Wednesday, April 14, 2010

Respon Pengunjung Terpilih (Part 2)

Sambungan dari Part 1.

4. Xenan (datang dari blog YB Khalid) said:


Bina dulu situasi aman n adil bawah pemerintahan PR.Baru senang nak tonjolkan imej islam yg sebenar bawah PAS.Berkhidmat baik2, baru la PAS leh dapat undi majoriti n bina kerajaan islam.

Komen:

Semasa kita nak masuk BN dulu, macam ni lah jugak lebih kurang hujahnya. Tapi last sekali yang mampu kita buat cuma ubah lambang Red Cross daripada tanda salib kepada bulan sabit.

Apa yang aku sebut, Islam mesti dominon dalam kerajaan (disini aku mempertahankan kenyataan TGHH), maknanya Islam mesti in control. Kalau kita kejar menang dan demi kemenangan kita benarkan parti lain kuasai keadaan, maka apa jaminan PR pula takkan halang kita nak buat Islam?

Last sekali, mungkin sama saja macam dulu!

Aku tak kata kita jangan tak percaya kepada PR. Tapi aku kata kita kena hati-hati. Bukan aku saja yang kata, Qardhawi pernah sebut benda sama. Tapi hati-hati dengan Anwar lah. 'Hati-hati' saja, bukan tolak terus!

Kita bukan tak pernah kena khianat. Ku Li pernah kata kalau ada seorang manusia sorang-sorang duk tengah-tengah hujan pegang bendera Semangat 46, maka itulah dia.

Kemudian apa jadi? Dia khianat juga kita.

Politik seni serba mungkin. Hari ini kawan baik, esok boleh jadi musuh ketat.

Sebab itu pimpinan ni cerdik. Mereka belajar dari kisah itu. Mereka juga belajar dari kisah Ikhwanul Muslimin dihancurkan General Jamal Abdul Nasir. Padahal sebelum General Jamal jadi Presiden, Ikhwan lah yang pertahankan dia dari segala macam tohmahan dan naikkan dia.

Seorang gadis sunti bila dipinang, dia berhak meletakkan apa-apa syarat atau mahar. Kalau RM2 juta, maka 2 jutalah maharnya. Tapi sebaik berkahwin, dia tak boleh demand begitu lagi.

Begitu juga kita, kena demand sebelum buat kerajaan. Bila dah buat kerajaan, kemudian kacau bilau (sebab gopoh nak menang), masa tu boleh nak demand lagi?

Jangan gelojoh, cerdik sikit!

5. Yun Nam said:

Ada orang kata lu ni setan beb. Kat blog KS.Wakakaka..

Komen:

Kalau nak kira gelaran dan fitnah jahat, aku dah lali dah. Bukan takat dalam blog malah di luar blog pun dah banyak. Blogger Reformis Jalanan pernah panggil aku 'spesis babi'.

Yang buat kerja macam ni biasanya budak2. RJ tu bukannya pernah mengundi. Aku kenal dia. Budak lagi. Ada perangai tak elok dia yang aku tahu. Kawan aku Residen KUIS (RJ mungkin terkejut!).

Kalau terpaksa londeh supaya dia sedar diri, kita londeh. Tapi buat masa sekarang tak perlu lagi. Sekarang ni, bila depa pakai hujah 'setan', orang boleh tahu mereka dah kering idea.

Sendiri boleh nilai!

6. Isu Wala' membabi buta

Orang macam aku, bila rajin mempertahankan kepimpinan ulamak, kerap sangat disebut wala' membabi buta. Patuh tak bertempat. Terima arahan tanpa pakai otak.

Apa ingat aku sentiasa setuju ke dengan TGHH dan pimpinan yang lain?

Otak aku dan otak TGHH lain. Ilmu pun lain. Ada beberapa kali aku tak setuju dengan TGHH. Kali terakhir ialah dalam isu kalimah Allah. Isu itu menyebabkan aku bertawaquf selama seminggu. Tak mahu terlibat langsung. Kecewa punya pasal. Sama macam tindakan Allahyarham abang kepada Ustaz Azizan Abdul Razak yang bertawaquf dari PAS selepas tak setuju tindakan PAS sertai BN tahun 70an dulu.

