Sekali lagi Allah menunjukkan yang haq kepada hambaNya. YB Khalid Samad akhirnya mendedahkan apakah rahsia parti yang di dedahkan oleh beliau sehingga membawa kepada penggantungannya selama 6 bulan. Klik di sini
Dalam petikan blog itu, disebutkan:
2. PERTUDUHAN KEDUA
“Bahawa kamu, Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad, sebagai seorang ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS) No. 0126504 telah dengan secara salah, dengan sedar dan pengetahuan mendedahkan rahsia Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor yang bertarikh 27hb September 2009 jam 3.30 petang melalui Blog peribadi dan dengan itu kamu dianggap telah melakukan kesalahan di bawah Fasal 75 (1)(e) Perlembagaan PAS dan jika didapati bersalah boleh dihukum di bawah Fasal 75 (5) Perlembagaan PAS”.
Sila bandingkan dengan pendedahan blog ini tentang teka-teki apakah rahsia tersebut dengan klik link di bawah:
Apakah rahsia PAS yang didedahkan Khalid samad?
Bagaimana? Tepat bukan pendedahan Ali Zaidan? Padahal pendedahan ini dipandang acuh-tak-acuh saja oleh sesetengah orang.
Sekarang lihat pula link-link di bawah yang tanpa segan silu mendendangkan 'rahsia' tersebut walhal hal itu batil dan BOHONG!
Antaranya Al-Bakistani:
Persoalannya, apakah rahsia parti itu?
Setelah diselidiki, dalaman PAS memaklumkan bahawa rahsia itu adalah berita berikut;
KRONI UMNO TAJA MUKTAMAR PAS?
Seterusnya ialah Tulang Besi:
Mengikut Bakaq@Penarik Beca, rahsia parti yang didedahkan oleh Khalid Samad sehingga Khalid Samad digantung 6 bulan,boleh di baca di sini
Artikel yang sama juga wujud di blog Perisik rakyat
Kalian tengok dan perhatikanlah kesan daripada salah maklumat itu, maka banyak sekali maki hamun yang terkeluar daripada penyokong yang emosi. Banyak sekali kekeliruan, salah faham dan cetusan bunga-bunga fitnah. Apa salahnya jika menunggu dan menahan diri daripada mengulas sebelum menulis yang boleh menghuru harakan keadaan?
Apakah dengan menahan diri daripada mengulas sesuatu yang tidak pasti akan menjatuhkan maruah, ilmu, peribadi, kredibiliti dan kebijaksanaan diri sendiri?
Kalau Tulang Besi ni aku tak berapa nak peduli sangat, sebab ilmu agamanya boleh dipertikaikan taraf mana, tapi al-Bakistani? Wan Ji? Aiii... takkan mahu mengulangi kesilapan kedua setelah terlanjur mengeluarkan kata-kata tak senonoh kepada TG Harun Din di wall Facebook? Apa yang anda belajar di benua Asia Selatan? Apakah di tempat pengajian anda tidak di ajar hal-hal begini? Tidakkah anda di ajar supaya bersikap amanah dalam setiap perbuatan agar dengan status anda itu, ia tidak akan menjadi fitnah kepada Islam?.
Aku yakin tuan-tuan guru di sana ajar hal-hal sebegitu Ji. Melainkan kalau anak murid tertidur dalam kelas tu, aku tak tahu lah.
Ingat Nabi sebut:
"Fitnah itu tidur, CELAKALAH mereka yang mengejutkannya."
P/S: InshaAllah Ali zaidan akan menjawab artikel Khalid samad kelak jika diberi kelapangan dan izin oleh Allah. Buat masa ini, kalian boleh layari link di bawah untuk memahami kes ini serba sedikit.
Khalid digantung jawatan, Hassan Ali diberi amaran
Amanah Kedah bangkit melupai kekhilafan
1 week ago
6 comments:
February 2, 2010 4:52 PM
Delete
Blogger Ali Zaidan said...
Man, mintak kau baca teguran aku ni:
http://ali-zaidan.blogspot.com/2010/02/yb-khalid-samad-buktikan-pro-reform.html
February 2, 2010 5:51 PM.
Ali zaidan,
Kau baca tak tulisan Penarik Beca@ Bakar Haq tu?
Dia kata:
Mengenai apa yang didakwa sebagai rahsia yang dibocorkan oleh Haji Khalid Abdul Samad, ia terkandung dalam laporan Malaysiakini 10/6/09 bertajuk "Kroni Umno taja muktamar PAS?" Itulah rahsia yang dimaksudkan itu, kata sumber dalaman PAS..
Dengan kata lain, ia bermaksud itulah sebab rahsia utama yang Khalid dedahkan yang membawa kepada penghukuman beliau.
Tidak bermakna kita kata itu adalah sebab rasmi.
Ada faham tak?
rahman,
Aku tak mahu komen pasal Bakar. Aku komen pasal tulisan kau.
Rahsia yang didedahkan Khalid sehingga menyebabkan dia dihukum bukan hal yg kau sebutkan itu. Tapi rahsia yang menyebabkan dia dihukum adalah mendedahkan mesyuarat PAS september 2009. Tak payah konar ayat la. Terang tang-tang ayat kau tu tak betul. Nanti aku terangkan implikasi pendedahan KHalid tu inshaAllah.
Bebal
Khalid kata:
Ianya bukan soal SYABAS atau Puncak Niaga seperti yang disebut oleh beberapa bloggers, walaupun itu tetap merupakan persoalan yang masih belum dijawab.
Walaupun telahan blogger salah tapi persoalan itu tetap wujud dan belum terjawab.
Apasal bab tu tak kasi tahu kat blog ni?
Berlaku perbezaan pandangan blogger dengan tuduhan sebenar adalah kerana JK Disiplin tidak telus.
Alangkan pertuduhan kepada Anwar dan lain2 kes mahkamah dijelaskan satu persatu, tetapi Jk Disiplin PAS lansung tak beritahu kecuali Khalid sendiri yang dedahkan.
Mad, aku tak kata pun tuduhan itu tidak wujud. Atau tuduhan itu tak benar.
Kau ni paham isu ke tidak?
Sekarang kau sendiri dah mengaku telahan blogger salah, jadi kenapa tidak ada trasa insaf pohon maaf atas kekeliruan yg dicetuskan?
Point aku dah selesai, Point isu Puncak Niaga, itu aku sedang kaji. Aku tak mahu tersalah fakta seperti blogger bajet power!
Mengerti??
Uits ahmad,
kau buta ke Khalid ada cakap,
Oleh itu macam-macam andaian telah diutarakan melalui beberapa blog, e-mail dan SMS yang diterima. Oleh yang demikian, demi mengelak berlakunya kekeliruan dan fitnah yang lebih besar, maka saya ketengahkan tuduhan-tuduhan tersebut sepertimana ianya dikemukakan kepada saya.
Dei macha, lu tak nmpak ke bai? Se das kot kene atas batang idung korang. Buat andaian tak tentu hala, kmdn menjadi punca fitnah dan memecahkan gerakan.
Bo la Reform bai..bo la..
Akhi Ali memberi nasihat. Minta para blogger berhati-hati semasa menulis. Kalau tak pasti, jangan terburu-buru tulis. Kan Hatim al-Asom sebut, "terburu2 itu sifat syaitan"? Bila dah tak betul macam ni, bukan kah dah boleh dikategorikan bohong? Bukankah dah jadi fitnah kepada JKD dan Tuan Ibrahim secara personal? Nauzubillah.
-Fahkruddin Alias
Post a Comment