Aku sebenarnya sedang berada di Hulu Terengganu atas urusan kerja. Senak jugak dekat sini, internet slow. Nasib baik Maxis Broadband boleh tahan speednya. Tengahhari tadi, sempat turun sekejap, beli surat khabar. Tajuk utama Utusan Malaysia hari ini berkenaan dedahan Kickdefella tentang peruntukan RM 4 juta yang dibagi untuk menyerang pentadbiran Pak Lah dengan matlamat mempertahankan kerajaan PAS Kelantan.
Aku termenung sekejap. Bukan terkejut dengan dedahan Kickdefella, tapi sebab tak ada isu sangat Utusan Malaysia ni sampaikan sampah sarap blog pun di kutip jadi headline.
Tapi kalau fikir balik, suratkhabar macam ni jugak yang buat pendedahan muka depan tentang sesetengah blogger Umno yg nak publish gambar Zaid minum arak, turn out, gambar itu superimpose.
Alahai bodohnya. Siapalah yang Pengarang Utusan yang kecik sangat otaknya tu. Utusan dah jadi lagi teruk dari URTV atau Mangga. Gosip 24 jam!
Ikut hati aku malas jawab, sebab bodoh sangat. Lagipula, persoalan yang pernah aku timbulkan tentang pendedahan dia dulu tak ada pula disentuhnya. Dia lagi berminat dengan Tulang Besi. Ya la, yang boleh pancung kau beranila Kick!
Tapi bila ada kawan2 yang mesej minta penjelasan, aku gagahkan diri menaip dengan netbook kecil dibantu Maxis Broadband. Terima kasih Ananda Krishnan!
1. Pendedahan itu langsung tidak disertakan dengan apa-apa bukti sokongan. Jadi apa hal kita nak percaya pula? Satu dokumen rasmi pun yang menunjukkan penyelewangan berlaku tidak langsung didedahkan. Jadi, apa sebab untuk anda percaya?
Takat mengembek, kambing pun boleh buat!
2. Kita semua tahu operasi gerak saraf yang dimaksudkan oleh Kickdefella ialah Global Media Channel (GMC). GMC ditubuhkan sebagai tindak balas kepada serangan Cybertrooper UMNO menyerang pemimpin dan kerajaan negeri. Soalan, apa masalahnya? Penubuhan Unit Media mempertahankan kredibiliti mana-mana kerajaan ialah satu perkara biasa. Imej ialah hal penting bagi kerajaan.
RM4 juta untuk operasi 3 tahun ialah jumlah yang logik. Kira-kira RM100k sebulan. Perbelanjaan operasi, pengurusan dan gaji.
Lainlah 77juta setahun. Baru tak logik!
3. Kalau benar peruntukan RM4juta itu datang dari sumber penyelewengan, maka ia ialah sumber haram dan Kickdefella telah hidup dan membesar dan membuncit dengan harta haram dalam tempoh 3 tahun. Setiap daging yang tumbuh dari sumber yang haram, neraka lebih utama baginya. Hadis ni bang, bukan aku saja-saja cakap.
Ha, kan dah terludah kat muka sendiri.
4. Aku paling benci ayat ini:
Saya tidak mempunyai wang sebanyak itu. Dari mana saya mendapat wang sebanyak itu bagi mengendalikan satu Operasi Gerak Saraf untuk mewujudkan persepsi yang boleh melemahkan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi seterusnya mempermudahkan bagi PAS menewaskan Barisan Nasional di Kelantan
Engkau urus, engkau sendiri tak tahu mana datang duit tu? Apa punya leader kau ni. Kau buat pendedahan, tapi orang lain kena buktikan. Mana undang2 kau belajar? Sendiri tuduh sendiri kasi buktila macha!
Tok Guru jangan jawablah. Buat jatuh prestij Tok Guru saja. Tuduhan tak ada bukti ni, orang macam saya sudah la jawab.
Thursday, April 29, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
Kickdefella hnya berani ckp dan dkwa mcm2.Tp xbagi buktipun.Ni semua geng2 tembolok aje..Kalau temboloktak penuh, ha,jd macam ni la...
salam tuan,
mohon izin copy paste ke blog ana, ABO.Mohon halal tuan..
Takbir!
bukan jenis kambing tu.. jenis anjing yg menyalak sokmor.. lepas nyalok jelir lidoh.. dok kira ke sapa..
gua semakin respek dgn lu bro!!!
geng 1-G+ampang ta nak tolong jwb ke utk bela 2-1 guru hehehe... wajah 2-1 guru dah mcm dewa dibuatnya tp tanak bekup 2-1 guru ...
syabas...
kau buat apa dtg negeri darul perpaduanng ni, tak ada salam masuk negeri orang perpaduanng ni, hang buat apa kat hulu ali, hang baiki dank tasik kenyir ke akibat gempa baru ni, heehehee, makang ikang baung ke masak tempoyak, tak pun makang jagung rebus, datang jumpa stopa ali ke,
I love u too Ali!!!!
moral of the stori, kiDdifela mau tulang dari umnO pulak setelah sekian tahun isap tulang pas klate huhuhu
ps: mohon ampun dgn tun dolah tu huhu
Anjing kurap cari tuan baru...Apa peduli pada bukti? kan fitnah khianat dah jadi makanan UMNO pagi, petang dan malam.Yg haram dlm UMNO ni tinggal Babi je lg.Arak judi ke apa lg ok... Yang ada BUKTI 60 - 100 juta tabur rasuah tu kt HS pun kira halal.
KK, dah sapa suruh negeri hang banyak sangat runtuh? Haha
Tapi alhamdulillah, pagi tadi sempat turun Rusila. Datang lambat, duduk kat luar je lah..
kang runtuh tu rahmat kata exco pengkalan berangan, hehehe, hang datang nak join projek langgar ke atau projek lain ke projek jual tshirt, atau buat kutipan derma atau join tok guru pi mancing di maldives. x sempat candat sotong ke
Orang kampung yang percaya pada hantu raya, selepas habis telor ayam dimakannya, maka masa sekarang untuk makan telor tuannya.
Begitulah keadaannya.
Sebelum ini Kickdefella mati-matian memfitnah orang itu, orang ini. Asalkan orang itu, orang ini tidak sependapat dengan dato' Husam.
hari ini dah jadi macam hantu raya pulok.
Post a Comment