
Hari ini aku nak jawab tulisan Zainulfaqar; wartawan Harakah yang kelihatannya lebih banyak update blog menyerang pimpinan tertentu daripada menulis menyatukan jemaah. Sebelum ini blogger Batu-Api ada menegur sahabat kita ni dalam
satu artikel beliau. Boleh klik kalau berminat.
Tetapi yang aku ingin respon adalah berkenaan tulisan berbentuk
serangan peribadi ke atas diri Us Nasharuddin Mat Isa. Aku sebagai 'Meor PA Nasha' (
TB bila nak sumpah??)terpanggil selepas tulisan ini digunapakai secara meluas oleh blog puak anai-anai sekalian.
1. Pertama sekali kita kena ingat, tulisan ini bukan dialog sebenar tetapi intipati perbualan saja. Ini diakui sendiri Zainulfaqar dalam ruangan komen. Jadi, sebarang gambaran seperti
'tanya Nasha membengis' ialah 'perasaan penulis' semata-mata. Abaikan.
2. Tindakan menerjah Us Nasha dengan soalan panas bukanlah satu tindakan yang beradab terutama di hadapan 'musuh politik'. Terjah ni konsep paparazi, konsep Nas Ahmad Melodi. Atau stail wartawan media sekular. Zainulfaqar, kamu wartawan sekular atau wartawan media Islam?
Maka munasabahlah Us Nasha mempersoalkan 'siapa kamu'. Takkan dia nak jawab lebih kurang? Lain orang lain cara jawab. Nasihat anak dan nasihat isteri lain. Menjawab wartawan Islam dan menjawab blogger celaka pun lain!
Dulu lulus
subjek Fiqh Muazanah?
Soalan Us Nasha itu sendiri sebenarnya menyerlahkan kebiadapan kamu. Sepatutnya sebagai seorang wartawan, kamu perlu perkenalkan diri dari mana, akhbar mana. Baru tanya. Itukan masa santai, bukan masa semua wartawan berebut interview.
Dulu lulus subjek etika kewartawanan?
3. Jawapan kamu semasa memperkenalkan diri menyerlahkan kebodohan kamu sendiri. Us Nasha hanya tanya 'kamu siapa?'. Jawab saja, "Saya Zainulfaqar wartawan Harakah." Apa jadahnya kamu pergi merepek:
"Saya blogger anti Kerajaan Perpaduan, saya ini benci dengan pemimpin yang mengkhianati Pakatan Rakyat; saya benci pemimpin pro Umno; saya benci pemimpin yang penipu; dan saya akan lawan mereka habis-habisan."Aku nak tanya, apa point kamu bagitahu semua tu? Apa keperluan dia?
Jawapan kamu itu telah memberi gambaran awal kepada Us Nasha bahawa dia (Us Nasha) ialah pemimpin yang mengkhianati Pakatan Rakyat, pro Umno, penipu dan kamu datang untuk lawan dia habis-habisan.
Sudah tentu dia tidak selesa. Kamu datang
seperti nak memerangkap dan bukan nak tanya penjelasan. Bukan dia bodoh. Dia dah ada pengalaman '
dipatuk ular' apabila kenyataannya banyak kali diseleweng puak-puak kamu. Takkan dia nak kena patuk lagi? Bukan seorang mukmin dipatuk ular di lubang sama 2 kali!
3. Kamu juga menyerlahkan kebiadapan kamu dengan kenyataan ini:
Sebab itu saya nak tahu, kenapa Ustaz duduk asyik bersembang dengan dia (saya menunjuk jari kepada muka Husni) ini?”dan
“Aaaaih…salahkah saya nak tahu apa yang hang (kamu) buat di sini? Salahkah aku nak tahu kenapa hang tak sama-sama Pakatan Rakyat sekarang (dalam) menentang usaha membawa Zionis-Israel ke Malaysia (di Dewan Rakyat),” saya bertanya Nasharuddin lagi.Kamu tak pernah di ajar ke bahawa tuding jari kepada seorang manusia lain itu perbuatan biadab?. Kemudian berbahasa aku-hang dengan pemimpin itu juga biadab?. Sebiadab-biadab Zulkifli Nordin, tak pernah aku dengar dia berbahasa aku-engkau dengan lelaki yang lebih tua; walaupun lelaki tua itu cabar dia.
