Saturday, April 10, 2010

Ali Zaidan jawab Khalid Samad

Mula-mula aku nak ucapkan tahniah kepada YB Khalid sebab berani membalas komen aku di blog dia. Walaupun ada point tertinggal, tapi kurang-kurang ada juga respon. Artikel penuh bantahan aku ke atas dia boleh dibaca di sini.

Aku nak tegaskan blog ini bukan blog anti Khalid Samad. Atau blog anti-Erdogan. Erdogan tak wujud dalam PAS. Budak sesat mana lah yang buat istilah tu. Blog ini anti anai-anai. Itu sahaja. Khalid Samad bukan anai-anai (bagi aku). Dia pemimpin cerdik yang ada masalah adab.

Izinkan aku menjawab dia by point juga.

1. Khalid berkata:

Malangnya pimpinan PKR tak setuju dengan kenyataan tersebut. Mereka yang pecat YB Zul, bukan saya. Bukan kerana pendiriannya tetapi kerana tindakannya yang lebih bersesuaian dengan pendekatan dan perangai UMNO.

Aku pun tak pernah kata kamu yang pecat YB Zul. Ya Allah... Yang aku bagitahu, PKR pecat Zul tak membuktikan dia menjejaskan hubungan PAS dan PKR. Boleh buktikan ada perpecahan atau regangnya hubungan PAS-PKR kerana apa yg YB Zul buat?.

Ada penyokong sama penyokong berbalah? Lain kali, kalau nak komen, fahami keseluruhan la syeikh.

Kalau sebab YB Zul dipecat kerana dia berperangai macam UMNO, maka kamu pun patut kena pecat jugak. Ya lah, bocor rahsia mesyuarat ni bukan perangai UMNo ke YB Khalid?

Tak gitu?

2. Khalid berkata:

Saya tidak pernah memperlekehkan enakmen undang-undang Islam Selangor. Saya hanya menyatakan pendirian PAS berhubung isu tersebut.

Pendirian apa benda pulak? Bila masa pulak PAS membuat pendirian enakmen agama Selangor ketinggalan zaman? Bawakan fakta wahai Khalid bahawa PAS ada buat kenyataan begitu.

Janganlah konar baring kuat sangat. Mengatakan enakmen agama Selangor ketinggalan zaman tak sama dengan mengatakan kalimah Allah boleh diguna semua.

Aiii.. aku ni bukan umur 14 tahun syeikh senang sangat nak kena kelentong..

3. Khalid berkata:

Di sini saya ingin juga bertanya, bila pula YB Zul atau Sdr Ali Zaidan hendak buat laporan Polis terhadap TG Hj. Hadi yang mengesyorkan item pertama Rukun Negara diubah?

Kenapa pula kena buat report polis kepada TGHH? Dia suruh tukar kalimah Tuhan kepada Allah. Bukan perkataan Tuhan kepada Jesus. Kalau benar Kristian dah terima kalimah Allah ganti Tuhan, tentu tak ada masalah.

Jangan nak samakan dengan tindakan kamu komen enakmen agama selangor pulak. Manakan sama! Ada TGHH kata Rukun Negara ketinggalan zaman ke?

Lain kali, kalau nak sentuh apa2 benda sensitif, pakai akal lebih sikit bang.

Jangan hati sahabat Kristian saja nak jaga. Tapi hati umat Islam duk campak tepi longkang. Jangan melulu buat kenyataan sebelum kepimpinan buat keputusan. Rileks sikit!

Terburu-buru sikap siapa?

4. Khalid berkata:

Soal saya bukan kelulusan agama maka tida perlu bercakap hal agama, ini pun sebenarny corak pemikiran UMNO. Inilah yang dikatakan ‘Sekular keBaratan’. Agama itu milik Gereja, kata golongan sebegini, yang lain diam dan hanya ikut jangan banyak soal. Islam bukan begitu. Hakikatnya, kalau Sdr Ali Zaidan dan sahabat-sahabat yang seangkatan dengannya hendak tahu, orang Islam mesti bercakap berlandaskan agama, dalam SEMUA persoalan kehidupan.

Bila masa pulak aku suruh kamu jangan bercakap kalau bukan lulusan agama? Bila masa pulak aku kata kamu tak ada hak? Yang aku kata, kalau 'ahli' sudah ada, jangan menggatal tunjuk pandai. Tengok YB Salahuddin, YB Mahfuz, malahan Ustaz Tuan Ibrahim sendiri tak berapa nak bercakap hal ini sebelum keputusan pimpinan dibuat.

