Sunday, April 11, 2010

Rahsia Almarhum Ustaz Fadhil Noor

Mula-mula aku nak minta maaf. Hasrat untuk meneruskan bahagian 3 artikel Mengenang Jiwa-Jiwa yang Melompat terpaksa aku batalkan. Aku ditegur untuk tidak meneruskan artikel kerana persepsi.

Pohon maaf juga kalau ada kekeliruan. Ini masalahnya bilamana 'terpaksa lompat-lompat'. Bukan sengaja nak 'lompat', tapi ada yang tak boleh cerita secara detail. Maka terpaksa bagi hint sikit-sikit.

Namun janji untuk menyambung 'tali yang putus' tentang artikel Pertemuan 4 mata antara Us Fadhil dan Dr Mahathir tetap akan diteruskan.

Bila kita sebut Us Fadhil, kita tak boleh lari dari ABIM. ABIM biasanya dipimpin secara team. Maksudnya bilamana seorang Presiden diganti, majoriti AJKnya juga akan diganti. Bermula zaman Razali Nawawi, Anwar Ibrahim, Siddiq Fadzil, Nur Manuty, Ahmad Azam, Yusry (TB pernah serang dia kerana isu Perpaduan UMNo-PAS) dan kini Razak Idris. Team baru ni aku tak baik sangat, aku lebih rapat dengan team Yusry.

ABIM ialah bapa kepada cukup banyak NGO-NGO Islam. Team-team pimpinan ABIM yang telah bersara memulakan NGO-NGO baru. Contoh, team Yusry membangunkan ISSI ( Islamic Strategic Studies Initiative). Team tahun 70 an memulakan Muafakat Malaysia. Pernah jugak lah aku 'tersesat' masuk dalam usrah depa. Kita budak bodoh buat muka seposen je lah masa tu. Hahaha...

Sekarang masuk ke artikel Batu api:

Memang anda semua tidak akan menafikan jika saya sebut Ustaz Fadhil Mohd Noor berjumpa dengan Anwar Ibrahim musuh ketat PAS pada masa itu tanpa melalui Majlis Syura Ulama tetapi atas naluri dan sifat sebagai Presiden PAS setalah Anwar Ibrahim disingkirkan.

Ya memang ada pertemuan antara Us Fadhil dan Anwar selepas Anwar terbuang. Itu betul.

Tetapi ramai juga yang tidak tahu (golongan senior mungkin tahu) bahawa semasa Anwar masih dalam UMNO, pegang jawatan kerajaan, jadi TPM, Us Fadhil pernah mengadakan pertemuan sulit dengan DS Anwar. Bukan takat dengan Che Det saja.

Kalau ikutkan kisah dari pejabat Anwar sendiri masa itu, orang yang bertindak sebagai 'duta' kepada Almarhum Us Fadhil ialah Ustaz Ismail Mina bin Ahmad. Bekas 'orang ABIM' dan kalau aku tidak celaru, dia ialah AJK Muafakat Malaysia sekarang (Ini sebab aku cerita perkembangan ABIM. Nak buktikan bahawa jaringan Anwar sebenarnya sangat luas dari sana)

Ustaz Ismail Mina ialah orang perantaraan antara 2 tokoh politik ini dan kalau tanya mana-mana orang yang pernah bekerja dalam Pejabat TPM dulu, inshaAllah mereka boleh sahkan ada seorang lelaki berjubah berserban yang selalu berjumpa Anwar di pejabatnya. Itulah Ustaz Ismail.

Kalau tak kenal mana-mana staff TPM, boleh la tanya Tulang Besi Seluar Dalam. Dia kan manusia 'serba tahu' dan 'bermaklumat'?

Pertemuan antara Us Fadhil dan Anwar berlaku di rumah Anwar sendiri dan pertemuan itu sebenarnya tidak diketahui oleh kebanyakan orang-orang kanan Anwar yang lain. Anwar sendiri mengarahkan staffnya keluar dari rumah beliau; khas untuk pertemuan dengan Us Fadhil Noor. Kira memang gelap betullah ni. Ustaz Ismail lah orang yang bertanggungjawab membawa Us Fadhil pada malam pertemuan itu.

Apa yang dibincangkan aku tidak tahu. Apakah ada kelulusan Syura aku juga tidak tahu. Apakah itu kali pertama dan terakhir aku juga tidak tahu.

Yang aku tahu Us Fadhil amat bernasib baik sebab Anwar Ibrahim tidak bermulut tempayan macam Pak Lah.

Yang aku tahu Us Fadhil amat bernasib baik sebab blog-blog celaka yang berselindung di sebalik 'sayang kepada TGNA' masih belum ada.

Kalau tidak dah tentu Us Fadhil di gelar pengkhianat.

Aku ceritakan kisah ini bukan apa, sekadar nak bagitahu bahawa bila pemimpin berjumpa pemimpin lain secara rahsia, tidaklah bermakna dia pengkhianat. Celakalah barangsiapa yang mengatakan Almarhum pengkhianat.

Wahai jiwa-jiwa muda yang naif dan mudah disarung emosi, dengarkanlah bahawa ini hanyalah strategi dan kaedah berpolitik. Bukan semua strategi dan apa yang dibuat perlu didedahkan secara terbuka atas sebab falsafah sesat 'ahli berhak tahu'.

Seorang bapa tak akan bagitahu anak-anak dia yang dia dan bini dia bergaduh sebab tak mahu beli langsir baru. Seorang suami tak akan suka-suka bagitahu isteri dia bahawa dia terjumpa bekas teman wanitanya semasa urusan kerja. Fahamilah tahap pemahaman anak dan tahap cemburu isteri.

Maka fahamilah tahap pemahaman ahli yang pelbagai dan perspektif ahli dan penyokong yang pelbagai juga.

Semoga Allah memuliakan Almarhum Ustaz Fadhil Noor atas jasa-jasanya kepada kita semua....

Saturday, April 10, 2010

Ali Zaidan jawab Khalid Samad

Mula-mula aku nak ucapkan tahniah kepada YB Khalid sebab berani membalas komen aku di blog dia. Walaupun ada point tertinggal, tapi kurang-kurang ada juga respon. Artikel penuh bantahan aku ke atas dia boleh dibaca di sini.