Kamu pandai mengambil dalil '
Allah menjawab Nabi Ibrahim' untuk mempersoalkan tindakan Us Nasha tak mahu jawab kamu (
Nanti aku tulis kesilapan kamu ambil dalil ini!!). Anehnya, ada kamu ambil dalil bagaimana Allah memerintah Nabi Musa berjumpa Firaun?.
Ada Allah suruh Nabi Musa tuding jari ke muka Firaun? Ada Allah suruh main terjah ala Nas Ahmad kepada Firaun? Tak. Allah suruh
qaulan layyinan. Suruh cakap yang lembut2. Tuding jari tu lembut ke? Aku-hang dengan lelaki (
pemimpin jemaah!) itu lembut ke?
Ni apa, ambil Quran separuh, buang Quran separuh?
Jangan jadi mangkuk la kalau nak buat alasan Badwi hunus pedang tegur Umar al-Khattab. Itu Badwi. Pengembala kambing, orang kasar, orang tak mengaji tinggi. Kamu pengembala kambing ke?
Kenapa memilih untuk jadi Badwi sedangkan kamu boleh jadi Umar?
Jadi, dengan tindakan kamu ini, tentulah memalukan Us Nasharuddin sendiri di hadapan Dato Husni. Seolah-olah PAS tak reti nak ajar wartawannya untuk beradab kepada pemimpin sendiri dan pemimpin lain. Bukankah dah jadi fitnah kepada jemaah Islam sendiri? Apa cerita kalau Dato Husni pegi cerita pula kepada pemimpin dan ahli UMNO yang lain?
Tak pakai otak ke masa tu? Bongok tak habis-habis la korang ni..
4. Kamu silap besar masa ambil dalil 'Allah menjawab Nabi Ibrahim' untuk mempersoalkan tindakan Us Nasha. Nabi Ibrahim dipilih Allah dan dia bertanya kepada Allah untuk menguatkan iman dia.
Sedangkan kamu bertanya bukan nak mengukuhkan tsiqah dan wala' kamu pada dia (
sebab kamu sendiri indirectly dah mengaku kamu anti-dia) . Kamu attack dia secara biadab dan memalukan dia dan jemaah di hadapan pemimpin luar.
Manakan nak sama?
Lainlah kalau kamu tanya dia dengan sopan, sepertimana anak bertanya dengan ayah dan keadaan menjaga kehormatannya dan jemaah, mesti dia jawab.
Aku pernah hantar mesej kat dia tengah-tengah malam buta (
Aku rasa masa tu awal pagi). Tanya soalan. Dia jawab.
Kena tengok cara dan tujuan soalan. Sayyidina Umar contohnya pernah menghukum seseorang sebab dia bertanya soalan yang pelik2, takdak faedah dan menimbulkan pertengkaran sesama umat. Ini disebutkan sendiri oleh Qardhawi dalam kitabnya,
al-Fatwa Bainal Indibat Wal Tasayyub. Kau tanya Wan Ji la kitab apa ni.
5. Bukan satu masalah besar seorang MP duduk dengan pemimpin parti lawan. Anwar boleh minum teh dengan Najib. Tak ada pula ada wartawan Suara Keadilan yang bodoh pergi serbu
"Saya blogger anti pemimpin PR minum air dengan Najib"!
Makan ketika perbahasan juga tak perlu jadi isu besar (
tetapi tetap satu isu). Dia tetap ikut perbahasan. Kalau ada di dalam, belum tentu dia boleh bercakap. Yang duduk dalam dewan pun banyak yang duduk saja. Sebab ada lagi MP PR yang lebih ahli!
Mungkin masa tu dia belum lunch, atau belum sarapan. Kita kena tahu benda ini dahulu sebelum tuding-menuding.
Lainlah kalau semasa pengundian usul, dia selamba badak pergi makan. Atau tak hadir sidang petang semasa proses pengundian. Itu baru jahat!
Begitukah keadaannya?
Tak.
Aku nak tanya siapa pemimpin PR yang tak ada semasa pengundian usul yang hampir menggulingkan kerajaan BN dulu? Us Nasha ke?
Jangan buat tak tahulah siapa!
Masalah kamu semua ni satu saja. Berani tapi tak ada adab.
Faman laisa adabun fahua dubbun. Siapa tak ada adab, dia beruang.
Jangan faham perkataan 'beruang' tu secara fizikal pulak. Walaupun kamu tu memang gebu dan comel macam
teddybear!
Haha!