Pohon maaf juga kalau ada kekeliruan. Ini masalahnya bilamana 'terpaksa lompat-lompat'. Bukan sengaja nak 'lompat', tapi ada yang tak boleh cerita secara detail. Maka terpaksa bagi hint sikit-sikit.
Namun janji untuk menyambung 'tali yang putus' tentang artikel Pertemuan 4 mata antara Us Fadhil dan Dr Mahathir tetap akan diteruskan.
Bila kita sebut Us Fadhil, kita tak boleh lari dari ABIM. ABIM biasanya dipimpin secara team. Maksudnya bilamana seorang Presiden diganti, majoriti AJKnya juga akan diganti. Bermula zaman Razali Nawawi, Anwar Ibrahim, Siddiq Fadzil, Nur Manuty, Ahmad Azam, Yusry (TB pernah serang dia kerana isu Perpaduan UMNo-PAS) dan kini Razak Idris. Team baru ni aku tak baik sangat, aku lebih rapat dengan team Yusry.
ABIM ialah bapa kepada cukup banyak NGO-NGO Islam. Team-team pimpinan ABIM yang telah bersara memulakan NGO-NGO baru. Contoh, team Yusry membangunkan ISSI ( Islamic Strategic Studies Initiative). Team tahun 70 an memulakan Muafakat Malaysia. Pernah jugak lah aku 'tersesat' masuk dalam usrah depa. Kita budak bodoh buat muka seposen je lah masa tu. Hahaha...
Sekarang masuk ke artikel Batu api:
Memang anda semua tidak akan menafikan jika saya sebut Ustaz Fadhil Mohd Noor berjumpa dengan Anwar Ibrahim musuh ketat PAS pada masa itu tanpa melalui Majlis Syura Ulama tetapi atas naluri dan sifat sebagai Presiden PAS setalah Anwar Ibrahim disingkirkan.
Ya memang ada pertemuan antara Us Fadhil dan Anwar selepas Anwar terbuang. Itu betul.
Tetapi ramai juga yang tidak tahu (golongan senior mungkin tahu) bahawa semasa Anwar masih dalam UMNO, pegang jawatan kerajaan, jadi TPM, Us Fadhil pernah mengadakan pertemuan sulit dengan DS Anwar. Bukan takat dengan Che Det saja.
Kalau ikutkan kisah dari pejabat Anwar sendiri masa itu, orang yang bertindak sebagai 'duta' kepada Almarhum Us Fadhil ialah Ustaz Ismail Mina bin Ahmad. Bekas 'orang ABIM' dan kalau aku tidak celaru, dia ialah AJK Muafakat Malaysia sekarang (Ini sebab aku cerita perkembangan ABIM. Nak buktikan bahawa jaringan Anwar sebenarnya sangat luas dari sana)
Ustaz Ismail Mina ialah orang perantaraan antara 2 tokoh politik ini dan kalau tanya mana-mana orang yang pernah bekerja dalam Pejabat TPM dulu, inshaAllah mereka boleh sahkan ada seorang lelaki berjubah berserban yang selalu berjumpa Anwar di pejabatnya. Itulah Ustaz Ismail.
Kalau tak kenal mana-mana staff TPM, boleh la tanya Tulang Besi Seluar Dalam. Dia kan manusia 'serba tahu' dan 'bermaklumat'?
Pertemuan antara Us Fadhil dan Anwar berlaku di rumah Anwar sendiri dan pertemuan itu sebenarnya tidak diketahui oleh kebanyakan orang-orang kanan Anwar yang lain. Anwar sendiri mengarahkan staffnya keluar dari rumah beliau; khas untuk pertemuan dengan Us Fadhil Noor. Kira memang gelap betullah ni. Ustaz Ismail lah orang yang bertanggungjawab membawa Us Fadhil pada malam pertemuan itu.
Apa yang dibincangkan aku tidak tahu. Apakah ada kelulusan Syura aku juga tidak tahu. Apakah itu kali pertama dan terakhir aku juga tidak tahu.
Yang aku tahu Us Fadhil amat bernasib baik sebab Anwar Ibrahim tidak bermulut tempayan macam Pak Lah.
Yang aku tahu Us Fadhil amat bernasib baik sebab blog-blog celaka yang berselindung di sebalik 'sayang kepada TGNA' masih belum ada.
Kalau tidak dah tentu Us Fadhil di gelar pengkhianat.