Aku nak tegaskan blog ini bukan blog anti Khalid Samad. Atau blog anti-Erdogan. Erdogan tak wujud dalam PAS. Budak sesat mana lah yang buat istilah tu. Blog ini anti anai-anai. Itu sahaja. Khalid Samad bukan anai-anai (bagi aku). Dia pemimpin cerdik yang ada masalah adab.

Izinkan aku menjawab dia by point juga.

1. Khalid berkata:

Malangnya pimpinan PKR tak setuju dengan kenyataan tersebut. Mereka yang pecat YB Zul, bukan saya. Bukan kerana pendiriannya tetapi kerana tindakannya yang lebih bersesuaian dengan pendekatan dan perangai UMNO.

Aku pun tak pernah kata kamu yang pecat YB Zul. Ya Allah... Yang aku bagitahu, PKR pecat Zul tak membuktikan dia menjejaskan hubungan PAS dan PKR. Boleh buktikan ada perpecahan atau regangnya hubungan PAS-PKR kerana apa yg YB Zul buat?.

Ada penyokong sama penyokong berbalah? Lain kali, kalau nak komen, fahami keseluruhan la syeikh.

Kalau sebab YB Zul dipecat kerana dia berperangai macam UMNO, maka kamu pun patut kena pecat jugak. Ya lah, bocor rahsia mesyuarat ni bukan perangai UMNo ke YB Khalid?

Tak gitu?

2. Khalid berkata:

Saya tidak pernah memperlekehkan enakmen undang-undang Islam Selangor. Saya hanya menyatakan pendirian PAS berhubung isu tersebut.

Pendirian apa benda pulak? Bila masa pulak PAS membuat pendirian enakmen agama Selangor ketinggalan zaman? Bawakan fakta wahai Khalid bahawa PAS ada buat kenyataan begitu.

Janganlah konar baring kuat sangat. Mengatakan enakmen agama Selangor ketinggalan zaman tak sama dengan mengatakan kalimah Allah boleh diguna semua.

Aiii.. aku ni bukan umur 14 tahun syeikh senang sangat nak kena kelentong..

3. Khalid berkata:

Di sini saya ingin juga bertanya, bila pula YB Zul atau Sdr Ali Zaidan hendak buat laporan Polis terhadap TG Hj. Hadi yang mengesyorkan item pertama Rukun Negara diubah?

Kenapa pula kena buat report polis kepada TGHH? Dia suruh tukar kalimah Tuhan kepada Allah. Bukan perkataan Tuhan kepada Jesus. Kalau benar Kristian dah terima kalimah Allah ganti Tuhan, tentu tak ada masalah.

Jangan nak samakan dengan tindakan kamu komen enakmen agama selangor pulak. Manakan sama! Ada TGHH kata Rukun Negara ketinggalan zaman ke?

Lain kali, kalau nak sentuh apa2 benda sensitif, pakai akal lebih sikit bang.

Jangan hati sahabat Kristian saja nak jaga. Tapi hati umat Islam duk campak tepi longkang. Jangan melulu buat kenyataan sebelum kepimpinan buat keputusan. Rileks sikit!

Terburu-buru sikap siapa?

4. Khalid berkata:

Soal saya bukan kelulusan agama maka tida perlu bercakap hal agama, ini pun sebenarny corak pemikiran UMNO. Inilah yang dikatakan ‘Sekular keBaratan’. Agama itu milik Gereja, kata golongan sebegini, yang lain diam dan hanya ikut jangan banyak soal. Islam bukan begitu. Hakikatnya, kalau Sdr Ali Zaidan dan sahabat-sahabat yang seangkatan dengannya hendak tahu, orang Islam mesti bercakap berlandaskan agama, dalam SEMUA persoalan kehidupan.

Bila masa pulak aku suruh kamu jangan bercakap kalau bukan lulusan agama? Bila masa pulak aku kata kamu tak ada hak? Yang aku kata, kalau 'ahli' sudah ada, jangan menggatal tunjuk pandai. Tengok YB Salahuddin, YB Mahfuz, malahan Ustaz Tuan Ibrahim sendiri tak berapa nak bercakap hal ini sebelum keputusan pimpinan dibuat.

Contohlah, hujah kamu dalam isu ini ialah Al Ankabut:63. Kamu kata , Allah suruh Nabi Muhammad ucap Alhamdulillah bilamana orang kafir (dalam ayat itu) mengakui Allah yang menurunkan hujan. Jadi, kenapa nak marah Kristian nak guna nama Allah sebab Nabi pun disuruh ucap Alhamdulillah?. Gitulah hujah kamu.

Makanya, ini bukti jelas, kenapa aku cakap orang tak ada ilmu lebih baik duk diam. 'Mereka' dalam ayat itu tak merujuk kepada 'seluruh orang kafir' tetapi kepada musyrikin Mekah dan sekitarnya. Musyrikin Mekah memang mengakui Allah sebagai Tuhan. Cumanya mereka gi sembah berhala. Berbanding Kristian, mereka kata Allah dan jesus tu satu.

Sekarang aku nak tanya, kalau Kristian cakap Allah Jesus atau Jesus Allah yang menurunkan hujan dari langit, kamu nak kata Alhamdulillah?

Hah, kata lah Alhamdulillah!

Sebab itu Nabi ada sebut, sapa yang bercakap tentang Quran tanpa ilmu, maka siaplah tempat dia dari neraka.

Jangan main-main weh!

5. Khalid kata:

kalau Sdr Ali Zaidan tahu sangat apa yang berlaku malam berkenaan, harap maklumkan adakah kata-kata saya disanggah oleh sesiapa? Termasuk oleh ilmuan yang beliau iktiraf dan disebut hadir pada malam tersebut. Kalau mereka pun tidak menyanggah, yang hendak buat bising buat apa?

Eh Dr Farid kata apa? Kamal Hasan kata apa? Cikgu Azmi kata apa? Mereka sokong kamu ke masa tu? Jangan nak kelentong bang.

Memanglah tak secara direct. Ini bukan one-on-one. Itu diskusi yang melibatkan ramai orang. Maka secara umumlah! Kalau ikutkan direct, mereka pun tak dibantah.

