Artikel yang sangat baik dari Warkahdaily
“Sedap mulut sajer warkahdaily ini menulis.Kurang asam betul si penulisnya”, ulas alhusseyn dalam blognya.
Tambah alhusseyn lagi, “Bagi saya, memang saya menyokong TGNA walaupun saya tidak meletakan gambar TGNA di blog saya. Dalam hal ini , saya terpaksa akur sebagaimana nasihat sahabat saya Misbahul Munir tempohari yang menyuruh blogger supaya KALAU TIDAK TAHU MENAHU LEBIH BAIK DIAM”.
Pertamanya, WarkahDaily berterima kasih kerana kami yang sekerdil ini mendapat liputan daripada blog yang besar dan berpengalaman seperti alhusseyn. Terima kasih atas teguran dan komentar akhi.
WarkahDaily tidak merasa marah dengan komentar itu, lebih-lebih lagi mahu menurut nafsu dalam mengutarakan komentar dan hujah. Padahal komentar terdahulu itu (baca di sini) bukannya dituju kepada seorang dua pengendali blog tapi kepada semua yang ‘terasa’.
Namun, WarkahDaily merasakan perlu juga menjawab komen daripada alhusseyn agar tiada persepsi jahat untuk memburukkan WarkahDaily selepas ini. Tapi masih lagi atas dasar kejujuran dalam mencari sebuah kebenaran.
Sebelum itu, WarkahDaily ingin memohon kemaafan jika ada yang terguris atau terasa.
WarkahDaily rasa terpanggil hanya dengan komen dari rakan-rakan dalam jamaah. Yang sememangnya dari musuh, abaikan. Sebab memang menjadi adat musuh. Depa akan cakap apa sahaja yang depa suka. Sebab ini adalah perihal dalam PAS.
Saya suka dengan ungkapan sdr. alhusseyn (baca di sini), “Dalam hal ini , saya terpaksa akur sebagaimana nasihat sahabat saya Misbahul Munir tempohari yang menyuruh blogger supaya KALAU TIDAK TAHU MENAHU LEBIH BAIK DIAM”.
Cantik kata-kata itu sebagai seorang ahli jamaah Islam. Itulah yang sebetulnya. Saya selaku pengendali WarkahDaily pun setuju dengan alhusseyn. Tapi apakah ungkapan itu digunapakai pada semua situasi atau tempat?
Jujurkah kita?
Jangan hanya pandai bermadah semata-mata tapi bila tiba masa untuk melaksanakannya kita terpaling darinya atau hanya pilih-pilih tempat sahaja untuk digunakan.
Bukti yang pertama, ketika isu UG diperkatakan, apakah para blogger yang terasa dengan komentar saya sebelum ini telah menggunakan ungkapan saudara alhusseyn? Bukan ke sudah ditegur oleh pimpinan, jangan diulas benda yang kita tidak tahu keabsahannya dan jangan sebar fitnah sesuka hati. Presiden PAS pernah juga menegur akan hal ini. Apakah blogger dengar dan patuh?
Bukti kedua, pasal isu perlantikan Mursyidul Am PAS baru-baru ini, apakah para blogger yang menyebar fitnah itu telah mendapat sumber yang sahih sehinggakan sanggup mengulas, memutar, membelit berita yang tiada keabsahannya dan memang terbukti ianya suatu fitnah selepas PAS pusat mengekalkan Tok Guru Nik Aziz sebagai Mursyidul Am PAS. Mana blogger yang membuat fitnah itu, dah mintak maaf secara terbuka ke?
Takdak maklumat diam, dalam isu hentam pemimpin PAS yg lain ada maklumat sah ke, ada maklumat tepat ke sehingga sanggup mengherdik pemimpin dengan perkataan bodoh, dungu dan lembab.
Bukti ketiga, khusus buat alhusseyn, apakah tuan mendapat maklumat yang tepat berkenaan satu artikel tuan tidak lama dahulu di blog tuan?
