Tengahhari tadi sempat solat Jumaat awal. Biasanya khutbah kedua baru aku terhegeh-hegeh nak sampai masjid. Dan biasanya aku tak pernah 'dengar' pun isi khutbah. Melainkan kalau bukan khutbah baca skrip, maka mata aku akan segar.
Tapi hari ini khutbah Jumaat agak menarik. Isinya menyentuh tentang institusi raja. Menhentam golongan yang cuba mempertikai titah diraja. Rasanya, isi khutbah tertuju kepada batang tubuh Datuk Zaid Ibrahim yang mengatakan titah Sultan Selangor bersifat nasihat dan bukan decree.
Eh, kalau macam tu bukankah secara automatik khutbah tadi dah jadi ceramah politik? Haha
Secara mudah aku bersetuju bahawa raja ialah satu institusi yang perlu dihormati dan ditaati selagi mana tidak bercanggah dengan syariat. Aku pernah menggunakan hujah Sultan ialah Ulil Amri apabila seorang 'anak Pak Wahab' (anak murid Rasul Dahri) berhujah PAS ialah bughah kerana cuba menjatuhkan pentadbiran kerajaan BN melalui PRU. Jawapan aku ketika itu mudah, Kabinet ialah wakil eksekutif sahaja kepada YDPA melalui Perkara 38 (kalau tak silap), dan YDPA sebagai pemerintah sebenar (ulil amri) membenarkan pertukaran kerajaan secara demokrasi, jadi tidak timbul PAS itu bughah.
'Anak Pak Wahab' itu tak balas..
Pernah sekali juga aku berbahas dengan alumni Universiti di Jordan yang kini bersama UMNO ketika kami diskusi bersama di Bangi. Ustaz UMNO ini mengatakan ketaatan perlu dicurahkan kepada PM walaupun sebagai wakil kerana dia ialah ulil amri. Aku bahaskan kembali bahawa term Ulil Amri itu sendiri ada 4 pecahan di kalangan ulamak. Antaranya ialah pemimpin yang bertaraf mujtahid. Dan kalau tanya Imam Ahmad, hafal hadis 200 000 belum boleh dikira mujtahid mutlak. Dan aku tak fikir Najib Razak ada hafal 20 hadis. Kalau Rosmah aku tak tau. Nampak rambut dia macam alim! Haha
Dan Ustaz UMNO itu pun tak balas...
Dan kalau kita buka Kifayatul Akhyar (aku dah lupa jilid berapa. Mungkin Wan Ji tau), disebut bahawa kalau lawan kerajaan zalim dan tak buat hukum Islam, maka tak dikira bughah. Malah ada restu oleh Imam Abu Hanifah kepada pemberontakan melawan Khalifah Mansur dahulu.
Tetapi bila kita sebut tentang ketaatan, tidaklah bermakna setiap perintah raja atau sultan itu tak berhak untuk dipersoal. Aku rasa UMNo lebih berpengalaman sebab mereka pernah pertikai tindakan almarhum Sultan Perak dulu yang tak mau iktiraf perlantikan ayah Tajol Rosli sebagai MB Perak. Tanya Wak Al-Banjari dia lagi tahu kot pasal dia otai besar kat Perak nu.
Dan dalam banyak riwayat (peristiwa Perang Uhud contohnya), para sahabat tak bersetuju dengan pendapat Nabi dan memilih untuk berperang di luar. Takkanlah Raja lagi besar dari Nabi?. Aku rasa para Sultan pun tak setuju dibuat macam tu.
Kita bukan negara feudal. Setiap kata-kata Raja ialah undang-undang. Kita negara raja berperlembagaan. Dan konsep negara ini yang kita pegang. Kita boleh persoal dan perbahas tapi bukan bertindak biadab menaikkan kain rentang memanggil raja dengan gelaran 'Natang'.
UMNO lebih tahu....
Secara peribadi, hujah Datuk Zaid semata-mata berasaskan perlembagaan dan undang-undang. Tak lebih dari itu. Maka kalau Zaid mahu dilucutkan gelaran Datuk, perlembagaan yang membenarkan tulisan Zaid pun perlu dilucutkan dari dasar negara.
UMNO kena tahu beza antara fakta dan kebenaran. Ini entiti yang berbeza.
Kena faham beza antara politik kepartian dan politik. Ini pun entiti berbeza.
Tapi UMNO mungkin otak kiri dia lemah. Jadi analisis logik tak ada. Depa ingat semua benda sama.
Yang tak boleh politik kepartian, bukan politik. Politik satu juzuk dalam Islam. Bukan boleh pisah-pisah. Khutbah tadi pun terang-terang sentuh bab politik umum. Takkan nak kata langgar perintah Raja pulak!
Kesimpulan mudah. UMNo buta perlembagaan. Bila bodoh, mainkan sentimen Melayu. Kemudian berdemo. Tunjuk isyarat lucah. Macam kat bawah.
Tak habis-habis kerja bodoh.
Friday, May 7, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
UMNO bodoh tak ada kerja...saja bangkitkan isu raja untuk secure undi melayu...Melayu bodoh pulak ikut kena tipu hidup2...Dulu sapa yg kurangkan kuasa raja?....takkan mangkuk ni semua tak ingat?...
umno mmg bodoh
pasal tu dia suka amik tulisan budak2 task 13
NON NO. 1 ..KALAU SULTAN SALAH TAPI MEREKA BOLEH AMPUNKAN DOSA MEREKA SENDIRI TU ADAKAH BETUL ... KALAU BENDA BETUL APA SLAHNYA SOKONG ...DENGAN ITU SULTAN AKAN LEBIH DIHORMATI ...TU LE OTAK TU PAKAI
Post a Comment