6. Khalid kata:

Soal pendirian Cikgu Azmi, itu tiada masalah. Dia lebih memikirkan kesan negatif sekiranya kalimah Allah dibenarkan penggunaannya kepada orang bukan Islam. Ini soal Siyaasah Syariyyah bukan soal hukum.

Tak soal hukum amenda, soal hukum lah ni. Takkan situasi itu tak menjadi sebab pertukaran hukum? Qardhawi sendiri sebut dalam kitab dia Fiqh Daulah bahawa hukum boleh berubah ikut tempat, masa dan keadaan. Jadi hukumlah ni!

Ke tak baca? Jangan ambil fatwa dia saja. Kitab dia kena telaah jugak!

Uruf sesuatu keadaan pun boleh jadi hukum. Sebab itu ada kaedah fikah sebut "Al-'adatu muhkamat". "Adat dapat dijadikan hukum"

Kemudian pandangan Cikgu azmi pula selari dengan kaedah Ad-dharurah Yuzal. Mudharat hendaklah dihilangkan. Hukum lah tu. Apahal masuk bab siasah pulak?

Buka kitab Jalaludin Suyuti. Asybahu Wa An Nadhair Fi Qawaid Fiqhiyyah. Jumpalah nanti.

Aku tak pernah sama sekali menafikan khilaf yg berlaku dalam isu kalimah. Di dalam dan luar negara. Di luar pun ada pertembungan pendapat antara Syeikh Qardhawi dan Syeikh Fattah. Dalam soal kalimah, aku berpandangan Majlis Syura Pas dan majlis fatwa kebangsaan perlu duduk berbincang menentukan keputusan yg terbaik.

Sebab YB Khalid ni pandai sirah, aku nak seru dia kaji sikap ulama' dahulu. Ulama' cukup hati-hati dan takut mengeluarkan fatwa, bimbang fatwa mereka diikuti. Hari ini, orang bukan ahli pula mendahului ulama.

Nabi sebut: “Rosaknya agama apabila ilmu datang daripada yang kerdil,yang dibantah oleh golongan yang alim. Baiknya manusia apabila ilmu datang dari golongan alim dan diikuti oleh golongan kerdil” (Fathul Bari)

7. Dalam soal ini, biar aku tegaskan bahawa sebagai seorang ahli politik, kamu semua sepatutnya reti 'berniaga'. Jangan pakat ingat nak beri sahaja. Ambillah jugak.

Kamu nak bagi mereka pakai kalimah Allah. Fine with me. Tapi bagi begitu sahaja? Ambillah sesuatu. Contoh, syaratkan mereka gantikan semua kalimah Lord kepada Allah juga. Atau macam TGHH buat, gantikan Rukun Negara. Itu baru politician cerdik!

Kalau Kristian benar2 ikhlas, mereka tak ada masalah untuk terima. Dan kita akan untung. Orang Islam pun tak bimbang. Tapi kalau Kristian memang berniat pakai untuk murtadkan Melayu, mesti mereka tolak. Masa itu kita ada hujah untuk tolak permintaan mereka.

Pusing-pusing, kita tetap untung!

Lepas TGHH cadangkan Rukun Negara diubah? Apa reaksi Gereja? Suka? Diam? Atau menggigil?

Nampak cara orang cerdik buat kerja? Nampak cara ulamak buat kerja?

Mana boleh sama dengan ulama' mee celup'! :)

Friday, April 9, 2010

Wala' dan Thiqah - Jawapan kepada Artikel Khalid Samad

Blog ini beberapa kali mengkritik Khalid Samad. Kali terakhir di sini. Kritikan ini bukan bermakna aku benci meluat menyampah dengan Khalid. Dak.. Dia tetap pimpinan yang cerdik (bukan kawasan aku la). Cuma masalahnya... adab.

Bilamana dia menulis tentang wala' dan thiqah dalam entri terbarunya, aku tersengih panjang. Manakan tidak, dia sebenarnya macam tak berapa nak faham kenapa timbulnya isu wala' dan thiqah ini. Untuk berlaku adil, hampa semua baca la artikel dia dulu. Sebab aku nak terangkan by points ni.

1. PAS tidak pernah menutup sebarang pintu untuk pertanyaan dan perbahasan. Hanya ada 2 golongan yang ingat PAS begitu. Golongan bodoh dan golongan anai-anai yang bodoh.

Bila kita renung dalam kisah Perang Hunain, memang benar terdapat para sahabat yang mempertikaikan perintah Rasulullah dalam pembahagian harta perang. Namun setelah penjelasan Rasulullah sendiri, para sahabat menerima dengan hati terbuka; sebahagiannya cukup kesal dengan tindakan mereka.

Aku nak tanya, apabila TGHH berkali-kali menjelaskan bahawa UG bukan penggabungan antara PAS UMNO sebaliknya kerjasama politik semua parti, mengapa ada pengikut yang tetap bodoh mendodoikan lagu PAS bergabung dengan UMNO?

Inilah punca kenapa ada pimpinan menimbulkan soal thiqah dan wala'. Kenapa penjelasan pemimpin ditolak mentah-mentah dan terus bermain dengan persepsi yang celaka?

Nak terang macammana lagi? Nak cerita macamana lagi? Takkan nak suruh TGHH sembelih tengkuk Najib baru nak percaya PAS tak ingin bergabung dengan UMNO? Takkan nak suruh Us Nasha ikat Muhyiddin dekat pokok rambutan, simbah dengan kerengga dulu baru nak percaya PAS tak mahu bergabung dengan UMNO?

2. Aku nak tanya YB, ketika para sahabat terkeliru dengan tindakan Rasulullah, apakah mereka pergi kepada musuh, pergi kepada Yahudi, pergi kepada qabilah Hawazin dan Tsaqif atau pergi kepada kumpulan Malik bin Auf dan menceritakan bahawa Rasulullah telah tersilap dan kami benar?!

Tidak.

Bandingkan dengan sikap kamu yang apabila terkeliru dengan tindakan Us Nasha hadir ke pelancaran buku Natrah, kamu terus merepek minta Us Nasha perjelaskan dalam Malaysiakini.

Macam tak ada telefon!

Samakah wala' para sahabat dan wala dan thiqah kamu kepada kepimpinan?

Tengok, apa yang kamu tulis dan apa yang kamu buat sendiri tak compute.