Aku ceritakan kisah ini bukan apa, sekadar nak bagitahu bahawa bila pemimpin berjumpa pemimpin lain secara rahsia, tidaklah bermakna dia pengkhianat. Celakalah barangsiapa yang mengatakan Almarhum pengkhianat.
Wahai jiwa-jiwa muda yang naif dan mudah disarung emosi, dengarkanlah bahawa ini hanyalah strategi dan kaedah berpolitik. Bukan semua strategi dan apa yang dibuat perlu didedahkan secara terbuka atas sebab falsafah sesat 'ahli berhak tahu'.
Seorang bapa tak akan bagitahu anak-anak dia yang dia dan bini dia bergaduh sebab tak mahu beli langsir baru. Seorang suami tak akan suka-suka bagitahu isteri dia bahawa dia terjumpa bekas teman wanitanya semasa urusan kerja. Fahamilah tahap pemahaman anak dan tahap cemburu isteri.
Maka fahamilah tahap pemahaman ahli yang pelbagai dan perspektif ahli dan penyokong yang pelbagai juga.
Semoga Allah memuliakan Almarhum Ustaz Fadhil Noor atas jasa-jasanya kepada kita semua....
6 comments:
adalah nanti ulasan dari puak barbican@sakai mengatakan alizaidan cuba menutup kes pas sekarang berjumpa dengan umno, falsafah nomad yang diguna pakai yang mana semua ahli perlu tahu apa yang pemimpin buat, khalid samad pun pernah berbincang dengan khir toyo tapi kenapa perjumpaan ini digelakpkan dan disapu bawah tikar mengkuang, atau agar ada yang boleh dipersalahkan dan dijatuhkn dgn cara hina. tak kn jumpa dgn org umno. sebut salam dah nak masuk umno, apakah gila manusia berfikiran yang diselaputi banyak air barbican.
Terima kasih bang......Saya tak tahu pun cerita ni sebelum ni...
Ok Ali, satu perkembangan menarik...cuma sayang agak lambat dan tidak sewaktu isu muzakarah/muqabalah panas. Tp mungkin ada baiknya juga kerana waktu itu amat kurang kewarasan dikalangan kita. masing2 terkasima dan terpesona dengan citra khayalan yang tak tahu hujang pangkal...terus tidak lagi melihat realiti dan berpijak di bumi nyata, hujahkan lah apa sahaja, kita akan dicop dgn pelbagai2 tohmahan. Dalam hal ini aku turut meletakkan sebahagian kesalahan kpd pemimpin PAS sendiri, kerana membawa cara (praktikal) berpolitik yg lambat mematangkan ahli dan lebih malang lagi apabila pemimpin paling tinggi juga berkelakuan sama. Kebencian yang kononnya membuak-buak kepada parti musuh (tapi pada aku lebih kepada ketakutan dan ke naifan) kita menolak satu cara atau pendekatan siasah yang sejak zaman berzaman menjadikan umat islam sebagai umat yang hebat.Sdr Ali menceritakan pendekaan Ust fadhil...ia satu sejarah dan juga satu kesinambungan..begitu lah siasah Islam sejak dulu lagi. hanya kita malas mengali, mengkaji dan memahami. tapi lebih suka membuat andaian, ksimpulan dan tomahan tetapi bagi aku hanya menjadi alat kepada segelintr mannusia.
Aku harap perbincangan hal-hal seperti ini diperluaskan lagi, tapi bukan lagi dl kontek melawn hujah 'anai-anai dlm parti' yang sampai bila pun akan tetap wujud, tapi untuk membina serta memahamkan ahli dan seterusnya bangsa kita tentang ketinggian siasah Islam. tentang realiti sebenar....
Ucapan dasar presiden dlm muktamar di ipoh dan S.alam sngt jelas tentang perkara ini,..cuma aku tak tau ia dibincang, di hadam dan dilumati atau tidak oleh ahli PAS.
Apa yg jelas di mata kasar, ucapan itu seperti langsug tidak berharga an tidak dipedulikan....
tidak lambat sebenarnya...masih ada ruang utk diperbetulkan pemikiran ahli2 PAS yg telah terpengaruh dgn anai2...muktamar akan dtg di kelantan nanti harap isu2 ini dapat diperjelaskan
ustaz Fadzil pernah kata:
"Kalau Barisan Alternatif menang pilihanraya, Anwar Ibrahim akan jadi PM"
Weh rahman Talib. pakailah nama sendiri. Tak tau malu ke pakai nick Anti UG.
memang betul DSAI calon kita. Pernah kami nafi?
Kamu ni benda tak ada jadi ada.
Post a Comment