Aku sebenarnya hairan bila ramai sangat orang bantah judi bola. Sampai kenyataan Tamrin anak Ghafar Baba bantah kelulusan judi bola itu boleh masuk TV3. Hairan bukan bermakna aku setuju. Hairan sebab selama ini judi memang dah lama bersepah dalam Malaysia. Tapi tiba-tiba macam baru hari ini masing-masing jadi 'orang beriman'.
Aku pernah tengok di Gombak, Melayu buat muka malu-malu kucing keluar kedai judi. Jangan la cakap pasal Genting. Michael Backman tulis dalam buku dia tentang Asia's Great Casino Invasion. Dia sebut Genting tu the biggest of them all. Macau, kota judi untuk rakyat China dan Hong Kong. Kalau kita gabung semua casino di situ, masih tak dapat tandingi Genting. Mesin slot judi saja dah ada lebih 3000. Dah tu? Apasal bising?
Memang melayu tak boleh masuk casino Genting. Tapi itu atas paper. Kalau unjuk paper yang ada gambar Agong Pertama tu kat dia, boleh jugak masuk!
Mau tak boleh masuk. Yang buat Genting tu semua orang tahu, orang melayu jugak. Nama Noah Omar. Bukan Noah Omar menteri tembam tu. Dak... Noah Omar ni bapak mertua Tun Razak. Dan bapak mertua Tun Hussein. Bapak kepada Tun Rahah. Senang cakap dia tu datuk kepada Najib dan Hishamuddin.
Dah nak hairan buat apa? Bukan kita tak tau. Kita tau. Dari dulu lagi rakyat Malaysia dah tau. Keturunan judi. Tapi kenapa bila masuk bab judi bola baru masing2 dalam UMNO ni nak bantah?
Tahun 2002 dulu, takkan tak ingat?. Mahathir sendiri buka First World Hotel dekat Genting. Masa tu kira2 hotel paling besar la dalam dunia. Ada dalam 6300 bilik.
Keturunan judi dan Perestu judi. Nak hairan buat apa? Tapi kenapa hari ni baru nak hairan? Baru nak marah? Baru nak bising?
Ini zaman Najib. Bukan zaman Pak Lah. Itu zaman keterbukaan (walaupun tak terbuka mana). Zaman Najib zaman tertutup. Zaman diktator. Zaman legasi Mahathir.
Tapi walaupun tertutup, suara2 membantah judi bola ini tetap boleh tembus. Tetap boleh on air. Kenapa? Bagaimana satu benda sensitif boleh terlepas kepada rakyat dan kemudian boleh memesongkan undi Melayu dari BN?.
Aku berkeyakinan bahawa ini cuma satu taktik. Dalam isu ini, Awang Adek yang dikambing hitamkan. Bukan Najib. Sebab Awang Adek ialah orang yang bercakap lebat pasal kelulusan judi bola walaupun orang tahu judi bola takkan boleh lulus kalau Najib geleng.
Kemungkinan besar lesen judi bola ini akan ditarik balik. Kemudian Najib akan sebut, kerajaan 1malaysia prihatin kepada rayuan rakyat. Kerajaan 1malaysia bukan diktator. Kerajaan 1malaysia rendah diri dan tidak angkuh.
Imej Najib naik. Imej Awang Adek terkorban.
Aku rasa la...
Teladani Dr Na'im yang humble..
2 days ago
5 comments:
wa rasa lain sket drp Lu rasa ali.. wa rasa lesen judi bola akan ditarik balik selepas geng TF13 gertak kat najib supaya tarik balik hahahahaha
Hahaha!
Bukan tu Ali Najib tunggu Tulang Besi cabar dulu.. baru terketar2 najib cabut balik lesen judi tu hakhak.. Jgn main2 ngn Tulang besi.
salam...betul lah telahan anta. ke anta ada pasang mosad gak dlm gov. :)
Confirm ke dah batal? Saya dengar cerita sidang media yang nak mengumumkan pembatalan lesen itu yang kena batal! Haha...
Post a Comment