3. Aku nak tanya YB, apakah pada masa Rasulullah membahagikan harta, ada sahabat yang terus terjah dan kata "Saya tentera Muslim, Saya benci pemimpin yang tidak adil, saya benci pemimpin yang menafikan hak saya untuk ghanimah"?

Mana ada!

Tapi apa yang dibuat oleh wartwan Harakah yang 'baik' sangat dengan kamu hari itu dengan Us Nasha?

Isu ini bukan takat wala' dan thiqah dah. Ia dah masuk ke tahap adab dan kaedah berjemaah.

4. Apa pointnya kamu sengaja menimbulkan isu thiqah dan wala' ini? Macam seolah-olah nak membenarkan tindakan mengkritik pimpinan secara terbuka. Apa faedahnya? Pergilah merayu. Orang dah bagi ruang tu!

Pemimpin PAS ada cacatnya. Tapi pengikut juga bukan sesempurna manusia.

Jangan mengharapkan pemimpin sebaik Muhammad, kalau pengikut tak mampu mengikut adab para Sahabat!

Boleh Khalid?

Thursday, April 8, 2010

Mengenang Jiwa-Jiwa yang Melompat (Bhg 2)

Ketika aku mula-mula menulis artikel Mengenang Jiwa-Jiwa yang Melompat, aku sudah merasakan akan adanya sambungan kerana akan adanya bantahan. Cuma aku tersilap kerana aku menjangkakan bantahan akan datang dari dalam blog, rupanya banyak 'dari luar'. Jika ikutkan, bukanlah bantahan, sekadar lanjutan cerita mohon pencerahan.

Blog ini penyokong kuat kepimpinan dua tok guru. Kalau tiba-tiba dilihat penyokong 'lompat', maka yang buruk nanti kepimpinan tok guru juga. Maka artikel itu perlu sambungan.

Artikel TG Nik Aziz ialah Bahlol Malaysia juga ada sambungan. Ia bukan semata-mata nak cerita kisah Wali. Aku ada matlamat lain. Aduka Taruna kata dia nak jawab hujah itu. Tapi sampai sekarang tak jawab lagi. Macam nak langgar TGHH juga. Sampai sekarang tak langgar lagi. Polis yang langgar dia dulu!


Artikel itu sebenarnya bukanlah bertujuan membela Ezam, atau mana-mana MP lompat. Ada banyak cerita dan persoalan tentang Ezam yang boleh aku sebutkan di sini. Bagaimana pertelingkahannya dengan Lokman Noor Adam (EXCO AMK) sehingga Lokman keluar dari PKR dan masuk UMNO.

Kini Lokman ialah Exco Pemuda UMNO. Dalam setahun lalu aku pernah bertekak dengan Lokman apabila dia membela ISA (Lokman pernah masuk ISA). Katanya ISA adil kerana ada 'majistret' yang mendengar kes. Macam aku tak tahu 'majistret' itu tak ada kuasa menukar hukuman. Cuma ada kuasa mencadangkan hukuman. Kencing anai-anai bolehla...

Ironi, Ezam ikut Lokman dan masuk UMNo juga.

Anehnya seorang bekas EXCO AMK dilantik EXCO Pemuda UMNo tetapi seorang bekas Ketua AMK dilayan tak lebih dari sampah dalam UMNo. Kenapa?

Aku tinggalkan soalan ini untuk difikir. Kalau dapat dapatlah. Kalau tak dapat, anggap saja bedtime story. Tamat.

Matlamat artikel itu sebenarnya ialah meminta kita semua memahami bahawa dunia politik ini penuh dengan strategi. Dan strategi itu bukanlah seperti akidah; mutlak dan tidak berubah. Kadang-kadang satu strategi yang salah dilihat benar dan begitu sebaliknya.

Dasar kepada artikel itu ialah satu hadis di mana dalam satu ekspedisi, seorang sahabat (Usamah bin Zaid) telah hampir membunuh musuh. Menyedari dia akan mati, musuh yang kafir itu mengucap dua kalimah syahadah. Sahabat itu tetap membunuh kerana beranggapan kafir itu mengucap kerana takut mati. Sampai berita kepada Rasulullah, maka marahlah baginda dan bertanya "Sudah engkau membelah dadanya?" berulang kali.

Jadi apa yang wajar dilakukan Usamah? Melepaskan lelaki itu? Tentu tidak. Boleh jadi agakan Usamah bahawa musuh itu mengucap hanya kerana takut mati ialah benar. Yang patut dibuat ketika itu ialah menangkap dan membawa sendiri ke hadapan Rasulullah. Biar Nabi menentukan.

Mengambil pengajaran dari kisah tersebut dalam mendepani golongan lompat, maka yang patut dibuat bukanlah dengan gelar menggelar atau buat solat hajat mohon laknat (maaf!). Berlaku adillah dan berhujah sekiranya ada hujah dari mereka ke atas kita. Ketelanjuran sahabat dalam menghukum sepatutnya ditauladani bukan diikuti.

Kenapa aku menulis begini?

Apabila kita terlalu cepat menghukum, maka kita sebenarnya menghukum atas personaliti dan bukan perbuatan. Maka politik yang kita junjung pada ketika itu semata-mata politik kebencian. Politik zaman tok danok.

Itu yang menyebabkan apabila ada MP PAS yang duduk minum air dengan menteri kanan UMNO, maka terus ada yang berani bodoh menerjah. Semuanya berakar daripada kebencian berasaskan sentimen dan bukan kebencian kerana ilmu.

Itu semua darah muda. Nak berpolitik tapi tak pandai. Tanya Zainulfaqar betul2 kenapa dia gagal bertanding di Parlimen Kepala Batas. Dia bagi alasan FRU. Kalau PAS pakai alasan larangan FRU, TGNA dan TGHH dah lama hilang kerusi tak boleh bertanding. Jangan percaya bulat-bulat penjelasan dia dalam blog. Penjelasannya betul tapi tak lengkap. Ada cerita lain.

Aku tak boleh cerita di sini, sebab itu post mortem parti. Takkan nak jadi the next Kickdefella.

Politik kebencian bukan cara PAS berpolitik. Itu bukan cara warisan TG Yusuf Rawa dan Us Fadhil kepada kita.

