Thursday, April 8, 2010

Mengenang Jiwa-Jiwa yang Melompat

Aku terkejut bila buka akhbar Utusan Malaysia pagi ini. Tak tahu lah sama ada kerja nak pedajal Najib atau memang bodoh politik, tiba-tiba berita Ezam pula yang didahulukan dan bukannya berita Najib berjanji setia dengan MIC. Kisahnya Ezam mohon maaf sebab membela DSAI 12 tahun lalu.

Alahai macam tak ada idea nak kempen saja Utusan ni!

Semua orang tahu Ezam tidak ada value bila berhadapan dengan pengundi. Contoh semasa siri PRK sebelum ini, kedatangannya tidak ada impak. Baik bawa bini baru Bung Mokhtar..

Bila bercakap pasal Ezam ni, aku memang susah nak baca apa yang ada dalam kepala dia.

Kali terakhir aku jumpa Ezam ialah awal tahun ini. Ketika itu Ezam yang tegur aku dan kami sempat makan bersama di Jalan Duta. Aku tak perasan sangat dia masa tu. Kalau dia tak tegur, memang aku tak perasan. Berisi dah dia la ni. Dulu zaman PKR kurus.

Peliknya semasa kami berbual, tak ada pula dia cuba mengutuk atau hentam bekas boss dia. Walaupun masa itu dia punya segala sebab untuk buat (ketika itu isu kalimah Allah sedang panas).

Oh ya, dia tak pernah tahu aku PAS.

Itu yang best bila duduk belakang tabir ni!

Dia banyak bernostalgia ketika zaman muda. Antaranya menceritakan bagaimana dia berpeluh berjalan kaki berbatu-batu hanya sebab nak dengar kuliah TGHH di Petaling Jaya kira-kira 20 tahun lalu. Puncanya tak tahu tempat kuliah di mana. Naik bas, main turun saja.

Kalau ikut aku, beli sajalah kaset!

Aku dapat kesan seolah-olah dia rindu untuk kembali ke zaman dulu. Seolah-olah apa yang dia ada hari ini bukan apa yang dia nak.

6 tahun lalu perkara sama berlaku kepada Ruslan Kassim. Bagaimana dia dan kawan-kawannya keluar dari PKR di ambang PRU 11. Dia dituduh dengan segala macam tuduhan, kena beli lah dsb.

Aku kenal keluarga Ruslan secara dekat. Ahli keluarganya sendiri memberitahu aku bahawa keluarnya Ruslan bukan kerana wang. Tapi kerana perjanjian dengan Pak Lah sebagai pertukaran membebaskan DS Anwar Ibrahim.

Kita pun tahu 2004 ialah tahun Anwar bebas.

Sesiapa pun rasanya akan percaya kalau lihat susahnya keluarga Ruslan ketika itu (sekarang tak tahulah. dah lama tak jumpa).

Mungkin lepas ni artikel ini akan jadi bukti Ali Zaidan fraksi Umno. Haha

Aku pendam untuk menulis artikel ini dah lama. Biarlah aku jelaskan, punca artikel ini ditulis ialah agar kita tak terlalu galak melempar apa-apa tuduhan kepada mana-mana MP lompat. Jangan terburu-buru mengatakan orang ini dibeli, orang itu dibeli. Aku kurang senang dengan gaya politik begini.

Kalau kita bernasib baik, kita betul dan terlepas dosa. Kalau tidak betul? Ada risiko api neraka jilat tubuh kita.

Contoh baru-baru ini disebut oleh Batu api, bahawa Mohsin Fadzil itu ahli Pas seumur hidup (dah jadi bekas la kan sebab bertanding tiket PKR). Dan memang kita perlu tahu PKR ada masalah di kawasan Mohsin.

Itik sekati memang tak sesuai dengan itik air. Kata Batu api lah.

Mengenali cara PKR berpolitik juga menyebabkan hati aku kuat merasakan Zahrain tidak dibeli. Tapi taktik DSAI sendiri. Buktinya Zahrain ialah orang yang 'menghuru harakan' hubungan antara ahli parlimen BN hingga berulang kali ada antaranya yang menafikan mereka akan melompat.

Malahan tindakan Zahrain itu sebenarnya 'membersihkan' Anwar dari fitnah 16 September.

