Tuesday, May 18, 2010

Judi Bola Batal Saat Akhir?

Aku sebenarnya hairan bila ramai sangat orang bantah judi bola. Sampai kenyataan Tamrin anak Ghafar Baba bantah kelulusan judi bola itu boleh masuk TV3. Hairan bukan bermakna aku setuju. Hairan sebab selama ini judi memang dah lama bersepah dalam Malaysia. Tapi tiba-tiba macam baru hari ini masing-masing jadi 'orang beriman'.

Aku pernah tengok di Gombak, Melayu buat muka malu-malu kucing keluar kedai judi. Jangan la cakap pasal Genting. Michael Backman tulis dalam buku dia tentang Asia's Great Casino Invasion. Dia sebut Genting tu the biggest of them all. Macau, kota judi untuk rakyat China dan Hong Kong. Kalau kita gabung semua casino di situ, masih tak dapat tandingi Genting. Mesin slot judi saja dah ada lebih 3000. Dah tu? Apasal bising?

Memang melayu tak boleh masuk casino Genting. Tapi itu atas paper. Kalau unjuk paper yang ada gambar Agong Pertama tu kat dia, boleh jugak masuk!

Mau tak boleh masuk. Yang buat Genting tu semua orang tahu, orang melayu jugak. Nama Noah Omar. Bukan Noah Omar menteri tembam tu. Dak... Noah Omar ni bapak mertua Tun Razak. Dan bapak mertua Tun Hussein. Bapak kepada Tun Rahah. Senang cakap dia tu datuk kepada Najib dan Hishamuddin.

Dah nak hairan buat apa? Bukan kita tak tau. Kita tau. Dari dulu lagi rakyat Malaysia dah tau. Keturunan judi. Tapi kenapa bila masuk bab judi bola baru masing2 dalam UMNO ni nak bantah?

Tahun 2002 dulu, takkan tak ingat?. Mahathir sendiri buka First World Hotel dekat Genting. Masa tu kira2 hotel paling besar la dalam dunia. Ada dalam 6300 bilik.

Keturunan judi dan Perestu judi. Nak hairan buat apa? Tapi kenapa hari ni baru nak hairan? Baru nak marah? Baru nak bising?


Ini zaman Najib. Bukan zaman Pak Lah. Itu zaman keterbukaan (walaupun tak terbuka mana). Zaman Najib zaman tertutup. Zaman diktator. Zaman legasi Mahathir.

Tapi walaupun tertutup, suara2 membantah judi bola ini tetap boleh tembus. Tetap boleh on air. Kenapa? Bagaimana satu benda sensitif boleh terlepas kepada rakyat dan kemudian boleh memesongkan undi Melayu dari BN?.

Aku berkeyakinan bahawa ini cuma satu taktik. Dalam isu ini, Awang Adek yang dikambing hitamkan. Bukan Najib. Sebab Awang Adek ialah orang yang bercakap lebat pasal kelulusan judi bola walaupun orang tahu judi bola takkan boleh lulus kalau Najib geleng.

Kemungkinan besar lesen judi bola ini akan ditarik balik. Kemudian Najib akan sebut, kerajaan 1malaysia prihatin kepada rayuan rakyat. Kerajaan 1malaysia bukan diktator. Kerajaan 1malaysia rendah diri dan tidak angkuh.

Imej Najib naik. Imej Awang Adek terkorban.

Aku rasa la...

Sunday, May 16, 2010

Jahat Betul Penembak Babi!!

Dahulu masa aku belajar psikologi, sempat juga aku belajar beberapa term. Contohnya unfinished business. Orang yang ada gejala ini urusannya sentiasa tak selesai walaupun sebenarnya selesai. Jadi dia akan cakap berulang-ulang benda sam. Contohnya Wan Ji. Tak sudah-sudah zikir UG. Ha, unfinished business la tu.

Kemudian ada term mental disorder. Bahasa Tamilnya 'kecelaruan mental'. Otak nak rosak la senang cakap. Orang yang ada 'penyakit' ini senang cakap tak reti nak susun otak dia. Serabut dan tak tersusun. Gejala awal sebelum jatuh gila. Contoh la, sayang Khalid Samad, bela Khalid Samad tapi marah pemimpin PAS lain bila jumpa pemimpin UMNO. Padahal Khalid Samad antara ahli rombongan yang berjumpa juga!