Akan ada bahagian 3. Ia juga akan menyentuh tentang satu artikel Batu api tentang pertemuan 4 mata antara Us Fadhil dan Dr Mahathir. Aku tak pasti sama ada Batu api sengaja atau tidak tapi ada 'tali yang terputus dalam artikel itu'. Aku akan sambung tali itu.

Jangan bimbang, ia bukan rahsia parti. Sebab yang memberi tali itu kepada aku ialah orang kanan Anwar sendiri. Kini masih aktif dalam PKR.

Orang muda-muda banyak tak tahu cerita ini..

Tunggu..

Mengenang Jiwa-Jiwa yang Melompat

Aku terkejut bila buka akhbar Utusan Malaysia pagi ini. Tak tahu lah sama ada kerja nak pedajal Najib atau memang bodoh politik, tiba-tiba berita Ezam pula yang didahulukan dan bukannya berita Najib berjanji setia dengan MIC. Kisahnya Ezam mohon maaf sebab membela DSAI 12 tahun lalu.

Alahai macam tak ada idea nak kempen saja Utusan ni!

Semua orang tahu Ezam tidak ada value bila berhadapan dengan pengundi. Contoh semasa siri PRK sebelum ini, kedatangannya tidak ada impak. Baik bawa bini baru Bung Mokhtar..

Bila bercakap pasal Ezam ni, aku memang susah nak baca apa yang ada dalam kepala dia.

Kali terakhir aku jumpa Ezam ialah awal tahun ini. Ketika itu Ezam yang tegur aku dan kami sempat makan bersama di Jalan Duta. Aku tak perasan sangat dia masa tu. Kalau dia tak tegur, memang aku tak perasan. Berisi dah dia la ni. Dulu zaman PKR kurus.

Peliknya semasa kami berbual, tak ada pula dia cuba mengutuk atau hentam bekas boss dia. Walaupun masa itu dia punya segala sebab untuk buat (ketika itu isu kalimah Allah sedang panas).

Oh ya, dia tak pernah tahu aku PAS.

Itu yang best bila duduk belakang tabir ni!

Dia banyak bernostalgia ketika zaman muda. Antaranya menceritakan bagaimana dia berpeluh berjalan kaki berbatu-batu hanya sebab nak dengar kuliah TGHH di Petaling Jaya kira-kira 20 tahun lalu. Puncanya tak tahu tempat kuliah di mana. Naik bas, main turun saja.

Kalau ikut aku, beli sajalah kaset!

Aku dapat kesan seolah-olah dia rindu untuk kembali ke zaman dulu. Seolah-olah apa yang dia ada hari ini bukan apa yang dia nak.

6 tahun lalu perkara sama berlaku kepada Ruslan Kassim. Bagaimana dia dan kawan-kawannya keluar dari PKR di ambang PRU 11. Dia dituduh dengan segala macam tuduhan, kena beli lah dsb.

Aku kenal keluarga Ruslan secara dekat. Ahli keluarganya sendiri memberitahu aku bahawa keluarnya Ruslan bukan kerana wang. Tapi kerana perjanjian dengan Pak Lah sebagai pertukaran membebaskan DS Anwar Ibrahim.

Kita pun tahu 2004 ialah tahun Anwar bebas.

Sesiapa pun rasanya akan percaya kalau lihat susahnya keluarga Ruslan ketika itu (sekarang tak tahulah. dah lama tak jumpa).

Mungkin lepas ni artikel ini akan jadi bukti Ali Zaidan fraksi Umno. Haha

Aku pendam untuk menulis artikel ini dah lama. Biarlah aku jelaskan, punca artikel ini ditulis ialah agar kita tak terlalu galak melempar apa-apa tuduhan kepada mana-mana MP lompat. Jangan terburu-buru mengatakan orang ini dibeli, orang itu dibeli. Aku kurang senang dengan gaya politik begini.

Kalau kita bernasib baik, kita betul dan terlepas dosa. Kalau tidak betul? Ada risiko api neraka jilat tubuh kita.

Contoh baru-baru ini disebut oleh Batu api, bahawa Mohsin Fadzil itu ahli Pas seumur hidup (dah jadi bekas la kan sebab bertanding tiket PKR). Dan memang kita perlu tahu PKR ada masalah di kawasan Mohsin.

Itik sekati memang tak sesuai dengan itik air. Kata Batu api lah.

Mengenali cara PKR berpolitik juga menyebabkan hati aku kuat merasakan Zahrain tidak dibeli. Tapi taktik DSAI sendiri. Buktinya Zahrain ialah orang yang 'menghuru harakan' hubungan antara ahli parlimen BN hingga berulang kali ada antaranya yang menafikan mereka akan melompat.

Malahan tindakan Zahrain itu sebenarnya 'membersihkan' Anwar dari fitnah 16 September.

Betul atau tidak dah jadi no 2. Sebab bila 'Anwar kata', benda tak ada pun kita rasa ada! Itu kelebihan Anwar yang tidak ada pada ahli politik lain.

Orang yang terlibat dengan PRK Lunas 2000 mesti setuju dengan aku... Kan?

Tetapi tidaklah bermakna mereka tak berkemungkinan dibeli! Yang ADUN melompat di Perak tu kes lainlah. Itu terang-terang menjahanamkan kerajaan rakyat. Siap main 'hide and seek' lagi.

Sebab itu cara menangani mereka-mereka yang melompat ini bukanlah dengan label melabel. Gelar menggelar. Itu taktik UMNO. Kalau PKR nak buat, biar PKR buat, jangan kita terikut. Kita jawab sahaja hujah mereka. Matikan hujah mereka dengan hujah.

Aku lihat dua tok guru pun begitu.

Ni pandangan aku kalau kita benar-benar ada hajat untuk secure undi atas pagar. Orang la ni bukan macam zaman tok danok dulu.

Mungkin PRK Hulu Selangor boleh jadi permulaan kita berpolitik secara matang.

Bagi aku lah.......

Wednesday, April 7, 2010

Kenapa jadi Hipokrit?

Artikel yang sangat baik dari Warkahdaily

“Sedap mulut sajer warkahdaily ini menulis.Kurang asam betul si penulisnya”, ulas alhusseyn dalam blognya.