Lepas seminggu, aku kembali wala'. Aku taat dengan keputusan dan mula bagi penjelasan kepada Usrah-usrah yang aku sertai tentang keputusan Presiden. Bayangkan sebelum itu, dalam apa juga usrah yang aku ikut, aku bantai keputusan mahkamah. Tiba-tiba buat U-turn pulak. Tebal muka bang!

Itulah wala'. Walaupun hati aku tak setuju langsung, aku taat bilamana keputusan Presiden tidak bercanggah syariat. Aku thiqah, aku percaya dan yakin bahawa dengan keputusan TGHH itu akan membawa manfaat kepada umat.

Wala' dan thiqah aku tak sia-sia. Semua orang tahu apa yang TGHH cadangkan di Parlimen hari itu. Hanya blogger cikai sahaja yang akan kata ucapan itu setaraf 'khutbah jumaat'.

Itulah punca kenapa aku mempertahankan doktrin wala' dan thiqah kerana doktrin inilah yang banyak menjadi asbab kepada kukuhnya jemaah pada hari ini.

Kalau tak mampu, cukuplah setakat sangka baik. Husnuzzon bahawa apa yang mereka buat demi kebaikan Islam. Itu selemah-lemah ukhuwah dalam jemaah.

Belum suruh iithar lagi!

24 comments:

Anonymous said...

Yg buat kerja ni biasanye org muda. Tak faham jemaah. Kita bukan suruh buta tuli patuh mcm robot. Kita suruh taat selepas bg penjelasan.

Nk tggu semua setuju, mampusla..Puak2 ni xpernah join persatuan ke sekolah dulu?

BatuApi @ FireStone said...

Saya pun sama tak setuju dengan UG dan saya juga tak setuju dengan Isu Kalimah Allah.

Pasal UG sekadar lontaran idea saya skip aje.. Tapi bila puak ini label UG dan buat tuduhan jahat, saya ambil sikap macam Ibnu Abas apabila berlaku perteingkahan antara Ali dan Aisah.

Pasal Kalimah Allah, ini keputusan Lajnah Politik, sama juga dengan perjumpaan yang disebut dalam gelab ini pun kerja lajnah politik jadi saya walaq sebab ada banyak sangat perkara tersirat yang tak difahami mereka yang berada dipingiran Jamaah Islam.

Hatta mereka yang berada didalam pun kalau tak faham boleh lingkup jamaah.

Dalam hal oraganasasi, setiap perkara, setiap sudut, setiap pendapat mestilah berasaskan kepada syar'i, manhaji, syumuli, wasati, waqi'i dan ta'silil. Binaan dan kerangka pemikiran dan sudut pendapat kita mestilah berasaskan kepada Harakah Islamiyyah.

kk said...

aku setuju dengan lontaran idea ug ini kerana dalam mengandungi kebaikan kepada islam, islam lebih dominan dari yang lain. apa yang ditakuti ada yang lebih dominan dari islam, dan ug ini dilontar adalah hanya sementara waktu dalam menghadapi krisis ekonomi dalam masa kepimpinan pak lah terlampau lemah, ada yang tak jelas tapi sekurangnya idea ni bagus utk seketika, biarlah batuapi dan alizaidan dan penentang ug kata aku wala' dan thiqah membabi buta, ulamak dibuka pintu rahmat dan turun kejernihan idea, bukan ahli jahil berfikir diselaputi iblis dan setan.tapi sebelum bola ini dilontar dgn baik dan ada yang memberikan input yg kurang baik, penjelasan dah tak mahu didengar, bocor sebelum dibaiki akhirnya tenggelam ditebuk musang

Xenan said...

bro,

1. cek balik fakta sebab musabab utama PAS masuk BN dulu.

Ape yg bro ckp terpusing 360 darjah dah dari fakta sejarah n situasi.