Bukan dia tak tahu Khalid Samad jumpa, dia tahu. Tahu sangat. Tapi ya lah, mental disorder. Nak kata apa? Takkan nak terajang orang macam ni? Zalim la.

Last sekali aku nak perkenalkan term obsessive compulsive disorder. Orang yang ada gejala macam ni sangat fanatik terhadap sesuatu benda. Dia obses. Dalam otak dia tu, kalau tak buat perkara yang dia obses tu, hidup dia macam tak sempurna. Macam kosong. Macam tak ada hala tuju. Biarlah benda tu berdosa, tak ada faedah, meruntuhkan jemaah pun. Dak, dia tak peduli. Dia mesti buat. Itu obsessive.

Compulsive pulak ialah tindakan yang terhasil daripada pemikiran obsessive itu tadi. Contoh, kalau dalam pemikiran obsessive dia tadi tu, dia kata "I menchi la Harun Din neh awww", maka dia akan kutuk TGHD dalam apa juga tindakan. Semua tindakan TGHD akan jadi tak betul. Walaupun benda itu benda khilaf. Sebab tu sampai sekarang masih ada mangkuk hayun yang cuba melagakan TGHD dengan TGNA dalam isu kalimah Allah walhal Imam As Suyuti dah sebut dalam ijtihad tiada yang benar dan salah, yang ada hanya benar dan paling benar. Tak puas hati jangan marah aku, pegi bakar terus kubur dia.

Begitu jugak bila TGHD tak cakap dalam akhbar dalam isu judi bola. Terus timbulkan persoalan TGHD sokong judi bola. Takkan tak cakap dalam surat khabar terus nak dikata sokong? Buku dia yang menimbun sentuh pasal haramnya judi itu tak ada nilai ke?

Tapi orang yang ada gejala obsessive compulsive disorder ni tak peduli semua tu. Asal boleh jolok dia jolok. Asal boleh bedal dia bedal. Nak buat macammana, orang tengah sakit. Takkan nak terajang? Zalim la.

Ada satu term lain. Mental Retardation. Tapi kalau aku tulis rasa macam jahat sangat pulak. Haha.

Orang macam ni kita tak boleh marah geng. Orang macam ni kita kena peluk. Kita kena sayang. Kita kena uli kepala dia. Kita kena urut2 belakang dia. Kita kena usap perut dia. Kita kena mandikan dia dengan air kolah 7 masjid. Bidaah pun bidaah la. 'Anak Pak Wahab' nak marah, marah la. Dah orang tengah sakit. Jangan jadi macam Penembak Babi. Marah 2 pesakit ini. Ada pulak marah orang tengah sakit?. Jahat betul Penembak Babi!!

Eh, budak psikologi kalau salah term tu jangan marah. Tu benda 10 tahun dulu aku belajar. Haha..

Thursday, May 13, 2010

Ali Zaidan masuk Kosmo!

Ha, ingat Seluar Dalam saja boleh masuk Malaysiakini?. Ali Zaidan pun dah masuk suratkhabar. Tapi Kosmolah. Betullah dakwaan Seluar Dalam yang Ali Zaidan ni puak 'fraksi' UMNO!. Hah hah..


Ajaib, kanak-kanak 8 tahun terselamat

TRIPOLI, Libya - Seorang kanak-kanak lelaki dari Belanda berusia lapan tahun merupakan satu-satunya penumpang yang terselamat apabila pesawat Airbus milik syarikat Afriqiyah Airways terhempas semasa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tripoli dengan menyebabkan 96 orang terbunuh semalam.

Mengulas mengenai budak lelaki itu yang kini dirawat di sebuah hospital, Menteri Pengangkutan Libya, Ali Zaidan berkata: "Nyawanya tidak berada dalam keadaan bahaya."

Gambar yang disiarkan oleh stesen televisyen menunjukkan budak itu masih sedar dan bernafas dengan alat bantuan pernafasan.

Budak itu dilaporkan menjalani pembedahan ekoran tulangnya yang patah.

Pesawat A330-200 yang berlepas dari Johannesburg, Afrika Selatan itu membawa 105 penumpang dengan 11 krew.