Tambah alhusseyn lagi, “Bagi saya, memang saya menyokong TGNA walaupun saya tidak meletakan gambar TGNA di blog saya. Dalam hal ini , saya terpaksa akur sebagaimana nasihat sahabat saya Misbahul Munir tempohari yang menyuruh blogger supaya KALAU TIDAK TAHU MENAHU LEBIH BAIK DIAM”.



Pertamanya, WarkahDaily berterima kasih kerana kami yang sekerdil ini mendapat liputan daripada blog yang besar dan berpengalaman seperti alhusseyn. Terima kasih atas teguran dan komentar akhi.

WarkahDaily tidak merasa marah dengan komentar itu, lebih-lebih lagi mahu menurut nafsu dalam mengutarakan komentar dan hujah. Padahal komentar terdahulu itu (baca di sini) bukannya dituju kepada seorang dua pengendali blog tapi kepada semua yang ‘terasa’.

Namun, WarkahDaily merasakan perlu juga menjawab komen daripada alhusseyn agar tiada persepsi jahat untuk memburukkan WarkahDaily selepas ini. Tapi masih lagi atas dasar kejujuran dalam mencari sebuah kebenaran.

Sebelum itu, WarkahDaily ingin memohon kemaafan jika ada yang terguris atau terasa.

WarkahDaily rasa terpanggil hanya dengan komen dari rakan-rakan dalam jamaah. Yang sememangnya dari musuh, abaikan. Sebab memang menjadi adat musuh. Depa akan cakap apa sahaja yang depa suka. Sebab ini adalah perihal dalam PAS.

Saya suka dengan ungkapan sdr. alhusseyn (baca di sini), “Dalam hal ini , saya terpaksa akur sebagaimana nasihat sahabat saya Misbahul Munir tempohari yang menyuruh blogger supaya KALAU TIDAK TAHU MENAHU LEBIH BAIK DIAM”.

Cantik kata-kata itu sebagai seorang ahli jamaah Islam. Itulah yang sebetulnya. Saya selaku pengendali WarkahDaily pun setuju dengan alhusseyn. Tapi apakah ungkapan itu digunapakai pada semua situasi atau tempat?

Jujurkah kita?

Jangan hanya pandai bermadah semata-mata tapi bila tiba masa untuk melaksanakannya kita terpaling darinya atau hanya pilih-pilih tempat sahaja untuk digunakan.

Bukti yang pertama, ketika isu UG diperkatakan, apakah para blogger yang terasa dengan komentar saya sebelum ini telah menggunakan ungkapan saudara alhusseyn? Bukan ke sudah ditegur oleh pimpinan, jangan diulas benda yang kita tidak tahu keabsahannya dan jangan sebar fitnah sesuka hati. Presiden PAS pernah juga menegur akan hal ini. Apakah blogger dengar dan patuh?

Bukti kedua, pasal isu perlantikan Mursyidul Am PAS baru-baru ini, apakah para blogger yang menyebar fitnah itu telah mendapat sumber yang sahih sehinggakan sanggup mengulas, memutar, membelit berita yang tiada keabsahannya dan memang terbukti ianya suatu fitnah selepas PAS pusat mengekalkan Tok Guru Nik Aziz sebagai Mursyidul Am PAS. Mana blogger yang membuat fitnah itu, dah mintak maaf secara terbuka ke?

Takdak maklumat diam, dalam isu hentam pemimpin PAS yg lain ada maklumat sah ke, ada maklumat tepat ke sehingga sanggup mengherdik pemimpin dengan perkataan bodoh, dungu dan lembab.

Bukti ketiga, khusus buat alhusseyn, apakah tuan mendapat maklumat yang tepat berkenaan satu artikel tuan tidak lama dahulu di blog tuan?

Maksud saya di tajuk artikel tuan; Beginikah sikap seorang Presiden?(baca di sini) Apakah hanya sekadar mengambil maklumat daripada blog ke blog kemudian copy+paste ? betul ke tuan dapat maklumat sahih?Buktikan.

Kenapa tuan membuat tuduhan melulu tanpa sebarang siasatan. Setelah Misbahul Munir membetulkan keadaan sebenar (baca di sini) tiada kedengaran penjelasan daripada tuan. Apakah tuan lebih suka imej Presiden PAS tercalar daripada tuan membetulkan apa yang dilakukan.

Jangan main redah aje sebelum kita tahu apakah puncanya, Kita kena tahu dulu kenapa terjadi begitu, baharulah kita beri komen. Tunggu dulu tuan punya badan bagi sebab musababnya datang lewat. Jangan main tuduh dahulu kemudian baru cari puncanya. Itu maknanya zalim.

Perihal dakwaan Kickdefella

Berbalik kepada dakwaan Kickdefella. Harapan saya agar yang membaca artikel saya sebelum ini (baca di sini), supaya baca dengan penuh teliti apakah maksud yang ingin disampaikan.

Saya hanya inginkan keluarnya ‘suatu suara’ yang menjernihkan keadaan. Bukan ingin membincangkan sesuatu yang didakwa kickdefella sebagai dokumen sulit itu. Itu bukanlah hak saya untuk membicarakan akan hal itu. Itulah adalah tugas kepimpinan PAS, lebih-lebih lagi PAS Kelantan.

Sebabnya bagi saya, jika ‘amukan’ Kickdefella itu kita diamkan, makin menjadi-jadi jawabnya. Kalau setakat kena kepada beberapa kerat manusia tidaklah berapa sedih sangat, tapi jika ianya terpalit terus kepada jamaah, maka keseluruhan ahli jamaah kena tempiasnya.

Perjuangan PAS yang selama ini disanjung dan memperjuangkan Islam yang syumul, maka palitkan tadi akan memberi barah hingga akar umbi. Lebih-lebih lagi kepada PAS Kelantan. Walaupun kita percaya apa yang didedahkan Kickdefella itu tidak betul, tetapi persepsi jahat yang dimainkan boleh memberi kesan mendalam kepada penyokong PAS yang baru ingin mendekati PAS.

Kenapa saya berkata demikian? Ia disebabkan saya juga sayangkan jamaah. Tapi tidak seperti blogger yang mendakwa sayangkan jamaah tapi dalam masa yang sama sanggup ‘melacurkan’ kepimpinan sendiri hingga terjadinya ‘tragedi’ krisis dalam PAS.