2. Bagi wa, keadilan, anti rasuah, amanah n moral adalah element islam yg patut dominan dahulu, bukan makhluk islam yg dominan.

tak payah cerita pasal hukum2 lain dulu.naikkan nilai yg baik dulu.Dakwah kene berhikmah.bukan memaksa.

Zaman BN sekarang sapa dapat sangkal org islam dominan?

tapi adakah nilai ajaran islam dominan?

Sapa pulak berani jamin dengan UG, nilai Islam dominan?

Sedangkan nak berUG pon dgn pembunuh memali, pemenjara saudara seislam n sbg nya.

Tambah2 dlm UG nanti golongan islam zalim lagi dominan dari golongan islam yg baik.

So bersabo2 n dakwah la dgn baik bro.

islam takan menang dgn jerit2 n ugut2 nak dominan.Islam hanya menang dgn kerja keras memikat hati rakyat.

So pegi wat keje n lupakan hasrat nak berUG dgn penzalim.

FZT said...

my pren
Ug memang bila dilontarkan menjadi pendebatan hangat tapi kenapa tuduh ug tak baik sebelum mendengar apa yang nak dilontarkan, ug dikaitkan dengan bekerjasama dengan penzalim, mengISAkan saudara seislam, membunuh saudara islam dimemali, apakah kita lupa, ada pemimpin umno yang lari ke pakatan pembangkang diterima dengan senyum simpul, apakah dia ini bukan dulunya umno, nak berUG tak boleh tapi kalu pemimpin umno lari dari umno dan terjun kedalam pr dia nampak sesuci manusia,dia ni juga penzalim sewaktu waktu dahulu, bersama sama menyembelih saudara seislam, menyindir pemimpin islam dalam parlimen, dilabel tok lebai jumud, apakah bila masuk pr dosa dosa diampun segera oleh pembangkang, memang tak ada jaminan islam dominan dalam ug dan dimana ada pakatan pun islam pun tidak jamin dominan. waktu pendamaian semasa Ug boleh digunakan dengan sebaik mungkin, jika diberi peluang, apakah kita lupa semasa perdamaian islam dengan kafir quraish dimekah, islam dengan cepat berkembang, jgn lupa pada sirah, dalam pr sendiri belum tentu pas dijamin akan diberi kebebasan, menengok kepada keadaan skrg, tangan dan pas dah di ikat, kerana apa, pas kawan yang baik. aku tak kata ug sebaik sepenuhnya tapi ada part part yang boleh digunakan untuk kebaikan islam, pas kekiri dan kekanan pun pas tetap sakit, dikiri duri dan dikanan duri, cuma mencari dimana yang kurang sakitnya dicucuk duri. macamana islam nak dominan, sesama islam pun duk sibuk siang malam pun duk bersangka buruk, kalau mahu islam gemilang kenapa masih terus mewujudkan kenyataan jahat kepada pemimpin, hak dan batas iman dan kufur dah dinyatakan dengan baik kenapa masih tidak mahu menerima selepas diberi penjelasan, kalau disana memekik melolong setiap hari sekali sekala memekik balas dikatakan tiada semangat keislaman, betapa susahnya nak menjadi seorang islam kerana apa kerana sesama islam dah berprangsaka buruk, kita membaca hanya satu juzuk quran dan mentafsir quran mengikut selera kita bukan mencari kesatuan pendapat tapi nak memutuskn lagi tali islam. kadangkala perlu juga paksaan kerana sebab itu islam halalkan juga peperangan.

batunisan said...

kenapa korang tak boleh faham idea ug walaupun dah diterangkan oleh tghh.

fahamilah apa misi dia dengan ug..bukannya nak bawk pas join umno tapi nak bawak pr bergabung ngan umno. tujuannya nak selesaikan dulu hal2 keadilan sebagaimana xenan sebut tu.. selesaikan spr, selesaikan polis, sprm dsb..

xenan kata '2. Bagi wa, keadilan, anti rasuah, amanah n moral adalah element islam yg patut dominan dahulu' itulah pun idea ug..

tapi sekarang dah tak valid pasal pm sekarang bukannya macam pak lah dulu yang masih boleh berfikir. zaman najib dah tak nampak jalan dah..
bodohnya geng reform yang nipun susah nak faham...

