Tuesday, April 20, 2010

Bergelut di Hulu Selangor

Sekadar nak bercerita sikit tentang Hulu Selangor. Aku tak bercadang nak menulis sebenarnya tapi kali ini terpaksa. Harap-harap selepas baca artikel ini adalah dua-tiga hati yang tergerak untuk berhenti membesarkan punggung dan turun tolong kami juga di sini.

Antara 3 parti komponen Pakatan Rakyat, PAS sebenarnya diberi satu tugas yang paling berat. Ini hakikat. Kami diserahkan DUN Hulu Bernam yang mana sejarah 2008 mencatatkan kita hanya memegang 35% undi penduduk di sini.

Dan kawasan yang paling hitam; area Felda, diberikan kepada PAS Terengganu. Nasib baik aku tak kena. Bapak hitam kawasan tu. Macammana mereka buat itu kena tanya FFF. Dia jaga kawasan tu. Aku agak gusar juga, takut2 kalau undi di situ tak berubah, maka 'UG' akan dijadikan kambing hitam. Bukan kita tak kenal perangai sebahagian 'kawan-kawan' kita ni!

Pemuda PAS Selangor pulak berkempen di kawasan kampung-kampung Melayu. Berkumpul di markas, terima arahan, turun dan bergerak rumah ke rumah. Dan masa bergerak tu, macam-macam insidenlah yang berlaku.

Stended la, macam tak pernah turun pulak!

Nampak macam senang, tapi kampung Melayu pun banyak karat keris juga. Cuma tak adalah karat macam Felda. Banyak kereneh yang petugas kena hadapi dengan penuh sabar.

Secara peribadi bagi aku, petugas tidak pernah dan tidak akan cukup.

Kenapa?

Pada peringkat awal kempen, Datuk Zaid sebenarnya ada peluang yang sangat cerah. Culaan menunjukkan undi Melayu dan Cina bersama PKR. Kita pegang kira-kira 60% undi Melayu dan 75% undi Cina. Ada kemungkinan undi protes yang sangat besar dari penyokong UMNO. Kita hanya kalah tipis undi India.

Tapi itu ketika peringkat awal culaan, sebelum isu Dr Halili timbul, sebelum Santa Claus turun dari Putrajaya bagi hadiah krismas untuk orang di sini.

Selepas isu Dr Halili keluar PKR timbul, jentera sudah ada yang goyah. Petugas PAS tidak ada jawapan kuat sebab isu ini terlalu baru. Yang duduk rileks menulis kata "Baguslah Dr Halili keluar, kurang lagi katak dalam PKR", baik berhenti menulis sebab isu ini memang ADA DAMAGE dan menyusahkan hidup aku dan kawan-kawan. Apa ingat orang kampung terima ke hujah macam tu?

Kena ingat, Dr Halili ada pengaruh yang kuat dalam PKR di sini. Jadi tolong faham dan kalau sesiapa ada info untuk serangan balas, tolong bagi maklumat dan cadangan. Terima kasih.

Kawan-kawan dari PKR terutamanya, tolonglah turun sebab walaupun kawasan yang PAS kendalikan paling hitam, tapi kawasan kamu yang paling bermasalah (bagi aku). DAP boleh handle kawasan dia inshaAllah. Undi Cina nampaknya tak berubah sangat.

Dengarlah kawan-kawan bahawa situasi ini telah menukarkan kedudukan kita dari menyerang kepada bertahan. Dan aku secara peribadi sangat-sangat bimbang dengan keadaaan begini. Tak sebelahi kita. Harap-harap ada strategi baru dari atasan untuk tukar keadaan.

Itu belum di tambah dengan kerenah SPR...

Dan untuk itu, tenaga-tenaga yang fresh sangat-sangat diperlukan. Tenaga lama ada yang perlu diganti. Bukan semua sukarelawan boleh berkampung sepanjang tempoh berkempen di sini.

Kalau tak boleh menguruskan punggung dengan turun ke sini, maka cuba kuruskan poket. Tak banyak. RM 1 cukuplah. Sumbangkan kepada:

Mayban2U : 1580 1518 1410
Nama pemegang akaun : Puan Hamidah binti Ramli
(ibu kepada blogger Anaz (Dugong Darat))

Bukan untuk aku pun, untuk Dana Blogger Pakatan Rakyat. Blog ini dapat purata kira-kira 500 kunjungan dan 200 pengunjung setia (Returning Visitors) sehari. Kalau tulisan ini dapat kumpulkan RM200 untuk dana, maka aku anggap satu kejayaan besar.

Tapi kalau gaji kecik, hidup kais pagi makan pagi, tak apalah. Doalah untuk kami. Itu senjata mukmin.

Rabbana Afrigh 'Alayna Sobron Wathabbit Aqdaamana Wansurna 'Alal Qaumil Kaafiriin.

Wahai Tuhan kami, ampunkan dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau-lampau dalam urusan kami serta tolonglah kami mencapai kemenangan menghadapi kaum yang ingkar.