Kaitkan dengan blogger celaka

Kenapa saya kaitkan dengan blogger dalam hal ini? Ia kerana dalam isu ini, tiada seorang pun blogger yang selama ini mengaku bersama dengan Tok Guru Nik Aziz untuk ‘membantu’ Tok guru. Mungkin ada segelintir yang secara diam membela TGNA.

‘Membantu’ TGNA bukan hanya dengan membawa bukti ketulenan ‘dokumen sulit’ yang didakwa Kickdefella. Juga membela TGNA jika kita cuba sedaya upaya kita mencari suatu ‘point’ untuk menghalang niat jahat Kickdefella.

Jadi, apa salahnya para blogger, jika selama ini ‘bekerja kuat’, hingga pakai serkap jarang, terjah orang tengah rehat, mencari point untuk menyalah beberapa orang pemimpin yang mereka benci kerana kononnya nak menyertai Umno, juga boleh ‘bekerja kuat’ untuk mencari point balas terhadap serangan Kickdefella kepada TGNA. Ke tak gitu, tuan alhusseyn?

Apakah blogger hanya ‘kuat’ bila berhadapan dengan Presiden, Timb. Presiden, Naib Presiden, SU Agung dan Ketua Penerangan jamaah sendiri dan pengecut dengan seorang yang bergelar Kickdefella?

Zulkifli Nordin pun kita serang jika dah berpaling tadah, inikan pula Kickdefella. Lemah ke kita? Saya cuma minta kepada yg beriya sokong TGNA agar betul-betul sokong Tok Guru. Jangan hanya beriya sokong TGNA dalam hal-hal tertentu sahaja, seperti contoh, isu EGM. Walaupun TGNA boleh menerima EGM tiada selepas mendapat penerangan tepat dari kepimpinan yang lain. Tapi blogger yang sememang boleh digelar celaka tetap juga berdegil dengan pendirian mereka.

Bila tanya kenapa, mereka akan jawab ada segelintir pemimpin ajak masuk Umno, jadi kena bongkarkan. Tanya mana dapat bukti, mulalah mereka cakap, dari akhbar-akhbar arus perdana, blog-blog musuh dan sebagainya. Terkadang itu, mereka juga menggunakan ayat yang lebih berbisa, iaitu daripada ‘sumber-sumber yang boleh dipercayai’. Bila tanya tidak pula dibagitau.

Dalam hal Kickdefella, yang saya mahu tanya, kenapa blogger boleh berdiam diri dalam hal ini. Kickdefella telah menuduh TGNA sebagai pembohong. Tak nak komen apa-apa ke dengan kata-kata itu?Atau mungkin apa yang terbuku di hati saya ini betul-betul berlaku? Nauzubillah min zalik.

Bukan saya ajak bela TGNA itu bermakna TGNA itu maksum daripada kesalahan tapi hidup secara berjamaah telah mengajar saya bagaimana kita membela pemimpin kita yang belum didapati bersalah.

Seperti juga dalam kes Dato` Seri Anwar Ibrahim. Sdr. Anwar telah dituduh meliwat dan kita sebagai orang yang waras telah bertindak membelanya demi keadilan. Kita tidak biarkan Anwar bersendirian.

Atas dasar dia adalah pemimpin kita, maka kita perlu mempercayainya. Insya Allah, pemimpin kita tidak akan khianati kita dan perjuangan.

Mohon kemaafan jika ada terguris, jika tersilap tolong tunjukkan (kami budak baru). Tapi bukan bermakna kami tiada hak membela pemimpin kami dalam jamaah. Kami juga sayangkan jamaah.

Monday, April 5, 2010

Tahafut At Tahafut untuk Aduka Taruna

Aku cukup minat Imam Ghazali. Kesenangan memahami kaedah tasawwur yang di anjur Imam ini bertitik tolak daripada fiqhnya yang mengikut Imam Syafei. Sesuai dan mudah di negara ini.

Dia juga seorang ahli hujah yang cukup hebat. Kelebihan berhujahnya tersandar kepada sikapnya yang suka terjun ke dalam sesuatu bidang sebelum mengkritik dan membetulkan bidang itu. Dan atas sebab sikapnya itu, diriwayatkan hampir2 dia kehilangan iman. Dia tidak duduk di luar, melaung2 'woi salah tu'. Dak, dia masuk, faham, keluar dan kritik.

Satu bukunya yang paling aku suka (selepas Ihya) ialah Tahafut Al Falasifah. Di mana dia menulis 20 hujah membantah falsafah. Salah satu hujahnya terkena kepada Ibnu Sina.

Kira2 seratus tahun selepas itu, Ibnu Rushd membantah karya Imam Ghazali ini, dan menulis kitab Tahafut At Tahafut. Sebenarnya dua-dua betul. Sebab pendekatan berbeza disebabkan satu duduk dalam zaman Islam susah, satu hidup di zaman Islam sedang di puncak.

Itu lah stail ulama. Mereka bantah membantah, tetapi dengan ilmu dan hikmah. Aku berdoa agar paling tak dapat 10 % adab mereka cukuplah..

Dah pebende yang aku merepek tahafut at tahafut ni?

Ha, itulah yang sedang aku bermain dengan Aduka Taruna. Aku membantah artikel dia, dan dia menulis artikel membantah aku. Dan artikel ini pula membantah bantahan artikel dia. Jadi sila baca dulu sebab aku perlu jawab point by point ( ada 5 point). Jangan main baca je kat sini. Kang tak tau isu pulak! Haha..

1. Aku sebenarnya tak berapa faham point dia no 1. Dia nak kutuk aku atau dia nak kutuk TGHH? Dah tak tahu muka aku macammana, kutuk muka TGHH lah! Ya Tuhan..

Kalau nak aku kutuk muka kau, banyak sangat aku boleh tulis. Letak gambar tak mandi. Tapi buat apa hina cara macam tu? Nampak sangat rendah akhlak dan IQ. Genetik Melayu cerdik apa macam ni?

Seterusnya, kau kenal ke siapa di sebalik 'Ali Zaidan' sampai nak kata aku muka penghafal? Jangan cakap lebih2 kalau tak tahu boy. Semasa aku final year project di university dulu, aku create formula engineering yang lecturer aku bergenetik 'Pakistan yang pandai' tu pun tak boleh buat. Kalau rajin, carilah benda ni dalam IEEE. Tahu IEEE tu apa benda?