Ia dalam perjalanan ke Brussels, Belgium sebelum berhenti seketika di Libya untuk mengisi minyak pada pukul enam pagi waktu tempatan.

Stesen televisyen Libya menunjukkan sebuah kawasan lapang yang dipenuhi dengan serpihan pesawat manakala pasukan polis dan penyelamat yang memakai topeng keselamatan membawa mayat-mayat keluar dari lokasi kejadian.

Pemerintah Libya menolak punca nahas disebabkan perbuatan pengganas. - Agensi

Saturday, May 8, 2010

Rahman Talib Penyambung Lidah Kickdefella?

Aku tertarik dengan satu artikel Rahman Talib Seluar Dalam, berjudul 2008:Husam Usaha Lemahkan Pak Lah Tapi Terengganu Masih Kalah. Artikel ini dikeluarkan ketika isu dana RM4 juta yang dikaitkan dengan Husam masih panas walaupun Husam keras menafikan. Anda perlu klik untuk baca.

Tetapi Seluar Dalam macam dah jadi penyambung lidah Kickdefella. Nampaknya teori main wayang antara kedua mangkuk ini yang dicetuskan oleh blogger Batu Api satu ketika dulu (lupa artikel mana) ada asasnya. Dah terang-terang Husam kata "PAS tidak pernah memburukkan Pak Lah sewaktu berkempen", si Seluar Dalam ini boleh pulak menulis Husam berusaha lemahkan Pak Lah; seolah-olah membenarkan tuduhan Kickdefella.

Semua orang tahu, usaha memburukkan imej Pak Lah ialah usaha blogger termasuk media Tranungkite yang menjadi medium kepada blogger2 yang sekian ramai ini. Medium inilah yang dikata 'sarang blogger pondan' oleh Seluar Dalam.

Kemudian cuba pula mempertikaikan kekalahan PAS Terengganu pada 2008 untuk dibandingkan dengan kelantan . Inilah blogger bodoh yang baru nak bertatih tapi dan cuba bawa kereta. Tengoklah fakta!

Keputusan 2008 di Kelantan dan Terengganu sebenarnya hampir sama dengan keputusan PRU 1995. Tahun 1995, PAS (dan gabungan) menang 36 kerusi di Kelantan dan 8 kerusi DUN di Terengganu. Tahun 2008, menang 37 kerusi di Kelantan dan 8 kerusi di Terengganu. Anda boleh buat semakan di sini, takut salah kira!

Jadi sebenarnya tak berbeza pun! Tapi ketika itu (1995) ada ke orang bodoh yang menjerit salahkan PAS Terengganu sebab kalah?

Takkan tak baca fakta, Melayu tidak berubah sangat tahun 2008. Itupun undi popular meningkat dengan kadar yang baik. Takkan ini tak mahu diambil kira!

Sejak bila kalah menang jadi ukuran utama prestasi? Hanya blogger bodoh yang tak ada tarbiyah yang faham begitu.

Pembohongan Seluar Dalam ini makin keterlaluan bila menuduh PAS Terengganu mewujudkan blogger untuk menyerang dia. Perasan hebat ke apa kau ni?! Buktikan atau kurang-kurang bersumpah membenarkan tuduhan itu, kerana aku sendiri bersedia bersumpah laknat menafikan apa-apa kaitan blog ini dengan mana-mana pimpinan. Jangan buat fitnah kepada orang yang tiada kaitan. Takat mengembek macam kambing baik tak payah!

Sumpahlah. Jangan berlagak macam khunsa! Kalau betul Pas Terengganu yang wujudkan blog ini, bagi bukti pasal aku nak guna untuk claim pitis dari Ustaz Harun!

Fitnah tak habis-habis kau ni Seluar Dalam! Bajet neraka tu sejuk ke?

Sama juga dengan kesalahan fakta yang dibawa oleh Seluar Dalam ini. Seperti "dikala imej Pak Lah lemah, ditambah dengan perpecahan UMNO Terengganu yang parah, ". Sedangkan faktanya UMNO Terengganu tidak berpecah manapun sebelum PRU, hanya berpecah selepas pemilihan Dato Ahmad sebagai MB. Duduk Indon kemudian main bantai cerita ikut sedap mulut. Maskulinlah sangat Seluar Dalam ni...