Maksud saya di tajuk artikel tuan; Beginikah sikap seorang Presiden?(baca di sini) Apakah hanya sekadar mengambil maklumat daripada blog ke blog kemudian copy+paste ? betul ke tuan dapat maklumat sahih?Buktikan.
Kenapa tuan membuat tuduhan melulu tanpa sebarang siasatan. Setelah Misbahul Munir membetulkan keadaan sebenar (baca di sini) tiada kedengaran penjelasan daripada tuan. Apakah tuan lebih suka imej Presiden PAS tercalar daripada tuan membetulkan apa yang dilakukan.
Jangan main redah aje sebelum kita tahu apakah puncanya, Kita kena tahu dulu kenapa terjadi begitu, baharulah kita beri komen. Tunggu dulu tuan punya badan bagi sebab musababnya datang lewat. Jangan main tuduh dahulu kemudian baru cari puncanya. Itu maknanya zalim.
Perihal dakwaan Kickdefella
Berbalik kepada dakwaan Kickdefella. Harapan saya agar yang membaca artikel saya sebelum ini (baca di sini), supaya baca dengan penuh teliti apakah maksud yang ingin disampaikan.
Saya hanya inginkan keluarnya ‘suatu suara’ yang menjernihkan keadaan. Bukan ingin membincangkan sesuatu yang didakwa kickdefella sebagai dokumen sulit itu. Itu bukanlah hak saya untuk membicarakan akan hal itu. Itulah adalah tugas kepimpinan PAS, lebih-lebih lagi PAS Kelantan.
Sebabnya bagi saya, jika ‘amukan’ Kickdefella itu kita diamkan, makin menjadi-jadi jawabnya. Kalau setakat kena kepada beberapa kerat manusia tidaklah berapa sedih sangat, tapi jika ianya terpalit terus kepada jamaah, maka keseluruhan ahli jamaah kena tempiasnya.
Perjuangan PAS yang selama ini disanjung dan memperjuangkan Islam yang syumul, maka palitkan tadi akan memberi barah hingga akar umbi. Lebih-lebih lagi kepada PAS Kelantan. Walaupun kita percaya apa yang didedahkan Kickdefella itu tidak betul, tetapi persepsi jahat yang dimainkan boleh memberi kesan mendalam kepada penyokong PAS yang baru ingin mendekati PAS.
Kenapa saya berkata demikian? Ia disebabkan saya juga sayangkan jamaah. Tapi tidak seperti blogger yang mendakwa sayangkan jamaah tapi dalam masa yang sama sanggup ‘melacurkan’ kepimpinan sendiri hingga terjadinya ‘tragedi’ krisis dalam PAS.
Kaitkan dengan blogger celaka
Kenapa saya kaitkan dengan blogger dalam hal ini? Ia kerana dalam isu ini, tiada seorang pun blogger yang selama ini mengaku bersama dengan Tok Guru Nik Aziz untuk ‘membantu’ Tok guru. Mungkin ada segelintir yang secara diam membela TGNA.
‘Membantu’ TGNA bukan hanya dengan membawa bukti ketulenan ‘dokumen sulit’ yang didakwa Kickdefella. Juga membela TGNA jika kita cuba sedaya upaya kita mencari suatu ‘point’ untuk menghalang niat jahat Kickdefella.
Jadi, apa salahnya para blogger, jika selama ini ‘bekerja kuat’, hingga pakai serkap jarang, terjah orang tengah rehat, mencari point untuk menyalah beberapa orang pemimpin yang mereka benci kerana kononnya nak menyertai Umno, juga boleh ‘bekerja kuat’ untuk mencari point balas terhadap serangan Kickdefella kepada TGNA. Ke tak gitu, tuan alhusseyn?
Apakah blogger hanya ‘kuat’ bila berhadapan dengan Presiden, Timb. Presiden, Naib Presiden, SU Agung dan Ketua Penerangan jamaah sendiri dan pengecut dengan seorang yang bergelar Kickdefella?