Contohlah, hujah kamu dalam isu ini ialah Al Ankabut:63. Kamu kata , Allah suruh Nabi Muhammad ucap Alhamdulillah bilamana orang kafir (dalam ayat itu) mengakui Allah yang menurunkan hujan. Jadi, kenapa nak marah Kristian nak guna nama Allah sebab Nabi pun disuruh ucap Alhamdulillah?. Gitulah hujah kamu.

Makanya, ini bukti jelas, kenapa aku cakap orang tak ada ilmu lebih baik duk diam. 'Mereka' dalam ayat itu tak merujuk kepada 'seluruh orang kafir' tetapi kepada musyrikin Mekah dan sekitarnya. Musyrikin Mekah memang mengakui Allah sebagai Tuhan. Cumanya mereka gi sembah berhala. Berbanding Kristian, mereka kata Allah dan jesus tu satu.

Sekarang aku nak tanya, kalau Kristian cakap Allah Jesus atau Jesus Allah yang menurunkan hujan dari langit, kamu nak kata Alhamdulillah?

Hah, kata lah Alhamdulillah!

Sebab itu Nabi ada sebut, sapa yang bercakap tentang Quran tanpa ilmu, maka siaplah tempat dia dari neraka.

Jangan main-main weh!

5. Khalid kata:

kalau Sdr Ali Zaidan tahu sangat apa yang berlaku malam berkenaan, harap maklumkan adakah kata-kata saya disanggah oleh sesiapa? Termasuk oleh ilmuan yang beliau iktiraf dan disebut hadir pada malam tersebut. Kalau mereka pun tidak menyanggah, yang hendak buat bising buat apa?

Eh Dr Farid kata apa? Kamal Hasan kata apa? Cikgu Azmi kata apa? Mereka sokong kamu ke masa tu? Jangan nak kelentong bang.

Memanglah tak secara direct. Ini bukan one-on-one. Itu diskusi yang melibatkan ramai orang. Maka secara umumlah! Kalau ikutkan direct, mereka pun tak dibantah.

6. Khalid kata:

Soal pendirian Cikgu Azmi, itu tiada masalah. Dia lebih memikirkan kesan negatif sekiranya kalimah Allah dibenarkan penggunaannya kepada orang bukan Islam. Ini soal Siyaasah Syariyyah bukan soal hukum.

Tak soal hukum amenda, soal hukum lah ni. Takkan situasi itu tak menjadi sebab pertukaran hukum? Qardhawi sendiri sebut dalam kitab dia Fiqh Daulah bahawa hukum boleh berubah ikut tempat, masa dan keadaan. Jadi hukumlah ni!

Ke tak baca? Jangan ambil fatwa dia saja. Kitab dia kena telaah jugak!

Uruf sesuatu keadaan pun boleh jadi hukum. Sebab itu ada kaedah fikah sebut "Al-'adatu muhkamat". "Adat dapat dijadikan hukum"

Kemudian pandangan Cikgu azmi pula selari dengan kaedah Ad-dharurah Yuzal. Mudharat hendaklah dihilangkan. Hukum lah tu. Apahal masuk bab siasah pulak?

Buka kitab Jalaludin Suyuti. Asybahu Wa An Nadhair Fi Qawaid Fiqhiyyah. Jumpalah nanti.

Aku tak pernah sama sekali menafikan khilaf yg berlaku dalam isu kalimah. Di dalam dan luar negara. Di luar pun ada pertembungan pendapat antara Syeikh Qardhawi dan Syeikh Fattah. Dalam soal kalimah, aku berpandangan Majlis Syura Pas dan majlis fatwa kebangsaan perlu duduk berbincang menentukan keputusan yg terbaik.

Sebab YB Khalid ni pandai sirah, aku nak seru dia kaji sikap ulama' dahulu. Ulama' cukup hati-hati dan takut mengeluarkan fatwa, bimbang fatwa mereka diikuti. Hari ini, orang bukan ahli pula mendahului ulama.

Nabi sebut: “Rosaknya agama apabila ilmu datang daripada yang kerdil,yang dibantah oleh golongan yang alim. Baiknya manusia apabila ilmu datang dari golongan alim dan diikuti oleh golongan kerdil” (Fathul Bari)

7. Dalam soal ini, biar aku tegaskan bahawa sebagai seorang ahli politik, kamu semua sepatutnya reti 'berniaga'. Jangan pakat ingat nak beri sahaja. Ambillah jugak.