Begitu juga tuduhan-tuduhan tanpa bukti kononnya PAS Terengganu mengacau PAS Pusat. Apa yang kacau? Sebab ramai orang PAS Terengganu dalam AJK Pusat? Habis tak nak kata PAS Kelantan kuasai Majlis Syura? Bodoh kau ni Seluar Dalam. Kalau mereka layak, tak kira ceruk mana pun, akan terpilih juga. Kau saja yang otak kenegerian.

Tengah orang lain sibuk PRK Sibu, Seluar Dalam sibuk hentam pemimpin! Sayang parti lah sangat...

Yang lain aku tak mau komenlah. Terutama libatkan Dr Samsuri dan Dr Khazani. Isu ini dah dijawab lama oleh Blogger Tulang. Dasar blogger lemah otak kiri, ulang cerita basi!

Friday, May 7, 2010

Derhakakah Zaid Ibrahim?

Tengahhari tadi sempat solat Jumaat awal. Biasanya khutbah kedua baru aku terhegeh-hegeh nak sampai masjid. Dan biasanya aku tak pernah 'dengar' pun isi khutbah. Melainkan kalau bukan khutbah baca skrip, maka mata aku akan segar.

Tapi hari ini khutbah Jumaat agak menarik. Isinya menyentuh tentang institusi raja. Menhentam golongan yang cuba mempertikai titah diraja. Rasanya, isi khutbah tertuju kepada batang tubuh Datuk Zaid Ibrahim yang mengatakan titah Sultan Selangor bersifat nasihat dan bukan decree.

Eh, kalau macam tu bukankah secara automatik khutbah tadi dah jadi ceramah politik? Haha

Secara mudah aku bersetuju bahawa raja ialah satu institusi yang perlu dihormati dan ditaati selagi mana tidak bercanggah dengan syariat. Aku pernah menggunakan hujah Sultan ialah Ulil Amri apabila seorang 'anak Pak Wahab' (anak murid Rasul Dahri) berhujah PAS ialah bughah kerana cuba menjatuhkan pentadbiran kerajaan BN melalui PRU. Jawapan aku ketika itu mudah, Kabinet ialah wakil eksekutif sahaja kepada YDPA melalui Perkara 38 (kalau tak silap), dan YDPA sebagai pemerintah sebenar (ulil amri) membenarkan pertukaran kerajaan secara demokrasi, jadi tidak timbul PAS itu bughah.

'Anak Pak Wahab' itu tak balas..

Pernah sekali juga aku berbahas dengan alumni Universiti di Jordan yang kini bersama UMNO ketika kami diskusi bersama di Bangi. Ustaz UMNO ini mengatakan ketaatan perlu dicurahkan kepada PM walaupun sebagai wakil kerana dia ialah ulil amri. Aku bahaskan kembali bahawa term Ulil Amri itu sendiri ada 4 pecahan di kalangan ulamak. Antaranya ialah pemimpin yang bertaraf mujtahid. Dan kalau tanya Imam Ahmad, hafal hadis 200 000 belum boleh dikira mujtahid mutlak. Dan aku tak fikir Najib Razak ada hafal 20 hadis. Kalau Rosmah aku tak tau. Nampak rambut dia macam alim! Haha

Dan Ustaz UMNO itu pun tak balas...

Dan kalau kita buka Kifayatul Akhyar (aku dah lupa jilid berapa. Mungkin Wan Ji tau), disebut bahawa kalau lawan kerajaan zalim dan tak buat hukum Islam, maka tak dikira bughah. Malah ada restu oleh Imam Abu Hanifah kepada pemberontakan melawan Khalifah Mansur dahulu.

Tetapi bila kita sebut tentang ketaatan, tidaklah bermakna setiap perintah raja atau sultan itu tak berhak untuk dipersoal. Aku rasa UMNo lebih berpengalaman sebab mereka pernah pertikai tindakan almarhum Sultan Perak dulu yang tak mau iktiraf perlantikan ayah Tajol Rosli sebagai MB Perak. Tanya Wak Al-Banjari dia lagi tahu kot pasal dia otai besar kat Perak nu.

Dan dalam banyak riwayat (peristiwa Perang Uhud contohnya), para sahabat tak bersetuju dengan pendapat Nabi dan memilih untuk berperang di luar. Takkanlah Raja lagi besar dari Nabi?. Aku rasa para Sultan pun tak setuju dibuat macam tu.