Ameen

Layari FreeZoneTerengganu untuk update PRK HS. Rajin dia ni. Siang berkempen, malam update blog. Aku biasanya terlentang je kalau malam-malam ni. Heh heh....

16 comments:

Muazan Mohsein said...

Amiin.

Maaf bang. Saya pun tengah bergelut nak minta cuti. Satu dua hari lagi baru boleh turun.

Anonymous said...

ngabehkan boreh aje... kerajaan yang ada ni pun dah memberi limpahan nikmat berbanding negara lain.. podah lu... otak tarak fikir.

Happy said...

lg byk nikmat berbanding zimbabwe ke anon?...wakakaka...lu elok duk myanmar r anon...wakaka...takut kalah ke anon?....wakakaka.....takut kalah beli la undi byk2 anon...wakakaka.....otak letak kat lutut la anon...wakakaka....

FZT said...

terima kasih alizaidan kerana menulis bagi pihak pas terengganu, bukan kerana rajin ali, ini amanah yang perlu dipikul, menulis blog tu saja bukan perintah just meluahkan isihati apa yg dilalui sehari hari.kalau tak best apa duk terlentang hehhhe, inilah saja bakti hasil didikan tarbiyah rusila, kubang lembik dan seberang takir yang dikutuk siang malam oleh adukatarakguna. aku cukup cukup sedih situasi skrg, sbb tu aku naik ke genting jap ambik angin sejuk bukit, lgpun tugas aku dah selesai tapi aku extend kot, kasihan tengok saudara seperjuangan yg terkial kial, mungkin angin bukit tinggi dpt meredakan ketengagan. doakan kami alizaidan dan pembaca blog ini

Anonymous said...

kita tengok prk ini.. kalau Pakatan menang tuhan memang telah turunkan bala pada BN tapi kalau pakatan kalah nak kata apa... Tuhan hanya menguji... tak kan ulamak2 dalam PAS yang ramai tu .. satu doanya tak makbul kut.. doa yang bukan ulamak dalam BN makbul pulak.. Jangan terlampau taksub.. panjatkan kesyukuran ke atas kurniaan tuhan pada kita..

Anonymous said...

"Rabbana Afrigh 'Alayna Sobron Wathabbit Aqdaamana Wansurna 'Alal Qaumil Kaafiriin.


Wahai Tuhan kami, ampunkan dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau-lampau dalam urusan kami serta tolonglah kami mencapai kemenangan menghadapi kaum yang ingkar."

Ianya tak salah..tapi biasanya trjemahannya ialah "org2 kapir"..

Mungkin terjemahan "org2 kapir" tu sensitif kut, takut tak dapat undi org kapir.

mmmmm

Anonymous said...

Dude, lu kaji al maidah ayat 44 sebelum lu nak sembang pasal maksud kafir k.

Btw, amiiinnnn...

Anonymous said...

kafir dan ingkar tu sama la maksud.

bung said...

aku mula2 mmg takde plan nak turun
tpi bila lama2 tgk setan celaka umnoapco tu makin melampau

nampak gaya aku turun gak

siap la korang umno setan celaka

budak2 yg aku bawak ni tak makan ugut la
setakat baling2 botol tu apa barang

siap la lu umno setan

Anonymous said...

Syabas diucapkan kpd AliZaidan dan para penggerak jentera PR terutamanya jentera PAS. Mmg aku tabik korg bekerja kuat untuk memperoleh kemenangan di HS. InsyaAllah kerja kuat akan dibalas dgn kesenangan suatu hari nanti.

Cumaa aku tertanya mane si boroi Rahman @ TB, AdukaPuki ngn Zainulfuckup tuh. Dok tgh mabuk barbican lg ker? Inilah bezanya antara pejuang sbnar dgn pejuang yg kononnya menggelar diri mereka PAS reform. Mereka hanya sekadar memerhati dr jauh. Kemudian dgn mudahnya cube melaga-lagakan jemaah sendri. Si rahman takhabis dgn mencari modal nak kaitkan fantasi UGnya tentang kelembapan jentera PAS. Tetapi ini telah dibuktikan AliZaidan dan rakan2 situasi sebenar tentang kempen mereka di HS. Walaupun difahamkan mereka mengalami saat2 sukar, tp sy kagum dgn perjuangan mereka.

Teruskan perjuangan anda. Kpada TB takpayahla nak belagak tahu semua dgn 'kabar2 angin' dan 'sumber yg dipercayai' tuh. Turun padang dan bersama2 jentera PAS untuk kemenangan PR di HS. Pegila tgk sendiri adeker x,geng UG geng Erdogan geng Reform kat dlm jemaah PAS..emua tuh fantasi ko jer..

Teruskan AliZaidan, sy tetap menyokong anda..

Fansuri said...

Patutlah AZ senyap je minggu ni..

batunisan said...

1580 1518 1410 betul ker no account ni..maybank kata tak valid..
tolong bagi no account maybank yang betul... insyaAllah esok dah gaji..

