sekalipun tetapi PAS hancur maka tak lebih lari dari mulut harimau terjun mulut buaya.

Satu perkara lagi, memandangkan kau sedap sangat gali cerita tahun 2004, kutuk ulamak yang luluskan dokumen negara islam, sampai macam tak ada kebaikan dan kebijaksanaan pemimpin PAS sekarang yang kau tonjolkan, aku nak tanyalah. Idea siapa buat Negara Kebajikan?

Us fadhil keluar dari kubur ke bagitau suruh buat Negara Berkebajikan?

Dah tu siapa punya idea?

Nenek engkau?

Tuesday, May 18, 2010

Judi Bola Batal Saat Akhir?

Aku sebenarnya hairan bila ramai sangat orang bantah judi bola. Sampai kenyataan Tamrin anak Ghafar Baba bantah kelulusan judi bola itu boleh masuk TV3. Hairan bukan bermakna aku setuju. Hairan sebab selama ini judi memang dah lama bersepah dalam Malaysia. Tapi tiba-tiba macam baru hari ini masing-masing jadi 'orang beriman'.

Aku pernah tengok di Gombak, Melayu buat muka malu-malu kucing keluar kedai judi. Jangan la cakap pasal Genting. Michael Backman tulis dalam buku dia tentang Asia's Great Casino Invasion. Dia sebut Genting tu the biggest of them all. Macau, kota judi untuk rakyat China dan Hong Kong. Kalau kita gabung semua casino di situ, masih tak dapat tandingi Genting. Mesin slot judi saja dah ada lebih 3000. Dah tu? Apasal bising?

Memang melayu tak boleh masuk casino Genting. Tapi itu atas paper. Kalau unjuk paper yang ada gambar Agong Pertama tu kat dia, boleh jugak masuk!

Mau tak boleh masuk. Yang buat Genting tu semua orang tahu, orang melayu jugak. Nama Noah Omar. Bukan Noah Omar menteri tembam tu. Dak... Noah Omar ni bapak mertua Tun Razak. Dan bapak mertua Tun Hussein. Bapak kepada Tun Rahah. Senang cakap dia tu datuk kepada Najib dan Hishamuddin.

Dah nak hairan buat apa? Bukan kita tak tau. Kita tau. Dari dulu lagi rakyat Malaysia dah tau. Keturunan judi. Tapi kenapa bila masuk bab judi bola baru masing2 dalam UMNO ni nak bantah?

Tahun 2002 dulu, takkan tak ingat?. Mahathir sendiri buka First World Hotel dekat Genting. Masa tu kira2 hotel paling besar la dalam dunia. Ada dalam 6300 bilik.

Keturunan judi dan Perestu judi. Nak hairan buat apa? Tapi kenapa hari ni baru nak hairan? Baru nak marah? Baru nak bising?


Ini zaman Najib. Bukan zaman Pak Lah. Itu zaman keterbukaan (walaupun tak terbuka mana). Zaman Najib zaman tertutup. Zaman diktator. Zaman legasi Mahathir.

Tapi walaupun tertutup, suara2 membantah judi bola ini tetap boleh tembus. Tetap boleh on air. Kenapa? Bagaimana satu benda sensitif boleh terlepas kepada rakyat dan kemudian boleh memesongkan undi Melayu dari BN?.

Aku berkeyakinan bahawa ini cuma satu taktik. Dalam isu ini, Awang Adek yang dikambing hitamkan. Bukan Najib. Sebab Awang Adek ialah orang yang bercakap lebat pasal kelulusan judi bola walaupun orang tahu judi bola takkan boleh lulus kalau Najib geleng.

Kemungkinan besar lesen judi bola ini akan ditarik balik. Kemudian Najib akan sebut, kerajaan 1malaysia prihatin kepada rayuan rakyat. Kerajaan 1malaysia bukan diktator. Kerajaan 1malaysia rendah diri dan tidak angkuh.

Imej Najib naik. Imej Awang Adek terkorban.

Aku rasa la...

Sunday, May 16, 2010

Jahat Betul Penembak Babi!!

Dahulu masa aku belajar psikologi, sempat juga aku belajar beberapa term. Contohnya unfinished business. Orang yang ada gejala ini urusannya sentiasa tak selesai walaupun sebenarnya selesai. Jadi dia akan cakap berulang-ulang benda sam. Contohnya Wan Ji. Tak sudah-sudah zikir UG. Ha, unfinished business la tu.

Kemudian ada term mental disorder. Bahasa Tamilnya 'kecelaruan mental'. Otak nak rosak la senang cakap. Orang yang ada 'penyakit' ini senang cakap tak reti nak susun otak dia. Serabut dan tak tersusun. Gejala awal sebelum jatuh gila. Contoh la, sayang Khalid Samad, bela Khalid Samad tapi marah pemimpin PAS lain bila jumpa pemimpin UMNO. Padahal Khalid Samad antara ahli rombongan yang berjumpa juga!