Kita bukan negara feudal. Setiap kata-kata Raja ialah undang-undang. Kita negara raja berperlembagaan. Dan konsep negara ini yang kita pegang. Kita boleh persoal dan perbahas tapi bukan bertindak biadab menaikkan kain rentang memanggil raja dengan gelaran 'Natang'.

UMNO lebih tahu....

Secara peribadi, hujah Datuk Zaid semata-mata berasaskan perlembagaan dan undang-undang. Tak lebih dari itu. Maka kalau Zaid mahu dilucutkan gelaran Datuk, perlembagaan yang membenarkan tulisan Zaid pun perlu dilucutkan dari dasar negara.

UMNO kena tahu beza antara fakta dan kebenaran. Ini entiti yang berbeza.

Kena faham beza antara politik kepartian dan politik. Ini pun entiti berbeza.

Tapi UMNO mungkin otak kiri dia lemah. Jadi analisis logik tak ada. Depa ingat semua benda sama.

Yang tak boleh politik kepartian, bukan politik. Politik satu juzuk dalam Islam. Bukan boleh pisah-pisah. Khutbah tadi pun terang-terang sentuh bab politik umum. Takkan nak kata langgar perintah Raja pulak!

Kesimpulan mudah. UMNo buta perlembagaan. Bila bodoh, mainkan sentimen Melayu. Kemudian berdemo. Tunjuk isyarat lucah. Macam kat bawah.



Tak habis-habis kerja bodoh.

Awang Adek, halalkan juga Porn!

Saya sebagai rakyat Malaysia yang miang memohon kepada Datuk Awang Adek bagi memberikan lesen penjualan filem-filem lucah ke pasaran Malaysia. Permohonan saya ini berasaskan beberapa hujah:

1. Jika sekiranya filem lucah diharamkan sekalipun, saya masih dan tetap akan dapat membelinya secara mudah (Petaling Street contohnya!) atau mendownloadnya di internet. Jesteru itu sepertimana judi Piala Dunia, larangan kerajaan tidak akan berkesan kerana ia tetap dan akan terus berlaku.

2. Dengan pemberian lesen jualan filem lucah, kerajaan masih boleh mengawalnya dan mengetahui pendapatan jualan filem lucah tersebut. Selain itu, sekiranya lesen ini diluluskan, kerajaan juga akan dapat mengawal aktivit penjualannya dan sekaligus dapat memungut hasil yang boleh digunakan untuk pembangunan dan kempen keselamatan seks (Pemberian kondom percuma kepada golongan kurang mampu). Sama seperti judi Piala Dunia.

3. Selain itu, kita juga perlu bersaing dengan Singapura yang sudahpun membenarkan industri pelacuran berlesen untuk beroperasi tanpa gangguan. Tambahan pula, tindakan kerajaan Thailand mengharamkan terus industri ini memberikan satu ruang yang luas kepada Malaysia untuk mengambil alih peranan Thailand sebagai hub industri pelacuran dan filem lucah antarabangsa.

4. Selain itu, aktiviti filem lucah tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram. Sama seperti judi Piala Dunia. Ini sudah tentu merugikan negara.

5. Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan BN perlu memberikan perhatian serius dan pertimbangan yang wajar terhadap permohonan kami ini. Setiap langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah jualan filem lucah tanpa lesen termasuk membenarkan jualan filem porno ini dilaksanakan melalui perlesenan yang sah dan halal. Sama seperti judi Piala Dunia.

Sekian.

Lelaki Gatal.

Thursday, May 6, 2010

Ali Zaidan Blogger Pondan

Awal pagi sempat buka blog KayuKelat, nampak gaya serangan Seluar Dalam kepada kami yang digelar 'blogger pondan' ini bermula. Aku cuba cari di blog Seluar dalam untuk bacaan lebih lanjut, tapi tak ada. Rupanya, ikut penjelasan KetamBatu (PWM TKO), artikel itu hanya ada di blog Poji (Perisik-Rakyat).

Pelik pulak. Awatnya tak berani letak dekat blog sendiri? Aku mula syak, ini macam 'bantuan luar' kepada Kickdefella supaya kami sibuk dengan artikel dia dan tak cuba serang Kick lagi.