Kamu nak bagi mereka pakai kalimah Allah. Fine with me. Tapi bagi begitu sahaja? Ambillah sesuatu. Contoh, syaratkan mereka gantikan semua kalimah Lord kepada Allah juga. Atau macam TGHH buat, gantikan Rukun Negara. Itu baru politician cerdik!

Kalau Kristian benar2 ikhlas, mereka tak ada masalah untuk terima. Dan kita akan untung. Orang Islam pun tak bimbang. Tapi kalau Kristian memang berniat pakai untuk murtadkan Melayu, mesti mereka tolak. Masa itu kita ada hujah untuk tolak permintaan mereka.

Pusing-pusing, kita tetap untung!

Lepas TGHH cadangkan Rukun Negara diubah? Apa reaksi Gereja? Suka? Diam? Atau menggigil?

Nampak cara orang cerdik buat kerja? Nampak cara ulamak buat kerja?

Mana boleh sama dengan ulama' mee celup'! :)

17 comments:

Faqir said...

Khalid Samad ni pemimpin pas yg ada potensi. Tapi aku cukup tak suka dengan sikap dia.

Bagi aku, jangan bila ada orang lawan dan setju ngan kita, terus kita labelkan umno.Mana boleh macam tu. Ni dh jadi macam perangai umno dah ni. Umno, sapa yg lawan dia dulu, dia cop pembangkang.

Tengok masa isu kuil shah alam tu,sedap sangat duk tuduh umno, tiba2 masa perjumpaan majoriti masyarakat duk marah kat dia. Memang orang tak puas hati.

Sori cakap, tapi selain Ibrahim Ali, dia mungkin 'kesilapan' dari Pas.

kk said...

jangan macam tu sahabat faqir, kita semua sayang kat pemimpin kita, kita sayang khalid samad, cuma dia tak reti sikit dalam menegur, terjah macam badawi, betul kata alizaidan, blog ini bukan blog benci khalid, hujah dgn hujah bukan maki dan cerca, kalau nak maki dan cerca, siang malam boleh tulis, balun selagi boleh, tapi yang mana tak betul kita perbetulkan, kalau kami salah kami rela ditegur tapi bukan macam pakaq terjah timb.presiden, kalau cool macam nasha ok le, kena macam batuapi mesti cepat nyala dan terbakar. kita olang tak tibai sesuka hati je, kita sayang jemaah pas yang telah dibina bertahun tahun, bila berpakat pas pulak jadi tak betul, dimana iman kita. benci membenci bukan dari kita orang, tugas hanya membela kebenaran, terima tak terima terpulanglah, apa jua bentuk fitnah yang dilemparkan kepada pas akan dijawab.

Anonymous said...

Lama aku xdengar ulama 'mee celup'. Hehehehe

xxx said...

"Lepas TGHH cadangkan Rukun Negara diubah? Apa reaksi Gereja? Suka? Diam? Atau menggigil?"

kau buat aku berfikir ali zaidan...YA gereja diam seribu bahasa!!! ini termasuk juga pemimpin UMNO!!! Allahuakbar! hebatnya ilham yg Allah turunkan pada TGHH...Pemimpin inikah yg nak bawa masuk PAS dalam UMNO? Pemimpin inikah yg gila jawatan/kuasa nak jadi PM? Pemimpin inikah ulama' genetik melayu yg bodoh/bangang?

Syukur pd Allah, kerana Ulamak menjadi pemimpin jemaah kami!

Anonymous said...

penjelasan ko berserabutlah..
tak jelas..
nampak macam nak menegakkan benang yang basah..
dah la tak jelas... tidak juga meyakinkan, cemaner nak jadi pendakwah?..

FFF said...

bole kalo ko taknak serabut...ko jgn bc time otak ko tengah serabut, baca dgn tenang, br ok bro. bole ka itu macm??

kapt_shiqaqi said...

good points AZ, teruskan berhujah dgn ahli pas yg kena gantung tuh.

satu yg bes point : Dalam soal ini, biar aku tegaskan bahawa sebagai seorang ahli politik, kamu semua sepatutnya reti 'berniaga'. Jangan pakat ingat nak beri sahaja. Ambillah jugak.