Xenan said...

haha,

1st FZT kene belajar asing tajuk.Pemimpin UMNO adalah ahli UMNO bukan entiti UMNO.Awat bongok sangat.

Yang lu lawan n benci sekarang idealisma UMNO yg kompom2 terbukti merosak 50 tahun dah.

Sure lu pon banyak sedara mara ahli UMNO.takan lu nak benci semua org ni kot.ape jenis pendakwah lu org nih.tak paham konsep?

2nd

Walau zaman pak lah sekali pon idea tuh haram tak valid.

UG idea yang baik n paling patut dilakukan.

Tapi selepas UMNO kalah n langsung tak pegang apa2 kuasa atau mampos terus.

UMNO tak patut dilibatkan langsung dlm UG.kene kasi bunuh terus.

Baru UG boleh wat dgn aman antara parti dlm PR.

tak setuju?nak kekalkan UMNO ke?

hehehe

FFF said...

kalu ko bole kaji & amati sedalam2 nye wahai Xenan, bagi aku la, UG adalah atr kaedah yg akan membunuh UMNO terus ke akar umbi.

dr yg sebesar2...sampai ke sekecik manusia UMNO dlm Kerajaan skrg. & akan mmbuatkn PR mngambil alih kerajaan M'sia dengan lebih yakin & bergaya.

tp dah nak buat mcm mn, keputusan dh dibuat bhw UG tak akan dilaksanakan & akan hya tinggal dlm sejarah.

Ali Zaidan said...

Xenan,

1. Apa fakta yang salah? Cuba tegur?

2. Bila kita sebut islam mesti dominon, bukan semata-mata makhluk. Elemenlah tu. Takkan nak bagi tanggungjawab jaga islam kepada bukan Islam?

Soalannya mudah, boleh bagi satu jaminan mutlak Islam akan terpelihara bilamana bukan Islam menjadi dominon?

3. Kau tanya siapa berani jamin dengan UG maka Islam dominon. Soalan aku, siapa pula berani jamin dengan PR Islam akan dominon? Nah..

BN atau PR, dua-dua ialah entiti bukan Islam, entiti sekular. Dan nak laksana Islam hanya boleh terjamin bila orang Islam yg benar2 Islam itu in control.

4. Kalau nak cakap pasal sejarah, berapa banyak dsai buat aniaya kat kita? Banyak mana DAP khianat kita? Kamu orang muda mungkin tak tahu sangat.

Ttp kita kerjasama atas 'dasar bersama yg kita kongsi' dan bukan semata-mata sejarah.

Sebab itu aku kata, jangan kita tolak atau terajanfg PR. Bodoh namanya. Aku kata, kita kena belajar dr kisah Ikhwan, dr khianat yang parti lain pernah buat kepada kita.

Kalau kau kata buat UG tapi bukan dgn Umno, tu maknannya kau dah tak faham isu. Kalau tak ada Umno, mana boleh jadi UG?! Itu dah jadi CG! Janganlah misleading!

Anonymous said...

Toksah cakap byk xenan...Lu tgk Singapore sudeyyy.PAP tu adil, baik, tak zalim, tolong rakyat,xde rasuah.. tu kan elemen islam?

Islam kat Singapore camane bang?Cuba habaq sket kat aku.

Tu la geng2 ni ckp,korang pas reform trlalu idealis n naif.

FZT said...

xenan

1st xenan lu memang bangang,

aku igtkan otak xenan dah ok tapi tetap bangang mcm biasa. tak payah bagi hujah pun dgn xenan dia pun bukan cerdik sgt. genetik sama dengan adukatarakguna gak.

xenan ada banyak saudara mara ayah mak dia semua dalam dap dan pkr sebab tu sayang sgt dgn dap dan pkr, tak akan lu sanggup tuduh dap tak baik tak bagus kan.
tetap bangang sepanjang zaman. Ug boleh dilakukan dengan pr saja selepas umno tak ada kuasa? mamat ni mabuk cendawan rupanya.