Oleh itu, aku cuba jawab sikit. Ambil syarat. Panjang2 pun, dah ada tulisan dari blogger lain macam Kayu Kelat dan FFF. Batu Api siap buat artikel bersiri. Haha

1. Isu identiti ni memang dah jadi modal lama Seluar Dalam untuk lawan blog-blog yang cuba mempertahankan pemimpin yang dia serang. Dah tak ada idea lawan hujah, itu sajalah point yang tinggal.

Sebenarnya identiti ini tak perlu jadi isu besar. Seluar Dalam pernah bawa tuduhan bahawa aku ialah Meor PA Us Nasha. Jadi, kalau dah yakin sangat aku Meor PA Us Nasha, buat apa susah hati nak tahu aku siapa lagi?

Aku sebut dan dah bagi cabaran, kalau benar2 nak tahu identiti diri aku yang sebenar, aku sedia dedah. Tak ada hal. Syaratnya, sumpah dahulu aku ialah Meor atas dasar kebertanggungjawaban terhadap maklumat. Aku muatkan cabaran ini dalam satu artikel blog. Sampai sekarang tak berani.

Kalau 'blogger pondan' cabar pun si Seluar Dalam tak mampu jawab, nampak gaya elok dipanggil Khunsa!

Yang peliknya, gelaran pondan kerana tak mahu dedah identiti ni hanya ditekan kepada kami. Blogger2 sehaluan dengan Seluar Dalam yang tak tahu mana asal usulnya macam Xenan dan Reformis Jalanan, tak pula dipanggil gelaran sama. Nampak gaya, Seluar Dalam dah jadi macam UMNO. Buat pendakwaan terpilih!

Bila sebut pasal identiti, aku teringat kata-kata Imam Ali kwj. Baginda sebut Unzur Ma qala, Wala tanzur man qala. Tanya Wan Ji, betul ke idak. Maksud dia, lihat apa yang dikata bukan siapa yang berkata.

Nah, takkan nak kata Ali kwj pembela pondan pulak!

2. Bila sebut pasal TKO, aku terkesan sikit. Nak serang aku seranglah, kenapa serang TKO pula. TKO ni wadah terbuka. Yang hentam pimpinan PAS pun kadang-kadang aku nampak keluar juga. Pernah sekali artikel 'anak Pak wahab' boleh keluar di laman TKO, sampai mencetuskan kegusaran sebahagian Moderator Borak Agama. Begitulah keterbukaan TKO.

Macammana pulak aku tahu?. Ah, aku TKO jugak, kenal Greenboc dan AdukaTaruna pun kat situla, sampai siap chatting2 macam orang bercinta dulu!. Hahaha

Kalau nak pertikai kelulusan artikel Batu Api dan aku contohnya bagi membuktikan kepondanan TKO, rasanya Seluar Dalam kena mengira balik. Kerap kali aku lihat artikel blogger yang sehati dengan Seluar Dalam (cth: Al Husseyn dan Wan Fauzdin) pun keluar di laman TKO. Takkan tak boleh pakai ilmu logik Seluar Dalam ooi!

Aku tak pernah hantar artikel blog ini ke laman TKO. Artikel blog aku yang lain, ada. Dulu. Blog itu aku pendamkan sekarang, sebahagian strategi berundur dan serang untuk hapuskan anai-anai. Pernah dijelaskan oleh Songkok Putih juga bila dipersoalkan seorang forumer. Aku tak ingat artikel mana.

Puncanya mudah, artikel aku dalam blog ini kadang2 terlalu emosi. Kadang2 terlalu bernafsu. Kadang2 terlalu jahat dan ada dendam. Kadang2 tak dimulakan dengan wudhu'. Kalau aku hantar, konfem lulus punya. Bila lulus, aku takut artikel itu akan jadi bebanan untuk TKO. Itu punca aku tak hantar walaupun aku nak. Akaun aku di TKO aktif lagi.

Jadi biar saja di sini. Andai kata bermanfaat mengikut pertimbangan WM dan PWM atau mana2 blog, ambil saja dan letak link sebagai tanda amanah. Cukup!

Rahman Talib kalau tak reti lagi, bolehlah sumbat seluar dalam dalam mulut! Duk diam-diam, main guli.