Wednesday, May 19, 2010

Jijik Sangatkah Negara Islam?

Biasanya aku tak buka blog Wan Ji. Malas. Menyonsangkan ilmu yang aku dah ada. Tapi hari ini aku terbuka juga. Puncanya sebab blog Us Nasaruddin linkkan blog mamat ini di blognya. Klik jugaklah.

Terbaca artikel terbarunya tentang reformasi kedua. Artikel itu bagus. Ilmiah. Ya ilmiah.

Tapi sekali pandanglah..

Memang tak ada masalah memuji strategi Us Fadhil Noor. Tak ada masalah memuji bijaksana Almarhum. Memang bijaksana, memang cerdik, memang pandai. Kalau tak pandai, takkan orang pilih jadi Presiden sampai ke akhir hayat?

Tapi yang jadi masalah bila ianya dibanding2kan dengan jasad yang masih hidup. Maka tak lain motifnya bukan nak memuji Us Fadhil sangat, tapi macam nak jadikan batang tubuh Us fadhil sebagai perisai untuk tikam ulamak lain. Walaupun tak jelas kepada siapa, tapi bila dokumen negara Islam dihentam sebagai punca kekalahan 2004 (binatang apalah yang suka sangat gali tulang lama ni?!), maka aku agak ia dituju kepada Tuan Guru Harun Din (Ketua Penerangan ketika itu) dan TG Haji Hadi (Tukang rasmi dokumen).

Samalah macam satu mangkuk hayun yang puji Nabi Isa tapi kutuk Nabi Muhammad! Taktik lapok maa

Wahai budak yang masih naif, ketahuilah olehmu Wan Ji, dokumen negara Islam itu ialah hasil dokongan Majlis Syura Ulamak yang diketuai oleh ikonmu sendiri Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Malah disebutkan secara jelas oleh Almarhum Us fadhil Noor bahawa PAS berjuang ke arah merealisasikan Daulah Islamiyyah yang menuruti konsep Baldatun Thoiyyibatun Wa rabbun Ghafur.

Jesteru itu mengatakan dokumen Negara islam sebagai punca kekalahan teruk 2004 ialah menghina TGNA dan Us Fadhil sendiri. Cabut je lah gambar TGNA kat blog engkau tu! Kang kalau aku kata munafik kau marah.

Kemudian kau kena lihat punca dokumen Negara islam itu dan sasaran dokumen itu sendiri. Ia dibuat dalam keadaan UMNO mengakui Malaysia Negara Islam dengan pendapat beberapa ulamak. Contoh pendapat yg UMNO ambil ialah pendapat Dr Said Ramadhan Al Buty.

Dokumen ini ialah penjernihan untuk orang Islam kepada kekeliruan yang ditimbulkan UMNO. Itu antara fungsi dia.

Kemudian, sejak bila perjuangan ini mesti dinilai dengan menang kalah. Kalau begitu, para sahabat yang berjuang dalam Perang Uhud tu bongok ke. Ya lah, kan kalah???

Malanglah engkau ni Wan Ji, belajar jauh2 tapi gagal faham sunnatullah dalam perjuangan. Bacalah Post Mortem 2004. Kalau tak ada, mintak dengan Kickdefella.

DAP tidak keluar dari BA kerana kerasnya PAS kepada konsep Negara Islam. Itu hanya alasan semerta. Sama bilamana Portugis langgar Melaka. Bukan pasal marah orang dia kena tangkap dek Melaka. Alasannya agama.

Cuma dalam isu DAP, alasan agama (Negara Islam) ialah alasan semerta. Kau jangan jadi naif. Punca utama DAP keluar kerana mereka kalah teruk 1999. Kit Siang kalah, Karpal kalah. Kau umur 2 tahun ke masa tu?

DAP politikus. Ini kau kena faham. Politikus. Bila politikus, mereka lebih kepada menang. Bila sesuatu pakatan itu lebih merugikan mereka dari menguntungkan, mereka akan keluar. Tak pernah dalam sejarah DAP, Cina lari beramai-ramai ke arah BN melainkan tahun 1999. DAP kalah teruk. BA lebih banyak merugikan sokongan politik DAP. Ini fakta. BN menang tahun itu atas mandat Cina. Yang sokong BA ialah 63% pengundi Melayu.