Ahmad said...

Jawapan bagi semua persoalan yang telah diwar warkan, di timbulkan, idea bernas, rasa macam idea bernas serta pandangan dan pendapat yang telah dikeluarkan semata mata kerana bak kata orang tua tua " Terlajak perahu boleh diundur , terlajak kata buruk padahnya". Apa yang nak di pertahankan benang yang basah, bukan sahaja lembik tetapi dilihat orang yang benang terbut memang nya basah, apa nak dimarahkan orang kalau idea kita di tolak orang. Cukuplah mempertahankan idea yang ditolak masyarakat umum dan hanya diterima sekulumit pemimpin dan ahli sokongan nya berbanding masyarakat Malaysia yang ramai. kenapa perlu dipaksakan orang ramai menerima pandangan mereka yang suka UG dengan masyarakat ramai yang tolak ug? Dah berapa bulan tetapi mengaku walaq dengan pimpinan tetapi terus memperlihatkan tyingkah laku yang bertentangan dengan apa yang di cakapkan. Siapa akan percaya PAS kalau anda berterusdan menyanggah itu dan ini dengan alasan Islam membenarkan berbeza pendapat? Orang lain punya pendapat semua tak betul, hanya pendapat anda yang betul. Pertahan itu dan ini dengan terma terma Islam yang rakyat marhaein sukar faham... rasanya macam hebatlah tetapi elok ke depan cermin dan cermin diri. Kalau 8 orang tolak dan anda dapat 2 sokongan dari 10 orang, masih layakkah anda mengatakan kami mendapat sokongan ramai.

Anonymous said...

xde sape pon marah kalo tolak ug.tolak ler....Tp,yg pegi zikir ug2 tiap2 kali pas ada prob tu awatnya?

FFF said...

ape lu citer ni cik ahmad...wa rs lu ni br masuk alam blog la.

skrg ni sape yg duk zikir UG lepas syura putus kan tutup buku isu UG? kalu tak si blogger2 celaka like TB.

kalu lu bole faham sndiri, blog si ali ape artikel yg die selalu keluar? menjawab setiap 'kacau bilau' yg geng Blogger Celaka timbulkan.

so lu bole faham tak sekarang?? sape yg mula2 timbulkn 'kacau bilau' ni?? ape tujuan si puak2 Barbican ni duk zikir UG tiap hari, nak lagakn sesama ahli Jemaah?? kerja melagakan ni selalunye kalau tak syaitan...abdulLlah b. ubai, pilih atr 1.

Xenan said...

hahaha,

marah betul bila suruh mati kan terus UMNO

brader, kenapa UG kene ada UMNO gak?

Lu boleh buat UG selepas UMNO lemah.Bukan lu wat UG time UMNO majoriti.

Kalau lu wat UG time UMNO kuat, tuh serupa timun mau golek sama durian bro.Konon2 boleh la tegur UMNO dlm kerajaan UG nanti?

wakaka..cerita dongeng.

jangan sampai org ckp lu org ni bodo.Sapa yg naif ni?

2nd

Element yang penting baru perkembangan islam tuh segar.Islam kan agama fitrah.Tuh pasal makhluk tak penting.Element tuh sendiri dah mampu menaikan Islam.Semua makhluk manusia berakal bro.tak perlu ugut2 n paksa.kene berhikmah sket jek.

3rd

lu mmg tak paham langsung kot kebaikan UG sendiri.Sebab tu lu pening.baca lagi utk paham.

takat cakap UG utk zaman krisis la, pak lah la.Mmg lu tak paham langsung UG tuh apa.

4th

Singapore bagi wa pemerintahan ala mahathir jek.Diktator.Camne lu ckp singapore tu adil.hilang akal ape ni?

5th

attack family?sayang DAP?Sila cari hujah berhemah sket

hahaha..loser siut lu ni.