Ali Zaidan said...

Cuba:

PARTI ISLAM SEMALAYSIA CAWANGAN RASA, BANK CIMB ISLAMIC,

NO.A/C - 1243-0000280-10-8

http://www.pemudarasa.blogspot.com/

sinner said...

salam bros..aku rase xusahlah kita di sini duk mengutuk pas reform bla bla..biarlah mereka nk wat ape..duk bising just menambahkan berat kepala..kita tumpu ngan perjuangn,musuh di dpan kita skrg..pedulikan ahli kita ygxsedia perang..moga Allah beri hidayah pd mreka..aku yakin ade antara mereka yg berada di HS..

skali lg maaf, aku xdpt hadir sptmana ckp sblm nih..aku folo thru kawan n family aku yg trun di sana..bkn gentar,tp kalo nk cite alasan mmg xkan abis..insyaAllah pertolongan lain diusahakan..

apepon slamat berjuang utk pejuang di sana..Allah saja dpt membalas jasa kalian..

mrk albanjari said...

Alhamdulillah...hari ni ana dan teman2 dari PAS taman Equine dapat meluangkan masa turun di HS dan berkunjung di beberpa lokasi...serendah...bkt sentosa...rasa...batang kali dll walaupun kami diarahkan turun pada 24 dan 25 april nanti namun kami mengambil langkah awal untuk meninjau apa yang perlu kami lakukan dan membuat persediaan yang sewajarnya.

Dalam pertemuan ringkas di Markaz Ulama di Bkt Sentosa ana diberitahu betapa kuatnya karat keris umnoapco di felda2 sprt Sg Tengi, Gedangsa, Sg Buaya dsb.

kepada teman2 yang masih belum dapat meluangkan masa ambillah kesempatan untuk menunaikan amanah dalam gerak kerja dakwah di tempat2 panas khususnya di felda2 tu. Dapatkan maklumat terus dari markaz pusat PAS atau PKR.

Ana sempat melihat bagaimana teman2 di markaz ulama bertungkus lumus menyiapkan jadual program ceramah khususnya di masjid2 dan surau untuk bingkisan ilmu kepada para pengundi sebelum hari pengundian nanti...

sepanjag jalan dari Bkt Sentosa ke Serendah ana dapati memang kurang poster atau bendera2 PKR....ana tak tahu kenapa namun ana yakin kekurangan jentera parti itulah antara penyebabnya.

fokus utama harus diberikan kepada kawasan2 felda dan kawasan kampung2 tradisi kerana kepekatan mereka harus dicairkan dengan apa cara sekalipun untuk menjamin kemengan PR kerana kita sedia maklum kesemua DUN dibawah Parlimen Hulu Selangor masih milik UBNapco bahkan kemenangan Allahyarham Dr Zainal pun terlalu tipis dalam PRU 12 yang lalu.

ana mengakui bahawa isu lompat Dr Halili bukan mudah-mudah kita nak kesampingkan kerana beliau pada tahun 1998 lalu adalah calon bagi kerusi Parlimen HS ni dan tentunya dia sudah mempunyai tapak dan penyokongnya sendiri.

gerakan penerangan media juga perlu lebih agerasif lagi dalam membantu kempen ini dan harus bekerja dalam pasukan yang mantap.

dalam maklumat yang kami terima kini UBNapco telah mengkesampingkan tempat2 atau lokaliti yang mereka yakin mereka tewas dan lebih memberikan tumpuan kepada kawasan2 yang mempunyai pengundi atas pagar dan menjaga dan mengepung kawasan2 tradisi mereka dari dicerobohi oleh petugas2 kita...nah disinilah sebenarnya tugar besar yang sedang menanti kita umpamanya di kawasan perkampungan sekitar Batang Kali begitu ampuh dan selesa bagi UBNapco bertapak dan berdansa.

poster2 mereka yang menyerang calon kita ( zaid minum arak tu )juga nampak seakan sudah mula terpahat dalam jiwa para pengundi dan kita patut berbuat sesuatu kerana mereka akan melihat poster2 itu dalam perjalanan mereka keluar masuk dan berada dimerata tempat.

seorang petugas merungut " kita pun dah tak tau nak jawap macamane dengan isu gambar tu sebab hari2 depa tengok gambar tu".....

kita jangan terlalu asyik dan gembira apabila melihat puluhan ribu datang membanjiri disetiap lokasi ceramah kerana bukan semua yang datang itu adalah pengundi di HS dan kebanyakkan mereka adalah pelancong pilihanraya.

ana difahamkan DSAI akan berceramah didua kawasan pada malam ni dan kemungkinan ia sesak namun itu bukanlah gambaran yang sebenarnya...

Wallahualam...tahniah sdr ali dan teruskan usaha anda dan ana akan turun lagi pada 24 dan 25 nanti...

Ali Zaidan said...

Wak nanti jaga kawasan mana? Rasanya ada nampak Wak masa penamaan calon hari tu.