Kaedah Fiqh ni ada banyak. Aku masih ingat sampai sekarang, kaedah fiqh pertama yang aku belajar ialah Al-Yaqinu La Yazullu Bissyak. Yakin tak hilang dengan datangnya keraguan.
Kebetulan zaman tu zaman aku ada penyakit was-was. Kadang2 lepas angkat takbir dan nak baca Fatihah aku terfikir, eh tadi niat Asar ke Zohor?
Jadi bila aku teringat kaedah fiqh tu, aku dapat hilangkan was-was dan tak angkat takbir banyak kali. Haha.. Zaman muda maa..
Kitab yang aku mengaji dulu tu tajuk dia 'Asybahu Wa An-Nadhair Fi Qawaid Fiqhiyyah. Tulisan Jalaluddin Suyuti. Dan kaedah 'Yakin tak hilang dengan datangnya keraguan' adalah salah satu daripada 5 kaedah yang disebut oleh ulamak sebagai "semua masalah fiqah merujuk kepadanya".
Kiranya belajar 5 kaedah tu je dah cukup (minimum!). Nak tahu semua kena cari la kitab tu. Hari tu aku ada jumpa kat Bangsar Shopping Center (BSC). Berapa puluh ringgit ntah. Murah je. Kalau gaji 6x CEO tu boleh sangat beli. Tak payah kutip derma pun!!
Kemudian, dari banyak2 kaedah itu, ada jugak kaedah al-wasilatu ilal haram, haram. Jalan kepada haram ialah haram. Ada juga kaedah yang agak similar, dipopularkan oleh Yusuf Qardhawi sebagai Ma ada ilal haram fahual haraam. Perkara yang membawa kepada haram, maka ianya turut haram.
Kiranya macam ni la. Makan babi tu haram. Jadi segala perkara yang membawa kepada makan babi itu jadi haram juga. Contoh, buru babi untuk dimakan, masak babi untuk makan etc. Tapi kalau korang tembak babi sebab dia rodok kebun korang dan ada Siam sesat pergi ambil bangkai babi tu buat salai, maka tak haramlah kepada korang. Sebab bukan korang tembak untuk buat makanan. Korang tembak kerana keselamatan. Bersandar kepada kaedah Al umuur bi maqasiduha (Setiap perkara tergantung kepada tujuan)
So, Penembak Babi jangan bimbang. Lu tak dosa lagi geng. Pasal lu tembak 'babi jenis lain'. Hah hah. (PB, aku ceduk gambar lu! Kira halal!)
Tapi jangan sama sekali jadi bodoh dengan menukar2 kaedah fiqh tanpa ilmu. Kelak sesat dan menyesatkan.
Contoh, kalau kita tukarkan Ma ada ilal haram fahual haraam kepada Ma ada ilal halal fahual halal (Perkara yang membawa kepada halal, maka ianya turut halal), maka rosak agama nanti.
Contoh, mengutip cukai itu halal. Oleh itu, adakah halal juga meluluskan lesen judi supaya dapat kutip cukai? Tentulah tak.
Sebab itu aku berani kata Wang Ji ini berhingus. Contoh:
UMNOفهو UMNO ما أدي الي
Maksudnya;
“Perkara yang boleh membawa kepada UMNO, maka ia adalah UMNO”
Jika JIM membawa kepada UMNO, maka JIM adalah UMNO. Jika ABIM membawa kepada UMNO, maka ABIM adalah UMNO. JIka UG membawa kepada UMNO, maka UG adalah UMNO. Jika PERKASA membawa kepada UMNO, maka PERKASA adalah UMNO.
Kan tak cerdik tu. Main sedap tangan kau tulis memporak perandakan rumah tangga kami. 'Ulamak kepala lutut' mana yang ajar engkau main suka nafsu ubah kaedah fiqah untuk keseronokan politik? Celah mana pula mahu disamakan pertubuhan Perkasam dan idea UG? Niat busuk apa ni?