Anonymous said...

Wakakaka....tipikal pas recond...xley jawab terus cakap org len loser...

Weh xenan, betulla aku ckp, pap tu kan byk amal nilai islamik...xde rasuah..so islamik la...Tp islam kat sane amacam macha???... ok keee?...

Lu kasik satu contoh skang dgn gua, mana negara yg diperintah oleh non-muslim tp islam ok kat sana?....Lu takat duk dlm mesia xpenah kuar dr kampung lu baik toksah sembang.....Kira lu ni naif sgt....

Wakakakaka....cakap org len xpaham ug...lu tu sendiri xpernah paham ug tu ape....ada ke ug tanpa umno....ug ni semua parti maaa...adeih...tu r makan ngat dos recond lu tu...wakakakaka...

Lu belajar leklok xenan.....

Xenan said...

aduss...

Tambah kesian.beria2 nak UG semua parti ke?

brader..dlm UG kat sesetengah negara, ade jek party yg tak join UG tuh.Party tuh tetap jd pembangkang n tak join dlm jawatan kerajaan awam.

So better left out UMNO daa.Biarkan jek dia hancur, unless korg mmg beria2 nak selamatkan UMNO.

Brader,
Gua nak tanya..maksud lu org islam malaysia mmg lagi bagus ke dr org islam kat negara non muslim?

Orang islam malaysia lagi beriman ke?

So kenapa kat UK n US, Islam jadi the fastest growing religion sedang kat malaysia nak tgk org convert masuk islam pon susah?

Bagus nya islam di malaysia?
haha,

warisan ajaran mahathir la nih..

"kita lagi bagus dr singapura, lagi bagus dr banglades..bla"

grow up bro..

Anonymous said...

Grow up la xenan....apa yg lu merepek. Lu jwb je soalan gua. mana negara yg diperintah oleh non-muslim tp islam ok kat sana? Kalo ade baru lu bole claim, takpe muslim tak dominon tp islam akan terjaga. Kalo xde, toksah nak claim mende merepek le.. wakakakaka..kesian lak tgk lu ni..

Lu takyah pusing2 r bhai.... Wat malu kaum je lu ni....UG ni semua parti yg ade wakil parlimen la bhai.....Sbb tu kalu lu nk wat ug kat mesia, KIMMA tu lu boleh buat bolayan la...pasal depa takde wakil maa....

Tu r, nmpk sgt lu ni xpaham ug tu ape..wakakaka..kesian..kesian...Camloser lak tgk lu ni...

Xenan said...

hehe,

ok la..

sebenarnya utk mengatasi masalah dominon n prinsip PAS dlm PR, UG ialah jawapan yg bagus.

Tapi dalam situasi PAS totally menganti kedudukan UMNO dalam kerajaan.

so

1st phase
menangkan PR dulu n lemahkan UMNO

2nd phase
Buat UG bersama rakan PR.Kat sini PR sendiri boleh bubar n PAS bebas untuk menyuarakan perjuangan islam tanpa terikat dgn apa2 pakatan dgn berhikmah.

tapi key point die, umno kne hapus so semua sokongan org islam terarah pd PAS.

Sepatutnya lu org kene pk camnih.bukan nak UG ngn UMNO time UMNO tgh majoriti.

lain mcm benar pemikiran korg

kesimpulan yg wa leh wat, lu org mmg nak kekalkan UMNO?

btw,
pada anon,sbb utama org islam rosak kat singapore

1st sbb die melayu
2nd sbb diorg diwakili oleh UMNO singapore

Anonymous said...

wakakaka..la ni ade ke umno singapore?wakakaka...tgk lu sndiri xleh buktikan kalau non muslim dominon maka islam akan trjaga..so,point lu dh xvalid ler xenan..

Ug ni bkn ganti2 maa..ug ni semua duduk dlm gomen.... then sblm ug ni nk jd, kene brsihkn dulu spr, kehakiman etc maa.. lu ni tak baca ke syarat2 tgha beb?