Kamu nak bagi mereka pakai kalimah Allah. Fine with me. Tapi bagi begitu sahaja? Ambillah sesuatu. Contoh, syaratkan mereka gantikan semua kalimah Lord kepada Allah juga. Atau macam TGHH buat, gantikan Rukun Negara. Itu baru politician cerdik!<-- xramai ahli politik yg cerdik hari ini, yg ramai oportunist.

Faqir said...

KK, saya pun bukan anti khalid samad.... Cuma saya tak setuju dengan sikap dia.... Awak mungkin kena datang shah alam, tanya orang s alam (melayu terutamanya) apa pandangan kepada Ks....Saya rasa susah pas nak menang lagi kalau Ks jadi calon di situ.

Muazan Mohsein said...

Saya nak tanya, kenapa awak serang khalid samad?. Apa-apa pun dia tetap pimpinan. Awak marah bila KS kritik pimpinan lain secara terbuka, tapi awak kritik dia juga secara terbuka.

Harap dapat respon....tq

Muazan Mohsein said...

Oh ya, harap dapat respon juga tentang artikel terbaru TB. Dia tulis UG mungkin datang dari APCO.

Ali Zaidan said...

Tuan Muazan, saya jawab dalam artikel khas. InshaAllah.

Yun Nam said...

Ada orang kata lu ni setan beb. Kat blog KS.Wakakaka..

kapt_shiqaqi said...

Muazan Mohsein , AZ menerang bukan menyerang... dia keluarkan hujah/pendapatnya. sekian t.kasih :-)

Anonymous said...

Saudaraku,
Buah fikiran anda nampaknya berkualiti... kenapa perlu dicemari dengan emosi?? Sayang sekali..

Lembutkan bahasa...serlahkan ADAB yang saudara laung2kan itu, nescaya dapat melunakkan jiwa2 yg cacat, lalu saudara menjadi sebahagian drpd SOLUTION, bukan sebahagian drpd PROBLEM.

Semoga tergolong dalam kalangan 'penolong' Allah yg sejati.
BaarakaLLaahu fiik..

Anti UG said...

Mari melihat kebodohan Ali Zaidan lagi. Dia kata:


Makanya, ini bukti jelas, kenapa aku cakap orang tak ada ilmu lebih baik duk diam. 'Mereka' dalam ayat itu tak merujuk kepada 'seluruh orang kafir' tetapi kepada musyrikin Mekah dan sekitarnya. Musyrikin Mekah memang mengakui Allah sebagai Tuhan. Cumanya mereka gi sembah berhala. Berbanding Kristian, mereka kata Allah dan jesus tu satu.

Sekarang aku nak tanya, kalau Kristian cakap Allah Jesus atau Jesus Allah yang menurunkan hujan dari langit, kamu nak kata Alhamdulillah?

Hah, kata lah Alhamdulillah!

Sebab itu Nabi ada sebut, sapa yang bercakap tentang Quran tanpa ilmu, maka siaplah tempat dia dari neraka.
.

Saya jawab:

Yusuf Qardhawi takda ilmu ke. Bukan Yusuf Qardhawi yang sokong orang bukan Islam guna nama Allah.

Kaki putar alam Ali Zaidan. Pengecut nama sendiri pun tak berani bagitau.

Ali Zaidan said...

Rahman Talib, kau faham tak point aku apa? Maksud aku, ini hal khilaf. Maka tak payahlah KS nak label 'melayu malas membaca' kepada yg tak setuju.

YQ pakai hujah itu ke? Aku kata kepada KS, bukan YQ atau TGHH. Kenapa kau nak seleweng? Kan aku dah kata ini hal khilaf.

Kau la pengecut. Pakai lah identiti sendiri. Rahman Talib Seluar Dalam.

anasdugonglaut said...

salam, payah juga nak kasi terang pada orang yang rasa dah terang, sedangkan dia memang x terang...

nak cerita pasal ahkam, banyak perkara lain nak kena belajar dulu... tentunya usul fiqh... pastu, dari usul fiqh nak kena belajar banyak perkara lagi... baru sampai kepada "'illah", "'uruf" dsb...

rasanya, engineer x dapat nak faham perkara nie, maka, saya mintak supaya engineer jangan kelirukan orang lain laa...

orang belajar bertahun-tahun nak faham benda usul fiqh nie, baru nak faham, belum boleh buat ijtihad lagi....

sepertimana engineer akan gelakkan AZ bila AZ cakap pasal "static", "dynamic", "motion", "vaccum" dan tah hapa2 lagi, saya memang x dapat menahan rasa sinis terhadap engineer ini, bila bercakap pasal hukum dan usulnya...