Menggantikan kalimah Haram kepada UMNO juga ada sisi negatif kepada perjuangan Islam. Tak ada faedah dan tarikan buat masyarakat. Kita bukan buat politik labelling. Itu politik konservatif. Politik zaman tok danok. Yang haram ialah perbuatan UMNo, bukan UMNO. Kalau UMNo tu benda haram, buat apa TGNA sendiri jadi ahli dulu? Yang menyebabkan kita (PAS) keluar dari mereka ialah sebab perbuatan mereka. Bukan sebab diri mereka.
Jadi kalau kau nak kata UG itu membawa dan menghalalkan perbuatan haram, silakan bukti. Aku nak tengok sejauhmana jahilnya kau dalam berilmu.
Sebenarnya nak counter kaedah kau ni senang sangat. Dalam perspektif bertentangan (umno/bn) , UG ni membawa kepada PAS (bawa BN kpd PR), maka UG ialah PAS (PR).
Tapi kalau Tuhan dah tutup mata hati, memang buta teruslah!!
Amanah Kedah bangkit melupai kekhilafan
1 week ago
8 comments:
3G ni ahli pas jenih ape?Bnda dah tutup tutupla...kalo ko becerai ngan bini ko sebab dia curang, then ko rujuk balik dgn dia sbb da dah insaf. Lepas tu ko nk ungkit balik ke kisah curang dia dulu?
Angin tarak, ribut tarak, zikir ug pulak. Ustaz hape mcm ni. Tak mengaku aku ustaz. Cam budak sekolah menengah. baru nk knl dunia.
setuju!kita lawan uMNo bukan sebab dia UMNO..tapi sebab munkar yang UMNO buat..
Huhuuhu...
Benar, ulasan 1G dah la separuh masak...lepas tu jenis keras kepala..tak nak dengar pandangan owang lain...
Bhai..
skang, 'babi-babi' dah mula mengamuk bila fakaq akan dihizbahkan oleh Pemuda Penang...
Tungguuuuuu...
Sejak fatwa 1G ni da kuar, semua pekerja government da dicop UMNO secara otomatiknya.
“Perkara yang boleh membawa kepada UMNO, maka ia adalah UMNO”
Oleh kerane UMNO/BN yg memerintah maka pekerja2 gomen kalian anda adalah org UMNO. Kalo rase jijik dgn UMNO sile benti keje cepat selepas fatwa ini dikuakuasakan. surat pekeliling akan dikuarkan dgn segera an disahkan oleh ulama buku lali 1G.
bila kawan tengok semua tulisan2 1G nih, terdetik kat hati ni, satu hari nanti mungkin 1G akan masuk UMNO, kerana terlampau keras tulisan pada UMNO, sama macam bekas ahli PAS yang dulu2 akhirnya jadi orang kuat UMNO..
ni apa yang kawan terdetik je laa..
(anak mersing)
Wanji xapprove komen aku.Takut ke?Atau sbb aku linkkan artikel lu bro kat situ?
anak mersing, wa dari dulu terdetik macam lu...cuma tak terpetik di komen jek....sejarah katak2 PAS membuktikan, naib presiden PAS; bukan calang2 pemimpin melompat bila Allah nak tarik hati condong kpd kezaliman...huhu
setakat ulamak kepala lutut, mudah sangat syaitan nk menyusup...haha
sbb tu sbg seorang Islam yg beriman selalulah berdoa semoga Allah tetapkan hati dgn perjuangan Islam. amin.
Anon 4.38pm. Mungkin jugak. Mungkin dia ingat kau tu aku.
Kadang2 kalau tak mampu jawab hujah pun mungkin juga. Hujah kau power sangat kot!
Kat blog ini, silakan kalau nak letak link artikel. Cuma jangan letakkan link yang haram. Kalau link meniaga, aku akan padam atau biar ikut mood aku. Ha ha..
Post a Comment