Zulkifli Nordin pun kita serang jika dah berpaling tadah, inikan pula Kickdefella. Lemah ke kita? Saya cuma minta kepada yg beriya sokong TGNA agar betul-betul sokong Tok Guru. Jangan hanya beriya sokong TGNA dalam hal-hal tertentu sahaja, seperti contoh, isu EGM. Walaupun TGNA boleh menerima EGM tiada selepas mendapat penerangan tepat dari kepimpinan yang lain. Tapi blogger yang sememang boleh digelar celaka tetap juga berdegil dengan pendirian mereka.
Bila tanya kenapa, mereka akan jawab ada segelintir pemimpin ajak masuk Umno, jadi kena bongkarkan. Tanya mana dapat bukti, mulalah mereka cakap, dari akhbar-akhbar arus perdana, blog-blog musuh dan sebagainya. Terkadang itu, mereka juga menggunakan ayat yang lebih berbisa, iaitu daripada ‘sumber-sumber yang boleh dipercayai’. Bila tanya tidak pula dibagitau.
Dalam hal Kickdefella, yang saya mahu tanya, kenapa blogger boleh berdiam diri dalam hal ini. Kickdefella telah menuduh TGNA sebagai pembohong. Tak nak komen apa-apa ke dengan kata-kata itu?Atau mungkin apa yang terbuku di hati saya ini betul-betul berlaku? Nauzubillah min zalik.
Bukan saya ajak bela TGNA itu bermakna TGNA itu maksum daripada kesalahan tapi hidup secara berjamaah telah mengajar saya bagaimana kita membela pemimpin kita yang belum didapati bersalah.
Seperti juga dalam kes Dato` Seri Anwar Ibrahim. Sdr. Anwar telah dituduh meliwat dan kita sebagai orang yang waras telah bertindak membelanya demi keadilan. Kita tidak biarkan Anwar bersendirian.
Atas dasar dia adalah pemimpin kita, maka kita perlu mempercayainya. Insya Allah, pemimpin kita tidak akan khianati kita dan perjuangan.
Mohon kemaafan jika ada terguris, jika tersilap tolong tunjukkan (kami budak baru). Tapi bukan bermakna kami tiada hak membela pemimpin kami dalam jamaah. Kami juga sayangkan jamaah.
Teladani Dr Na'im yang humble..
1 day ago
8 comments:
biasalah kalau tak rujuk fatwa maulana tulangbesi dulu, kalau maulana tb kata serang kenalah serang walaupun bukti tak ada, rukuk dan sujud bersama pas reform menjadi agenda utama. senyap sunyi tiada satu point membalas kerja kerja haram kickdefella, setelah timb.presiden dimalukan oleh ahli parti mahasiswa negara, tgna dijadikan punch bag baru untuk golongan pas musang ni.
setuju artikel ni
wanziarahsufi
tak tanya 1G ke? bukankah d blog dia bagai mendewakn TGNA
Wan ji ada tulis. Tp rasanya bukan tulisan membela, tetapi tulisan meminta penjelasan.
blogger celaka blom wat meeting lg kut. kat restoran arab dah xsesuai pasai PB dpt jejak dan snap pic mereka hahahaha
ps: kat restoran lain xde barbican ke huhu
aku heran lorr.. kalu bab2 pimpinan PAS.. semua nak cakap persepsi..
hehe..
tapi kalau bab UG dulu..
ada video Youtube yang.. dzulfikar mashoor interview Prof ABu hassan Abdullah.. takdela plak komen berantai.. hehehe..
padahal yang interview tu.. blogger sama yang mengaku anti-UG.. wakaka
dah mmg sifat mereka begitu SFH nok wat guane, selalu sgt minum barbican kut tu pasai mcm bebal jer hahaha
SFH, hidayah milik Allah..... Kalau takat tahu tp xdapat hidayah,jd lagu tu la jugak....
Post a Comment