Kalo lu pikir sket, ug ni ialah idea nk tarik skongan muslim kpd pas n matikan umno...Then, matikan hujah umno yg pas nk melayu brpecah...

Lu pikir nk matikan umno ni takat hntam dlm ceramah, kalahkan dlm pru ker beb?.... Nak bunuh umno byk cara maa...jgn smpit ngat beb...

Lu tak gi jumaat ke xenan?Ke lu duk oversea gak?

Xenan said...

buktikan la muslim dominan islam terjaga.

tuh gua ckp lu bodoh.semua duduk dlm gomen dlm keadaan umno majoriti?

baik tayah la..sekarang pon dah asyik kne main jek ngn umno

Org pas ngok jek pk nak mati kan umno dgn ceramah, jerit2 dominon n khianat pengundi.

lu tgk gerak keja DAP.gi blajo sket.ade objektif.

nih wat program rempit org muda geng kita.lu attract geng rempit jek la.level camtuh jek la boleh join n lo org doktorin wala

ajak geng educate kang lu org kne soal jawab.takut la tuh org tamau ikut cakap lu org.tak wala'

mana program nak lawan TEKUN, MARA?

camtuh kalau nak lawan UMNO.bongok!!

Anonymous said...

Wakakaka..gila angin xenan nih..Lu claim yg penting buat entiti islam dulu, orang islam xpenting. So, lu la buktikan kalau orang islam tak dominon, Islam still akan terjaga.. Ada bukti?

Bagi aku, orang islam kena dominon, baru islam blh trlaksana..... Tak semestinya terlaksana, tp ada la peluang..... Lu tgk sirah la bhai, adil camana pun non muslim, lu harap kat depa ke nk wat islam....wakakaka...bongok r lu ni...wakakaka...

Dlm ug, even umno majoriti, pas dan pr ada kuasa bhai...sbb sebelum kita nk ug, depa kena ikut syarat kita lu...Lu tau dak benda ni?...Tu la...malas baca sgt...pakai otak je lebih...wakakakaka

Adeih, ngok gak r lu ni xena...lu ingat org muda geng kita tu utk mat rempit je ke?..lu ni cam tb la...tak masuk t byk komen je...Wakakakaka...

Xenan said...

brader,

claim lu pon sama tak valid pon.lu pon takleh bagi bukti hatta kat malaysia sekali pon.Dlm parlimen skang bukan ke org islam dominan.

ikut cerita lu, mmg tak perlu join pas pon.join umno pon ok.org islam gak.

point utama nya, bentuk dulu situasi adil.Islam lagi mudah berkembang.Kalau nak ikut dominan org islam..dah 50 tahun pon dominan.pasal ape susah gak nak wat.

lu cerita pasal syarat konon2 sama2 ada kuasa.kuasa kejadah apa kalu lu minoriti dlm parlimen.ade ke kuasa cthnya nak mansuhkan isa?

tak cukup pon majoriti.

sape naif ni bro?

ckp jek terus terang lu nak UMNO survive.lu tanak PAS ganti tpt UMNO sbg tempat bergantung harap org melayu islam.

Anonymous said...

Wakakaka...lu la naif.... Lu tau x syarat Ug tu ape beb? Reformasi keadilan etc...Lu baca x statement tgha?...wakakaka..

So, kalo umno nk ug gak, kene r ikut ckp kite...Xtimbul soal nk hapus isa, sbb isa dh hapus sbg prasyarat ug...Lu paham x ni?......

Eh, apsal lak aku taleh bg bukti. Lu tgk negara2 yg dh wat islam.Semua MP Muslim dominon...Tp ade gak taleh buat..sbb tu aku ckp:

Bagi aku, orang islam kena dominon, baru islam blh trlaksana..... Tak semestinya terlaksana, tp ada la peluang.....

Wakakakaka...gelak guling2...

Aku xpeduli umno ada ke x...survive ke x.....aku xmusuh ngan umno...aku musuh ngan benda jahat...perbuatan jahat...hate the sin love the sinner....Lu politik kebencian...bukan politik matang....wakakakaka