Bukan nak menyombong. Ramai saja kawan-kawan aku yang 'genetik Melayu bodoh pro ulamak' yang cipta sesuatu yang lebih baik dari aku. Tapi dah orang main terjah sangat... terpaksa bagi la buah sikit!

Kita pernah berkawan. Kau kenal aku dan aku kenal kau. Aku sangat-sangat baik dengan puak kamu satu masa dulu. Refresh memori, fikir balik siapa aku. Cari yang tua sikit lah, jangan spot aku dari list kawan yang umur 14 pulak. Memang tak jumpa la siapa aku.

Kalau kau tahu siapa aku, kau takkan berani tampal ayat 'muka penghafal' pada diri aku. Memalukan diri kau nanti...

Dan ya, aku mengaku aku bodoh. Tapi bilamana aku bodoh tentang sesuatu, aku tidak akan memandai-mandai buat teori telur rebus dan jaja kepada orang ramai. Atau membodohkan prinsip / ijtihad ulamak dan ahlul bait dengan hujah akal mutlak. Ini biadab kepada ilmu.

2. Tak minat jawab apabenda? Kau memang pernah jawab hujah aku. Tapi kau jawab sekerat. Kemudian aku jawab balik. Takkan dah lupa?

Nak selongkar lagi blog kau?

Artikel kau yang ini pun jawab sekerat jugak. Memang tabiat kau ke?

3. Yang ini aku benar2 terkeliru. Mula2 menyebut tentang hak berorganisasi secara terbuka atau rahsia, maka aku jawablah kerahsiaan itu berasal dari mereka. Jika mereka sendiri yang bocor, maka buat apa marah kalau orang lain pergi cakap?

Kemudian dalam artikel terbaru tiba-tiba sebut pasal masalah yuran pula. Aku sebenarnya tak tahu bagaimana Batu-api dapat tahu. Tapi memang soal bayar atau tidak yuran, kita boleh agak kalau kita aktif duduk dalam Cawangan dan Kawasan. Tak perlu selongkar Pejabat Agung pun!

Contoh, kalau aku dan Batu-api register Kawasan Putrajaya. Aku mula-mula aktif, kemudian senyap sampai 10 tahun. Kemudian Batu-api tanya lah ahli lain yang aktif dan kenal aku. "Mana pergi si Ali ni?". Ahli tu jawab, "Entah, mesyuarat tak pernah datang, apa program pun tak ikut. 10 tahun senyap macam tu saja".

Jadi, logik saja, kalau 10 tahun senyap, tak aktif, tentulah tak bayar yuran. Tak silap aku memang boleh bayar ikut Pejabat Agung, sebab itu Batu-api seingat aku minta TB buktikan kalau bayar. Print resit etc. Tapi kemudian TB terperangkap. Baru bising bocor pasal tak bayar yuran. Ni kau kena ikut artikel dia lah! Itu yang aku faham.

Ada lagi cara lain. Tapi kalau aku, aku buat tu. Itu memang strategi orang politik. Apa ingat DSAI dedah kes Linggam dulu macammana? Ingat ada bukti sangat? Tapi sebab pandai provok punya pasal, seorang-seorang 'terbogel'.

Korang ni tak pernah psiko orang ke? Sedap weh buat kerja tu. Aku zaman sekolah menengah dulu suka benor psiko orang. Kemudian aku tahu orang ni suka orang ni... orang tu suka orang tu... Hahaha...

Tu kalau aku Batu-api la. Macammana Batu Api betul-betul buat, mana la aku tahu. Kot dia ikat Tok Pa dekat pokok rambutan, simbah dengan kerengga sampai Tok Pa bagitau pun mungkin jugak!

Nak kata selongkar database pun susah. Lainlah kalau dia scan rekod rasmi macam Kickdefella scan report post-mortem. Tu baru betul dedah rahsia (pelik AT diam soal ini!).

Faham tak point aku?

Eh, tiba-tiba aku jadi PA Batu-api pulak. Hari tu baru saja jadi PA Us Nasha! Hahaha

4. Bab yuran tu aku dah jawab. Isu yuran takkan menggagalkan dia nak mengadu apa benda pun. Rayuannya tetap di terima. Dia di sambut Naib presiden sendiri. Begitu cara Pas melayan ahli yang tak bayar yuran.

Jadi falsafah dalam point 4 kamu dah tak valid. Lainlah kalau dia gagal mengadu. Tok Pa tak nak terima . Ini dia sendiri mengaku tentang layanan baik dari 'geng perpaduang'.

Bagi aku, tak ada masalah nak mengadu. Yang masalah ialah bawa cerita yang belum sahih dalam blog. Itu baru masalah!

Jawab sahaja lah isu Bahlol dan hujah riwayat Khalid tu. Aku nak tahu juga sejauh mana pemahaman kamu tentang sirah. Sebelum ni dah tertonggeng bila menghina Aisyah dan Muawiyah. Pakai hujah riwayat yang berbau syiah. Itu ke genetik Melayu yang cerdik?. Kalau begitu genetik Melayu yang cerdik, aku lebih rela jadi genetik Melayu yang bodoh asal neraka tak sentuh kulit aku!

Biarlah aku jadi keldai bawa kitab, dari jadi macam kamu; keldai bawa tahi.

5. Point tak berkaitan. Padan muka sapa suruh korang baca? Hehehehe

Sekarang Aduka dah dapat rasa perasaan pemimpin PAS yang puak dia sendiri hina. Katanya malas nak jawab hujah aku, nak jumpa TGHH. Kiranya itu adalah keutamaan. Betul.

Itu lah juga yang ramai pemimpin PAS buat. Kalau layan kemaruk fitnah puak-puak kamu, sampai bila tak boleh buat kerja. Contoh macam fitnah kawan kamu Ali BaganPinang tentang Us Abu Bakar Chik maki TGNA. Faham kenapa hanya Misbahul Munir yang jawab?

Reti?

Ni, kes Muawiyah dan Aisyah bila nak minta maaf? Kalau tak, semua orang berhak meragukan keIslaman kamu bersandar fatwa Imam Ahmad.

Jangan kata Imam Ahmad 'ulama genetik bodoh' pulak! Kau ni bukan boleh buat kira!