Berbeza dengan PAS. Kita pegang kepada janji. Walaupun kita ada masalah di Selangor, walaupun pakatan dalam PR sebenarnya dan hakikatnya kurang menguntungkan dari segi sokongan Melayu, kita tetap setia pada janji. Asal jangan paksa kita gugur dasar kita. Cuma orang bengong saja duk ratib PAS nak masuk BN.

Sebab itu aku pernah sebut dulu. Jaga jemaah kita. Jangan hancurkan jemaah kerana PR. Dahulukan keputusan jemaah. Sebab kalau PR menang sekalipun tetapi PAS hancur maka tak lebih lari dari mulut harimau terjun mulut buaya.

Satu perkara lagi, memandangkan kau sedap sangat gali cerita tahun 2004, kutuk ulamak yang luluskan dokumen negara islam, sampai macam tak ada kebaikan dan kebijaksanaan pemimpin PAS sekarang yang kau tonjolkan, aku nak tanyalah. Idea siapa buat Negara Kebajikan?

Us fadhil keluar dari kubur ke bagitau suruh buat Negara Berkebajikan?

Dah tu siapa punya idea?

Nenek engkau?

8 comments:

Anonymous said...

Huhuhuhu...

Mantop bro!

Kan nangis budak tuh....masuk spital, sape pulak nak berjawab....


-penembakbabi-

kapt_shiqaqi said...

hahahaha... nenek dia naif sgtla ali, sian kat nenek dia xpasai2 terbelahak org tua tu kat dapur tgh irup ayag kopi janda huhuhu

budak kecik yg Lu kata naif tu mmg naif betoi, muka pun skema je hahaha, Lu ingat tak komik bambino? kalu dulu budak jahat digambarkan muka berjerawat, kutu kreko je..tp lani budak jahat muka skema giler..naif jiddan jiddan hahaha.

Ali Zaidan said...

Bambino yang 60 sen tu ke? Aku dah tak ingat dah. Dulu banyak baca majalah O.K! . Eh mana pergi semua tu?

kapt_shiqaqi said...

ntah wa pon lupe brape sen, tp kalu nak banding dgn harga air barbican mahai air budak kecik tu minum lg la hahahaha

Anonymous said...

Sng kerja camtu la bro..salahkan orang.2004 tu byk sgt sebab..org melayu ni panas sekejap je...habis panas sokong bn balik...dah perangai lembut hati..

wanji kene berlaku adil...jgn cakap je mcm orang alim,tp tak amal.Islam tu adil.Tgk semua sebab, ada trlalu byk kelemahan kita dan kekuatan BN.Pkr sndiri mana strong masa tu.Zaman tu semua org dh nak lari dr pkr..pas mcm sorang2.

Kesian.status hebat mcm wanji pun xleh nk tahu ke hal2 mcm ni.Sian Husam Musa tulis jenayah pru2004 pnjang2...

Wan Ji Wang ji wan Malaysia said...

Aku pelik kadang-kadang, dgr nama Wan Ji nih...dalam Facebook, dia kawan kepada kawan aku.(kawan aku tu perempuan aka muslimah)

yg aku peliknya, kawan aku tuh panggil dia ustaz...aku jadi pelik...

nama ustaz, bahasa ana, anta, enti, tp ikhtilat dengan perempuan xjaga...

dok komen melalut, dh macam gaya nk ngorat anak dara orang plak...musshkil aku...

tp, bila bukak bloq, sekali....pergh...ilmiah sungguh...islamik sungguh...

Nak komen, kritik pimpinan pun, tunggu la muktamar woi...kita bukan macam umno...

masa muktmar...jdi perwakilan, hah...kritik la...keluarkan...

kalau dok kritik2, dalam blog...pimpinan xlebolh jawab....

bro ali. u da best. hapuskan tulang babi tuh.

Anonymous said...

salam bro..

sat lg sedut gas lg la mamat tu....
sejak lu & geng blasah tf13 TB pon malu2 nak blasah pemimpin hahaha... gud job bro...

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) said...

Bravo!!!!
Spesis ostad Ji ni dah sawan. minum barbican pun tersedak badak dah...