Friday, April 23, 2010

PAS Malas di Hulu Selangor?

"PAS slow di Hulu Selangor? Camana ni syeikh?". Itu satu mesej yang aku dapat dari seorang kenalan rapat. Dapat saja mesej tu, terus aku getap gigi dan delete. Malas nak layan.

Kemudian HP aku berbunyi...

"Assalamualaikum. Camana syeikh? Dapat tak mesej ana?"

"W'salam. Daapaattt....". Aku menjawab malas..

"Jadi macammana?" Kawan aku menggesa.

"Macammana apa?". Aku mengeraskan suara.

"Ya lah, camana kerja PAS di Hulu Selangor? Dengar cerita lembab." Perlahan suara kawan aku. Terkejut agaknya bila aku tinggikan suara. Heh heh..

" Anta duk mana ni? Mana dapat cerita PAS kerja lembab?". Pantas aku persoal.

"Ana baca Malaysia Insider. Ana kat rumah lagi."

Aku getap bibir. Geram. Tarik nafas dalam-dalam. Kalau member aku ni dekat , mau aku pelangkung dengan kepala paip. Heh heh..

"Syeikh, anta duduk kat rumah, bukak PC baca laman web, terus anta percaya kami lembab buat kerja ke?"

Kawan aku senyap....

"Syeikh, yang kata PAS lembap tu adakah dia betul-betul turun dan masuk dalam markas kami? Atau setakat jalan-jalan dengan kereta, kemudian snap dua tiga gambar, kemudian buat cerita kerja PAS perlahan?"

Senyap lagi...

"Ana nak tanya, kalau ikut internet tu, DUN mana yang PAS cover?"

"Setau ana, PAS jaga Hulu Bernam, PKR jaga Batang Kali, DAP jaga KKB". Kawan aku jawab.

Aku tersengih..

"Syeikh, PAS jaga dua DUN sebenarnya. Hulu Bernam dan Batang Kali sekali. PKR dan DAP jaga kawasan Cina di KKB. Ramai kawan ana dah kena 'hambat' pergi Batang Kali untuk cover kawasan tu. " Aku terangkan...lembut.

"Eh, awat jadi lagu tu pulak syeikh? senang sangat kerja PKR. Malas ke depa ni?" Kawan aku ni attack PKR pulak..

"Bukan macam tu. Anta kena faham, semenjak kes Dr Halili keluar, ada jentera PKR yang terhenti. Man Power PKR pulak tak ramai. Jadi PAS yang ada Man Power besar ni lah kena turun, cover apa yang patut untuk kerja-kerja yang tergendala. " Aku terangkan.

Kemudian aku sambung

"Dr Halili ni pulak, ada orang dia yang masih duduk dalam PKR. Ada potensi khianat. Orang-orang PKR tak berapa biasa dengan situasi macam ni. Jadi PAS yang dah ada pengalaman kena turun dan bantu. 'Adik' kena buli, takkan 'Abang' duduk diam?"

"Oh.." Pendek respon member aku.

"Anta jangan percaya bulat-bulat laporan selain media kita. Ada laporan yang berniat jahat, nak tunjukkan yang PAS tak komited dengan Pakatan. Kita tetap komited. Kalau kita berjanji, kita akan setia dengan janji"

"Oh, maaflah syeikh. Ana tak tahu pulak. Terkejut ana bila anta marah tadi" Terdengar kawan aku ketawa kecil.

"Uh, taklah sampai marah. Tapi kalau anta kerja 20 jam sehari, tidur pulak dengan nyamuk yang besar macam kepala paip, tiba-tiba orang kata anta tak buat kerja. Takkan darah tak naik syeikh?" Aku berseloroh. Terdengar kawan aku sambung ketawa. Kuat gelak mamat ni.

"Jadi camana peluang kita?" Kawan aku alih topik.

"InshaAllah. Ada laporan luar yang kata kita menang, ada yang kata kita kalah. Kalah lebih 3000 undi pun ada. Tapi bagi ana, ana tak peduli. Laporan-laporan ini banyak fantasi dan tak semestinya tepat pun. Buat ganggu kerja ja kadang-kadang. Kita kerja untuk kejar redha Allah. Menang kalah itu urusan Dia. Itu cara kita". Aku menerang. Macam bagi tarbiyah dekat budak baru pulak!

"Ada masalah tak bila kerja dengan parti lain kat sana?" Kawan aku dah jadi macam Polis pulak. Korek rahsia

"Macam biasa. Cara kerja kita lain, kadang-kadang adalah masalah sikit. Tapi itu boleh selesai." Aku cuba mengelak.

"Contohnya?" desak kawan aku

"Takkan nak cerita pulak. Dayus la suami cerita aib isteri. Haha" Aku berseloroh. Kedengaran pecah ketawa kawan aku.

"Isu arak Datuk Zaid antum semua boleh handle?" Soal kawan aku. Sah dia ni Polis. Banyak soal.

"Isu arak bukan masalah utama. Isu Dr Halili masalah utama. Isu arak Datuk Zaid tu simple, kalau pengundi kata Datuk Zaid minum arak, kita boleh jawab Saidina Umar pun diriwayatkan ada minum arak pada zaman jahiliah dan menyimpan bertong arak dalam rumahnya. Ada yang menyebutkan bilamana Umar minum banyak sekalipun, dia takkan mabuk. Itu Umar zaman Jahiliah. Bukan Umar zaman Islam. Itu Zaid zaman UMNO, bukan Zaid zaman PKR".

Aku sambung lagi:

"Cuma orang Melayu ni, bila UMNo duk pakat tunjuk gambar Zaid minum arak berulang-ulang kali, depa jadi 'tepu' untuk terima hujah kita. Hah, kat situ lah masalah sikit".

"Haaa... ana dah nampak syeikh.. nampak dah" Kawan aku balas.

"Nampak tak boleh jugak. Kena turun sekali baru betul-betul nampak" Aku separuh mencabar.

"Hehehe". Dia ketawa. Malas la tu.

"Ana cuba turun juga nanti syeikh. Tapi tak janji" Kawan aku menjawab. Jawapan selamat.

"Yalah". Aku balas pendek. Tahu sangat perangai kawan-kawan kita ni. Semangat ada, tapi bab kerja liat sikit. Tak apa. Perlahan-lahan.

"Anta balik bila?" Kawan aku tanya

"26 kot. Kasi habis dulu lah. Reinforcement akan datang inshaAllah. Tapi lagi ramai, lagi bagus"

"Ok, syeikh. Selamat semuanya kat sana. "

"Sama-sama." Aku balas

"Assalamualaikum"

"Waalaikummussalam. Jangan lupa turun!". Sempat lagi aku sound last minit.

Terdengar ketawa kecil. HP padam.

Tamat.

Pengumuman:

Sumbangan Dana PRK Hulu Selangor:

PARTI ISLAM SEMALAYSIA CAWANGAN RASA,
BANK CIMB ISLAMIC,

NO.A/C - 1243-0000280-10-8

Rujukan lanjut: Pemuda Cawangan Rasa

2 comments:

Anonymous said...

Ada laporan yang berniat jahat, nak tunjukkan yang PAS tak komited dengan Pakatan. Kita tetap komited. Kalau kita berjanji, kita akan setia dengan janji"

Aku suka ayat ni.

Anonymous said...

Salahuddin: PAS himpunkan 10,000 petugas bantu Zaid

http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=4198

Mana lagi Pkr n Dap nak cari kawan macam ni?