Macammana tak pelik, para petugas PAS tak ada pun yang lemah semangat (yang aku nampak). Paling kuat pun mengepam rokok lah. Aku nak join pun aku dah berhenti hisap benda ni.
Bila aku buka sesetengah laman web pun sudah mula ada yang menampakkan rasa kecewa yang mendalam. Malahan sudah ada yang cuba menyalahkan 'sesetengah orang' sebagai punca kekalahan.
Ada yang menuduh Pemuda PAS 'berkempen senyap' memenangkan BN sebagai protes kepada pencalonan Zaid. Kalau kalian nak tengok contohnya, boleh klik gambar sebelah.
Lucunya, yang duk pakat bising sebar gosip paparazzi ni bukan turun mana pun....
Sungguh aku rindu kisah dahulu...
Dahulu ada saja pilihanraya kecil, PAS akan kalah. Tonggenglah cerita apa pun, PAS tetap kalah. Tetapi ketika kita kalah dulu, tak ada pula yang menyalahkan kawan dan sahabat sebagai punca. Tak ada. Sebab kita terlalu biasa dengan kekalahan..
Kita sudah lali dengan kalah...
Tetapi hari ini dah jadi lain. Orang muda yang baru kenal PAS terutamanya (aku pun muda jugak!), hidup dalam keadaan PAS sentiasa menang. Orang yang tidak biasa dengan perkataan 'kalah'. Aku bimbang jiwa-jiwa ini cepat dirosakkan dengan nafsu untuk menang.
Entah apa jadi kat budak-budak ni kalau keadaan PAS pada zaman 80an berulang...
Sebab itu ada yang kurang ajar memperlekehkan kata-kata TGHH: "Kami lebih rela kalah jika tiada redha Allah"
3 tahun dahulu aku ada berjumpa Datuk Husam Musa. Datuk Husam memberikan pesanan yang lebih kurang begini bunyinya:
Adakah aku kecewa? Tak. Untuk apa kecewa? Sebab menang yang aku cari ialah di sisi Allah Taala. Bukan semata menang dubia.
Kita tewas dunia, kita menang akhirat.
Bodoh sangatlah kalau kita kecewa! :)
Tamat
10 comments:
Wanji ni melampau sangat. Tak layak panggil ustaz. Sorila, mmg aku xanggap dia ni ustaz. Mat rempit bolela..
Wanji?Ustaz?...wakakakakaa..baik lu kata aku ni ulamak...logik sket..wakakakka
manusia munafik macam wanji tak kan lama dalam jemaah...tunggu habuan...lg pula dah sepentas dgn ustaz umno...
Allah akan menendang dia dari jemaah, percayalah!
itu komen2 facebook wan ji??
ee teruknyaa
takde beza dengan kutu2 rempit tepi jalan yg tak semayang subuh
tahniah anda x kalah... pru x lama lagi insyaAllah bole dpt blk mcm kes ijok ari tu... takbirrr!!!!
sajesibuk
alah.. dia tu masuk pas pun sbb PR menang, klu tak haram jadah tak masuk PAS, tapi cuba gok check sekali ahli PAS bila gok dia tu..
salah ke pemuda pas kata ijtihad klu salah 1 pahala dan klu betul dapat 2 pahala? hehehe dia kata aku ah tu sbb aku yg bagi hujjah dia berkaitan isu penggunaan kalimah Allah.., klu itu pun dia tak faham.. dok tahu aku dia ni ustaz celup tepung ke menda
Hang kasaq sgt kot wirautama.Sampai nk spak dia.Lempang dah la..wakakaka
Encik Ali,
Saya sedih. Tapi saya sedih bukan sebab kita kalah. Saya sedih bukan sebab kita tak menang. PAS dulu -dulu memang selalu kalah. Dulu-dulu kita tak hairan kalau kita kalah tapi kita hairan kalau kita menang. Tinggal di negeri kuat UMNO saya amat mangli dalam hal ini. Dulu dulu hanya kita yang menyokong PAS. Sekarang orang asal pun sokong kita.
SAYA SEDIH SEBAB MASIH ADA MELAYU ISLAM YANG MENYOKONG GOLONGAN YANG MENYOKONG ISRAEL. ISRAEL TU MUSUH ORANG PALESTIN, MUSUH ORANG IRAN, MUSUH ORANG ISLAM. MUSUH KITA.
DI MANA MEREKA INI DI MATA ALLAH?
MASIH TAK SEDAR SEDAR LAGI.
Sebab tak berlaku pada mereka. Jauh dari perut. Jadi tak ambil potlah.
Saya takut-takut BALA Allah sampai kepada mereka dan kita secara tak langsung terkena sama.
LAWAN TETAP LAWAN!
PATAH SAYAP BERTONGKATKAN PARUH!
Dari orang Johor darah HIJAU!!!
sy jge rase sedih dan kecewa...tp sy tak perlu dipanjang2kn perasaan itu...juga apa perlu mnyalahkn org itu ini krn kekalahan...bg sy sikap bgtu sgt kurang ajar! rse sy dr dulu Pas xajar ahlinya jd mcm tu..
~syabas utk seluruh petugas2 PR
1. MAU SEPAK SAHAJA ORANG YANG DATANG KEMUDIAN LEPAK KAT MASJID KATA PR BOLEH MENANG WALHAL TAK BUAT APA DAN DUK BISING ORANG NAK SOLAT..NASIB ORANG TUA.
2. YANG LELAKI DUK MELEPAK ATAS KERUSI DAN PEREMPUAN DUK PI MERAIH UNDI TENGAH PANAS SIAP BAWA BABY
3. CAKAP BESAR....OOOO..INI YANG ANA PALING MELUAT...
IT'S OK, SEMUA INI INGATAN SUPAYA NEXT ELECTION JANGAN BERSIKAP SEPERTI DIATAS.
Post a Comment