Betul atau tidak dah jadi no 2. Sebab bila 'Anwar kata', benda tak ada pun kita rasa ada! Itu kelebihan Anwar yang tidak ada pada ahli politik lain.

Orang yang terlibat dengan PRK Lunas 2000 mesti setuju dengan aku... Kan?

Tetapi tidaklah bermakna mereka tak berkemungkinan dibeli! Yang ADUN melompat di Perak tu kes lainlah. Itu terang-terang menjahanamkan kerajaan rakyat. Siap main 'hide and seek' lagi.

Sebab itu cara menangani mereka-mereka yang melompat ini bukanlah dengan label melabel. Gelar menggelar. Itu taktik UMNO. Kalau PKR nak buat, biar PKR buat, jangan kita terikut. Kita jawab sahaja hujah mereka. Matikan hujah mereka dengan hujah.

Aku lihat dua tok guru pun begitu.

Ni pandangan aku kalau kita benar-benar ada hajat untuk secure undi atas pagar. Orang la ni bukan macam zaman tok danok dulu.

Mungkin PRK Hulu Selangor boleh jadi permulaan kita berpolitik secara matang.

Bagi aku lah.......

9 comments:

Anonymous said...

Mane bleh naif camtu syeikh....

Ali Zaidan said...

Lebih baik naif daripada salah tuduh.

Kita ambil jalan selamatlah. Jawab tetap jawab. :)

BatuApi @ FireStone said...

Satu maklumat saya nak kongsi, sebelum Ezam masuk UMNO dia ada SMS kepada seorang pimpinan tertinggi PAS tentang hajatnya.

Aku berkata dalam hati kenapa dia tak masuk PAS? Pilih UMNO setelah dia tak setuju dengan Anwar.

Kawan aku kata kepada pimpinan tertinggi itu. Nanti orang akan guna hujah menentang dia kerana dia semacam mengiyakan Ezam nak masuk UMNO. Tak terjawab.

Intipatinya Ezam masih respek kepada PAS, tapi ada sebab-sebab tertentu dia tak nak join PAS. Itu kena study!

Bertepatan dengan saudara tulis di sini.

kk said...

maknanya nuar berahim sengaja menghantar ezam dan segala bala tentera nuar berahim berhijrah beramai ramai masuk ke dalam umno, untuk menyenangkan kerja kerja menakluk putrajaya dari dalam, tapi apakah pas bersedia menerima cara ini? apakah islam selamat dengan cara ini. tb tak ada maklumat ke tentang hal ini, biasanya dia ada maklumat heehe

Anonymous said...

Apa yang ana dgr, dia tanya berapa org pimpinan PAS mintak nasihat, ada yg bagitahu kalau nak lawan anwar masuklah Umno. Mungkin sebabnya nak lawan anwar. Org anwar pulak ramai dalam PAS.

kapt_shiqaqi said...

mcm mana pulak org umno yg join pas spt kamarudin jaafar? jeng2 hahaha

Anonymous said...

Dlm kepale otak TB skrg pada waktu nih..

"Macamamana aku nak wat citer ezam ni ader komplot ngn gengperpaduang...penin2"

" aiseymen tabung mayBank aku tak penuh lg nih, camno nak cover duit yuran PAS yg da 30 tahun tak bayar tuh.( TB join pas 30 tahun da..)"

"Cilako alizaidan, sbb ko aku xbole buat KHABAR ANGIN DA..seme da tau temberang aku, tensen2 layan barbican kat kedai arab japla..bole jupe zainulfuckurp cari idea baru he.."

" Xder modalla..citer UMNO singapore gaduh pun layan jerla, pasni nak wat citer UMNO kat PapuaNewGuinea gaduh plak"

Itulah alkisah..TB seorang penulis blog picisan..

FFF said...

lebih kurang mcm tu la kk, aku ade dgr teori politik yg mgkn ingin di gerakkn oleh anwar berahim dr member aku, mmg complicated dan perjlnnnye bukan pendek...

Ali Zaidan said...

Kalau betul2 nak kenal cara DSAI dan penyokongnya berstrategi, kena tanya betul2 orang yang terlibat secara terus dalam PRK Lunas 2000 atau masa dia bertanding jawatan TP Umno dulu.

Nak cerita open kat sini tak bolehlah. Itu rahsia pkr.