Bukan dia tak tahu Khalid Samad jumpa, dia tahu. Tahu sangat. Tapi ya lah, mental disorder. Nak kata apa? Takkan nak terajang orang macam ni? Zalim la.

Last sekali aku nak perkenalkan term obsessive compulsive disorder. Orang yang ada gejala macam ni sangat fanatik terhadap sesuatu benda. Dia obses. Dalam otak dia tu, kalau tak buat perkara yang dia obses tu, hidup dia macam tak sempurna. Macam kosong. Macam tak ada hala tuju. Biarlah benda tu berdosa, tak ada faedah, meruntuhkan jemaah pun. Dak, dia tak peduli. Dia mesti buat. Itu obsessive.

Compulsive pulak ialah tindakan yang terhasil daripada pemikiran obsessive itu tadi. Contoh, kalau dalam pemikiran obsessive dia tadi tu, dia kata "I menchi la Harun Din neh awww", maka dia akan kutuk TGHD dalam apa juga tindakan. Semua tindakan TGHD akan jadi tak betul. Walaupun benda itu benda khilaf. Sebab tu sampai sekarang masih ada mangkuk hayun yang cuba melagakan TGHD dengan TGNA dalam isu kalimah Allah walhal Imam As Suyuti dah sebut dalam ijtihad tiada yang benar dan salah, yang ada hanya benar dan paling benar. Tak puas hati jangan marah aku, pegi bakar terus kubur dia.

Begitu jugak bila TGHD tak cakap dalam akhbar dalam isu judi bola. Terus timbulkan persoalan TGHD sokong judi bola. Takkan tak cakap dalam surat khabar terus nak dikata sokong? Buku dia yang menimbun sentuh pasal haramnya judi itu tak ada nilai ke?

Tapi orang yang ada gejala obsessive compulsive disorder ni tak peduli semua tu. Asal boleh jolok dia jolok. Asal boleh bedal dia bedal. Nak buat macammana, orang tengah sakit. Takkan nak terajang? Zalim la.

Ada satu term lain. Mental Retardation. Tapi kalau aku tulis rasa macam jahat sangat pulak. Haha.

Orang macam ni kita tak boleh marah geng. Orang macam ni kita kena peluk. Kita kena sayang. Kita kena uli kepala dia. Kita kena urut2 belakang dia. Kita kena usap perut dia. Kita kena mandikan dia dengan air kolah 7 masjid. Bidaah pun bidaah la. 'Anak Pak Wahab' nak marah, marah la. Dah orang tengah sakit. Jangan jadi macam Penembak Babi. Marah 2 pesakit ini. Ada pulak marah orang tengah sakit?. Jahat betul Penembak Babi!!

Eh, budak psikologi kalau salah term tu jangan marah. Tu benda 10 tahun dulu aku belajar. Haha..

Thursday, May 13, 2010

Ali Zaidan masuk Kosmo!

Ha, ingat Seluar Dalam saja boleh masuk Malaysiakini?. Ali Zaidan pun dah masuk suratkhabar. Tapi Kosmolah. Betullah dakwaan Seluar Dalam yang Ali Zaidan ni puak 'fraksi' UMNO!. Hah hah..


Ajaib, kanak-kanak 8 tahun terselamat

TRIPOLI, Libya - Seorang kanak-kanak lelaki dari Belanda berusia lapan tahun merupakan satu-satunya penumpang yang terselamat apabila pesawat Airbus milik syarikat Afriqiyah Airways terhempas semasa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tripoli dengan menyebabkan 96 orang terbunuh semalam.

Mengulas mengenai budak lelaki itu yang kini dirawat di sebuah hospital, Menteri Pengangkutan Libya, Ali Zaidan berkata: "Nyawanya tidak berada dalam keadaan bahaya."

Gambar yang disiarkan oleh stesen televisyen menunjukkan budak itu masih sedar dan bernafas dengan alat bantuan pernafasan.

Budak itu dilaporkan menjalani pembedahan ekoran tulangnya yang patah.

Pesawat A330-200 yang berlepas dari Johannesburg, Afrika Selatan itu membawa 105 penumpang dengan 11 krew.

Ia dalam perjalanan ke Brussels, Belgium sebelum berhenti seketika di Libya untuk mengisi minyak pada pukul enam pagi waktu tempatan.

Stesen televisyen Libya menunjukkan sebuah kawasan lapang yang dipenuhi dengan serpihan pesawat manakala pasukan polis dan penyelamat yang memakai topeng keselamatan membawa mayat-mayat keluar dari lokasi kejadian.

Pemerintah Libya menolak punca nahas disebabkan perbuatan pengganas. - Agensi