Friday, May 7, 2010

Awang Adek, halalkan juga Porn!

Saya sebagai rakyat Malaysia yang miang memohon kepada Datuk Awang Adek bagi memberikan lesen penjualan filem-filem lucah ke pasaran Malaysia. Permohonan saya ini berasaskan beberapa hujah:

1. Jika sekiranya filem lucah diharamkan sekalipun, saya masih dan tetap akan dapat membelinya secara mudah (Petaling Street contohnya!) atau mendownloadnya di internet. Jesteru itu sepertimana judi Piala Dunia, larangan kerajaan tidak akan berkesan kerana ia tetap dan akan terus berlaku.

2. Dengan pemberian lesen jualan filem lucah, kerajaan masih boleh mengawalnya dan mengetahui pendapatan jualan filem lucah tersebut. Selain itu, sekiranya lesen ini diluluskan, kerajaan juga akan dapat mengawal aktivit penjualannya dan sekaligus dapat memungut hasil yang boleh digunakan untuk pembangunan dan kempen keselamatan seks (Pemberian kondom percuma kepada golongan kurang mampu). Sama seperti judi Piala Dunia.

3. Selain itu, kita juga perlu bersaing dengan Singapura yang sudahpun membenarkan industri pelacuran berlesen untuk beroperasi tanpa gangguan. Tambahan pula, tindakan kerajaan Thailand mengharamkan terus industri ini memberikan satu ruang yang luas kepada Malaysia untuk mengambil alih peranan Thailand sebagai hub industri pelacuran dan filem lucah antarabangsa.

4. Selain itu, aktiviti filem lucah tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram. Sama seperti judi Piala Dunia. Ini sudah tentu merugikan negara.

5. Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan BN perlu memberikan perhatian serius dan pertimbangan yang wajar terhadap permohonan kami ini. Setiap langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah jualan filem lucah tanpa lesen termasuk membenarkan jualan filem porno ini dilaksanakan melalui perlesenan yang sah dan halal. Sama seperti judi Piala Dunia.

Sekian.

Lelaki Gatal.

9 comments:

Anonymous said...

Kah kah kah.. lawak la lu ali...

Anonymous said...

Ape punya artikel la...kate sokong ulamak tp mintak porn..

Lambda Sig said...

Anon 9.39 am, susah la brader kalu tak paham sarcasm ni..... Kalo ikut alasan awang adek ni, semua benda haram pon boleh buat...

SINGALAUTMETRO said...

Banyak cara kerajaan boleh dapat duit. tapi bukan dari hasil judi. Tolak rasuah, jangan membazir dan kerja ikhlas..sekian..tumpang lalu..salam

fajridil adha said...

awang adek ni dah makin biol la [my blog]

Anonymous said...

ader jugak yg BEBAL tak faham "sarcasm" atau dalam bahasa melayunyer "SINDIRAN"...alahai...kenapalah ramai rakyat Malaysia ni BENGAP...

Ocean said...

kahkahkah.... reasoning tahap cimpanzi....... lu igt org M'sia smua bebal cam lu ke Awang Adek....
kahkahkah....tu pn kemain lg....ada hati nk ganti tok guru jd MB klate...kahkahkah...
nate jebon...

yimh said...

rakyat malaysia yang bengap adalah modal utama BeEnd untuk menang pilihanraya. xD

Anonymous said...

Hehehe..
susah kalau melayu tak paham sindiran ni..